Friday, August 19, 2011
Playing Aunt Agony
You know when people call radio stations to tell the radio announcers (or rather, the whole nation) about their problems. That is rather expensive, don't you think? So, I thought, hey! I can give them solutions for free. So, why not do it here?
Dear Aunt Agony,
My name is Ina and I am 24 years old, currently seeing someone. My boyfriend is 26 years old.
My boyfriend is not working in the country and honestly, we are not sure when he is coming back.
At the same time, I'm also seeing an older guy, kind of a family friend. He's 44 years old with stable income.
Who should I pick? I love my boyfriend but I would love to have a rich boyfriend. And the 44-year old guy always bring me gifts and such. My mother really like him.
What should I do?
Answer: You are certainly materialistic so I really do not see the problem here. Your type (falls under the gold digger category) should always choose the rich ones and never marry them because I believe you'll have a hard time being loyal when the bank account gets smaller. If you truly love your boyfriend, you won't be writing in for the whole world to know that you are not wife-material, based on your statement: I would love to have a rich boyfriend.
If I was your boyfriend, I'd dump you at a heartbeat. And I would also leave you if I'm the 44 year old guy.
Hope this helps you!
Thursday, August 18, 2011
Perihal Duit Raya
Yang sepatutnya perlu aku beri hadiah adalah dua sepupu yang di rumah.
Tahun pertama, kandungan sampul duit raya adalah sama.
Tahun kedua, aku isi duit secara random (RM 50, RM 30, RM 10) dan mereka perlu pilih secara random. Sungguh mengujakan, bukan?
Mungkin tahun ini....
Sampul duit raya.
Kertas surat khabar.
Duit syiling lima sen dua keping.
Kira macam cabutan bertuahlah.
Agak-agak, nanti sepupu aku buat patung voodo utk balas dendam kat aku tak?
Tuesday, August 16, 2011
Perihal Chuzzles
Adakah anda sudah bersedia? Ah deng kenapalah perlu mengalih bahasa? Oke sengaja.
Ah lihatlah.
Lihat lihat lihat. Comel comel comel. Nanti mata kelip-kelip. Grrr.
Tengoklah bola biru muda yang sangat comel itu. Temok-temok. Ah comelnye. Rasa nak picit-picit.
Ah oke. Gila tau. Sanggup beli ni. Dah sudah. Nak main solitaire ke dominoes ke.
Perihal Horrible Bosses
Aku sebenarnya tak tahu pun kewujudan cerita ini sebenarnya tetapi kemudian aku telah menonton trailer cerita ini (tanpa sengaja) pada suatu hari. Nampak macam ada Jennifer Aniston jadi mestilah aku mahu tonton. Mula-mula hanya sekadar mahu tetapi kemudian terdengar pula perkataan 'murder plot for their bosses'. Maka, perlukah dicucuk-cucuk untuk menonton cerita ini? Pastinya tidak.
Anda seorang pesalahlaku seks. Anda pernah ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh, kencing di taman permainan kanak-kanak pada waktu malam ketika mabuk. Disebabkan itu, anda sangat tidak boleh memilih kerja kerana hampir semua majikan tidak mahu menggaji anda. Ini adalah watak Dale. Kesian Dale kerana kena buli dengan Julia (Jennifer Aniston), maneater. Ini adalah bos yang boleh membuatkan anda kurus pahala puasa dengan sekurus-kurusnya. Beware, people.
Mereka berasa sangat tertekan dengan keadaan majikan mereka hingga timbul 'hypothetically killing our bosses'. Daripada small talk di pub, mereka telah melangkah setapak lagi.
Dan twist dalam cerita itu yang aku suka. Kau rancang nak bunuh bos kau, lepas tu kau dilepaskan daripada idea itu. Kira macam outsourcing yang tak sengaja. Har har har har.
The Rotten Tomatoes memberikan rating 6.75/10 (last I've seen it).
Monday, August 15, 2011
The One With Being The Patient
I finally found out how it felt like be treated as a sick person. Fevers and headaches are temporary but recovering from an operation is something different. Try feeling like someone is clutching your right jaw constantly for about three months.
The experience changed the views that I had of people who are sick. I used to tiptoe around a subject when I talk to a sick person or try to constantly talk about the person's illness or something. I felt that it was important to ask how they are feeling AS FREQUENT AS POSSIBLE so they will know that I care. I felt that it will be very insensitive to not talk about how they are feeling, my comments will be dripping with sympathy.
Now that I've gone through the experience, I learnt that less is more. It was a mixed feeling, really.
On one hand, I have been in the viewers' shoes, wanting to show people that I care for them and now I am the person feeling it. I need distraction from my pain; laugh at silly stuff as a deflection of the sharp pain on my jaw. Now, it's the neck, it used to be the jaw. I'm sure it will be near the chin later. Nevermind.
So, I know this is difficult. Not asking entirely will be insensitive but maybe the patient wants something to distract them. Being sympathetic is allright but making them at least smile can be a good thing.
Positivity helps during the recovery process and I'm truly glad to have positive people around me. I love their dark humour, silly humour, fun humour and other types of humour; I truly love them. And my mother. The first night I had to stay alone at the other bed was empty. She asked 'aren't you afraid of sleeping alone? You know...' Ghosts, I know. It is good that she still can joke with me about the stuff. Ouh and I love chocolates from visitors.
The experience has been an eye-opener (and pocket burner. Can't wait for the claims to be approved). I don't have everything but I'm happy with whatever I have. Great people, you know who you are :).
