Friday, April 29, 2011
sudah-sudahlah tu
Wednesday, April 27, 2011
ros
sepatutnya nak buat badge tapi tukar sebab bonda kata terlalu kecil. mungkin akan buat bunga lain dengan riben yg lebih lebar.
lama aku fikir apa yang kawan aku cakap. pelikkah aku?
tapi bukankah manusia itu memang semuanya pelik. bukan, bagi aku bukan pelik. unik.
ada kawan aku suka makan kentang goreng dengan aiskrim. ada yang suka makan kentang goreng dengan air coke. ada yang suka makan kentang goreng selit celah burger. dah tu kenapa aku tulis tentang kentang goreng kan dah terliur T___T.
macam inilah, kita semuanya unik. dia tak sama dengan kau, kau tak sama dengan aku. aku tak sama dengan dia. kau tahu, berbeza-beza gitu.
aku sudah tiada tenaga untuk buat banyak kerja dalam satu masa. bukan mampu menapak jauh-jauh melayan kawan dua tiga pukal bercakap tiga empat kilo. aku sudah tidak mampu buat itu semua. yang aku suka adalah habiskan masa dengan orang yang kenal aku dan seorang dalam satu masa. dan ya, aku dapat rasakan kadang-kadang ada orang yang terasa bila aku tolak ajakan keluar dengan mereka.
aku suka tengok orang yang vibrant. you know, ramah, suka dikelilingi ramai orang dan dikelilingi ramai orang. tetapi aku rasa suasana begitu riuh jadi jangan libatkan aku. ini pendapat peribadi, bukan aku rasa orang itu riuh dan annoying. aku bukan macam dulu, bukan muda. mungkin sudah jadi sedikit laid-back. kalau riuh-riuh, aku boleh jadi pening. jadi haru dan kemudian 'meletup'.
sekepala. ya, sekepala itu mungkin. punyai sense of humour atau sebenarnya kekejian yang sama. kau ingat senang nak cari?
Tuesday, April 26, 2011
ini komen dia waktu aku tunjuk satu hasil kerja aku. tapi kami punya tahap kekejian yang sama jadi komen ini boleh ditafsirkan menjadi pelbagai bentuk. mungkin pujian, gurauan, kritikan ataupun sindiran. boleh pilih sendiri ikut suka.
aku: biasalah. sebab aku taip. kalau aku tulis, kalah cakar ayam. memang hilang kemas seperti hilangnya tadika kemas.
dua ayat pertama sahaja aku balas pada dia. yang lainnya aku sambung dalam hati.
menarik sebenarnya keadaan orang pergi kerja pagi-pagi. taklah stress sangat bagi aku sebab hampir setiap kali ada buku di tangan. cuma hari ini sahaja aku rasa aku terpaksa korbankan keinginan yang membuak nak baca 'Thief of Time' dari Terry Pratchett.
aku boleh terima kalau orang berpusu-pusu waktu pergi kerja. aku tau orang tengah terkejar-kejar. langgarlah, tak cakap maaf pun tak apa. tapi kalau sampai aku terduduk, memang aku sepak.
tapi, yang aku tak boleh terima, kalau aku pergi makan lunch, selamba je dia langgar aku. bukan langgar selisih bahu. langgar yang 'he walked into you'. aku dah buat suara rempit dah kat situ. kau bayangkan seorang perempuan yang pakai baju saiz 8-10 (UK size), dilanggar oleh seorang lelaki tua, rambut beruban yang lebih kurang 2.5 kali lebih besar daripada aku. detail rambut beruban ditambah sebab nak kasitau dia dah tua.
sakit gila. aku fikir nak kene rush balik opis je. kalau tak mmg aku patah balik, sepak keting dia.
amarah tu memang marah. aku fikir rambut dia dah beruban je. ini terjadi semalam tapi bila ingatkan balik, marah pulak jadinya.
sebab aku dah marah, aku nak pergi beli-belah sekarang. beli-belah barang keperluan dapur je la.
