Monday, January 30, 2012

Long Distance Relationship

apa itu long distance relationship (LDR)? adakah ia jarak darab masa atau hanya satu metafor di mana kedua-duanya jarang bertemu?

ah motif sgt kau nak bersyarah kat sini.

kumpul rindu sikit-sikit, dapat msg pun jadilah. kan ke sweet tu?

kalau jumpa hari-hari ni takut jemu. samalah mcm kalau call. cube kalau call hari-hari, dah habis benda nak cakap kan?

tapi kalau masa mula bercinta, time budak-budak, mmg semua benda pun nak cerita. bayangkan masa budak-budak dulu bercinta. nak cerita pasal homework, cikgu suruh buat apa, cikgu tak suruh buat apa, cikgu garang ke tak. well, pasal tgk cerita apa mlm sebelumnya pun nak cerita.

budak-budaklah katakan.

mungkin dulu tak faham. sekarang faham sikit. sikit je.

long distance relationship tu tak semestinya jarak. mungkin juga dari segi susah nak jumpa selalu.

ah tu la ngengada menyibuk perbualan budak-budak umur 19 tahun pasal LDR. tapi serius lah aku respek dgn perbincangan derang. ye kanak-kanak, akak bgn pagi akak terus stalk perbualan korang. mih mih mih.

Sunday, January 29, 2012

Perihal Perancangan

Tahun 2012 aku akan habiskan apa yang aku mulakan, InsyaAllah. Mcm susah tapi mari kita cuba.

Ada beberapa cerita yang tak sempat disiapkan maka page di kapasitor jadi sunyi. Hujung tahun yang sgt eventful lah katakan.

Kalau saja aku dpt kurangkan kekerapan menebeng di kedai, ini mungkin terjadi. Mih mih mih.

Hari ni bgn awal pula. Bangun as in bangun bersiap dan mandi. Pendek kata jadi orang. Kalau tak, kemain main phone dekat atas katil.

Ya marilah mari. Hari ni byk kerja. Petang karang nak menebeng lagi. Eh.


Sent from my iPad

Monday, January 23, 2012

Gambar #Toyz4Kids

Sharifah Sofia hanatar mainan baru lagi dekat wad 

dengan machonya mereka berjalan ke arah pentas. apa ada hal camera tgh snap kat belakang 

andy says we are all awesome! 

ustaz amrul di situ

the usherers

in a wheelchair but still happy

he's barely 12

tak dapat cakap dengan budak ni

salah seorang yg turun paling awal

dia nampak sangat ceria sekalipun dia juga pesakit

Stella menghiburkan kanak-kanak

jelingan maut NiniNell

more coming soon

Sunday, January 22, 2012

Hari Kejadian: #Toyz4Kids


Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba semalam. Walaupun saya mengaku, hati saya sebenarnya meronta-ronta nak cari barang satu atau dua teddy bear yang disumbangkan semasa #Toyz4Kidz, saya cekalkan hati untuk mengangkat beg-beg berisi stuff toys utk diberikan kepada kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

Ya, semalam #Toyz4Kidz telah dilangsungkan dengan jayanya. Jika anda berada di sana selepas lebih kurnag jam 2.30, wajah-wajah ini ada di pintu depan hospital menyambut kedatangan anda.



Ini merupakan hanya sebahagian daripada permainan yang ada.



Lebih kurang dalam 40 orang (atau lebih) sukarelawan telah hadir sama membantu. Jumlah ini mungkin lebih besar kerana ada yang datang sekejap sebelum beredar untuk hal-hal yang lain.

Sebelum itu, semalam merupakan hari lahir @dmekdy. Tahlah siapa nama dia ni sebenarnya. Dia kata dia Low Far. Tanya dia sendirilah.


Secara ringkasnya, acara dimulakan dengan ucapan, kemudian taklimat (tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan di hospital) dan acara bebas untuk para pesakit di hospital.

Ini merupakan cubaan flashmob di hospital dengan lagu Barney (yang saya tidak hafal itu dan bukan Barney Stinson). Comel je semua. Tapi paling takut tgk JC dekat depan barisan. Macam pedo pun ada. Sebenarnya lepas tu ada clown tapi sukarelawan semua perlu bergerak ke tingkat masing-masing *nangis.



Di sini, kebanyakkannya sudah terpisah. Saya dengan kumpulan saya manakala yang lain dengan tingkat-tingkat mereka. Semasa taklimat, kami sudah diberitahu bahawa kami tidak boleh mengambil gambar pesakit (atas sebab T&C) dan mesti sanitise tangan sendiri kalau nak pegang pesakit. Ha siapa tak sanitise tangan semalam, aiyoh tak tahu.