Sunday, August 14, 2011
Perihal Tarik Trafik
adalah dalam beberapa bulan aku perhatikani perkembangan trafik ke blog. ala bukan susah pun, tgk je la stat. macam tak biasa buat. bukan banyak sangat kerja pun. sebelum nak tidur tu, check stat sikit. tak pun masa menyelit bawah ketiak org dalam putra ke. ikut kesesuaian.
apapun, lama aku perhatikan stats tu. takdelah berubah mana. mungkin takde isu hot kot seperti New Arrivals, Freemason, Arlene Tan dan lain-lain dalam bahasa inggeris. yang ada cuma entry bercuti di sabah. aih...tiba-tiba terasa angin sejuk ranau. ah, lupakan.
lalu, aku kembali beralih-arah kepada medium perantaraan bahasa ibunda sendiri. dari situ aku perasan yang boleh tahan juga banyak keyword yang masuk. kerana blog ini tidak meletakkan gosip artis, maka tidaklah begitu ramai yang masuk tetapi lebih banyak daripada masa aku menulis menggunakan bahasa inggeris.
jadi, bolehlah disimpulkan jika kita mahu menulis untuk trafik (no one is judging. someone has got to pay for my spectacles and even a few extra hundred comes in handy), tidak salah kalau nak berbahasa malaysia.
hingga di kapasitor sekalipun, entri dalam bahasa malaysia adalah lebih banyak dan lebih kerap dikunjungi berbanding bahasa inggeris.
sekian, dulu. pemerhatian di atas tidak dijalankan menggunakan kaedah saintifik maka keputusannya boleh diragui.
selamat berbuka semua!
Saturday, August 13, 2011
Beware of 'The Spa'
Perihal So-Called Freedom of Religion
tak, aku tak marah pun kau buat page tu. aku faham setengah orang memang dia akan hidup selama-lamanya :).
Thursday, August 11, 2011
Terima kasih
Bes juga birthday bulan puasa ni.
Sent from my iPad
Monday, August 08, 2011
Perihal Mamai
So, at three something, I marched to the nearest supermarket to get the ingredients. I was by then, walking in clouds. But I managed to complete the task anyways. The journey back was almost uneventful (or I was too engrossed in Guards! Guards! Guards from Terry Pratchett).
One long dream and one series of dream (I sometimes dream when I take afternoon naps), I woke up and marched to the freezer. The pre-mix wrote '30-minute' hence I was not in a rush to marinate the beef earlier. So, coolly (or rather, groggily) I reached for the white plastic bag in the freezer ( I AM THAT bad when I'm really sleepy).
I am lost between the brackets. Let me see....
Never, people, expect anything sensible when I'm sleepy.
Sunday, August 07, 2011
Perihal Ular
Petang semalam, waktu nak buka, tiba-tiba kecoh sekejap. Waktu tu dah dekat jam 7. Tengah tunggu masa je bila nak susun makanan untuk membaham.
Kucing main dengan anak ular. Tak panjang dan diameternya pun tak besar. Lebih kurang jari hantu aku. Kalau jari syud, mungkin ibu jari. Orang yang jarinya runcing (beserta fizikal yang kurus dan ramping) mungkin perlu gabung dua jari kalau nak ukur anak ular itu. Kalau jari anak buah aku...
Ah sudah. Bergaduh pasal jari pula.
Pendek kata, kucing kami main ular sampai ular mati. Bagus juga adakucin kat rumah ni. Tapi aku paling meluat kalau semua tempat pun dia nak buat jamban.
Sudah lapan hari. Cepatnya masa berlalu.
Sent from my iPad
Friday, August 05, 2011
Perihal Jadual Bulan Puasa
seringkali saya bersikap bongkak di Twitter kerana pulang awal (oke baiklah mengaku, maafkan saya). keji sungguh perangai berikut tetapi sedarkah anda sebenarnya saya sudah sangat penat di pejabat?
bangun: 5.15 pagi
kemudian sahur, siap bla bla.
6.15 sudah tunggu bas. sampai pejabat jam 7 lebih.
print berita, ringkaskan. submit. print lagi dan ringkaskan lagi. ulang selama lapan jam.
sangat mencabar keimanan, oke? jadi, tidaklah perlu sesiapa (baca: syud) jeles. koh koh.
P/S: hujung minggu untuk bekerja. see? saya jeles anda (baca:syud) tak keje.
Thursday, August 04, 2011
Perihal Pac Man
Bukan. Bukan tentang game. Tetapi tentang pola pemakanan. Minggu ini, rahang masih sakit. Waktu orang makan untuk berbuka seperti Pac Man, aku cuma makan perlahan-lahan di tepi. Sungguh rindukan zaman berebut semua benda. Dan aku tak semangat nak makan lama-lama. Elok jugalah. Tapi hari ni, memang sakit leher bila nak bercakap. Rasa macam tisu tertarik.
Hurm...I have a feeling that I shouldn't go on. Why? Someone cringed when I asked if the person can take a look at my scar. Nasib baik sepupu cukup berani untuk tangkap gambar parut. Gambar yang akan disimpan jadi kenangan. Hak hak.
Patutlah derang buat muka. Ngeri juga walaupun luka dah kering. Dahlah. Marilah tidur awal hari ini.
Sent from my iPad
Wednesday, August 03, 2011
Perihal Memori Ramadhan (2)
Waktu itu, hostel sebelah masjid je. Oke bila teringat, malu juga ni tak pegi buka kat masjid terus. Cis. Anyways, mudahla, tak perlu pasang telinga dgn gigih pun boleh dengar azan.
