Thursday, June 30, 2011
Perihal Tempe dan Kangkung
Monday, June 27, 2011
kerja aku sekarang tidak memerlukan aku bergayut di telefom. alhamdulillah. cukuplah lima bulan aku bergayut di telefon sepanjang hari. it can last me a lifetime.
dan disebabkan itu, telefon di atas meja aku cuma jadi gajah putih. kalau ada apa-apa. aku lebih suka berjalan untuk ke meja rakan. senang; dapat mengelakkan salah faham juga.
dan disebabkan itu, sudah dua tahun (tahun pertama meja aku tak ada telefon) tetapi aku tidak pernah pandai guna telefon. manual untuk guna telefon pejabat masih bersih dan tidak berusik di dalam tray. apatah lagi telefon aku cuma berbunyi paling banyak, tiga kali setahun. tahun ini sudah berbunyi tiga kali. mungkin tahun ini akan pecah rekod.
baru-baru ini, aku training kembali. dan aku perlu jumpa bos untuk set masa berbincang. dia suruh aku interkom (arahan minggu lepas) bila aku dah siap.
petang tadi, dah siap semua kerja, aku pun berniat nak beritahu dia aku sudah sedia. sedia nak berbincang. aku capai manual dan mula menelaah. 30 saat aku cari extension dia. akhirnya, aku jalan pergi bilik dia. masa diambil untuk jalan ke tempat dia lebih kurang sama dengan masa yang aku perlukan untuk hafal manual.
itu baru nak buat panggilan. sila bayangkan kalau kena pass call. aku rasa terus call-drop dibuatnya T__T.
Sunday, June 26, 2011
Perihal Carian Skirt Pendek
Aku menjangkakan satu entri tentang Rozita Che Wan itu yang akan jadi paling popular tetapi tidak. Entri tentang skirt pendek yang dapat perhatian.
Tetapi kenapa skirt pendek? Baju perempuan kan banyak variasi? Cardigan, empire waist blouse, turtleneck jumper, A-line skirt. Kan semua ini boleh dicari?
Oke maafkan aku terlupa. V-neck shirt, kain batik, pario, halter neck. Baju kebaya, kebaya singkat, baju kurung pahang, baju kurung moden, baju melayu cekak musang. Eh silap.
Tak pun skarf, tudung bawal, tudung Wardina, tudung Yuna, tudung Hana Tajima, Tudung Siti Nurhaliza eh dah macam novel Cekik pulak aku rasa. Tudung Arzu pun boleh jugak.
Tak baik tau. Banyak lagi pakaian perempuan yang boleh dicari. Takkanlah skirt pendek je. Memilih betul. Sungguh tak adil.
Saturday, June 25, 2011
tetapi, sejak bila pula kau perlu terangkan semua benda yang kau nak buat pada semua orang? kau tak perlu jelaskan kenapa kau perlu update status hingga 300 aksara. aku tak nampak sebab yang penting pun kau nak bercerita panjang-panjang.
sejak bila kita mesti jelaskan pada semua orang apa kita buat? SEMUA ORANG.
kau tahu, tak semua orang berminat nak tahu kita mahu tulis nama kita dalam rumi atau jawi hari ini melainkan kita selebriti. kau sendal saja apa yang kau nak di laman sosial kerana sebenarnya, orang tak berapa nak peduli. ramai yang cuma mahu kepochi, belakang gelakkan kau kuat-kuat.
yang kau tulis hari-hari berapa kali kena cucuk pinggang dengan teman lelaki, itu cuma beri bahan kasi orang mengata. mengata mungkin hanya bermaksud berkata-kata, mungkin mengeji. siapa tahu.
on another note;
cerita yang jauh lebih kelakar daripada jenaka ulangan maharaja lawak. bila sudah jatuh terhempap muka, mula pusing keliling ubah fokus jadikan diri sendiri sebagai mangsa. benang yang dah lencun, kalau boleh kau nak ikat kat besi kasi tegak.
aku dah rasa macam radio rosak. yang sudah tu, sudahlah. apa nak kelam-kabut sangat? aku paling malas nak layan emosi meleret-leret. letih tahu? pernah rasa tak bila sedih, kau rasa nak campak sedih kau jauh-jauh sebab penat? ha macam itulah.
tapi kadang-kala, cakap dengan orang ni macam cakap dengan dinding. kau dengar bunyi selepas kau habis cakap. ingatkan suara dia tapi rupanya cuma gema.