Monday, April 25, 2011
kapasitor sudah ada kedai. sungguh. tak tipu. tetapi kedai ini online sahajalah (ha hambik kau sepanjang alam aku kasi link). apa ada di kedai yang dipanggil kapaStore itu? setakat ini tayar belum ada lagi cuma ada buku-buku yang dijual pada harga serendah RM 5. RM 5 sahaja, betul. makan waktu tengahari pun tidak semurah itu (err itu kalau beli. kalau bawa bekal tak kira).
mula-mula kita ada kumpulan cerpen daripada Johari Rahmad yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda. Jika anda peminat jojo, pasti tahu akan ketangkasan ayah Naquib Nawfal ini menulis. memang tergamam dibuatnya. Yang aku paling suka di dalam koleksi ini adalah 'Rektum Yang Menjadi Mangsa'. Yang lain itu tidak kurang hebat cuma cerita yang satu itu paling aku suka.
karya Aisya Iryani atau kunangkunang ini pula berkisar tentang cinta. sebelum korang muat turun ebook bertajuk Antara Benua ini, aku cadangkan silalah sediakan tisu siap-siap. takut nanti basah papan kekunci komputer atau telefon. bersedialah untuk dibuai perasaan dek tulisan kunangkunang.
kemudian, kita ada pula kumpulan cerpen ehem...err..tuan tanah yang bertajuk Teori Pavlov Si Syaitan. Nak cakap banyak tak tahulah. jadi apa kata kita teruskan dengan Tabir Khaizuran pula?
Ya, jejaka ini mengumpulkan tulisan-tulisan beliau di dalam ebook yang bertajuk Sketsa Syahdu. Maksudnya, kita ada dua penulis yang bakal membuai rasa. Aisya Iryani dan Tabir Khaizuran. sentuhan mereka berbeza tahu? mahu tahu, mestilah dapatkan dulu, betul tak?
hanya RM 5. murah kan?
aku lupa untuk ingatkan budak-budak perempuan itu bahawa sekalipun rakan-rakan mereka ada yang hensem (mereka jauh lebih muda dari aku jadi. sekadar beritahu), eloklah mereka tapis dengan elok budak-budak ini sebelum dijadikan teman.
yang aku selalu perhatikan, setiap kali makan, yang lelaki ini akan berkerumun dekat dengan tray. kalau dah budak-budak nak membesar (mereka kelihatan di antara 19-22 tahun), memang mereka makan banyak. tidak, aku tidak marah pun. eloklah makan banyak untuk tumbersaran mereka.
cuma satu perkara yang buat aku serius nak lepuk mereka ini adalah mereka tak mahu beri peluang langsung pada budak-budak perempuan. bukanlah ramai sangat, lima orang sahaja. apa salahnya beri mereka ambil makanan dulu. lepas tu, korang nak makan dengan tray itu semua sekali pun tiada yang kesah.
bukan semua budak lelaki dari institut itu yang begitu. ada dua orang yang aku lihat 'semenggah' sedikit. daripada nak naik bot, turun bot...selalunya yang berdua inilah yang aku lihat banyak sangat beralah. kalau nak makan, mesti agihkan pinggan pada kawan-kawan perempuan. termasuklah aku sekali.
tapi itulah. budak-budak lagi. cuma, kan elok kalau daripada usia yang muda sudah biasa beralah dengan perempuan? tak jatuh pun darjat lelaki.
sekadar berkongsi dengan gadis-gadis di luar sana. ya, saya masih mencari.
Sunday, April 24, 2011
1. membeli-belah. benda ini, kau memang tak boleh pisahkan daripada gadis-gadis. kalau dia tidak suka baju, mungkin kasut. mungkin beg, buku atau ah..kau cari sendiri. mesti ada. mesti ada yang dia suka itu, berkaitan dengan pusat membeli-belah.
bukan susah sangat kau nak bonding dengan kawan-kawan. jumaat lepas, aku keluar dengan kawan yang sudah hampir 3 tahun tak jumpa. kononnya, dia takut kalau takde topik nak dibualkan. sampai kering anak tekak dibuatnya berbual. we bond over a pot of tea and talk about shopping for holidays. itu pun shoppig juga, berbincang tentang tiket atau tempat penginapan yang murah.
