Thursday, July 18, 2013

10:58pm

people say that you don't take the same person the second time because it's like re-reading a book. 

what's wrong in re-reading a book,though? i have a book that i re-read when i need to calm down when I feel so stressed. oke i mean books, not book. 

sadly, my thought has truncated. need to sleep to wake up early tomorrow. 

Saturday, July 13, 2013

diam. sendiri





kenapa agaknya kalau sibuk mulalah banyak idea dalam kepala? padahal kalau duduk diam-diam tu, takde pulak. contoh macam tadilah. elok-elok berazam daripada balik kerja nak bercerita, alih-alih cerita entah ke mana, orangnya entah ke mana. tak boleh pakai betul.

kalau buat kerja pula, ha mulalah datang idea kiri kanan. tak pun masa tgh berdiri dalam train. itupun tak boleh pakai juga sebab tangan tengah sibuk cuba bergayut kiri-kanan. manalah sempat nak ambik telefon pulak nak menaip.

bercakap tentang train, comel betul ada someone ni semalam dia tolong perhatikan tempat duduk kosong dalam tren. kalau ada kosong, dia suruh perempuan duduk. yelah, puasa. besar kemungkinan dia penat jadi dia pun mcm tak larat nak bangun untuk kasi tempat duduk dia. at least, ada juga usaha dia.

terpesong dah rasanya karangan ni. bahaha. sebelum ia pergi lebih jauh, baik berhenti dulu.

jadi, korang buka apa tadi? saya sempat buat French Toast ala sukahati.

Monday, July 08, 2013

umpan


nak mengumpan ni bukan susah. setengah orang main belasah je. setengah orang dia sabar. dalam diam dia memerhati. dia perhati sahaja habit orang.

ala kita ini semuanya a creature of habit. tak lari daripada kebiasaan. susah tau nak buat sesuatu di luar rutin. kalau dah makan pukul 1 tengahari, mmg 1 tengahari juga la yang dicari.

perhati lama sikit, bukan susah pun. banyak dah social media yang boleh digunakan untuk stalking.

sabarlah. tgk penyerang hendap sabar dia mcm mana. selamat berjaya!

Sunday, July 07, 2013

sea, sun, love


(misleading entry. gambar tiada kaitan dgn entry)

bulan puasa memang ditunggu-tunggu. banyak sebab sebenarnya tetapi yang ingin disentuh di sini adalah waktu bekerja. ya, boleh balik awal. ya balik awal stok pukul 3 petang punya balik.

ramai berkata 'bestnya balik pukul 3'. yelah bestlah kalau kene mandi sebelum sahur, makan lps tu pakai baju terus tunggu bas. kalau bernasib malang, 30 minit jugalah kau tunggu bas tu tak sampai-sampai. mmg penuh dugaan romadhuon (mulut herot sikit) betullah kalau kau dah berkobar-kobar kalah budak sekolah sekali ketibas semua bas tak datang lagi. bukan itu sahaja, batang hidung teksi pun tak nampak. mulalah kaki yang sbnrnya elok je sebelum tu jadi sengal-sengal, pedih-pedih sikit. dasar tiada benih kesabaran dalam diri betul.

kalau nasib baik, mmg boleh sampai dan balik awal. yg tak berapa nak nasib baik tu kalau balik pulak bas buat hal. bertolak pukul 4 misalnya. mmg nganga je la sebab akan stuck dalam jam. kita sambung tido sambil ternganga (kisah benar). dengan tade ekonnya hoi sedihnya rasa. macam zaman sekolah kene tido dalam bas yg serupa bekas kedap udara, tido terlentok-lentok dengan peluh menitik kat dahi. puas jugalah tido daripada 4.15 sampai 5.15 kot. itu pun tak sampai lagi.

penyelesaian? penyelesaiannya adalah buat deal dengan pakcik teksilah siap-siap untuk memastikan anda boleh sampai jam 7 pagi ke pejabat dan pulang jam 3 petang. kebarangkalian stuck dlm traffic jam itu sgt rendah.

ouh btw, office saya flexi hour. hiks.

sudah hampir lapan setengah. anda sudah repeat berbuka atau belum?

'aku perhati je ni'


ini kucing di rumah kami tgh perhati hamster. ayat sepupu ' dia tunggu masa je tu tuan tade. hilang je dia terkam. '