Disebabkan tiada gambar, maka penceritaan bergambar diberhentikan seketika. Namun, ingin saya beritahu di sini bahawa lawatan ini telah membangkitkan rasa-rasa insaf yang semakin menipis di dalam diri saya. Betapa bertuahnya saya boleh ukur Kuala Lumpur sampai letih sedangkan ada kanak-kanak yang tidak sampai usia setahun ditinggalkan ibu ketika sedang sakit. Mujur sahaja bayi ini yang dinamakan 'Haji' ini mendapat pembelaan pihak hospital.

Saya mengaku saya nangis bila bayi ini menangis bila Kak Mas cakap dengan dia. Sedih sangat rasanya. Muka dia macam nak bercerita yang dia ditinggalkan mak tapi tak terluah.

Dah diam. Nak drama, sila pergi tempat lain.

Anyways, kami juga je wad ICU (saya tidak. Hanya dua pelawat dalam satu-satu masa). Aku tak rasa aku cukup kuat nak masuk wad ICU. Hanya mampu masuk wad biasa. Itupun dah nak nangis.

Tingkat 2 juga menempatkan Burn Unit dan bone marrow transplant. Bone marrow transplant menempatkan pesakit yang baru menjalani pembedahan jadi daya tahan diri mereka tidak tinggi. Kami sekadar tinggalkan hadiah di depan kaunter sahaja.

Saya tak dapat ikut pun clown. Sedihkan sedihkan?

Lawatan semalam menyedarkan bahawa kehidupan ini tidaklah seteruk mana. Berani kau nak buat lawak "untunglah" dalam wad tu? Kecik-kecik dah duduk dekat wad selama 5 tahun. Contoh macam seorang JE survivor. Dah lima tahun dia duduk dekat wad tu, dari umur dia 10 tahun. Dia tak boleh bergerak langsung, cakap pun tak boleh. Apa rasa bedridden macam tu selama lima tahun?

Baik. Nak ceramah panjang-panjang pun benda ni kene feel.

Walaubagaimanapun, this event will not come into reality without the help from everybody; as in everybody. Those who are on Twitter or not. Regardless. Your toys, time, effort, money and RT; everything counts. We cannot describe it with words. To start putting names will be unfair because I will be drop tons of names. You know who you are.

And get your toys ready, we will be coming to Klang, InsyaAllah.


#Toyz4Kids returned my faith in humanity :). Kudos to all.

Wednesday, January 18, 2012

Review: Kelabu

Nota: Ini merupakan pilihan peribadi. Tidak diberi jaminan yang anda juga akan berasa benda yang sama bila membaca buku ini.

Sebelum korang semua mulakan pembacaan buku ini, aku ingin beri amaran. Ia akan usik perasaan korang dengan keadaan yang sungguh dasyat sekali.

Hati akan terbuai dek manisnya percintaan di peringkat awal pembacaan karya Nadia Khan (atau neddo di kapasitor). Kemudian, masuk pula bab memujuk kekasih hati. Di bahagian tengah kau akan terperanjat dan dari situ, perasaan kau akan terheret di ruang-ruang Kelabu. Untuk terima seadanya atau menghukum sesuatu yang berada dalam dunia Kelabu.

Amir mencari cinta. Amir yang masih menyintai Suhani. Jun si "mata sepet yang menawan". Kemudian ada pula Shah yang dapat membaca Amir dengan begitu mudah sekali.

Terus-terang aku katakan, sepanjang membaca buku ini, aku mmg senyum meleret tak habis-habis. Separuh masa pertamalah. Masuk separuh masa kedua, semua perasaan bercampur-baur. Jiwa kacau, sedih, sayu, lucu (dengan dialog Shah) dan macam-macam lagi.

Kalau nak terbuai rasa mengenang zaman baru bercinta, inilah dia. Kalau nak belajar ayat power mengayat perempuan, inilah dia juga. Kalau nak belajar ayat mcm jilaka pun yang ini juga (ini mulut Shah).

Aku boleh cerita yang ini sahaja. Sebab ia sungguh oh-sem, mana boleh bocor rahsia kat sini.

Sunday, January 15, 2012

#Toyz4Kidz


Note: This is long overdue. Pardon my laziness but here's one for #Toyz4Kids, an initiative for CP (Caring People).

#Toyz4Kidz? Apa itu? Adakah ianya #Kidz4Toyz? Tidak. Tidak perlulah pedo sangat.

#Toyz4Kidz adalah usaha mengumpulkan permainan samada terpakai ataupun baru untuk diagihkan kepada kanak-kanak yang berada di Hospital Kuala Lumpur.

Saya faham, penceritaan bergambar lebih mudah difahami. Mari kita mulakan.

                                                                         

Nak buat baik, bukan senang. Di situ nampaknya Sid cuba mengelar leher saya. Demi #Toyz4Kidz, saya redha.