2. coklat. bar coklat, kek coklat atau apa-apa saja berkaitan coklat. selalunya (sebab boleh jadi ada perempuan yang memusuhi coklat), perempuan suka yang ini. susah hati? coklat. mahu meraikan naik pangkat? coklat. baru lepas kena marah bos? coklat.
3. cerita hantu. mereka takut tapi mereka mahu dengar. tapi jangan lebih-lebih. jangan ambil kesempatan. ini tips untuk bonding. jangan gedik nak lebih-lebih.
itu saja yang dapat fikir buat masa ini. sekian. jom tidur. esok kena buat sesuatu yang baru. gelabah, nak muntah.
Thursday, April 21, 2011
aku dulu masa jadi ghostwriter, pernah la buat benda ni. bukan susah pun tapi aku tgk sampai ada orang namakan diri sendiri SEO consultant. gelik pulak rasanya sebab mengenangkan benda tu mudah sangat. apa sangatlah yang ada pada SEO.
contohnya begini, aku dapat job menulis tentang glazed door. dalam 500-700 patah perkataan, aku perlu ulang-ulang sebanyak 12-15 kali. panjang juga la 500 patah perkataan tu. kita bercakap tentang membuat kerja, bukan menulis blog. kalau menulis ikut suka hati, sesedap rasa, mungkin tidak sukar.
itu tentang kerja aku. kalau nak buat SEO dalam blog tidaklah susah sgt. macam hari ini, ada kata carian 'agnes keith' house dalam blog aku. kalau aku nak kasi naik trafik, apa yang aku perlu buat adalah campak 'agnes keith' banyak-banyak dalam satu entri. seperti perenggan ini di mana aku sudah ulang 'agnes keith' dua kali. baik, yang itu nombor tiga.
aku faham bagi orang-orang yang perlu mencari duit lebih melalui blogging cthnya mahu kumpul duit pergi bercuti atau amil lesen menyelam (yang itu aku. sesiapa yang teringin nak menderma, silalah tinggalkan komen di akhir entri). mungkin dengan adanya SEO, makin banyak trafik yang masuk ke dalam blog korang. dan aku share tips ini juga bukan apa, supaya tiada lagi orang tiru-meniru, cantas-mencantas.
untuk dikenali dan menghasilkan entri yang bagus, bukan mudah tahu? kena ada ilmu, mesti peka sedikit. nak makan pun susah, apatah lagi nak jana trafik. kentut aje yang senang dalam dunia ini. itupun tak berapa nak senang kalau berada di tempat awam.
jadi, kepada bloggers baru yang teringin nak dapat duit berkepuk-kepuk dari pengiklanan, mungkin tips ini boleh digunakan. mungkin sahaja tahu? aku tak buat empty promises.
ben, maaflah ben, ini pun tips juga. heee.
Wednesday, April 20, 2011
Perihal blogging
Sekarang bukan macam dulu. Sesetengahnya, menulis hanya kerana mahu kejar populariti. Aku orang lama. Aku tak pasti glemer zaman sekarang bentuknya bagaimana. Mahu banyak klik supaya nuffnang dan maxis kasi job, mungkin. Tidak, tak salah kalau begitu.
Tapi pls, jangan sampai tiru content orang. Copy-paste dan buat muka sardin. Ataupun tiru idea orang. Dia nak cerita pasal usu manusia, kau pun sama. Konon, kau hebat tahap kalau baca terburai usus ( ye aku tau tade kaitan saja nak buat penyendal entri). Ceritalah pasal esofagus ke, dermis ke, iris ke. Atau cara-cara menyediakan satay perut lembu ke (aku lapar ni).
Atau tiru style orang. Hanis Zalikha glemer, semua nak tiru dia. Nak blog mcm dia, nak tulis entri macam dia. Pipiyapong bercerita gitu, ramailah nak tulis macam itu.
Percaya cakap aku, tak jadi. Feel dia lain.
Sekalipun blog-blog lima hingga ke tujuh tahun dulu macam diari, aku rasa entri dia lebih jujur dan ikhlas dari sekarang. Sebab dia peduli apa orang lain fikir apa. Itu ruang dia, diri dia. Tak suka, dia sudah ingatkan kau untuk berambus jauh-jauh. Aku tak tipu, dulu memang ada disclaimer 'if you don't like what you are reading, kindly click on the 'X' sign on your upper hand side'.
