Tuesday, November 30, 2010

Akhirnya, iPad pun tiba ke Malaysia secara rasminya. Nampaknya produk Apple yang satu ini bakal memberikan persaingan kepada Samsung Galaxy Tab.

Ye, lepas tu kenapa kene menaip macam ni? T__T

Baiklah, Maxis dah pun offer pakej untuk iPad beserta microSim. Maka pemilik iPad yang ada WiFi sahaja ini pun menangis T_T. Menangis sebab sekarang malasnya nak switch on laptop tapi lagilah malas nak tukar pembekal berukband kepada streamyx WiFi. Ha dah tu diam je la.

Jauh sangat melencong tapi mari patah balik. Tujuan saya menaip entri sambil tonton cerita Asmara (yang sebenarnya tak tau hujung pangkal tapi ni ape penjahat bole nak bergusti dengan polis ni?) adalah untuk mencadangkan pemilik-pemilik iPad akan aplikasi yang penting untuk dimuat turun.

Application Shopper....taraaaaa!!

contoh bagaimana Application Shopper berfungsi

' Kenapa ia penting? Why ouh why?' (Dua bahasa digunakan untuk menunjukkan betapa ini persoalan yang sungguh penting)

Setiap hari, ada sahaja aplikasi baru yang dikeluarkan di iTunes. Kadang-kadang susah untuk tengok semua senarai aplikasi terbaru untuk iPad. Dan kadang-kadang, aplikasi yang ada di kedai iTunes itu hanya percuma untuk beberapa hari sajaka. Maka dengan sebab inilah anda perlukan application shopper. 

Sila lihat gambar di atas, ia menunjukkan bahawa penurunan harga berlaku daripada USD 2++ kepada percuma sahaja. Tetapi mesti cepat, kalau harga bertukar hinga berbelas-belas dollar, agak rasa nak menangis juga. 

Aplikasi ini terbahagi kepada pelbagai kategori seperti Utilities, Productivity, Education dan Entertainment. Anda hanya perlu klik pada kategori-kategori berikut di mana terdapat pilihan samada beli, want it atau own it. jadi, anda boleh pastikan samada semua itu anda sudah miliki atau belum. 

kool bukan? 

jadi, ini memang satu aplikasi yang wajib anda muat turun. mudah untuk kita lengkapkan aplikasi yang ada dalam iPad. 

sekian dulu, aplikasi yang wajib anda muat turun. jangan jadikan iPad anda sekadar jam untuk kejutkan anda pagi-pagi T_T. 

Sunday, November 28, 2010

Mencari

' Raja, kau ok?' 

Raja angkat muka, pandang Ratna yang berdiri di depan lelaki muda itu. Keningnya dikerutkan, bibirnya pula dicebikkan. 

Ratna ambil tempat di sebelah Raja, lelaki yang sudah menjadi kawan Ratna sudah hampir dua puluh tahun. Jangka masa yang begitu lama. Siapa sangka mereka akan jadi kawan baik untuk tempoh yang lama sebegitu. 

' Kenapa?' Ratna bersila, memandang Raja di sisi. 

Raja jadi serba-salah. Kalau disimpan, dia yang merana. Kalau diluah, dia pula akan terasa malu. 

' Kurang sihat,' Raja berlunjur. Kepala terasa pening. Objek yang dicari itu sulit untuk diterangkan. 

' Betul?' Ratna menduga. 

Raja angguk kepala. Ratna cuma tersenyum, tidak mahu berbalah. 

Kalau Raja mahu berahsia, biarlah. 

                                                                                            * * *

' Kau jumpa di mana?' Raja bertanya pada Aduka. Malangnya, Aduka bisu. Mereka tidak dapat berkomunikasi. 

Tetapi itu tidak menjadi soal. Raja sudah bertemu objek yang dicarinya. 

' Terima kasih, Aduka. Terima kasih,' ujar Raja berulang-kali. Kalau boleh, dia ingin memeluk Aduka tetapi aneh pula jadinya. 

Petang itu, Raja gembira sekali. Dia sudahpun menghubungi Ratna; menjemput gadis itu untuk minum petang bersama. Sudah lama mereka tidak makan bersama. 

Ratna gembira sekali melihat perubahan Raja. Tidak seperti sebelumnya, Raja gembira nampaknya. Galak sungguh Raja mengusik Ratna. 

Sedang mereka asyik berbual mesra, kelihatan dari jauh, sesusuk tubuh berlari-lari anak ke arah pasangan Raja dan Ratna. 

' Cinta!' suara itu memanggil. Raja mengangkat pandangan ke arah pemilik suara itu. 