Bukan macam kat rumah, buka di hostel cuma perlu tatang sebuah pinggan dan bawa diri ke kawasan berbuka. Mudah sangat-sangat. Tetapi biasalah, bkn macam dekat rumah, perlu menyibukkan diri dengan susun makanan, berebut ambik pinggan, berebut amik air tuang dalam cawan. Memang sengsara juga nak tunggu buka puasa.
Jadi, untuk membuang masa, aku lun mengadap word game dekat yahoo. Ala macam Scrabble lah. Maka, aku pun mainlah, dengan tunggu opponent semua. Dah set table, macam biasalah invite pemain. Yang bencinya, main game ni memang resminya kene tunggu orang. Lemah betul tapi nak buat macam mana.
Jadi tunggulah. Nak dekat buka tu, ada pulak orang US masuk table. Kalau ikut ID, bukan orang-orang yang berpuasa. Tapi takpe, itu tak penting.
Beberapa minit main, dah mula dengar orang nak azan. Apa lagi, terus terjun ke tenpat duduk. Game aku biarkan.
Kalau buka ramai-ramai ni, patut bole siap makan dalam 10 minit tapi siap dalam masa 20 minit. Bila aku teringat aku tgh main scrabble, aku tgk opponents aku dok terhelo-helo dah dekat 20 minit.
Kesian. Saya tidak sengajalah.
Sent from my iPad
Tuesday, August 02, 2011
Perihal Memori Ramadhan
Walaupun aku sekolah perempuan, aktif boleh tahan. Jadi bila dah balik rumah, memang leper la jawabnya. Tapi kene tolong juga siapkan tempat makan. Bila makanan dah dibawa naik atas, yang tinggal cuma jag berisi teh. Akulah kena bawa.
Masa tu tinggal berapa minit je lagi nak buka. Serius berapa minit je lagi. Tapi memang dahaga gila, Tuhan je yag tau. On the way nak bawa jag naik atas, aku minum air. Ceh! Sungguh tak senonoh. But desperate times call for desperate measures (konon). Tak semenggah betul.
Terus serta-merta rasa segar-bugar. Bila naik atas, atuk aku ckp 'dia dh minum air tu'. Haih. Memang tak boleh sorok apa-apalah.
Nasib baik tak kena marah.
Sekarang tak buat dah. Walaupun tersentak bila ada bau kopi dekat pejabat.
Sent from my iPad
Monday, August 01, 2011
Perihal Ikea
Rasanya, elok kalau saya bawa bakul piknik sekali. Dalam tu ada makanan dan minuman kalau beliau tak larat. Mungkin beliau tidak akan berasa penat hinggalah sampai ke bahagian katil. So, breakfast in bed, mom?
Nantilah aku usahakan. Aku bukan suka sangat pergi Ikea tu. Sekejap, jangan lahar aku dulu. Itu semua salah aku. Lepas terpaksa jalan tiga jam dengan high heels, aku tobat dah nak pergi situ. Serius.
Lagi-lagi pulak aku ni gilakan buku lebih daripada benda lain. Semalam bole pulak beli the Big Friendly Giant dan George's Marvellous Medicine sedangkan baru je beli Guards! Guards! Guards! dan Eric (Terry Pratchett). Padahal ada lagi dua buku tak habis baca, sentuh pun tidak.
Sudah lewat. Patutnya dh mengantuk sekarang. Marilah rangsang rasa mengantuk.
Sent from my iPad
Ramadhan muncul lagi
Selamat berpuasa :)
Sent from my iPad
Sunday, July 31, 2011
Perihal Ide
Beliau juga penulis buku Chalie and the Chocolate Factory serta The Luncheon (atau Lamb to the Slaughter). Soalnya, bagaimana dia dapat idea sebegitu?
Aku paling suka tulisan Big Friendly Giant (The BFG) beliau. Buku itulah yan menyebabkan aku jatuh cinta pada Dahl, pada usia lebih kurang 23 tahun. Sejak itu, aku sering buru buku dia (kalau dapat koleksi buku mamat ni sbg hadiah bes juga ehem).
Arthur Conan Doyle, penulis Sherlock Holmes. Aku terpesona macam mana dia boleh tulis misteri-misteri penyiasat itu yang pelbagai. Maksud aku yang di dalam buku, bukan di layar perak.
Bagaimana mahu dapat ide sehebat mereka? Jeleslah jeles. Mereka ini ada bela toyol untuk dpt idea ke? Adakah ini bermakna aku perlu puja idea?
Oke. Ini sudah jadi ckp orang gila.
Sent from my iPad
Thursday, July 28, 2011
Perihal Insurans
Kemudian, kawan aku tidak lagi jadi agen di syarikat tersebut maka aku pun belot. Macam biasalah. Alhamdulillah, aku dapat kerja cepat jadi tiada masalah keputusan wang utk bayar premium.
Langit tidak selalu cerah. Kadang-kadang pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan langit Malaysia turut jerebu. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Tahun 2011 yang dijangkakan berjalan dengan lancar, tersengguk-sengguk sedikit dek kes baru-baru ini. Maka, aku telah pun menggunakan khidmat insurans untuk menyelesaikan bil di hospital. Sayang, tapi apa guna kau melabur bulan-bulan kalau tak duduk percuma di hospital tanpa perlu pening kepala bukan?
