Tuesday, March 30, 2010

perbuatan yang patut dilambung


lambung die wheee
Originally uploaded by uculer
kalau nak buat penkek (eleh lempang je sebenarnya), pastikan power spek mata anda sesuai dengan mata anda. ini utk mengelakkan minyak jagung jadi sunflower oil (tak nampak tulisan kat packaging). darn it. apelah rasa penkek aku dah tertukar minyak ini T_T.

tidak boleh diharap. patut dicampakkan saja ke atap seperti gambar di sebelah. tapi die 5 kilo. saya? itu kita tak perlu tahu. thi hi hi. nasib baik tadi kene paksa makan blueberry

Sunday, March 28, 2010

always tempted to put my foot beside the mark

nampak sangat tiada kerja lain bukan? haha dah lama pls sbrnrnya nak buat mcm ni cume tidak berpeluang sahaja. oke tidak lah tidak berpeluang. selalunye, mark kasut yang ada di stesen putra sedikit pudar tapi yang ini sudah dicat semula mungkin. jadi tidaklah mahu melepaskan peluang maka terus sahaja mengambil peluang ini untuk mengambil gambar.

pastilah selepas semua orang sudah turun daripada koc dan turun ke platform bawah. segan weih.

anda boleh cuba sesuatu dengan tanda kasut itu. yang yang warna cokelat itu. pastikan bahwa anda tidak keseorangan di stesen putra. apabila anda melihat bahwa terdapat sekurang-kurangnya seorang di tepi anda, yang bukan merupakan rakan taulan, rakan sekampung, kawan main guli, kawan pukul kucing eh i mean orang yang anda tidak kenal, acukan kaki anda ke kasut yang sudah sedia dilukis di simen. kemudian, berdiri di dalam tanda kasut tersebut.

anda kata saya gila? anda silap. orang yang berdiri bersama anda itu akan turut sama mencuba apa yang telah anda cuba. sebaik sahaja anda habis melakukan perkara tersebut, perhatikan bahawa pihak lagi satu akan cuba untuk berbuat perkara yang sama, meletakkan kaki ke dalam kasut yang dilukis di atas simen.

saya jamin ia akan jadi sangat kelakar. tetapi saya tidak jamin anda tidak akan diketawakan jika anda melakukan di sekitar kanak-kanak dan remaja sekolah (kerana mereka selalu rasa mereka cool).

p/s: masak la kami macam ini kene dukung imran hari-hari. patah pinggang weih

syot peberet ini hari


syot peberet ini hari
Originally uploaded by uculer
paling suke gambar ini daripada banyak-banyak gamba yang diambil semalam
mamat imran ini kejutkan saya dari tidur hanya dengan duara dia yang kecil. super comel. semua orang disuruh dokong. tapi masalahnya dia begitu aktif. atuk dengan nenek saya cube dukung tapi mengah. pinggang saya pun sudah sakit-sakit (main lambung-lambung sampai dia muntah. kejis-ness).
oke bye, emak suruh saya perhatikan imran tapi saya tulis belog.

p/s: imran kirim salam dengan auntie syud

Saturday, March 27, 2010

Eat, Pray Love by Elizabeth Gilbert

disclaimer; this review was written based on personal observation. read, trust and believe it at your own risk.
credit : stewartsreadingcircle

  Honestly, what catches my eye for the first time was the title of the book. actually, the first word because i love to eat. hoho.

 the book is funny, biting, a page-turner and well.. weird as it seems, it works like a motivational book. why?

  she flew all the way to italy to speak the beautiful language after her divorce. the divorce, obviously was not pretty. nobody shook hands on it. it was not glorious but she had to get out of it; the life with a husband, a nice house, a job ...well almost everything.
 
  after italy, she flew to india, to discover spirituality. personally, i think this part was really beautiful. imagine leaving all your worldly possessions to live in an ashram (bukan asrama pls) and quiet the chaotic mind. this part to me is really beautiful since the person in this story has a really busy, noisy mind. seriously, i tried meditating and it was not easy. trying to block all the thoughts was not easy.

  kawan saya cakap, cuba bayangkan yang anda seperti bayi yang baru lahir ketika bermeditasi. ha ye la sangat. mesti masa tu isbuk fikir 'saya lbayi lelaki atau perempuan?', 'apa personaliti saya?', 'adakah saya comel?', adakah saya mempunyai adik-beradik yang lain?'.