MEMBAZIR.
Thursday, June 23, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Perihal Rukun Iman
Sent from my iPad
Tuesday, June 21, 2011
Perihal Holiday on Ice
Bedak ini memang unik. Sudahlah tin menunujukkan gambar sepasang kekasih (tah-tah adik beradik pandai je aku buat cerita) sedang bercuti di pergunungan penuh salji. Maka ia berikan aku placebo effect di mana setiap kali memakainya aku rasa sejuk. Malam ini aku lumur bedak pada tangan untuk elakkan nyamuk. Sama seperti apa yang aku lakukan pada malam-malam sebelum ini, jenama bedak sahaja lain.
Kalau aku rasa panas malam ini, siap.
P/s: bertuahnya badan dapat kawan prihatin belikan pau utk makan tengahari bila bergurau 'I have no money'. Ada sebenarnya tapi memang kena jimat sgt-sgt. Nnt dapat gaji kita pergi makan jauh sikit ye?
Sent from my iPad
Friday, June 17, 2011
Perihal Pentingkan Diri
From Evernote: |
Perihal Pentingkan Diri |
Thursday, June 16, 2011
Untitled Note
From Evernote: |
Untitled Note |
Wednesday, June 15, 2011
anyways, aku faham memang susah untuk sesetengah orang faham bahawa kita mestilah memenuhkan bas untuk membenarkan orang lain naik. bila naik je, masing-masing ambik pot duduk dekat pintu, tak kiralah pintu depan atau belakang. lagi-lagi bas rapidkl, mana ada konduktor. jadi, secara defaultnya, kita mestilah duduk terus pada pintu. kan?
Tuesday, June 14, 2011
ingatkan dah selamat tak perlu turun ke tingkat paling bawah guna tangga.
tunggu lif dekat sepuluh minit tak sampai-sampai. akhirnya menapak juga. harus muskul betis ai lepas ni.
Sunday, June 12, 2011
Perihal Melayu Tulen- Tak Sedar Diri
Tak pun sibuk keluarkan duit simpanan nak mulakan MLM. Sibuk nak mulakan perniagaan tapi tak pernah nak mula dari bawah, tak pernah nak kenal erti susah. Bila jatuh (sebab salah strategi, bad PR, marketing plan sampah, pemalas tak agak-agak atau buat MLM yang dah sah-sah akan crash) tak nak sedar diri. Asyik salahkan orang. Lupa nak beli cermin untuk diri sendiri.
Melayu Tulen ouh Melayu Tulen. Sampai bila nak tidur?
Sent from my iPad
Wednesday, June 08, 2011
Perihal Plastik
Kadang-kadang aku rasa wartawan saja menganjing artis-artis yang muka dah dicucuk-cucuk ni. Bila artis kata tak cucuk, lagi close up gambar yang mereka ambik. Haha.
Oke. Ini sangat random.
Sent from my iPad
Tuesday, June 07, 2011
Amran cuma mampu geleng kepala.
' Cerita hantu, Anis? Lagi sekali?' Amran bertanya sambil tunduk sedikit supaya mukanya sama paras dengan wajah Anis.
Tidak mahu kalah, Anis juga angkat wajahnya tinggi sedikit dan mengangguk.
' Awak tak bosan tengok cerita begini?' Anis memberi senyuman sebagai jawapan pada soalan Amran. ' Tadi baru sahaja kita beli kompilasi cerita seram luar negara. Sekarang nak tonton cerita hantu pula?'
' Takut?' Anis sengaja menguji. Dia tahu bahawa Amran tidak takut tetapi dia sengaja ingin mengusik, mempermainkan ego lelaki yang sudah jadi teman rapat sejak kecil.
