sehari lagi dalam diari seorang penganalisa maklumat. bunyi macam 'sehari lagi dalam hidup seorang wartawan'. tetapi sungguh jauh panggang daripada dapur kenny rogers.
apa itu penganalisa maklumat? information analyst? letih juga nak jawab masa mula-mula kerja dulu (kerana control freak mahu pastikan orang faham apa yang dibuat di opis). tapi lepas tu aku kompom lah derang macam buat-buat paham je sbb macam kesian aku bercerita dengan beria.
kami analisa maklumat yang penting untuk sesebuah syarikat. seperti apa yang dilakukan oleh pesaing, financial result dan future plans, kemudian hantar maklumat ke serata di dunia. tapi tak pastilah pula kami hantar gune courier atau pos, besar kemungkinan email kot (elemen misteri).
ha sepupu, paham tak ape aku buat skang? kalo tak paham anggap je la aku buat freelance bancuh kopi sudah.
penganalisa maklumat ini sungguh penat hari ini. kerja itu macam biasalah tapi nak balik tu yang letih. petir, guruh, kilat-sabung menyabung telah menyebabkan sungguh sukar untuk pulang ke rumah. maklumlah, hampir setiap hari pun berjalan dari bukit bintang ke central market. kalau naik monorail, haruslah kene tolak dan bersesak seperti tuna di dalam koc. maka tidak mahu, mahu berjalan menghirup udara yang (tidak) segar sambil hyperventilating tanda jantung berdegup dengan laju.
tipu. sebenarnya mahu kurus.kembali kepada perkara pokok.
pastilah bila hujan begini, jalan lecak dan rasa nak nangis bila kasut mencecah masuk ke dalam lopak. mungkin patut pakai boot phua chu kang tapi takut pulak jatuh.
maklum dulu-dulu selalu balik ke kampung di lenggeng (bukan lenggong perak. lenggeng di negeri sembilan. legging pun bukan), main kat sawah. konon nak masuk sawah maka pakai boot. tapi sebab pendek dan tidak cukup kudrat, tak berjaya angkat boot tetapi badan yang jatuh ke depan. ye terus jatuh segedebuk dalam sawah.
eh mana tadi? oke susah nak berjalan. sebab susah nak berjalan, singgah sebentar di the weld. ye the weld itu masih wujud (silap-silap ade orang penag pegi dating kat tempat ni masa sekolah maklumlah pavilion tu kan tapak BBGS). singgah mestilah bukan singgah sesaja. mestilah makan T_T. ye makan-makan-makan. padahal di opis sudah mengunyah biskut sampai setengah paket. lepas tu sampai di the weld kene habiskan tauhu goreng die (omg syud adalah sangat sedap rasa nak nangis. sangat sedap tauhu di asian delight itu. ouh itu tempat makan kegemaran kami. saya dan rakan sedarjah). maka, terpaksalah makan sampai habis sebab tak baik, nanti membazir.
oke fine. baik. memang kuat makan.
sebenarnya hari-hari pun jalan dari bukit bintang ke cm sbb mahu bersenam. tapi kalau selalu begini macam mana? macam mana mahu kurus? stresslah begini. banyak betul makanan sedap dalam minggu ini, eh dari minggu lepas. sakae sushi la, spaghetti super banyak di pavilion la, singgah asian delights saja dua kali.
dang. mungkin jangan jalan. elok saja berlari. baru mujarab. T_T
azam hari esok: hire bomoh hujan untuk tolak hujan ke kelana jaya.
No comments:
Post a Comment