Sekarang yang aku lihat bukan begitu. Sudah lain. Kebanyakan (bukan semua) mahu dikenali. Yelah kalau content best maka akan adalah pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan blog yang vast'.
Susah sangat nak jumpa yang betul-betul ada 'jiwa' yang ikhlas dalam penulisannya. Kalau ada, aku berharap hari-hari mereka ini tidsk akan berubah.
Jadi cheers kepada bloggers yang stay true to themselves. Korang rocks my socks!
>
Tuesday, April 19, 2011
Roses
tidak berpeluang dapat bunga nampaknya. takpela...see boleh buat sendiri. (oke kenapa nada sebegitu rupa).
seronok pula main riben ni. mak tak larat layan saya main riben jadi dia surrender dulu hihi.
Monday, April 18, 2011
saya memang ada satu tabiat yang kadang-kadang buat orang pening kepala. entahlah, dari budak sampai sekarang, memang sukar berenggang dengan buku. ingat lagi dulu-dulu, abang selalu marah.
' kau ni nak makan ke nak baca buku?.' takut juga berhentilah sekejap. kemudian, bila nampak abang sudah hilang, sambung balik baca. memang degil.
sekarang, sudah tua bangka pun begitu juga. ingat lagi tahun lepas bila waktu makan tengahari. bos masuk ambil air di pantri. saya kalau dah membaca huiiiii memang Jared Padalecki lalu kat belakang pun memang dah tak perasan.
' do you want to read or you want to eat?'
oke. kena lagi sebijik. tutup buku perlahan-lahan kemudian sengih. sekali bos join makan sekali pulak. alah, lemah betul.
serius saya rasa hobi saya ini tidak akan mendatangkan mudarat hinggalah...
pagi itu, macam pagi yang sebelumnya (dan diharapkan pagi yang akan datang), saya membaca dengan kusyu' di dalam tren. selalunya saya berdiri hingga ke KLCC tetapi hari tersebut, bertuah pula dapat tempat duduk. maka, saya pun duduklah sambil membaca Interesting Times tulisan Terry Pratchett. bila sudah duduk, saya tahu bahawa saya akan jadi tidak peka pada keadaan sekeliling tetapi saya pesan pada diri sendiri: kalau ramai orang turun, maka sudah sampai stesen KLCC.
dari Pasar Seni, saya duduk dan membaca dengan kusyu'. telinga sudah tidak dengar pengumuman. kemudian, stesen berhenti. saya tidak sedar sebenarnya hinggalah saya nampak koc sudah lengang.
tak sempat saya bangun, pintu koc sudah tertutup.
' Stesen berikutnya, Ampang Park.'
ah sudah terlepas. terkena saya kali ini.
berkira itu tidak salah. berkira-kira juga tidak salah. tapi kalau dulu, nak mintak tolong, dia punya cakap, lembut gigi dari lidah. kalau dah menyampah, macam orang itu dibenci macam Belanda minta tanah.
manusia...manusia. dan manusia itu terangkum juga aku sekali. aku tau.
Sunday, April 17, 2011
faham?
sekalipun aku seorang perempuan, aku sebolehnya tidak mahu bercakap tentang perasaan; hubungan istimewa (mungkin sejak lps melepasi umur 25). dengan teman baik sendiri, aku jarang benar berbual tentang hati dan perasaan dia. aku tidak pernah tahu sejak bila dia berteman, aku tidak pernah tanya. aku tak mahu sebab kalau aku mulakan, ia akan menjadi satu tabiat.
kerana perihal hati dan perasaan itu sebenarnya adalah satu perkara yang tidak berhaluan.
kerana ia akan berpusing-pusing. mungkinkah begini? atau begitu? beginikah? tiada penyelesaian.
kau mahu bicara tentang dia? dipersilakan. tetapi biarkan aku begini. biar senyum aku, bak kata kau 'sungguh misteri'. s
sepetang di wangsa walk
seketul kerongsang yang aku siapkan ketika bosan menunggu air sampai. sudah lama aku berkeinginan untuk mendapatkan kerongsang yang cukup ringkas seperti itu.
ringkas. aku tahu aku pentingkan diri sendiri. yang ringkas akan jadi rumit kerana aku lebih senang diam, tidak mahu ambil tahu akan apa yang sedang terjadi atau akan terjadi. biar perlahan-lahan. biar ia bergerak perlahan tetapi setiap kali, ada sesuatu yang dapat dipelajari.
aku terlalu penat merancang. pengajaran yang sudah hampir sedekad cukup kuat melekat dalam minda.