Ratna di sebelah pula melambai riang. 

Cinta? Cinta? Ya, Raja sungguh terlupa tentang hal yang satu itu. Nama Ratna memang unik, Ratna Cinta Shakira. Tetapi jarang benar orang memanggil Ratna dengan nama Cinta. Sangat jarang. 

' Cinta...' Raja memandang Ratna yang sedang berbual dengan Priya, bekas guru mereka berdua. 

Raja pernah kehilangan kompas; kompas yang dikhabarkan akan membawa cinta datang kepadanya. Kompas yang baru sahaja jadi miliknya setahun yang lalu, saat Mama kehilangan Papa di dalam kemalangan yang meragut nyawa Papa. 

Kata Mama, kompas itu yang menemukan Papa dan Mama. Kompas kecil berbentuk loket yang Mama pakai selama ini. Tetapi setelah Papa tiada, jarum kompas itu sudah tidak lagi berfungsi, maka Mama menyerahkannya pada Raja. 

Jarum pada kompas peninggalan Papa bergerak sebaik sahaja Raja menyentuh objek kecil itu. Mama tersenyum, bergurau mengatakan Raja akan memberinya cucu-cucu yang comel tidak lama lagi. 

Waktu itu, Raja tertawa. Saat ini, tidak. Cinta yang dicari Raja sudah jelas ada di depan mata. 

Friday, November 26, 2010

Aplikasi smartphone: Menstrual Calendar

Nota: Ini khas untuk pembaca perempuan (tetapi penulis mengalu-ngalukan kehadiran para suami yang ingin ambil tahu bagi pihak isteri. 

Mengetahui kitaran haid adalah penting, sekalipun anda masih belum berkahwin. Ini kerana haid anda memainkan peranan yang penting di dalam memberikan signal samada bahagian dalam badan anda berfungsi dengan elok atau tidak. 

Ada perempuan yang datang haid lebih daripada sekali dalam sebulan kerana tekanan, ini mungkin bukanlah sesuatu yang pelik. Cuma, ia akan jadi aneh jika kitarannya jadi tidak menentu. 

Tetapi, berapa ramaikah daripada kita yang tahu bagaimana untuk mengiranya? Marilah melawat blog si manis (Misskin) ini untuk mengetahui bagaimana untuk mengiranya kerana apa yang ingin saya bawakan pada kali ini adalah kepentingan kalendar menstruasi ataupun menstrual calendar. 

Sedikit info, smartphone akan menjadi semakin popular dan akan mengganti telefon-telefon biasa yang ada. Seperti yang anda tahu, smartphone mempunyai pelbagai fungsi yang berguna dan menggembirakan hinggakan saya berasa sungguh susah sekali untuk berenggang dengannya. Berita baik untuk para wanita termasuk saya kerana smartphone mempunyai aplikasi yang memudahkan kita mengambil tahu akan kitaran haid kita. Bagi pengguna smartphone yang menggunakan Android-based phone (ok macam tidak tahu macam mana nak alihbahasa), anda bolehlah menggunakan Menstrual Calendar. 



Anda boleh klik pada setiap tarikh. Anda boleh masukkan bagaimana keadaan anda hari itu, adakah aliran berat atau tidak? Adakah anda sakit kepala? Sakit pinggang? Berguna bukan? 

Bagi wanita yang sudah berkahwin, mereka juga boleh mencatatkan suhu badan mereka. Apabila suhu badan berubah, ya itulah waktu subur anda :D. 

Anda juga boleh meletakkan keadaan cervical mucus anda. Aplikasi ini juga membolehkan anda mencatatkan apa-apa yang terjadi sepanjang tempoh haid anda. 


Tiada lagi masalah anda tidak pasti sudah berapa lama anda mengalami keluaran cairan yang pelik. Ini kerana anda hanya perlu mencatatkan semuanya di dalam telefon anda, bukan buku nota (seperti yang pernah saya buat dulu). 

Adalah penting untuk mengambil tahu akan kitaran haid anda kerana ia berkait rapat dengan keseimbangan hormon di dalam badan. Ia juga merupakan penanda aras samada diet anda sesuai dengan anda atau tidak. Kitaran haid yang tratur menandakan anda subur, InsyaAllah. ( Sumber daripada ahli farmasi syud)

Maka, jika anda adalah pengguna smartphone, ini adalah masa untuk anda memuat turun aplikasi seperti ini. 


Ini adalah pengetahuan penting untuk para wanita kerana pelbagai perkara boleh didapati daripada pemerhatian kitaran haid anda. Jangan lupa kongsikan bersama :)

Perkara yang boleh buat di pejabat

tetapi agak kurang semenggah untuk dilakukan, yang boleh mendatangkan kepada perang. perang mulut, bukan seperti pergeseran Korea Utara dan Korea Selatan sekarang.
 