  ye, minda yang mmg tidak boleh diam.

  and after india (she managed to meditate afterall and being happy with it. i envy her), she flew to bali in indonesia.

  like i said before, it is like a motivational book, not the typical 'you have to take out a pencil to draw your own eyes on the paper' or 'remember to write the good things that happened everyday' sort of thing. it was like, she was talking to me from the book.

  there were many emotions throughout the book. her divorce and breakup was handled in a way that was almost funny but what strikes me the most was how she was affected when a healer in bali didn't seem to buy a house when clearly the healer had money and gilbert was more than willing to help.

  this is really a page turner and to sum it up, it is about a journey of a person who looks for herself, meaning of life, individuality and the best pizza in naples, among others. i truly enjoyed it.

p/s: kapasitor may have another gathering soon. just hope for it to happen *winks

Friday, March 26, 2010

akhirnya. ya akhirnya hari sabtu. patah tulang belakang begini kerana sekali lagi, menunggu bas pada kadar yang super lama kerana hujan.

BTW

minggu lepas ada mention tentang projek. ye, kami ada projek baru. kami itu saya dan coreeyukito. kami membuat review tentang apa yang ada di cyberworld. blog-blog menarik untuk dibaca, online shops yang menarik. ya...itu semua untuk anda.

jadi silalah ke One Stop Review untuk mendapatkan perkhabaran tentang blog yang hangat, servis di talian yang hangat dan macam-macam lagi. maka saya sudahpun menutup blog buku dan makan-makan saya untuk menumpukan perhatian kepada dua blog ini sahaja. doakan semoga saya berjaya. amin.

tetapi malam ini tidak hangat kerana tadi hujan. alhamdulillah.

Thursday, March 25, 2010

sehari lagi dalam diari seorang penganalisa maklumat. bunyi macam 'sehari lagi dalam hidup seorang wartawan'. tetapi sungguh jauh panggang daripada dapur kenny rogers.

apa itu penganalisa maklumat? information analyst? letih juga nak jawab masa mula-mula kerja dulu (kerana control freak mahu pastikan orang faham apa yang dibuat di opis). tapi lepas tu aku kompom lah derang macam buat-buat paham je sbb macam kesian aku bercerita dengan beria.

kami analisa maklumat yang penting untuk sesebuah syarikat. seperti apa yang dilakukan oleh pesaing, financial result dan future plans, kemudian hantar maklumat ke serata di dunia. tapi tak pastilah pula kami hantar gune courier atau pos, besar kemungkinan email kot (elemen misteri).

ha sepupu, paham tak ape aku buat skang? kalo tak paham anggap je la aku buat freelance bancuh kopi sudah.

penganalisa maklumat ini sungguh penat hari ini. kerja itu macam biasalah tapi nak balik tu yang letih. petir, guruh, kilat-sabung menyabung telah menyebabkan sungguh sukar untuk pulang ke rumah. maklumlah, hampir setiap hari pun berjalan dari bukit bintang ke central market. kalau naik monorail, haruslah kene tolak dan bersesak seperti tuna di dalam koc. maka tidak mahu, mahu berjalan menghirup udara yang (tidak) segar sambil hyperventilating tanda jantung berdegup dengan laju.

tipu. sebenarnya mahu kurus.kembali kepada perkara pokok.

pastilah bila hujan begini, jalan lecak dan rasa nak nangis bila kasut mencecah masuk ke dalam lopak. mungkin patut pakai boot phua chu kang tapi takut pulak jatuh.

maklum dulu-dulu selalu balik ke kampung di lenggeng (bukan lenggong perak. lenggeng di negeri sembilan. legging pun bukan), main kat sawah. konon nak masuk sawah maka pakai boot. tapi sebab pendek dan tidak cukup kudrat, tak berjaya angkat boot tetapi badan yang jatuh ke depan. ye terus jatuh segedebuk dalam sawah.

eh mana tadi? oke susah nak berjalan. sebab susah nak berjalan, singgah sebentar di the weld. ye the weld itu masih wujud (silap-silap ade orang penag pegi dating kat tempat ni masa sekolah maklumlah pavilion tu kan tapak BBGS). singgah mestilah bukan singgah sesaja. mestilah makan T_T. ye makan-makan-makan. padahal di opis sudah mengunyah biskut sampai setengah paket. lepas tu sampai di the weld kene habiskan tauhu goreng die (omg syud adalah sangat sedap rasa nak nangis. sangat sedap tauhu di asian delight itu. ouh itu tempat makan kegemaran kami. saya dan rakan sedarjah). maka, terpaksalah makan sampai habis sebab tak baik, nanti membazir.