Thursday, April 14, 2011
memori, kalau nak diikutkan, boleh membunuh dan dalam masa yang sama, memberi nafas baru kepada seseorang. kenangan manis memang jadi kesukaan ramai. sama seperti gula-gula, siapa yang tidak suka.
kenangan pahit selalu tidak mahu diingat-ingat. siapa rela ingat kenangan kena paksa peluk pokok dan jerit 'i love you, pokok!' supaya satu sekolah dengar? pasti tidak mahu.
begitulah juga dengan sekarang. aku dihantui kenangan pahit. kenangan saat harus meringkaskan berita berkaitan rokok pada client di syarikat. yang satu baris pun mahu dimasukkan dalam laporan. nama tukang buka kotak rampasan pun mahu. kalau boleh, tukang jaga setor simpanan kotak rokok yang dirampas di kastam pun mahu, agaknya.
waktu itu sudah tiba. waktu untuk dilatih sekali lagi.
cabaran. itulah.
Wednesday, April 13, 2011
Instead of giving the information, I just said: It is all in the database, isn’t it?
Monday, April 11, 2011
Sunday, April 10, 2011
nah, dengan bukti tersebut, haruslah kita berhenti seketika dan renung apa yang kita tulis. kerana penulisan ini mungkin adalah catatan hati yang cacamerba (bagi kau) tetapi selagi ia masih tersimpan, ia merupakan satu hadiah atau harta untuk generasi yang akan datang. tidak kiralah dalam bentuk apa kau simpan tulisan itu. foto, blog, diari atau apa sahaja.
sekarang, papan kekunci di tangan kamu (atau mungkin apa sahaja bentuk media untuk menafsirkan bait kata yang difikir entah sejak bila ke dalam bentuk catatan elektronik). kau buatlah pilihan sendiri samada kau mahu rekod sesuatu yang berfaedah ataupun sekadar mahu merapik, mengacah-ngacah, mencabar logik akal dan tuntutan agama.
pilihan kita tidak salah; kalau ikut critical thinking. kita boleh ambil semua yang baik dan tinggalkan yang buruk sahaja. atau kita bahagi sama rata antara kita dengan generasi depan.
tetapi ingat. setiap perbuatan ada akibat di kemudian hari. baik atau buruk, itu kita tidak tahu.
dan jangan juga lupa bertanya pada diri sendiri; mahu tinggal kaca atau permata untuk generasi kemudian.
Saturday, April 09, 2011
Kalau ada satu perkara yang aku rasa sungguh-sungguh terkilan adalah kami tidak berpeluang tangkap gambar atau video di dalam air. Apatah lagi pada hari pertama, kami dapat lihat penyu-penyu berkeliaran di dalam air dengan gembira. Oke sebenarnya tidak pastilah gembira atau tidak. Pandai je aku buat fitnah.
Penyu pertama yang kami jumpa, kecil sahaja. Tetapi lari bila kami dekat. Ouh tidak, aku belum boleh menyelam. Hanya snorkelling.
Yang kedua adalah lebih besar dan ia berada di dasar dalam masa yang agak lama. Aku duduk statik sahaja di satu tempat kerana begitu kagum dengan keadaan tersebut. Nak cerita lebih pun tak boleh sebab tiada gambar T___T.
Hari yang kedua, aku kira aku memang sangat bertuah kerana dapat lihat jerung berenang bawah kaki. Tapi di Shark Point tak jumpa pula. Sabar je lah. Tetapi jerung itu kecil sahaja dan berenang laju. Hanya beberapa orang sahaja yang nampak.
Susah kan penceritaan tanpa gambat? TSK.
Rasa bertuah dan bersyukur sangat berpeluang tgk kejadian Tuhan seperti yang di bawah. Serius.