(1) usahlah cedok milo dalam pantry hingga penuh cawan dan ratah dengan lahap. huduh perangai

Wednesday, November 24, 2010

Tawaran Rawatan Spa dari BellaLuna


  Saya sungguh teruja dan gembira hari ini, sungguh gembira hingga sukar untuk menumpukan perhatian. Bukan kerana saya jumpa dengan seseorang yang mirip Jared Padalecki (sekalipun itu mungkin menjadi sebab mengapa saya sukar untuk menumpukan perhatian). Tetapi kerana pada hari ni, lebih kurang jam 10 pagi tadi, Groupsmore telah membawakan tawaran yang memang saya tunggu-tunggu selama ini. 

Baiklah, selamba sahaja bercerita tentang GroupsMore tak bagi salam. GroupsMore adalah satu pertubuhan yang menawarkan diskaun-diskaun untuk pelbagai barangan dan servis. Diskaun yang ditawarkan bukan sedikit ya? Tidak lama dahulu, mereka menawarkan rawatan facial menggunakan barangan Dermalogica pada harga RM 56. Saya hampir sasau dibuatnya kerana harga tersebut sungguh tidak masuk akal. Selalunya, harga biasa dalam beratus jugalah. Lepaslah pas integrasi RM 150 sebulan. 

Tetapi ketika itu sudah mahu masuk Raya Haji. Saya khuatir jika bonda perlu pakai wang maka saya tidak mendapatkan tawaran tersebut. Jujurnya, saya sungguh kecewa. 

Namun, sudah dijanjikan bahawa sabar itu pasti akan membuahkan hasil. Hari ini, mereka menawarkan pula rawatan Black Crystal Thermal Sand Dip Therapy pada harga yang cukup murah. Cukup sekadar saya katakan bahawa ia telah membuatkan saya membaca tweet GroupsMore sebanyak beberapa kali dalam masa satu minit. 

Rawatan spa yang asalnya berharga RM 289, kini boleh didapati pada harga RM 28. Disebabkan saya agak terasa stress akhir-akhir ini, maka saya pun dengan pantasnya, terus login pada jam 11 pagi lebih untuk mendapatkan tawaran ini, yang boleh didapati di di Berjaya Times Square dan Tropicana Medical Center. Kenapa saya begitu beria-ia? Massage untuk bahagian badan selama setengah jam pun sudah berharga RM 58 (oke fine saya tak berani berurut dengan orang cacat penglihatan sebab sangat sakit  jadi pergi di pavilion sahaja), tawaran dari BellaLuna ini termasuk untuk seluruh badan. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini, lawat sahaja page ini. Setakat ini, sudah 66 mendapatkan tawaran dari BellaLuna. RM 28 sahaja weih. Buku seketul pun dah RM 30++. Tawaran akan ditutup dalam 5 hari lagi (berakhir 29 November)

Cara pembayaran melalui online transfer dan kredit card (antaranya). anda akan menerima kupon yang anda beli selepas deal ini tamat riwayat eh maksudnya bila sudah ditutup. anda kemudian boleh memuat turun untuk dicetak. Tawaran ini untuk yang pertama kali menjalani rawatan ini dan terhad satu kupon untuk satu pelanggan sahaja. Sekian. 

Monday, November 22, 2010

:)


Travelling
Originally uploaded by uculer
* ini cerita fiksyen. sebarang persamaan adalah kebetulan semata.

surat terbuka untuk rakan sekerja.

awak, saya suka jadi kawan awak dekat pejabat ni.

kenapa? la...takkanlah awak tak tahu?

saya suka tau bila saya kene layan call, awak buat-buat call drop. lepas tu bila awak nampak queue pelanggan tinggi, awak buat slow-slow booking tiket dekat online system. sambil-sambil tu awak chat dengan Facebook. konon-konon nampak macam awak tengah ambil detial pelanggan yang buat booking on the phone.

saya tau. sebab itulah saya suka :).

saya kagum dengan awak, waktu kerja boleh lagi luangkan masa untuk melukis. cantik lukisan awak, sekalipun guna mouse sahaja. alau saya, memang tak mampu.

walaupun saya suka kerja dengan awak, kadang-kadang saya cemburu. saya tak tahu pula bos beri pelepasan pada awak untuk layari internet sehingga menganggu KPI. untung betul kan awak? KPI awak jatuh, orang lain terpaksa berganding tenaga untuk pastikan tak ada komplen, awak pula boleh goyang kaki. seronok betul.

tapi yang saya pelik, kenapa dalam 300 pekerja saikkol ni, awak seorang sahaja yang dibayar untuk melayari facebook, update blog, guna tweeter dan jenguk tumblr?