Pada hari ini, bermula jam 4 petang ke atas, usaha membalut permainan yang telah didermakan oleh orang-orang yang baik hati (terima kasih! terima kasih!) oleh para jemaah CP dan juga ahli-ahli Twitter yang lain. bunyinya Twitter ni dah macam persatuan la pula tapi who cares kan?

Ini pemandangan di dalam bilik soft toys. Saya sangat teruja dengan bilik ini jadi secara semulajadi, akan lebih banyak gambar diambil di bilik ini. Maafkan saya.

                                                      uuu uuuu banyaknya soft toys

                                                                    ini lagi yey!

Lihatlah deretan soft toys ini. Boleh dikatakan semuanya adalah hadiah terpakai yang didermakan. Tidak hanya terhad didermakan oleh ibubapa, saya juga pasti permainan-permainan ini juga datang daripada individu yang ingin melupakan kenangan selama bersama dengan bekas kekasih. See? One man's trash is another's treasure.

Seronok tau berada dalam bilik ini sebab permainan semua sudah bersih dan wangi.


Bolehlah peluk begini tanpa ragu-ragu ye adik-adik? (Saya nak bawa lari sebenarnya tapi tak sampai hati).


                                                    awek siapa ni? dia perlukan lebih kasih sayang tahu?

Lihatlah kegembiraan yang bakal dikongsikan apabila Celcom menderma sekotak besar teddy bear comel-comel bewarna biru.


Ini baru satu bahagian, mari kita beralih ke bahagian lain pula.

ini bahagian barbie pula. weih nak join juga tapi saya mcm tak cukup feminin T___T

Selingan: ini trek susunan JC. Sebab JC ni tinggi, jadi boleh nampak sekerat je dia.


Ini juga didermakan. Bukan hanya adik-adik yang bakal gembira, pakcik ni pun sama. Ikut hati nak juga join racing-racing tapi ada pulak budak kecik kat situ. Nanti dikatakan lebih sudu dari kuah.

Mari pula lihat tanpa JC atau Iqbal menyibuk



Pastilah ada selingan untuk makan-makan kan? Jadi, siapa ingat akan yang ini?



See? See? Ini mmg hikmat, inilah nikmat. Rasa macam kembali ke umur 8 tahun dapat benda ni. Penting tau untuk membekalkan tenaga membungkus toyz. Adik-adik mungkin tak faham tapi kami sgt menghargai benda ini.

Ya, ini pula bilik produksi di mana saya bertugas. Kagum betul dengan usaha mereka mengasingkan permainan ini semua mengikut kategori solo atau berpasangan.


Permainan ini semua kemudiannya akan dimasukkan ke dalam beg-beg yg kecil seperti ini:

                                                    Ah! Patrick!

dan juga ini. Ini beg sumbangan Maxis.


Yang menariknya semasa mengumpul permainan ini semua, kita boleh mengimbau kenangan masa kecil.

The forefathers of brickgame.


Kalau tak dapat brickgame, inilah permainan yang sedikit menyerupai brickgame. Dalam tu ada air, ada butang tepi-tepi dia lepas tu dlm tu ada hoop. Tekan-tekan-tekan untuk naikkan hoop tu.

Kalau dapat ini pun dah hepi tau.

Disebabkan saya pulang awal (dalam jam 9 malam) tak dapatlah ambil gambar permainan yang telah dibungkus. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Semua sekali, kalau nak namakan, takut tertinggal.

Permainan ini semua akan diagihkan kepada penghuni wad pediatrik HKL pada 21 Januari 2012. Terima kasih juga kepada CFM, Maxis, P1 dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam usaha ini. Berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma permainan ini semua, termasuklah yang berada di Singapura.

Thursday, January 12, 2012

Different Problem. Same Shit.

Different problems. Seriously different. But still, same shit.

Hati dan perasaan.

Kalau boleh, mmg nak ditebak hati orang. Tapi hati sendiri macam mana?

Sunday, January 08, 2012

Perihal #toyz4kids

aku memang dah lama terjebak dengan Twitter ni. hingga pada tahap mcm dah malas nak layan Facebook. bagi akulah, kau boleh jumpa like-minded people on Twitter.

seperti biasa, Internet kalau digunakan dengan elok, bakal membuahkan hasil yang elok juga. #CelakaParty (which sharted as a joke), is now on its way to be making something that is not a joke. tahun 2012 akan dimulakan dengan acara pembahagian hadiah kepada pesakit di wad pediatrik di HKL. Permainan yang bakal diagihkan bukan hanya datang daripada ahli #CelakaParty tetapi adalah hasil sumbangan daripada sesiapa sahaja yang sudi. Dan, kami tidak hanya menerima sumbangan dalam bentuk permainan yang baru sahaja. Permainan yang terpakai juga diterima.