' Tidak, saya tak takut. Cuma ini bukan genre kesukaan saya. Maaf, saya nak tonton filem lain. Itupun kalau awak tak kisah.' Amran memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek, tanda bahawa dia sedang risau kalau-kalau Anis tidak mahu terima cadangannya.
Senyum Anis senget sedikit. Ini bukan permintaan yang mudah.
' Awak nak tonton cerita apa?' Anis bertanya, bunyinya sedikit kurang pasti. Mungkin ragu-ragu dengan pilihan mahu meneruskan niat menonton kisah seram.
' Fast and Furious.' Amran membongkokkan tubuhnya yang tinggi lampai. Risau juga Amran kalau Anis tidak setuju dengan cadangannya. Sekali-sekala, Amran juga mahu tonton sesuatu yang dia suka.
' Bolehlah. Kita tonton cerita lain-lain,' Anis bersetuju sambil mula melangkah ke arah panggung wayang. Amran ketinggalan ke belakang sedikit dan dia masih tersenyum.
Hati Anis jadi tidak tenteram. Ini kali pertama dia akan menonton cerita seram seorang diri.
Dia teringat akan kata-katanya sendiri tidak berapa lama dulu: ' kalau betul nak tonton cerita seram, tonton cerita Thai.' Dan hari ini, Anis akan tonton cerita hantu dari Thailand.
' Nah!' Amran menghulur air teh sejuk kepada Anis. Anis sambut dengan pantas sambil sebelah tangannya sibuk menekan butang-butang pada telefon bimbit. Anis cuba menyembunyikan rasa takut yang mula dirasai.
Anis tidak mahu mengaku bahawa dia takut tetapi sebenarnya. Bukan takut tetapi lebih kepada...ah entahlah! Kalau tonton cerita hantu dari Barat, tidaklah begitu terkesan tetapi setiap kali menonton cerita bergenre seram dari Asia, sedikit-sebanyak emosi Anis akan terganggu. Cerita seram dari Asia begitu dekat dengan Malaysia, membuatkan Anis sedikit terpengaruh.
' Awak, cerita saya dah nak mula,' Amran kuis kaki Anis. ' Awak ok ke tidak?' Pelik Amran jadinya bila Anis hanya memegang minuman di tangan. Selalunya, Anis akan hirup juga air sebelum masuk ke panggung. Paling tidak pun mulut, Anis macam bertih digoreng.
' Ok sahaja. Saya lapar lagi. Awak pergi dulu, saya nak beli makanan.'
Dengan langkah longlai, Anis melangkah ke kaunter jualan makanan ringan. Dia cuba menghipnosis dirinya sendiri, mengulang kata-kata yang kerap dilontarkan kepada rakan-rakan sekuliah bila mereka bercerita tentang hantu.
' Hantu tiada tubuh fizikal. Mereka tak boleh usik kau,' kata Anis ketika itu. Bukan sekali Anis berkata begitu, berkali-kali sebenarnya. Anis memang terkenal dengan minatnya terhadap genre seram hingga dia digelar taksub dengan cerita sebegitu.
' Apa yang membuatkan kau suka sangat cerita hantu?' soal Lina, teman kuliah Anis pada satu hari.Waktu itu, mereka dalam perjalanan ke Pulau Besar bersama rakan sekuliah yang lain.
' Aku ingin tahu apa yang membuatkan masyarakat begitu takjub dengan cerita hantu. Aku pun mahu tahu juga sekiranya hantu mampu mendatangkan mudarat pada kita.'
Tanyalah rakan-rakan dan keluarga Anis tentang kegemaran gadis itu. Pantang ada cerita hantu, Anis akan terlebih dahulu korek tentang cerita itu samada tentang Volkswagen kuning, orang sebelah ataupun makcik keropok; semuanya ada di dalam simpanan. Kegilaan itu kemudian disimpan di dalam bentuk blog.