:)

Sunday, November 21, 2010

Berita jarang jumpa

Kuala Lumpur- Pihak pengurusan Penjara Kejang kini di dalam perbincangan untuk memperluaskan lagi penjara. Ini akibat peningkatan mendadak dalam jumlah banduan, lebih-lebih lagi semenjak berakhirnya bulan Ramadhan.

Wartawan mendapati bahawa keadaan di dalam penjara begitu sesak sekali. Langsuir-langsuir kelihatan bergayutan di siling dalam sel, yang mendatangkan sedikit gangguan kepada hantu tinggi dan hantu galah yang turut ditempatkan di dalam sel yang sama.

Semasa kunjungan pemberita, kami mendapati bahawa balan-balan di dalam sebuah sel sedang bergaduh sesama sendiri kerana tidak dapat mencapai kata sepakat dalam menentukan siapa yang sepatutnya membersihkan lantai sel.

Kata pihak pengurusan penjara, sejak akhirnya-akhirnya ini, begitu banyak sekali tangkapan yang dibuat. Terlalu banyak kes yang melibatkan hantu-hantu ini.

' Kami terpaksa menambahkan jumlah rondaan di seluruh negara kerana hantu-hantu ini, terutamanya pontianak, begitu aktif menyerang manusia pada waktu malam selepas mereka berkunjung daripada rumah jiran-tetangga. Kami perlu menangkap mereka kerana kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membunuh manusia.'

Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, pontianak-Pontianak ini akan menjalani kaunseling. Bagi pontianak yang sudah acapkali ditangkap, taring mereka akan dicabut.

Bagi hantu galah dan hantu tinggi pula, mereka akan didenda menjadi pasukan pemerhati keselamatan lalulintas selama 3 bulan.

' Ini semua sangat merisaukan kami. Kita perlu cari jalan untuk menyelesaikan permasalahan ini'. - beritatidakpunyanama.

Pernah tak terfikir kenapa kita tak pernah hadapi masalah seperti ini? Atau lihat berita sebegini? Kerana, hantu-hantu ini semua tidak boleh disentuh. Kita tak boleh tangkap dia jadi sepatutnya, ia juga tak boleh sentuh kita. Tidak boleh mendatangkan luka, cedar ataupun lebam.

Sedih. Sudah 2010, sudah nak beri Salam pada 2011 pun. Tapi masyarakat kita masih berfikiran tahun 1950-an. Masih berpaksikan pada bomoh. Kesian.

Sent from my iPad

berpeluh

tidak perlu berlari atas treadmill untuk berpeluh. tidak perlu berjalan sepuluh pusingan keliling rumah. tidak perlu pegang lembu untuk sembelih. tidak perlu beryoga atau berpilates. 
anda hanya perlu duduk di atas meja, depan laptop dan TV. sambil-sambil sekeh kucing yang asyik duduk di tepi komputer riba. jeling-jeling pula drama di TV3 sambil kesat air mata. mudah saja. 
anda cuma perlu berebut untuk membeli tiket paling murah di laman web milik syarikat penerbangan tambang murah. 

sabau je la. baru berapa minit dah habis tempat duduk dgn harga super murah. 

Friday, November 19, 2010

2 benda

yang akan terima pelaburan yang banyak daripada orang:

1. belanja cantikkan diri sendiri
2. belanja untuk mengkayakan diri. 

kalau dua benda ini jatuh pada tangan yang salah, selamat

Sunday, November 14, 2010

teruskan

otak sudah penat sebenarnya tetapi hati terus berbisik "habiskan sahaja, teruskan, jangan berhenti."

duit duit duit. kerja untuk dapat duit, menampung hidup dan memenuhi tanggungjawab. 

penat, bukan tidak penat tetapi hati terus-terusan menghasut: "sikit sahaja lagi. kalau berhenti sekarang, sungguh rugi". 

maka jari-jemari yang sudah sekian lama menekan papan kekunci, terus menekan kepingan-kepingan plastik yang disusun rapi. abjad-abjad berselang nombor kembali memenuhi skrin. hati mula berbisik lagi, " syukur. sudah banyak yang dapat disiapkan."

sudah siap satu bahagian. bahagian yang satu lagi pula. periksa kualiti kerja yang disiapkan. 

maka satu demi satu kertas mula dicetak, kemudian, diteliti satu-satu untuk pastikan tiada kesalahan. 