oke fine. baik. memang kuat makan.

sebenarnya hari-hari pun jalan dari bukit bintang ke cm sbb mahu bersenam. tapi kalau selalu begini macam mana? macam mana mahu kurus? stresslah begini. banyak betul makanan sedap dalam minggu ini, eh dari minggu lepas. sakae sushi la, spaghetti super banyak di pavilion la, singgah asian delights saja dua kali.

dang. mungkin jangan jalan. elok saja berlari. baru mujarab. T_T

azam hari esok: hire bomoh hujan untuk tolak hujan ke kelana jaya. 

Tuesday, March 23, 2010

pernahkah anda terfikir betapa anda begitu bergantung pada internet? ye, anda yang sedang membaca tulisan (taipan?) ini. ye, yang sedang makan jeruk mangga atau pecal dari dengkil. andalah.

mungkin pernah, mungkin tidak. tetapi saya mengalaminya sendiri tadi.

sungguh.
tidak.
boleh.
diterima
akal.

macam tidak dpat minum air kerana pembekal air RO belum datang ke pejabat. macam tidak dapat naik lif kerana begitu ramai orang ingin turun ke foodcourt padahal anda sudah merangkak di atas lantai.

sungguh sadis. tak percaya? cubalah. cubalah tidak buka email atau merapik di blog. anda akan faham.

sungguh tulisan tidak bersebab.

Monday, March 22, 2010

tengahari tadi ternampak annual report di atas meja. okelah bukan ternampak tetapi tuan punya badan merayau ke klcc jadi sampai-sampai saja sudah ada.

ada gamba seorang perempuan yang tidak di photoshop. maka kedutnya sgt ketara.

jadi telah membuat beberapa lawak jahat di situ dengan rakan sekerja.

hasilnya sekarang adalah tulang belakang terasa seperti patah dua. sebelum diinjak-injak oleh tiga orang sepupu berumur 16 tahun. kemudian ditumbuk-tumbuk dengan lesung. sebelum pinggang diputar mengikut arah jam. lima kali. lawan arah jam. tiga kali. sebelum mencampakkan ke dalam lombong bijih. masuk kapal korek.

oke fine we get it. you are in terrible pain. dah pegi tido. eh gosok baju.

Sunday, March 21, 2010

baiklah tadi sudah terupdate tetapi mahu update sekali lagi.

malam itu sungguh dingin. tiada langsung angin yang bertiup pada malam sabtu itu. semuanya seperti statik, tidak mahu bergerak.

motif kau bercerita macam nak tulis cerpen dah kenapa?

okelah. semalam baru lepas menonton matthew gray gubler maka tido jam 1 pagi. selepas habis digodek-godek blog. ketika mahu tidur, terdengar bunyi aneh. bunyi semacam. sedikit takutlah kerana sebelum itu menonton supernatural. jadi sedikit terusik dengan bunyi tersebut.

adakah saya turun dari katil lalu memeriksa keadaan? mula-mula saya SMS sepupu suruh periksa pintu. kemudian...

sudahpun pagi. magik kan? tidak jadi takut kerana terlalu mengantuk. oke sila jangan baling tomato busuk.

tetapi itulah, sejak kebelakangan ini memang kawasan rumah ini sedikit angker. itu hari ada sepupu datang dari pulau pinang. beliau yang selama ini tidak pernah mengigau, telah mengigau hingga ingin memukul bini beliau (saya tidur mati ingatkan suara bini dia menjerit sekadar mimpi maka tidur tanpa kompromi). mungkin juga kami berjiran dengan yang di alam lain. maklumlah, sudah 27 tahun menduduki tanah ini.

ouh ye, semasa beliau mengigau, ada bunyi anjing melolong. eh ke howling itu sama dengan melolong? oke maaf mengantuk tak mahu fikir. mungkin itu satu kebetulan saja tapi saja nak buat mcm dalam filem maka makcik pun berkata 'nampak hantu kot'.

takut memanglah takut. tetapi, bukankah kacang hantu itu lebih menakutkan?

 credit fanfiction uk

sumpah tidak boleh menghabiskan buku the gift dari cecilia ahern ini. bukak-bukak sahaja page, sudah boleh agak apa yang akan jadi di kemudian hari. 