Betul, ada yang kata tak boleh niat yang insurans akan membantu kita nanti. Tapi ini kenyataan yang buat aku rasa nak sumbat mulut tukang cakap dengan roti basi. Aku tak tau siapa yang buat lawak;agen atau tukang cakap. Memanglah insurans tu takkan tolong kau 100%, itu bangang namanya. Tapi, kalau kau ada USD 800,000 dalam tangan, ye, tak perlu risau tentang insurans. Kalau tiba-tiba perlu buat surgeri apa-apa, bayar tunai, tak perlu susah-susah. Tapi, untuk golongan marhaen seperti aku, itu perlu.
Kalau anda sudah kerja lebih empat bulan dan company insurance cover, itu memang nasib baik. Masalahnya kalau kau baru kerja dua setengah bulan dan ditimpa kecelakaan pula. Duit pula mungkin jadi isu. Ouh itu memang pening kepala.
Kesimpulannya? Cuba beli insurans. Bukan untuk orang lain. Kalau kita pergi dulu, InsyaAllah kalau kena caranya, tak tinggalkan beban yang super banyak pada keluarga. Kan molek tu?
Hui dah mengantuk. Rasa mahu tidur sekalipun bola tak abes lagi.
Sent from my iPad
Perihal 'Sakit Berpindah-pindah'
Alhamdulillah, tak datang sekali. Kalau tidak tak tahulah nak cope mcm mana. Nasib baik ada painkiller. Sekarang ni dah tak tahan mata dah. Tidur terus selamba, tak fikir apa. Barulah bengkak kecil banyak. Kalau tak kecil juga, tadah telingalah kena leter sebab aktif. Ala kalau tak aktif, makin sakitlah jadinya, asyik fokus pada penyakit.
Yang merisaukan aku adalah claim untuk past consultation. Agen yang sepatutnya ambil akaun aku mcm buat tatau saja. Macamlah aku hebat sangat kan nak selesaikan borang claim. Tengok borang claim terus rasa nak makan bufet (nota: bila aku tertekan, aku akan makan). Nasib baiklah sudah dapat pengganti untuk ambil alih akaun aku. Heh, bunyi mcm besar sgt kan akaun? Tapi kesihatan orang tu, bahaya tau.
Ini adalah kali kedua aku bertemu dengan mangkuk yang menjelma menjadi agen insurans. Maafkan aku tapi memang terengsa. Orang amanahkan kau untuk jaga akaun mereka, tolong jangan tabur pasir ke periuk nasi sendiri. Bila orang tanya soalan, tolong berusaha untuk selesaikan kekusutan itu. Susah sangat kah?
Kalau masa nak suruh sain tu, lembut gigi dari lidah. Memang lembut sangat-sangat. Semua boleh, semua takde masalah. Bila orang nak tanya soalan sikit, terus tak nampak bayang. Susah tau macam ni. Bayangkan orang tu kat hospital, nak tau macam mana prosedur claim. Kesian dia. Bukan senang nak faham.
Ya, itulah yang mengganggu fikiran saya. Kalau kita ada track yang bagus, rasanya aku dengan sukacita dan sukahati lalala akan rujuk kepada kawan-kawan. Tapi bila perangai dah mirip mangkuk jamban ni yang buat orang rasa terengsa.
Sakit di rahang berpindah ke hati. Inilah buktinya.
Ah sudahlah. Benda dah selesai pun. Sekarang nak rujuk corak cross stitch hihi. Rasa dah oke sikit ni nak menjahit.
Sent from my iPad
Wednesday, July 27, 2011
Pecah oleh Khairulnizam Bakeri
ini memang page turner. baru keluar dari hospital tapi berani lawan mata sampai jam tiga pagi. inilah kesan buku ini kepada saya.
pengajaran: jangan makan ubat sebelum baca buku ini. nanti anda yang pening kepala tahan mata.
salah aku, aku buka buku ini dengan satu persepsi di dalam kepala aku. 'Pening'; ini sepupu aku yang sebut. Maka aku buka buku ini dengan debaran malah menjangkakan yang aku akan dikecewakan. Di situlah silap aku yang paling besar kerana ia langsung tidak mengecewakan.
Penulis ini sabar; sabar mengupas cerita satu demi satu. Dari segi jalan cerita dan latar belakang watak, semuanya dikupas dengan cukup sabar. Ada orang guna formula 'depan, tengah, belakang'- baca mukasurat depan, tengah dan belakang buku. Cara ini tak jalan kalau kau nak kepuasan. Sekadar tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik rompakan bank, mungkin boleh.
Cerita dimulakan dengan rompakan di bank menggunakan teksi oleh sekumpulan lelaki berabaya. Kelihatan seperti satu rompakan yang mudah tetapi yang menghairankan, selain daripada wang, ada sesuatu yang hilang dari simpanan bank. Nah, dari sinilah jalan cerita itu berjalan. Dari rumah orang tua, hospital, polis, rumah Herman, flashback Herman dan kembali ke hospital. Di sebalik satu kes, tersembunyi satu kisah yang sedih.
Cerita ini banyak menggunakan flashback yang sangat penting untuk menjelaskan kaitan Lidya, Alan, Radi, Don, Herman dan Bakar. Seorang lelaki tua yang koma bernama Bakar, mempunyai banyak kaitan di dalam cerita ini. Mula-mula, gayanya macam nak menerangkan tentang kekesalan seorang tua tetapi kemudian ia berkembang menjadi sesuatu yang lain.
Twist dalam cerita ini cukup subtle. Seperti biasa, penjenayah akan create diversion. Dari tempat kejadian, hospital, rumah penjenayah tetapi rupa-rupanya, tempat yang patut dituju adalah hospital. Buat penat saja polis study rakaman CCTV di bank padahal itu sudah jauh daripada pusat misteri. Kunci kepada misteri ada di dalam hospital, bukan di luar kawasan hospital. Sekali lagi, buang masa polis buat sekatan jalan di luar hospital.