Tetapi, tiada siapa yang tahu sebenarnya ada rasa takut di dalam diri Anis. Dia cuma berani selama ini kerana dia sentiasa berteman samada di rumah ataupun di luar. Ini merupakan kali pertama Anis akan menonton cerita hantu seorang diri. Cerita dari Thailand bertajuk Haunted Universities. Membaca tajuk cerita itu sahaja sudah membuatkan hati Anis gundah-gulana. Dalam hati, dia berdoa supaya teman serumah ada di rumah malam ini. Maklum sahaja, pensyarah sudah mula memberikan kerja kursus malah ada yang sudah mula menduduki ujian. Ada kemungkinan teman-teman serumah Anis yang bertiga itu akan bertapa di perpustakaan.
Di dalam gelap, Anis hanya berdoa tidak henti-henti sambil mengulang kembali bahawa filem yang sedang ditayangkan cuma cerita fiksyen.
* * *
Dari kejauhan, Anis terlihat bilik teman-teman cerah dengan bantuan lampu. Dengan pantas, Anis melambaikan tangan pada Amran.
' Terima kasih!' lalu Anis berlari ke dalam rumah teres yang disewa dengan teman-teman. Lega sungguh hati gadis itu bila mengenangkan yang dia tidak akan keseorangan malam ini.
Buka sahaja pintu rumah, terlihat Sharina di sofa.
' Waalaikumussalam,' sapa Sharina sambil mengangkat kening.
Terasa tersindir, Anis beri salam sambil tersengih.
' Macam mana cerita tadi?' Sharina berkalih duduk dan kini mengadap Anis.
' Memang seram. Semuanya cerita tentang budak kolej ataupun universiti,' jawab Anis sambil menanggalkan beg sandang. Belum sempat Sharina muka mulut untuk bertanya lebih lanjut, Anis pantas mencelah dengan pertanyaan ' Kau tengok cerita apa?'
Ada beberapa kelebihan yang tidak dapat disangkal jika teman serumah tidak ramai. Rumah lebih sunyi, lebih kemas dan teman serumah dijanjikan lebih privasi. Bukan itu sahaja, Anis juga bertuah kerana tidak perlu berkongsi bilik. Cuma malam ini, Anis berasakan hal itu sudah jadi semacam satu sumpahan. Dia sengaja tidak mahu berbual dengan Sharina akan filem yang ditonton petang tadi. Masih terbayang-bayang bagaimana salah seorang watak di dalam cerita itu mampu berkomunikasi dengan bekas teman sebilik yang sudah mati dibunuh. Watak yang sama juga sudah tidak boleh membezakan antara hantu dan manusia sebenar.
Bukan kali ini sahaja Anis terkesan dengan cerita seram. Sebelum ini juga sama tetapi kali ini lebih lagi kerana Anis tidak dapat berlawak dengan Amran tentang jalan cerita seram. Jenaka, bagi Anis, adalah satu cara untuk menutup rasa takut yang dirasai.
Sesudah mandi, badan yang penat jadi segar semula. Anis yang daripada tadi cuma fikir tentang katil, turun ke ruang tamu bawah. Sharina entah ke mana, diganti pula Yanti yang sedang menonton Cerekarama di dalam gelap. Sudah lebih kurang empat bulan tinggal bersama, Anis sudah kenal benar dengan kelibat Yanti.
' Hai Yanti!' sapa Anis sambil menuju ke dapur untuk mengambil air.
' Hai. Marilah Anis. Seronok cerita ini.'
' Sekejap.' Anis mula membancuh air. Batu-bata khayalan yang terasa menghempap kelopak mata telah hilang. Akhirnya, Anis ambil keputusan untuk menonton televisyen pada malam Sabtu. Kerja kursus Anis boleh tunggu hingga esok.
Memang sudah jadi kegemaran Anis baring di atas sofa panjang kalau menonton televisyen di ruang tamu. Teman serumah juga tidak boleh berkata apa-apa kerana sofa itu pemberian keluarga Anis. Mahu tidak mahu, selalunya kalau Sharina, Yanti atau Ida berada di ruang tamu, mereka pasti akan beralih untuk beri tempat pada Anis. Tidak terkecuali malam ini. Yanti bangkit dari duduk bila dilihat Anis membawa segelas cawan ke arah ruang tamu.