Maka, kami pun diterbangkan ke Kota Bharu dengan khidmat Firefly. Boleh sebenarnya menuju ke jeti Kuala Besut melalui Kuala Terengganu tetapi turun di Kota Bharu adalah lebih mudah. Lemau juga dibuatnya bila berlaku miscommunication dengan orang di sana. Nasib baik sampai juga akhirnya pada jam 1 tengahari. Bau jeti lain sikit dari bau laut tetapi tidak mengapalah. Terlalu teruja sampai rasa nak terbang ke pulau.
Memang penantian merupakan satu penyeksaan. Tunggu teksi sudah satu jam (tambang satu hala adalah RM 30 seorang. Sah untuk 2011). Kemudian, perjalanan selama lebih kurang setengah jam ke jei pula. Dari jeti menghala ke Perhentian pula dalam sejam. Tambangnya kurang pasti kerana sudah termasuk dalam pakej.
Sungguh. Rasa sungguh tidak sabar. Macam rasa nak pegi dating pun ada (haha apa jadah nak dating dengan pulau). Tapi serius, sungguh tenang tengok alunan ombak. Betul-betul rindu.
Ini video kami mencari penyu di sana. kalau dengar betul-betul suara latar sedang cuba mengajar budak-budak melompat turun dari bot ke dalam laut. bukan turun menggunakan tangga.
Siapa yang tidak akan rindu tengok pemandangan sebegini?
Thursday, April 07, 2011
Perihal bercuti 1
Seronok. Tak kerja, memanglah seronok.
Dulu, aku datang dengan kawan-kawan yang ramai ke Perhentian. Feel dia memang lain. Kali ini, sudah tidak sama. Aku memang begitu. Lebih suka nikmati sesuatu at my own pace. Kisah apa?
Baru berapa jam, aku sudah rindu pada Perhentian. Sangat. Sangat rindu dengan bunyi ombak. Bilik dekat sangat dengan pantai. Setiap masa pun boleh dengar. Seronoknya bila malam didodoikan dengan bunyi ombak.
Aku rindu pada bau laut. Angin laut dan pasir yang akan terkumpul di kaki seluar. Dan garam yang melekat di tgn bila air laut kering.
P/S: rasa-rasa nak pos komen kenapa saya tak ajak, sila jangan. Saya tiada kapasiti untuk memujuk sesiapa.
Sent from my iPad
Monday, April 04, 2011
Perihal hati dan perasaan
Terutamanya tentang hati dan perasaan; cinta. Lebih-lebih lagi tentang cinta. Banyak, banyak sangat kata-kata cinta yang boleh kita petik.
Tapi kita lupa, hidup ini adalah satu pelaburan (perjudian itu sudah biasa dengar). Apa yang kau labur hari ini, entahkan esok untung atau tidak. Kerja kita bukan meramal dan memastikan kita akan dapat kembali pulangan pelaburan. Tidak, itu bukan kerja kita.
Kerja kita cuma usaha. Dan terima kenyataan realiti itu mungkin terlalu pahit tapi kita tiada pilihan; harus telan sahaja sekalipun muka sudah hijau mahu muntah. Terima, belajar untuk terima akibat daripada setiap perbuatan. Baik atau buruk.
Cinta itu macam permainan catur. Kalau kita berhati-hati sangat, permainan tidak akan atau lambat sangat habis sampai boleh jadi bosan. Kalau kita leka, permainan cepat sangat habis pula.
Hari ni kau cakap kau mahu jatuh hati pada orang yang sukakan kau. Esok lusa, kau nampak satu kelibat dan hati kau terpaut tak mahu lepas. Nah, itu sudah jadi macam mana pula?
Soal hati sangat rumit. Usah, usah tunjuk lagak kau paling kuat dengan meletakkan syarat. Takut nanti kau tersungkur, terus rebah tak mahu kebah.
Soal cinta itu soal pelaburan. Kau tahu bukan apa yang kau sedang pertaruhkan? Hati kau. Kalau belum sedia, jangan gatal-gatal baling pancing. Tapi kalau kau berani mahu rasa perasaan itu, kau tutup mata dan ikut iman.