Memang betul, apa yang kita cari kadang-kadang ada di depan mata. Buat penat cari jauh-jauh.
Ini adalah novel Melayu bergenre jenayah/ misteri pertama yang aku baca dan sangat berpuas hati. Tahap kepuasannya sama ketika Sherlock Holmes mula jelaskan kes jenayahnya.
Ini betul-betul buku yang tidak mengecewakan aku.
Monday, July 25, 2011
Perihal Mahu Sembuh
Kemudian, benang yan berjuntai dekat leher pun bikin panas juga. Cuaca yang panas menambahkan rasa gatal. Ikut hati memang nak garu dengan gigih tapi takut pulak kalau tercabut jahitan ke apa. Takkan aku nak buat cross stitch kat leher sendiri. Doktor je yang hebat buat cross stitch dekat leher aku.
Hari ni memang rasa kurang best. Rasa lost. Hari ni hari apa sebenarnya? Kalau tak kerja, mulalah jadi macam ini. Lupa hari, lupa masa, lupa dekat mana. Yang terakhir tu terjadi bila aku pindah, tumpang lodging sepupu. Lupa hari agak menyusahkan kalau nak tengok TV. Bukan astro tapi tv yang biasa tu. Kalau salah hari, terlepaslah cerita deka TV. Ceh, sakit-sakit pun ada hati nak tengok TV segala.
Semalam pun salah sendiri. Boleh pulak berjaga lama-lama sampai jam dua tiga pagi. Sebabnya hari sabtu dan ahad sudah tidur lama. Konon nak buat benda berfaedah, menipu sangat. Dok main solitaire la hape lah. Padahal banyak lagi benda yang kuran membuang masa daripada itu.
Tadi petang pun dah keliru hari ini hari apa. Serius ingatkan Ahad. Kalau tidur yang black plunging hole, tanpa mimpi memang selalu buat aku keliru. Rasa macam waktu petang sudah jadi hari lain.
Rupanya hari Isnin. Pretty Little Liars. Budak-budak kecil yang cun nak arwah. Alhamdulillah aku lahir dekat Malaysia. Peer pressure juga kalau lahir deka luar negara lepas tu hari-hari nak dress up kasi cun. Kalau tak cun, kena buli. Itu baru cun, belum kurus lagi. Which is masalah aku satu lagi.
Rajin pula mengarang hari ni. Maklum, tak mengarang di pejabat. Ini lepas geram la.
Ha sudahlah tu. Mari sambung tgk cerita apa ni tah tak tahu hujung pankal.
Sent from my iPad
Kasino : Saifullizan Tahir
Aku bukan nak bercakap tentang itu. Itu kau punya suka.
Buku ini seronok diselak, sekalipun kadang-kadang terasa sesak. Sesak dek kerana Segalanya daripada pandangan Mohd Narcissus. Patutlah orang pernah pesan elakkan daripada pilih cara penulisan begini. Tapi itu masalah aku, abaikan.
Bagaimana nak cekau duit lebih kurang RM 4 juta dalam masa beberapa hari? Bisnes ada, bisnes gundik pun ada. Tetapi bukan senang nak cari pembeli dalam masa yang singkat. Maka, watak utama perlu cari jalan.
Cara cerita ini berjalan cantik sekali. Kronologinya kemas. Flashback yang Dilakarkan tidak cacamerba. Memang jadi leka dibuatnya.
Seronok berjalan dalam cerita ini, semacam boleh merasa semuanya. Pengalaman Narcissus di Australia, di restoran dan F1, antaranya. Tabik pada penulis kerana berani menggunakan nama asal watak-watak di dalam cerita ini seperti Dina Zaman dan parti politik di Malaysia.
Aku tiada masalah dengan watak di dalam cerita ini. Minum alkohol sudah macam ikan, simpan gundik dua tiga orang (eh ke empat?) tetapi solat tak tinggal. Tidak, bukan aku tidak kisah. Tapi daripada risaukan watak yang entah wujud entah tidak, baiklah dikaji akan sindiran yang mungkin diselitkan penulis daripada watak yang begitu. Usah melatah sangat.
Untuk watak itu, I rest my case. Aku bukan moral police.
Sunday, July 24, 2011
Perihal Pembedahan
Hurm. Aku rasa ada entiti yang nak bergura dengan aku.
BP untuk satu malam itu memang tinggi sebab cuak. Buktinya lepas pembedahan, BP turun jadi normal. Buang masa juga la tertanya-tanya ada darah tinggi ke tak. Padahal oke je.
Operation tu kat leher, sah-sah memang pengsan terus. Oh ye, nak betulkan saliva gland. Phew, nasib bak bukan lymph node.
Pengsan tu bukan sikit-sikit. Tengok muka doktor mana yang bedah pun tak tau. Bila mereka pakaikan topeng pun tak pasti. Perkara terakhir yang aku ingat adalah nurse bergosip tentang fesyen.
Bangun sahaja dari pembedahan, sakit terasa berganda-ganda. Dapat dengar degupan jantung laju sangat. Kemudian doktor pun benamkan jarum kat peha, sampai sekarang boleh rasa.
Walaupun ini pembedahan kecil, sakit jugalah sampai sekarang. Hui memang berdoa tade apa-apa ni. Jadi terima kasihlah kepada semua yang wish, yang datang. Terima kasih banyak-banyak. Efek painkiller dah mula ni.