Cawan yang masih berasap diletakkan ke atas meja. Telefon bimbit pula Anis letakkan ke atas meja kecil yang berada di kepala sofa sebelum berbaring. Di dalam gelap, mereka menonton Cerekarama dengan begitu fokus sekali. Takut yang dirasai Anis mula hilang perlahan-lahan bila dia semakin menghayati drama di kaca televisyen. Sekali-sekala, Anis bergerak untuk menghirup air atau meraba-raba telefon yang berada di atas kepala. Sesudah melihat skrin telefon, tumpuan Anis kembali pada kaca televisyen.
Cerekarama habis lalu ditukar pula saluran. Kali ini, Anis tonton pula siri dokumentari. Yanti sudah lama meninggalkan ruang tamu, mengantuk katanya. Sedang fokus menonton siri tersebut, tangannya dihulurkan ke belakang kepala untuk mencapai telefon bimbit.
Yang tersentuh dek jari Anis adalah sesuatu yang lembap dan kenyal, tidak ubah seperti tangan yang basah. Anis tersentak. Terasa 'benda' aneh itu menyentuh tangan Anis dan Anis terpaku.
' Ah sudah!' bisik Anis dalam hati. Dengan perlahan, Anis ambil telefon bimbit dan letak di sisi, berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jantung Anis masih kuat menghentam bilah-bilah rusuk di dada tetapi dia cuba buat selamba. Dan telinga Anis seperti terdengar erangan halus, seperti suara seorang perempuan.
' Tidak. Ini semua khayalan,' Anis berbisik sambil mencapai alat kawalan dengan tangan yang sedikit menggeletar.
Dalam gelap, Anis memaki-maki diri sendiri. Menyesal rasanya baca cerita-cerita seram dan tonton cerita-cerita hantu selama ini. Memang menyesal sungguh-sungguh.
Seminit..dua minit...dan Anis lupa untuk mengira minit-minit yang berlalu. Dengan tenang, Anis matikan televisyen, angkat gelas dan hantar ke dapur. Dengan langkah yang semakin laju, Anis pantas meninggalkan ruang tamu namun sempat dikerling meja di kepala sofa. Tiada apa-apa.
* * *
' Awak rasa apa?' Amran bertanya waktu sarapan pagi.
' Macam tangan yang basah,' jawab Anis sambil menghirup teh panas.
' Lepas itu?'
' Tak ada apa-apa. Saya pun tak nampak apa-apa' Anis mengoyakkan roti bakar. Dipicit-picit roti supaya jadi mampat, jelas Anis sedang bermain dengan makanan.
' Otak kita hebat. Kalau kita percaya akan kewujudan sesuatu, kita memang boleh nampak dan rasa. Lagipun awak dah selalu sangat dengar cerita begitu sehinggakan seluruh jiwa awak, awak dah laburkan untuk cerita-cerita seram.'
' Tapi...' Amran angkat tangan, mahu Anis berhenti bercakap.
' Bila saya baca tulisan awak dapat blog, saya dapat rasa 'jiwa' awak dalam cerita-cerita itu. Tak mustahil awak berkhayal saja,' Amran pandang wajah Anis yang sedikit pucat.
Anis hanya tunduk dan disebabkan dia sudah kehilangan kata, jari-jemari Anis hanya mampu menghantar roti bakar ke dalam mulut.
' Lagipun, awak juga yang cakap bahawa hantu tidak boleh mencederakan kita tetapi ketakutan kita pada hantu yang boleh tinggalkan kesan pada kita,' selamba sahaja Amran bersuara sambil membetulkan kaca mata.
Anis rasa terpukul. Selama ini, dia megah berhujah. Sekarang, Anis sendiri terpaksa menggunakan pengalaman peribadi untuk menilaikan pendapat sendiri.
Monday, June 06, 2011
Sunday, June 05, 2011
Perihal Billu
Ya, cerita Hindustan juga adalah guilty pleasure seperti lagu-lagu Britney Spears. Haha (tutup muka).