acara pengumpulan mainan telah pun berlangsung dengan jayanya semalam di Bugis Street Cafe, Pandan Indah.   lebih kurang 15 orang (atau lebih) telah memeriahkan majlis dan membawa permainan masing-masing. lepas tu, aku yang blur ni pegi tak ambik gambar permainan tu semua pula. pakat camwhore muka dengan 'partner' dan time kami semua ni duduk lepak. sungguh jahanam.

nanti aku try kecek gambarlah.

anyways, pembahagian permainan itu semua akan dijalankan pada 21 Januari dan kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda (jika ada yang berminat). Ia boleh datang dalam bentuk permainan ataupun alatulis (gunting, kertas minyak, pita selofan bla bla bla). Pada 15 Januari ini, kami akan menjalankan upacara membalut hadiah di tasik berdekatan Amcorp Mall lebih kurang pada jam 4 petang. kepada yang berminat, sila hubungi , ,  atau @ di Twitter. Anda juga boleh hubungi saya supaya boleh saya rujuk pada mereka. Terima kasih.

Friday, January 06, 2012

Perihal Mencari

aku mmg dok mengadap twitter sekarang. itu aku akui.

yang seronoknya tentang twitter sebab selalunya yang terkeluar itu selalu sangat apa yang terlintas di kepala. tak banyak, sikit perangai dunia realiti terbawa ke dalam dunia maya.

dua tiga hari lepas (maaf, aku dah tak ingat) ada orang sebut tentang mencari kebenaran. pendek kata tentang agamalah.

aku faham, dari kecil kita diajar untuk ikut apa yang disampaikan. terima tanpa banyak soal. tetapi apakah erti ilmu kalau tidak mencari?

pergi borak dengan mualaf. pergi tanya bagaimana mereka jumpa Islam. adakah sekadar tunggu rasa ingin tahu itu datang atau mereka bertanya.

nak bertanya pun tolonglah jangan di Facebook atau Twitter sahaja. Facebook tu aku boleh tahan lagi, kat Twitter tu yang aku tak tahan. kau nak bermanja dengan orang pun tak cukup dengan 140 aksara, ini nak jatuhkan hukum. mana dalil? mana ayat quran? mana? mana?

yang di Internet ini cuma bahan sampingan. kita masih perlu berguru secara fizikal untuk ilmu.

ini, peringatan untuk aku.

Wednesday, January 04, 2012

Monday, January 02, 2012

Sherlock Holmes - Kau Hado?

Jude Law handsome. Robert Downey Jr comel bla bla bla. We get it. Tak perlu huraikan.

yang perlu dihuraikan adalah orang-orang yang dah tengok filem ini tetapi menemankan saya pergi tengok. bukan seorang, bukan dua orang. Tiga orang tau. Kau? Hado?

aku nak cakap terharu kuat-kuat tadi tapi malulah saya. kontrol lettew. jumpa before this untuk marathon movie tapi tak sangka plak kan derang sgt sweet. sgt sweetlah, macam boleh dapat kencing manis sekejap lagi.

korang mmg bestestla rearrange, zhu dan munir. padahal aku ni budak MMU tersesat. zhu, kau kene lepak ngan aku kat kedai favourite barista. dekat ja pun, bukan jauh.

apsal aku rasa mcm budak sekolah buat entri gini?

P/S: trenchcoat, suit dgn long tail? aumm.

Tahun Baru Yang ... Aneh

tak. aku tak pergi sambutan new year. hanya menikmati new year di atas katil. that sounded so wrong pendek kata aku kat rumahlah.

eh emo pula.

baiklah. malam tadi dapat perbualan yang aneh. aneh tetapi menggembirakan. oke gembira ke? oke gembiralah. apa jadahlah buat diagnosis perasaan kat sini.

but thank you. aku memang ada low self confidence. that one revelation is good enough. :D

Sunday, January 01, 2012

Perihal 2011

Tahun yang mencabar. Mencabar dari segi mentalmdan fizikal. Lebih-lebih lagi fizikal bila kene duduk IJN dua bulan. Hoi dua bulan tu.

Ada memori manis dan tidak pastinya. Ke Sabah samoai lapan hari kemudian ke Perhentian lagi. Diteruskan pula dengan menetap di hospital dua hai untuk pembedahan sebelum tunggu emak pula. Akrnya ambil lesen kerea selepas bertangguh bertahun lamanya.

Jumpa orang, buat kawan, maya atau secara realiti. Bina haapan dan putus harapan.
Cerita sedih dan gembira bercampur baur.

Semalam hanya sambut tahun baru di rumah emak. Mungkin, beginilah rupanya sehingga aku tergerak hati nak sain kertas. Mungkin tak lama, lepas Perhentian (lagi) mungkin.


Sent from my iPad