Saturday, July 23, 2011
Perihal Post-Hospital
nak cari bantal. cross stitch dekat leher ni agak mengganggu juga haih.
Tuesday, July 19, 2011
Perihal Perasaan Ketika Ini (Pre Check In to Hospital)
apa pun keputusan lepas ini, aku terima tapi aku harap tak jejaskan mak.
sebab itulah aku tak nak cuti. sebab nanti macam-macam bermain di fikiran. macam mana kalau itu betul kanser? apa rawatan seterusnya. macam mana nak jaga.
baru tulis dah pening kepala.
sekarang kena pergi cari beg. takkan nak bawa travelling bag. takde kerja.
Monday, July 18, 2011
Perihal Kim Kardashian dan Kita
Sama kan?
Kita pun ada ada video masa kecil dulu, macam adik-beradik Kim Kardashian. Kene gelak dengan adik, abang, kakak; biasalah tu.
Mungkin tak sama dengan mereka tetapi kita juga main Saidina atau Monopoly. Bila nak main tu, ada yang menganjing; itu wajib.
Jelas tidak apa yang kita buat sama dengan apa Kim Kardashian buat. Bezanya mungkin kita duduk di rumah pakai seluar trek dan kain batik dengan t-shitt bertulis 'runs on evil intention'. Kalau kita tukar pakaian, besar kemungkinan mungkin akan sama.
Sebab itulah aku tak berapa nak faham motif Keeping Up With the Kardashians. Tapi mungkin itu silap aku.
Sent from my iPad
Sunday, July 17, 2011
Perihal Pembedahan Kecil
Ada banyak benda yang asing pada aku. Masuk ke bilik bedah nanti adalah satu lagi perkara asing. Lutut ketar? Jangan cakaplah. Aku tahu minggu depan tapi cuak woi.
Bengkak di leher menyebabkan dua tiga doktor pegang-pegang leher aku. Seorang doktor memang hampir grip batang leher aku. Tangan lelaki grip leher, terus terbayang cerita Criminal Minds. Seriau.
Ada sesuatu dekat dengan thyroid. Doktor pegang leher, jari tekan satu bahagian leher dan suruh telan. Ingat senang ke nak telan? Aku dah nampak bintik-bintik gelap masa tu, tanda nak pitam. Tak cukup tunjuk dalam ultrasound, kene cucuk dengan jari plak. Ni yang saya lemah tau doktor.
Yang aku risaukan nanti di hospital. Ramailah yang nak tunggu. Ak bukan tak suka, tapi kalau dua malam duduk sahajalah di rumah. Nanti nak remove tumour pun akan pengsan. Tak berguna teman aku pun.
Kesian emak. Aku tau dia risau tapi ini small surgery sahaja. Takde apa sangat perlu risau. Well, aku harap tak perlu ada apa nak risaulah.
Dah lewat. Aku baru habis kerja. Entah pukul berapa nak tidur.
Sent from my iPad
Saturday, July 16, 2011
Perihal Putus Cinta
'Ah, the innocence of young love,' kawan aku bercakap gaya poetic. Kerana aku begitu jaded, aku cuma jeling dia dengan wajah entah apa-apa.
' Sad to say, it was so long ago,' aku berkata dengan nada suara bitter. Macam biasa.
Kami nampak dua orang remaja sedang berpimpin tangan. Nampak sangat muda, cinta budak sekolah. Masih suci, belum corrupted lagi.
Itu semua saat kau tak tahu boipren kau kentut busuk. Tunggu nanti dah break. Al Pacino pun nampak jinak di mata kau.
Dia putus cinta mungkin. Ah, rilek. Perjalanan kau masih jauh (amin). Tapi dua tiga hari ini, memang akan rasa macam sampah sikit. Layankan. Cuma pastikan pada hari ketiga, kau dah oke.
Kekasih ni, ramai orang boleh kutip tepi jalan. Sama juga akal. Memang selalu orang lempar-lempar tepi jalan juga.
Jangan sampai itu jadi pada kita. Amin.
Tidurlah hati yang kecewa. Cara cold turkey itu lebih elok. Tak payah tengok muka buat kali terakhir apa jadah. Bukan ada iras Johnny Depp pun.
Sent from my iPad
Monday, July 11, 2011
Perihal Pemeriksaan
mula-mula macam malas juga nak masuk bilik jumpa doktor. tapi akhirnya kena juga. ESR (erythrocyte sedimentation rate) agak tinggi dari biasa.
alah, biasalah tu doktor. manusia mutant macam saya memang selalu mempunyai isu seperti itu.
disebabkan itu, doktor telah menepati janji beliau dan menyerahkan surat cinta untuk dibawa ke hospital yang berdekatan. bengkak di leher belum mahu surut dan nampaknya ada sesuatu yang terjadi dalam badan aku kerana tindakbalas di dalam badan sedikit aktif.
masa tu aku dah rasa macam-macam. perut yang lapar terus jadi kenyang (aku qada' makan tengahari dengan makan malam pada jam 7 malam). seperti biasa, perkara buruk yang melintas dalam kepala adalah kanser. ouh perkara kedua terburuk selepas tuberculosis. kanser kerana rasanya it is in the genes.
aku tabahkan hati dan tengok sahaja doktor tulis surat cinta. mula-mula minta doktor pergi PPUM tetapi kemudian setelah disuruh (dipaksa mungkin) maka aku pun tukar kepada tempat lain. aku kurang kesabaran. mahu tunggu 4 jam semata-mata untuk didiagnos boleh naik darah ke kepala. jadi, aku pilih tempat lain sahaja.
jam 2.30 petang aku berambus dari pejabat. biar apa pun, aku perlu tahu apa benjolan di leher aku. dan disebabkan aku tidak akan bersenam di KLCC petang ini seperti yang dirancangkan, aku memilih untuk memanjat bukit ke hospital tersebut. penat? lencun juga baju aku sebenarnya tetapi tidak mengapa. bukan itu yang aku risaukan tetapi kasut aku. memanjat bukit dengan kasut yang tidak sesuai hanya akan mendatangkan masalah. habis haus tapak kasut aku.
menunggu tidak lama, aku diperiksa seorang jururawat.