Jangan tambah sulitkan keadaan. Nanti kau yang mual.
Kawan, usah leka memetik kata pujangga. Kisah cinta mereka (aku pasti ada) sudah lama selamat. Tetapi kisah kita (kau dengan pilihan kaulah. Kta sama jantina, mana boleh cipta sejarah antara kita. Aku takut dipanah petir), kita sahaja yang lakarkan. Mahu terbuai rasa, silakan.
Cuma, jangan lupa pertaruhanmu itu. Itu sahaja pesan aku.
Sent from my iPad
Sunday, April 03, 2011
Perihal Merong Mahawangsa
Disclaimer: aku ni, kalau boleh, semua benda pun nak komplen. Jadi kalau rasa tidak mampu tahan, bolehlah berhenti di sini.
Ya, aku tahu aku terlewat bercakap tentang filem ini. Slipped disc tidak memungkinkan aku duduk setempat lebih daripada 15 minit sebelum ini maka ini sahajalah peluang yang aku ada kerana sudah sembuh sedikit. Mungkin minggu depan sudah tamat tayangan maka sebab itulah aku bergegas hari ini.
Aku sangat banyak komen bila sampai filem kita. Bukan kerana aku benci, sebabnya aku sangat mahu melihat hasil yang berkualiti. Zaman-zaman Pakcik Yusof Haslam sepatutnya sudah lama berlalu. Maka, untuk filem ni, untuk cubaan yang pertama bagi filem bergenre epik, ia sangat bagus.
Aku sukakan syot-syot yang cantik. Serius. Syot di Goa aku rasa cukup artistik. Dan bahagian di Goa itu aku paling suka sebenarnya. Nampak ada rupa pasar, rupa orang awam seronok nak tengok orang gaduh. Tahniah kepada pengarah dan team beliau. Yusry KRUlah, siapa lagi.
Ada sebab sebenarnya mengapa aku sangat mahhu tonton cerita ini. Kerana salah seorang penulisnya adalah Amir Hafizi. Dan benar, skripnya tidak mengecewakan. 'Nakalnya' bertempat (contoh: apa salahnya mengintai di bawah tudung saji?).
Dan skrip untuk yang lain juga boleh tahan hebat. Ada satu part bila seseorang sound Putera .rom, why are you wearing a skirt, boy.
Dan Nell Ng: (To Merong) this one is tall and muscular. You will get strong boys with this one, princess (lebih kuranglah)
(To Roman Prince) this one is not so muscular but you will get pretty daughters with him. Lebih kuranglah apehal pulak aku nak ingat skrip sebijik-sebijik.
Aku tiada masalah dengan Stephen Rahman-Hughes kerana Merong sememangnya bukan orang Melayu (aku pernah terbaca orang mempersoalkan pemilihan beliau). Dan lakonan beliau tidak menyakitkan mata. Lucunya memang lucu, angkuhnya kena dan permainan emosi diwajah memang nampak. Setakat dalam filem tadi, pembawakan jiwanya aku rasa.
Ummi Nazeera, memang dari Hantu Kak Limah aku sudah kagum dengan dia. Tidsk perlu aku ulas dengan lebih lanjut. Sekalipun scene berpisah (semasa Merong mahu belayar) itu tidak penuh dengan drama, ia cukup mengesankan.
Dato' Rahim Razali memang hebat seperti biasa. Tapi maaflah. Aku memang gelak juga tengok rupa dah macam Simba The Lion. Tetapi mungkin karakter itu memerlukan beliau bersolek begitu (kan aku dah ckp aku suka komen). Kalau nak dibandingkan Puteri China dengan Nell Ng (inang), aku lebih suka Nell Ng. Ntahlah, letak Puteri China sebelah pokok, pokok lagi hebat berlakon dari Puteri China, bagi akulah. Nell Ng yang banyak menyelamatkan keadaan, rasanya. Paling lawak masa dia pura-pura mati. Dan: I know his weakness. The Mawas man. Haha comel tak comel la Nell Ng.
Craig Robert Fong memang bermuka keras seorang Admiral. Tetapi, bila semakin jauh ke dalam filem, loghatnya sudah jadi loghat UK. Di situ, ia sudah jadi aneh sedikit. Tetapi inikan percubaan pertama? Jadi ia satu usaha yang boleh dibanggakan.