it started with a christmas meal landing inside a house. then, filthy rich guy meets really poor beggar. and can actually predict what would happen next. hence, i returned the book asap. 

it seems that i can only stomach old ahern's novel. 

memang bukan untuk seseorang yang tidak sukakan jalan cerita yang slow seperti keretapi KTM ke penang yang bersiar-siar, berhenti minum kopi di setiap negeri selama setengah jam. mungkin anda tidak tahu tetapi keretapi ke butterworth mengambil masa 8 jam. 

p/s: tidak syud. buku ini saya tidak beli

Saturday, March 20, 2010

tengahari tadi sudah menjadi ikan emas di kedai buku. kerana melihat buku-buku kegemaran yang digerami dengan harga yang murah maka sudah hyperventulate.

maka tercungap-cungap kerana berlari-lari berpusing kedai dengan begitu teruja sekali. kemudian berdiri di tengah-tengah kedai kerana tidak cukup nafas. berdiri di tengah-tengah kedai menekan punat-punat di telefon kerana perlu ditenangkan seseorang sebelum mengangkut banyak sangat buku di atas para dan diletakkan di dalam bakul tetapi tidak cukup ongkos untuk bayar. bagaimana mahu langsaikan semua buku yang ingin dibeli kalau begitu? kalau kedai makan boleh jugak cuci pinggan., kalau kat kedai buku nak cuci apa? cuci tingkap?

ya, itu soalan hari ini ya. mahu cuci apa di kedai buku kalau tak cukup duit.

inilah yang dikatakan kegilaan. sanggup mahu merembat buku apa saja yang ada walaupun mungkin akan menyebabkan makan lalang masak debu. sungguh gila.

TETAPI kini sangat puas hati dengan hasil tuaian iaitu lima keping buku. siapa mahu beli resit buku utk claim income tax, marilah. oke tak, cuma berlucu sahaja wahai suruhanjaya komunikasi dan multmedia malaysia.

tapi itulah, tidak tahu pulak bila nak habis baca buku ni kan? TAKPE. yang penting sudah ada dalam simpanan.

p/s: i usually use the monorail so was a bit thrown-off by the new putra coaches. begitu bersih sehingga rasa nak tandatangan.

Friday, March 19, 2010

semasa di pejabat sedang sibuk garu kepala sebab tak tau nak abstract cerita macam mana, sumpah dah terfikir satu entri khas. lepas tu terlupa mahu tulis di atas kertas/ meja/ mousepad/ tisu/ sapu tangan (yang ini sejak seolah rendah sudah tak wujud) maka saya pun terlupa.

maka

hanya mampu kata: selamat hari ulangtahun syud :)

Thursday, March 18, 2010

sungguhlah fani bila terjaga pada waktu tengah malam dan tidak boleh tidur. fani hingga rasa macam nak terjun katil. fani hingga rasa macam nak gigit meja.

oke sudah. kalau nak buat cerita fani tidak boleh tidur seperti..sila lawat kapasitor.net. dan tulis di situ. silap-silap boleh masuk prasasti. tak pun kap-sule.

pagi-pagi haruslah bersiap sedia mahu ke sekolah. maka apabila tidak boleh tidur, maka sangatlah gundah-gulana. sungguh gundah hingga mula terfikirkan alasan mahu minta MC. tetapi kemudian sedar diri. tak sakit jangan mintak sakit, kelak buruk padahnya.

maka cuba berfikir tentang sungai, laut, matahari, berlari di tengah-tengah bunga daffodil di dalam kepala untuk tidur. sambil-sambil tangan memintal telinga bobo, beruang warna biru belang di dalam bilik.

sungguh sukar untuk tidur tidak tahu kenapa. mungkin terlalu gumbira dengan projek terbaru (yang hanya akan berjalan pada hari sabtu kerana begitu sibuk pada hari tidak minggu. sibuk tetapi boleh menulis blog sepanjang ini).

mungkin hanya mungkin. sesungguhnya sudah tiada idea. maka penulisan sungguh cacamerba. kalau waktu sekolah memang cikgu sudah piat telinga biar panjang sedepa. haha sungguh berusaha nak kasi sama ritma.

ya masanya sudah tiba. boleh tidur sekarang kerana tadipun sudah lembik seperti sayur rebus selepas kerja.

