Sunday, March 07, 2010


Ye, pada hari semalam sebenarnya saya adalah sangat sudah tidak bersemangat untuk ke piknik maka nasi yang telah dimasak dipandang sepi (kerana menonton Supernatural ‘oh Jared!’). Tetapi orang Melaka Saitama memberitahu bahawa beliau mengharapkan saya datang (pada jam 12 tgh malam) maka saya pun bersiaplah (jam 7 pagi). Bergegas memasak nasi menggunakan resepi daripada seseorang.

  Baiklah, mukadimah begitu panjang. Tapi bertabahlah. Sesungguhnya ia perlu dijelaskan dengan panjang lebar.Seperti sejarah.

  Maka, saya pun menjadi penumpang kepada cik kucing kertas diikuti dengan apun untuk ke tempat kejadian. Kami sampai sudah sedikit lewat maka terpaksa menganggu semua orang kerana agak blur-blur ayam untuk ke tempat kejadian. Siap boleh salah jalan menggunakan lorong yang mempunyai kecuraman 45 darjah maka sambil tidak cukup nafas dan termengah-mengah (saya), saya pun menghubungi pihak-pihak berkenaan beberapa kali.

  Dengan penuh kesabaran malayan panggillan saya dan menunjukkan jalan, kami semua tiba ke tempat berkumpul. Yang bermain paintball mendengar taklimat manakala kami yang ingin berpiknik makan. Lapar jugak rupanya perbuatan sesat jalan ini. Maaf, tiada gambar pemakanan yang saya ambil kerana saya sibuk makan nasi sendiri (saya orang melayu. Pagi-pagi mau nasi goreng. Haha memang nak kene cepuk dengan pemakan McD dan spaghetti).

  Kemudian, kami pun berpiknik, diketuai oleh Rizzy. Nikmatilah gambar-gambar berikut. 
  
kami ke sini. di kem alang sendayu berdekatan uiam 


 dari melaka mereka datang untuk berenang di sini. oke tak, saya tipu. mungkin tidak semata-mata. yang berbaju merah itu LadyQaqa yang di depan itu Lady Gaga. oke tipu juga. farah


sumpah gamba ini bagi saya adalah tercomel di dunia tetapi di atas permintaan toh puan farah, maka yang originalnya tidak dikepilkan di sini. 

 Orang tanya kenapa di belog sendiri tiada gambar saya? Nah ini gambar saya. 

 
ya, beberapa jam sebelum itu saya berdiri berendam di situ.oke mmg nak kene pelempang


berendam tak tahu dari jam berapa maka sudah tergigil-gigil tanpa kawalan


ya begitulah kami semua. itu papercat kamu sedang cakap apa?


mungkinkah mereka sedang berbicara dengan eme tetapi eme tidak perasan? 


syud dan dayya. ouh tidak, gambar ini tiada kaitan dengan undang-undang di mexico city kerana mereka masih normal. ini gambar saja-saja dan mereka masih single. sila hubungi mereka untuk berkenalan dengan lebih lanjut. 
ini memang perbuatan membunuh diri, ucu


begitu asyik bergambar hingga tak sedar yang ada seketol lagi kamera dihalakan ke arah mereka


 orang saitama tersenyum (manja?)

pos khas untuk peminat

 
mungkinkah datang jauh dari johor untuk menjatuhkan diri ke dalam sungai? 


mungkin tidak


ya semua pun menonton cik kucing kertas berposing


ambil gambar orang yang mengambil gambar


'ye adik-adik. nanti dah habis makan jangan lupa buang sampah ke dalam tempat yang disediakan. jangan biarkan sampah bertebaran di kawasan ini. jagalah kebersihan walau di mana saja anda berada'-paper_cat
ini dialog rekaan semata-mata

ya begitulah ceritanya. gambar diambil secara rawak maka maaflah jika ada sesiapa yang kelibatnya langsung tidak kelihatan. terima kasih kepada yang sama-sama hadir.

jojo, njay, caha, rizzy, paper_cat, syud, dayya, rama_rama, aida, azreal, babymilo, rearrange, qaqa, farah, amar, kawan iqa yang bernama wa (kah? oke jgn pukol saya sudah tua maka tidak ingat), apun, amir, izzati, amad. selitkan nama anda jika saya terlupa. 

berbanyak-banyak terima kasih kepada yang hadir dan pada yang tidak berkesempatan hadir, mungkin di lain kali sahaja ya?

7 comments:

s.c.h.u.l.t said...

berbanyak terima kasih juga. i dah ada love bite hasil paintball. muahahaha :)

p/s: singe but not ebeleble :P

Unknown said...

haha takpe ah sekali-sekala
tak ebelebel? cis kek!

nora ashikin said...

hhaha! merasa gak syud ada love bite sebelum kawen! eh? haha!

Anonymous said...

i seronok swimming pastu lapor mkn nasi goreng,kan ucu kan.. :))

Unknown said...

kinkin ni sumpah die punye komen sgt kontroversi
ye btol qaqa. dan makan sandwich ;)

s.c.h.u.l.t said...

skali skala? oh manaaa.

selalu ni tak ebeleble! ahahaha

Unknown said...

gile. sombong. syud. ini. okelah. nagntuk. bye