Lepas tu haha apa citer Putera Rom ada loghat UK? Kalau askar-askar Rom mungkin diambil dari luar negara, kalau ikut sejarahlah. Slacklah kat situ.
Khir Rahman tak perlu lagi kita bincangkan tentang keupayaan beliau. Wan Hanafi Wan Su juga hebat.
Skor muzik filem ini memang kena. Maklumlah, dari Philharmonik kan? Tetapi yang aku rasa macam nak tomoi adalah suara narrator dia. Aku cukup anti betul kalau orang bercakap macam lubang hidung melekat dekat mic. Bising please cara percakapan begitu. Habis semua huruf kena telan.
Bagi aku, set untuk filem ini tidak dibuat secara cacamerba. Ini aku paling duka. Dan tentang cermin dan Archimedes itu, ya, memang ada dinyatakan bahawa ada pihak yang mencuba teori atau perlakuan Archimedes yang satu itu. Oke kalau sebuah filem berjaya buatkan aku Google benda-benda macam ini, memang sungguh ia memberi impak pada aku.
Dan jangan lupa, orang-orang seperti Archimedes memang digelar ahli magik dahulu. Dialog mereka memang kena.
Secara keseluruhannya, aku suka sangat cerita ini. Ya, kalau boleh aku mahu tonton lagi. Tak puas rasanya meneliti filem ini. Dan cerita ini membuatkan aku tertarik untuk menggali lebih dalam siapakah Merong Mahawangsa sebenarnya. Apakah ceritanya?
KRU, teruskan usaha anda. Jangan berhenti.
Filem ini saya beri 4 daripada 5 pau kari ayam.
Sent from my iPad
Perihal tisu tandas
Aku memang ada jadual di pejabat untuk merehatkan mata. Setiap satu jam, aku akan keluar dari pejabat, berjalan-jalan merehatkan mata. Maklumlah, kalau dah mengadap komputer berjam-jam lamanya, boleh juling juga mata. Selalunya, aku akan ke tandas. Kalau hendak ke kedai setiap satu jam, memang terjejas ekonomi peribadi aku.
Kadang-kadang, gosip di dalam pejabat tidak boleh dielakkan, hatta untuk sebuah pejabat yang senyap sunyi sekalipun. Maka, kami pun berbual-bual tentang keadaan tandas (ya, kami tiada topik lain) yang kotornya luar biasa. Begitu juga dengan permasalahan tisu tandas yang sering sahaja cepat habis.
Masalah tisu tandaslah yang sering membuatkan kami tikda puas hati sebenarnya. Hingga ada yang memilih untuk bawa tisu sendiri. Aku? Aku tidak pernah bawa tisu ke mana-mana dari dulu lagi maka aku tiada cadangan untuk berbuat begitu sekarang.
Semasa kami bergosip, bos telah memberitahu yang seorang makcik telah mengambil kesemua tisu-tisu di dalam keempat-empat kubikel dan kemudiannya diisi ke dalam plastik yang dibawanya.
Aku sentiasa menunggu hari di mana aku akan bertemu dengan pencuri tisu ini.
Dia nampak macam makcik-makcik biasa sahaja. Pekerja pejabat yang biasa. Bezanya, sepanjang tiga tahun lebih aku bekerja di sini, aku jarang nampak perempuan ini.
Dia bawa beg plastik di tangan. Agak besar. Aku nampak sekurang-kurangnya dua gulungtisu tandas di dalam plastik tersebut.
Hurm. Menarik. Kalau nak beri alasan untuk berjimat kerana kenaikan harga minyak, kurang logik.
Hurm. Tapi, mungkin benar juga.
P/S: sedang tonton cerita dari karya Tolstoy. Perempuan yang berkahwin ada hubungan dengan lelaki lain. Perempuan itu risau status kandungan dalam perut. Ini zaman Tsar di Rusia. Lain benar dengan zaman sekarang. Zaman dulu mungkin mahu ke Moscow dari St Petersberg, hanya boleh naik keretapi sahaja tetapi orang masih berakal.
Sent from my iPad