' BP tinggi ye?'
' saya baru panjat bukit tadi'. kami sama-sama tergelak. aku gelakkan diri sendiri, dia juga begitu. aku pasti. aku peluk chest x-ray aku. baik aku bawak siap-siap, tak mahu didedahkan kepada sinar X. kalau boleh jadi X-man adalah juga hasil.
masuk pulak bilik pemeriksaan. ada katil tapi macam segan pulak dan tidur. penyakit kat leher, buang tebiat ke nak tidur-baring bagai. jadi aku duduk sahajalah di katil sambil belek-belek selimut hijau. cantik juga, macam selimut berkait. rasa nak sumbat dalam beg bawa balik tapi macam tak semenggah pula.
duduk-duduk, borak-borak dan doktor keluar. hey, perlu ke buat muka cuak? kalau doktor buat muka cuak, dalam hati jadi bergelodak. dan doktor kemudian berlalu membawa gambar sinar x aku. duduk lagi.
kemudian doktor bertanyakan soalan yang mungkin punca semua ini.
' do you have cats at home?'
this is the very reason i hate cats. they go inside and out of heaven-knows where and the one who suffers is you.
kemudian doktor berlalu lagi. entah untuk apa, aku sibuk dengan telefon aku.
hasilnya, aku perlu jumpa specialist esok. memandangkan sudah ada dalam sejarah keluarga, baiklah aku pergi jumpa doktor. kalau takde apa-apa, anggap sahaja ini pemeriksaan tahunan.
cuma yang aku risaukan sekarang adalah work arrangement. mungkin boleh fikir di starbucks yang berada di hospital tersebut.
ye, saya gayat nampak starbucks dalam hospital. esok nak duduk dekat dengan starbucks untuk internet percuma. sila usah salah faham.
Sunday, July 10, 2011
Perihal Cerita Hantu
kadang-kadang ...oke tipu, selalu. selalu lepak dengan kawan-kawan dan kalau terkeluar cerita hantu, semua sama je pesennye aku tgk. jadi, ini telah membuahkan idea.
jadi, dua tiga minggu ini rasanya aku akan mengalami overdose cerita hantu. dan juga mungkin mengalami ketakutan sementara bila nak bangun pergi bilik air pada jam 2.30 pagi.
Jaded
kalau boleh, aku mahu berfikiran positif setiap masa. sepanjang hari.
kalau bolehlah. tapi aku ini cuma insan biasa. bila sudah terjadi sesuatu perkara, aku rasa macam sudah kena langgar dengan garuda, dilenyek bulldozer kemudian dicabul. dicabul di sini mungkin dicabul hak asasi, hak mengundi dan apa-apa lagilah. pendek kata, perasaan yang sungguh terfaktab sekali.
there, i've said it.
aku tidak pernah mahu jadi sinikal. penat. kalau boleh aku ingin lihat dunia ini di sebalik rose-tinted glasses; selalunya indah dan sempurna. tidak pernah berlaku murphy's law atau pasti ada hikmah yang datang dua tiga saat selepas sesuatu terjadi. but life doesn't work that way. when you wanted chocolatte, sometimes you'll get lemon. dan pengalaman mendapat lemon itulah yang perit untuk difahamkan.
' as people get older, they get more cynical'. i know i've been bitter. heck, i'm bitter. a friend knows this too well.
i know i cannot blame anything. this is the lesson that i have to take. like the lesson of falling down simultaneously while learning how to ride a bike. looking at my right hand, the scar is still there. a scar that may not even heal.
sometimes i just want to pack my bag and flee. but is that what i want to do for the rest of my life? flee whenever problem arise? is that how i'm going to lead my life?
mungkin inilah last straw itu. aku jadi tambah sinikal bila orang bercakap tentang cinta dan perhubungan, kehidupan juga. like it will get better like how? yang aku nampak hutang membukit keliling aku. yang aku rasa penat amat-amat. macam aku cakap tadi, nak lari dan tinggalkan hutang belajar di sini. bina hidup baru konon-kononnya.
ya, right. what if it becomes worse?
apa-apa yang kawan aku cerita, aku dengar, angguk tapi dalam hati Tuhan saja tahu apa yang bersarang. i'm happy for my friends, don't get me wrong but when it comes to myself that i have serious doubt. maafkan aku, Tuhan. aku terkhilaf.
aku kira aku sangat bertuah. tak bertuah ke kalau dapat kawan yang tak perlu disuruh pun dia boleh belikan kau makan tengahari waktu kau terperangkap di klinik nak periksa kesihatan?
sudah sampai di hujung ini, aku tahu aku yang salah. berikan aku peluang dan kekuatan untuk hadapi ini semua dengan rasional. pinjamkan sedikit sabar, sedikit pun jadilah.
Friday, July 08, 2011
The Lump on The Neck
Naturally, I freaked out. And here's why.
During the previous week, an uncle succumbed to cancer. He died of lung cancer that was discovered a wee bit late. The only consolation was that he didn't suffer long. The disease was discovered at the last stage.