Wednesday, March 17, 2010

the best start of the day is the knowledge that someone misses you
(and no, not a guy)
but no, still straight

Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 15, 2010

a start
for a journey together
along with others
celebrating the event
looking out for more to come
no more peeking

Saturday, March 13, 2010

When i first said that I want to go down to Penang, a colleague couldn't understand why i should. When I told her that I had to help out, she was still flammoxed by the idea.

Well, if it wasn't the family who had to do settle the bunga telur and stuff, who are going to do it? So, that's why I'm here.
 'syot terbaik malam ini,' kataku kepada kazen sendiri

The arrival of the people who wants to help out with the bunga telur and all started at around 3pm.The place was full with aunties, having all the bunga telur and stuff. And of course, with kids. Cousin, who is now 15, screamed bloody murder at a bunch of kids running around (running amok more likely) inside and outside the house due to the excitement of a small reunion. She was really tired, just came back from school and was just taking a nap before heading of for tuition. Me? I went straight down to help the people with bunga telur. After a two hour nap that is.


Around 7pm, most of the people helping out (some were neighbours) started going back home. Not before having dinner here first of course. So, it was my cousins and me doing the bunga telur. And believe me, it was more than 400 (some will have to be done tomorrow).

Around 8pm, Makcu came all the way down from KL . I have been longing for a bit of entertainment since 6pm and it was what I got once she set to work. She is a schoolteacher, a headmistress actually and you know how it is like having to make all the decisions. Since evening, the host has been making the decision but now she stepped in, directing this and that. The thing is, host won't given it.

First it was the bunga telur

 

' Isn't the theme orange?' She was eyeing the bunga telur in front of us with suspicion.

Hosts' daughter: ' Ini tema dia bunga telur suka hati mak pak aku' and then laughed.

Host (husband): ' Mak ja. Bukan pak. Pak dia duduk tepi kedai, dok lena tengok mak dia dok tunjuk-tunjuk bunga'

And we had a good laugh about it. We as in my brother and I. Crazy devils.

Then, there was the problem with how many muffins and kuih to put in each bag. Since Makcu is a schoolteacher, we became her colleagues and were asked to co-operate. We were divided into different division.

Division 1: Put the muffin and kuih in plastic bags.

Division 2: Plastic bag will be sealed using a machine that I do not know how to operate. At all.

Division 3: Will now add the sealed plastics into another plastic with bahulu

Division 4: Wrap them all up (my division)

Division 5: Put the wrapped up thing into gift bags
 semua pun macam gila teruja dengan gamba gift bag. haha

Division 6: Put everything in the car and ship it over to another house.


kecederaan diri sendiri tercucuk dawai haha

I'm just glad that we did it the traditional way. Of course, the problem of having to sit down (bersila) from 6 until 11 is not the best experience in the world, I don't regret it at all.

Maybe, we no longer cook food for weddings in big pots anymore but still, I'm glad we still work together for the bunga telur and stuff.

After all, I'm very glad we still do it the old way, with chaos and all.

Friday, March 12, 2010

cobweb in my head


SDC12644
Originally uploaded by uculer
the house is still the same albeit some of the works that took place here. however, cousins grow and things will be different. well, nothing stays constant so it is very normal.

at one stage,, they will be different. but i guess we are still oke. hey kenape melancholic tetibe?

btw, cousin nearly caused me to sleep on the floor. katil besar johor bahru pun nak conquer. dang!

dah pukul 9. brekpas belom mkn. nak mkn dulu ke nak sambung gheja dulu. heh

note to self: belanja sepupu hari ini. sekalipun tatau nak belanja ape

Thursday, March 11, 2010

Woke up to an excited, slightly elated feeling before remembered that I haven’t risen from the bed, still being cocooned in a pink blanket. As usual, rushed to put everything into one small package. Well, really it was just this facial wash, facial serum and whatnot. But that made up almost 1/3 of the back.

Sod it. Too late to dismantle an atomic bomb. I mean to start rearranging my stuff in the bag.

Pretended flinging a humongous bag on my back is what I do on a daily basis and march to catch the transportation means that will deliver me to Penang.

Nearly didn’t make it but thank God managed too. This is all because of the mcD breakfast but I do feel grateful not having to start a journey with an empty stomach.

And here I am now in Penang. Was nearly called as an abductor to a cousin because doesn’t look familiar to the Smart Reader teachers. And then kong-ed out for about 2 hours, not without lunch of course. Miahahaha!