Panjang betul mukadimah. Pendek kata, aku 'ter'menonton cerita Billu. Sekalipun aku terlewat sejam, aku tengok sampai habis.
Sebab kenapa aku tak tonton cerita Hindustan adalah kerana balik-balik cerita cinta yang cliche. Yang acuannya sama dari KKHH. Ya, aku memang berat sebelah. Haha.
Tetapi tidak dalam cerita ini. Billu merupakan seorang penggunting rambut yang miskin di daerah manatah aku tak taulah. Anak-anaknya telah bercerita dengan orang kampung bahawa Billu merupakan kawan kepada Shahir Khan (Shah Rukh Khan), seorang pelakon. Pada masa tersebut, SRK membuat penggambaran di kampung Billu.
Daripada seorang penggunting rambut yang miskin, Billu tiba-tiba menjadi terkenal di dalam kampung. Orang-orang yang memberi hutang kepada Billu semuanya 'menghalalkan' hutang hingga membelikan kerusi gunting rambut yang mahal, krim dan bedak. Bukan sebab apa, mahu Billu mempertemukan mereka dengan SRK.
Masalah sampai bila Billu tidak dapat membawa SRK kepada penduduk kampung dan dia kembali dipulaukan. Daripada mendapat sanjungan dan makanan daripada penduduk kampung, dia kembali dipulau. Hinggalah pada suatu hari, jawatankuasa sekolah telah bertemu dengan SRK dan SRK telah bersetuju untuk datang ke sekolah.
Di sekolah, SRK telah bercerita tentang Billu, rakan yang membantu dia semasa kecil. Billu yang menjualkan sebelah subang untuk menampung perbelanjaan SRK ke Mumbai.
Seperti biasa, perlu ke aku cerita sampai habis apa jadi?
Ceritanya ada moral tetapi yang paling mencuit hati adalah tentang ketaksuban masyarakat terhadap artis. Sanggup berbalah, sanggup menggantung gambar seolah memuja potret artis. Wow. Aku ingatkan melayu tulen sahaja yang taksub dengan artis/ pelakon. Rupanya, ada juga berlaku di tempat lain.
Hanya kerana seorang artis, ada yang berbalah, masuk penjara, menghabiskan duit. Bukan lain sangat daripada situasi di sini. Hanya kerana seorang artis, sanggup bergaduh, adakan page khas dalam Facebook. Aku tertanya-tanya, apakah faedah mereka buat begini? Puas hati? Baik aku terima. Tapi apa yang boleh lahir daripada puas hati?
Ini orang-orang yang takde kerja. Yang kerjanya jadi batu depan komputer dan geledah bahan-bahan yang memalukan orang di dalam Internet dan membesarkannya sebanyak 50kali ganda. Seronok sangat buka aib orang besar-besar, lagi-lagi melayu tulen.
Eh jauh tersasar. Pendek kata, aku suka Billu. Aku syorkan korang tengok. Tapi takde dekat movie, itu hari aku tengok dekat TV3.
Sent from my iPad
Thursday, June 02, 2011
Perihal Leteran-Salah-Sasaran
aku cuba cakap dengan emak dia, anak dia takut kalau tak boleh bawak. emak dia beria-ria tegaskan keputusan dia bagus, kenapa tak boleh buat? tidak, aku percaya tidak semua orang boleh buat semua benda. sebagai contoh, aku tidak boleh jadi barista. i second guess myself about 30 times in one minute jadi macam mana nak bancuh kopi? mahu juga buat kopi secawan dalam masa 15 minit. pasti pelanggan takkan gembira.
aku cuba cakap dengan emak dia, anak dia takut kalau tak boleh bawak. emak dia beria-ria tegaskan keputusan dia bagus, kenapa tak boleh buat? tidak, aku percaya tidak semua orang boleh buat semua benda. sebagai contoh, aku tidak boleh jadi barista. i second guess myself about 30 times in one minute jadi macam mana nak bancuh kopi? mahu juga buat kopi secawan dalam masa 15 minit. pasti pelanggan takkan gembira.