Last year, another auntie became a victim of ceervical cancer. In the 40's, she just recently got married. But it was fated. She didn't suffer long though.
The previous year, her mother failed in the battle against breast cancer. Three, three relatives.
So you see, cancer is very near my family. Hence, discovery of such lump on my neck caused me to go into a frenzy. Almost immediately, I pestered syud (resident pharmacist in kapasitor. Kidding) and started shooting questions. 'Not tonsil, maybe TB', she said. Since the lump grew overnight, I really cannot say if I had fever the previous night.
There was nothing to do except visit the doctor. It was one tender lump and the doctor wanted me to come back after one week if the lump is still day. It was just my luck that the lump didn't decrease in size and sent me into panic.
And here I'm, happy and grateful as can be since the doctor cleared my chest x-ray was oke (loves the compliment that the doctor said my x-ray was excellent. Hihi). And for the cancer, there was no mention of it. Alhamdulillah, one cause to be extremely happy about.
I'm still waiting for my blood test result. It may return something, it may not. The doctor has cautioned that I might be sent to the hospital for check up if anything happens. But looking at the lump now, it was just my luck that it is getting smaller now. :-l.
Thursday, July 07, 2011
Wednesday, July 06, 2011
the one time that you willed yourself to cry and the tears won't come. the news of a guy you really like is now in a relationship doesn't even make you sad. instead, you end up smiling at the sweet posts he put up for his girlfriend. the lucky girl.
the heavy feeling has settled quite nicely inside, i'm afraid. it just won't come out.
four lines later, i'm still struggling to push the tears out. man.
Tuesday, July 05, 2011
peraturan no 1 yang aku ingat, yang diajar oleh saudara-saudara lelaki aku; kalau sensitif, jangan ngada-ngada nak bergurau lebih-lebih dgn org. nanti kalau kena pada diri sendiri, menangis.
jadi, kalau aku tak nak kena buli sampai menangis, lebih baik aku jangan mula usik saudara-saudara aku. nak mengadu dekat mak abah? gila kau.
senang kan? kalau tak nak terasa, jangan buat kat orang. nanti kalau orang balas, kita yang makan hati. nanti kita yang terjerit-jerit. waktu itu nak pindahkan kesalahan pada orang lain? terlambat dah weih.
jarang orang nak ingat bila dia dah cakap 'i don't need anyone else' (juga peringatan pada penulis). bila itu dah terlepas, dan orang balas balik dengan tak pedulikan kita dan boleh pulak ulang balik kata-kata tu, tolonglah don't act like a victim. macam itu semua kita tak tempah sendiri.
you know, orang sebenarnya tak berapa nak kisah sangat pasal kita. serius. semua orang ada hidup masing-masing. jadi, bila kita dah buang orang, jangan dok harap sangatlah dia dengan senang hati lalalala nak sedekah masa kat kita. dia pun ada life dia sendiri (which is in no way am i trying to imply that anyone has no life whatsoever). simpati dia bukan percuma. ada bayaran.
tak perlu jadi hipokrit. selagi seseorang masih boleh beri kepentingan pada kita, selagi itulah kita akan jadi kawan dia. dan tolonglah tak perlu susah-susah reka cerita.
sekarang aku taulah, yang gila dan delusional itu sebenarnya bukan orang lain.
Monday, July 04, 2011
semalam aku tonton damping malam. saja, nak support industri filem tempatan (dengan tidak membeli CD cetak rompak, sekadar tonton di astro sahaja).
tak, tak seram pun. masa sekolah dulu, koridor terang. dorm masyaAllah gelap ya amat. dalam filem pula terbalik. hilang feel. bukan aku saja cakap mcm tu, sepupu aku pun kata begitu.
cerita ini terlalu bergantung pada elemen 'terkejut' untuk menakutkan penonton. sumpah cerita pendek budak-budak dok cerita masa lights off dulu lebih seram daripada cerita ini.
sepanjang-panjang cerita aku tak fokus. tapi aku mengakulah, ada satu part tu aku sangat terkejut.
part sepupu lelaki aku menjerit bila anak amy mastura bertukar rupa jadi hantu. terkejut sebab dia jerit, bukan sebab muka budak tu. muka berubah sampai gitu sekali tak seram weih. yang seram sebenarnya bila muka nampak biasa tapi sebenarnya bukan dia.
cth mcm kau ajak roommate kau teman pegi tandas. tapi sebenarnya dia takde sebab dia balik bermalam.
ada rasa tanak pergi toilet tak malam ni? :D.
Sunday, July 03, 2011
tetapi aku paling lemah hadapi situasi begini. aku sendiri sudah kehilangan ayah dan aku sendiri pernah rasa bahawa tiada sepatah kata di dunia ini mampu mengubah apa-apa. 'sabar, takziah, dia sudah pergi' itu semua ayat-ayat yang bermaksud baik. tetapi seriously, it didn't change anything. dan yang lebih merimaskan, aku tak tau nak reply mcm mana bila orang ckp mcm tu.
and words fail me again. yang aku mampu buat adalah pegang bahu dia bila dia menangis. dan aku pun turut menangis sama; ini refleks. aku tak boleh buat apa-apa.
there's hardly a day that goes by without remembering my late father. there's always that tiny little things that will bring the memory back to him. how he is great with kids, how he speaks patiently and how nice his teeth were. but those are things that you have to live with.
i don't know if it gets better. but for me, he's in a much better place now. there's nothing that i can do except go on with life. he will want us to do just that.
ini merupakan tahun keempat Abah kembali pada Tuhan.