Nevertheless, thank you for the wishes this morning. Of course, from the lovely ladies from Kapasitor.net.

Must now retire to write are view of food that is long overdue.

Note to self: Must celebrate with cousins on their excellent SPM results.
arrived in penang, safe and sound. nearly missed the transportation, but managed to do it just in time. will update more when finished with bullying playing the youngest cousin.

ta

Sunday, March 07, 2010


Ye, pada hari semalam sebenarnya saya adalah sangat sudah tidak bersemangat untuk ke piknik maka nasi yang telah dimasak dipandang sepi (kerana menonton Supernatural ‘oh Jared!’). Tetapi orang Melaka Saitama memberitahu bahawa beliau mengharapkan saya datang (pada jam 12 tgh malam) maka saya pun bersiaplah (jam 7 pagi). Bergegas memasak nasi menggunakan resepi daripada seseorang.

  Baiklah, mukadimah begitu panjang. Tapi bertabahlah. Sesungguhnya ia perlu dijelaskan dengan panjang lebar.Seperti sejarah.

  Maka, saya pun menjadi penumpang kepada cik kucing kertas diikuti dengan apun untuk ke tempat kejadian. Kami sampai sudah sedikit lewat maka terpaksa menganggu semua orang kerana agak blur-blur ayam untuk ke tempat kejadian. Siap boleh salah jalan menggunakan lorong yang mempunyai kecuraman 45 darjah maka sambil tidak cukup nafas dan termengah-mengah (saya), saya pun menghubungi pihak-pihak berkenaan beberapa kali.

  Dengan penuh kesabaran malayan panggillan saya dan menunjukkan jalan, kami semua tiba ke tempat berkumpul. Yang bermain paintball mendengar taklimat manakala kami yang ingin berpiknik makan. Lapar jugak rupanya perbuatan sesat jalan ini. Maaf, tiada gambar pemakanan yang saya ambil kerana saya sibuk makan nasi sendiri (saya orang melayu. Pagi-pagi mau nasi goreng. Haha memang nak kene cepuk dengan pemakan McD dan spaghetti).

  Kemudian, kami pun berpiknik, diketuai oleh Rizzy. Nikmatilah gambar-gambar berikut. 
  
kami ke sini. di kem alang sendayu berdekatan uiam 


 dari melaka mereka datang untuk berenang di sini. oke tak, saya tipu. mungkin tidak semata-mata. yang berbaju merah itu LadyQaqa yang di depan itu Lady Gaga. oke tipu juga. farah


sumpah gamba ini bagi saya adalah tercomel di dunia tetapi di atas permintaan toh puan farah, maka yang originalnya tidak dikepilkan di sini. 

 Orang tanya kenapa di belog sendiri tiada gambar saya? Nah ini gambar saya. 

 
ya, beberapa jam sebelum itu saya berdiri berendam di situ.oke mmg nak kene pelempang


berendam tak tahu dari jam berapa maka sudah tergigil-gigil tanpa kawalan


ya begitulah kami semua. itu papercat kamu sedang cakap apa?


mungkinkah mereka sedang berbicara dengan eme tetapi eme tidak perasan? 


syud dan dayya. ouh tidak, gambar ini tiada kaitan dengan undang-undang di mexico city kerana mereka masih normal. ini gambar saja-saja dan mereka masih single. sila hubungi mereka untuk berkenalan dengan lebih lanjut. 
ini memang perbuatan membunuh diri, ucu


begitu asyik bergambar hingga tak sedar yang ada seketol lagi kamera dihalakan ke arah mereka


 orang saitama tersenyum (manja?)

pos khas untuk peminat

 
mungkinkah datang jauh dari johor untuk menjatuhkan diri ke dalam sungai? 


mungkin tidak


ya semua pun menonton cik kucing kertas berposing


ambil gambar orang yang mengambil gambar


'ye adik-adik. nanti dah habis makan jangan lupa buang sampah ke dalam tempat yang disediakan. jangan biarkan sampah bertebaran di kawasan ini. jagalah kebersihan walau di mana saja anda berada'-paper_cat
ini dialog rekaan semata-mata

ya begitulah ceritanya. gambar diambil secara rawak maka maaflah jika ada sesiapa yang kelibatnya langsung tidak kelihatan. terima kasih kepada yang sama-sama hadir.

jojo, njay, caha, rizzy, paper_cat, syud, dayya, rama_rama, aida, azreal, babymilo, rearrange, qaqa, farah, amar, kawan iqa yang bernama wa (kah? oke jgn pukol saya sudah tua maka tidak ingat), apun, amir, izzati, amad. selitkan nama anda jika saya terlupa. 

berbanyak-banyak terima kasih kepada yang hadir dan pada yang tidak berkesempatan hadir, mungkin di lain kali sahaja ya?

Saturday, March 06, 2010

A day that had a bad start, turned out to be the best of the days I had in a week. And that, is an achievement.

  The day started at 7am, which was really late considering that I had to go on a bus before 7.30. I forgot that I washed clothes so I had to rinse the clothes (handwashed ones) before I started off to the office. That killed a few minutes, enough to make me even late than usual.

  Once I stepped out of the bathroom, it was already 7.15am. But I refused to panic! One must not lose one’s sanity at a dire time like this. One must relax and try to do thing as usual because being extra clumsy will only enable Murphy’s Law to happen to you and not make a day better. Murphy Law= anything that can go wrong will go wrong.

  During the previous night, I have cooked sambal kentang and ikan bilis as well as fried vegetables. I was so bored eating the same food downstairs that I decided to give it a try and cook as a change. I was so excited to pack everything to the office that I forgot the fact that I’ll be late.

  I ran down to the kitchen, searching for tupperware to put all the food.

  O-M-G. I was so shocked to find not even the tudung saji was on the table. There was nothing on the table, not a thing. I panicked, searching all over the place; in the kitchen’s cupboard, on the stove, on utensil rack, on the shoe rack…well..basically everywhere.

  A call to the auntie revealed that my food have been polished off by my cousins. I sat on the bed, open-mouthed.

  ‘ They finished it all?’ I asked again, just to make sure.

  ‘ Yes, they were so hungry.’

  So, I spent a good 2 minutes thinking of all the hard work done previously and how it ended up in vain. All the work and nothing to gain. I can still hear her words that the cousins finished it all off.

  Well, what to do? Life has to go on. So I texted a friend and conveyed the sad story.

  ‘ My cousins ate the food. And I’m so hungry.’ So, I set off to work with a heavy heart.

  And of all the days, the traffic was really bad. Not that I drove but of course I get pretty agitated having to wait for the bus to inch forward slowly to the last stop. My attention to the book that I was holding wavered as I was getting more worried of getting late to work.

  I arrived at the monorail station at 8.23am. And thanks to the delay, I was stuck again at the station with everybody else jostling and pushing me into the train.

  I hate a morning that started with me being pushed into a train.

  I arrived just in time, just in time at 9 am. Another minute and I would have been very depressed because I came in late. But still I tried to keep a cool mood because I know that if I end up with an unhappy mood, the production will be very low for the day.

  And suddenly, I saw a package on my table. A note was attached to it saying

  ‘ Here, try my nasi goreng with kerang’

  What a nice surprise. When I thought my day will be of the lowest low and then came a present. Not something that cost hundreds but still, it made all the difference.

  And my mood turned around completely for the rest of the day.

Thursday, March 04, 2010

i've mumbled a few times about being a freelancer. i do not have a degree in IT so most of the times, people will wonder what i do. and i'm not someone having the multimedia or creative side background.

so what do i do? ghostwriting. no, i don't write ghost stories. i take up jobs to write articles for people but i do not own the copyright.

for those who stumbled upon this piece and wondering the tips on how to become a ghostwriter, i can tell that the most important thing is time management. second is to give a good impression to the future client. write a proper sample to engage the client's interest.

well, these are just some of the few tips for freelance work. a link to the article From My Desk: Ghostwriter, you will find other tips from my friends who have a background in IT. if you miss the link, you can just click here.

see? we do a lot more at kapasitor.net!

Wednesday, March 03, 2010

ape gelak-gelak tgk muke saye yang penat?
nak kene sekeh?
potong kaki baru tau
nnt sudah tidak mempunyai ketinggian 177cm
pfbt!

Tuesday, March 02, 2010

penat saya buat lawak
awak tak gelak
susah tau pagi-pagi nak buat lawak sebaik sahaja turun dr tren monorail (dan jalan terhoyong-hayang mcm orang mabuk tuak)
adakah mungkin lawak berlainan negara sukar difahami sekalipun ia datang dalam bahasa yang sama iaitu bahasa penjajah?
nasib baik tinggi
kalo tak, dah kene pok! kepala