periksa, tilik, tengok. ada sesuatu yang tidak betul. tetapi....

belek, belek dan terus belek. peluh sudah mula muncul di dahi. otak yang sudah sedia penat, dipaksa pula bekerja dengan lebih pantas. 

mesti cari kesilapan, mesti betulkan. 

maka jantung berdegup dengan lebih laju, gelabah jadinya 

tak jumpa, mana? 

panik mula menyerang. kali ini, baju betul-betul lencun dek peluh. 

tiba-tiba, pandangan sudah dipenuhi bintik-bintik hitam. sakit, tiba-tiba dada rasa sungguh sakit. 

di tengah kepekatan malam, ada satu tubuh rebah di lantai bilik tidur. dikellingi dokumen-dokumen kerja dan fail-fail yang bertaburan. 

kasihan dia. 

nota: ini cuma cerita. saya ulang, cerita saja

Thursday, November 11, 2010

people (1)

sometimes we are too busy talking that we forget to listen. what a pity because we learn the most when we listen. 

Wednesday, November 10, 2010

layang-layang

nota: ini antara idea paling lama bersarang di kepala. diilhamkan oleh seorang kawan yang sekarang hilang entah ke mana. 

' along. kau nak main layang-layang ke?'Sarah, adik Fauzan, sudah tertegak di depan pintu. Mujur Fauzan tidak melakukan aksi-aksi yang mencurigakan. Contohnya, membuat lompat bintang. 

' eh, baik pula angin kau hari ni. selalu panggil longan je,' Fauzan menyindir. Buku di atas katil dicapai, dibawa ke ruang tamu. Hanya hari minggu begini Fauzan dapat meluangkan masa menonton TV atau berbual dengan keluarga. 

Sarah hanya tersengih. ' ala long.' Terus sahaja Sarah menuju ke ruang tamu. Arif benar dengan kebiasaan Fauzan. ' aku nampak kat status Facebook kau tadi.' 

Fauzan tersenyum. 

' kau nak tau?' Fauzan sengaja mengacah. 

' yelah.' 

' aku bukan ajak orang main layang-layang.' 

' habis?' 

' kau tahu? bercinta ini macam bermain layang-layang. kau orang yang pegang tali, si dia pula angin. kedua-dua kamu mesti berusaha untuk naikkan layang-layang itu bersama-sama. 

kalau angin sahaja yang ada, layang-layang takkan naik tanpa orang yang mengemudi layang-layang. kalau kau cuma tolak layang-layang ke atas dan berlari berbatu-batu, layang-layang takkan naik. 

kadang-kadang, nak naikkan layang-layang tu mudah sangat. tetapi, untuk biarkan ia di atas bukan satu kerja senang. macam bercinta. kadang-kadang ada tercuit sana sikit, sini sikit. kadang-kadang ada yang merajuk, ada yang marah-marah. ada yang mengamuk macam nak minta kaki.' 

' minta kaki?' Sarah peluk kusyen. 

' minta penerajang.' 

' oh. haha jadi status tadi...jiwanglah ni?' Sarah senyum meleret. 

Fauzan diam. Layang-layang macam sudah lama ada. Tali sudah elok, sudah siap. Memang tali yang paling bagus, Fauzan tahu kerana dia yang akan jadi pengemudi. tetapi angin itu bagaimana? mahukah dia bertiup? mahukah dia bertiup sama rentak dengan Fauzan? dan kalau ribut, mampukah Fauzan menahan layang-layang supaya tidak jatuh? 

Apa yang Fauzan dan Nina ada sekarang sudah cukup elok. Mereka sepatutnya sudah pergi lebih jauh daripada sepasang sahabat. sudah lama sebenarnya. 

tetapi...sudikah Nina membantu dia menaikkan layang-layang mereka?

Tuesday, November 09, 2010

Bercerita

Aku kira,tema cinta adalah tema yang paling dekat dengan aku.Di sekeliling aku penuh dengan rasa cinta.cinta para negara duit Dan gajet.aku?sejujurnya aku cintakan rasa makanan.sebab itu sering pulang lewat sebab tak mampu berkata tidak pada tawaran untuk makan.

Cinta adalah tema pilihan aku.ya,aku sedang bercinta,dengan buku.kalau fizikalnya seorang manusia berjantina lelaki,aku tak mahu beri jawapan.

Rasa cinta itu paling senang untuk aku selami.orang-orang disekeliling aku sedang asyik dilamun cinta.Dan ada yang datang mengadu tentang kesengsaraan dihambat penangan cinta.lainlah aku koboi.kalau aku koboi,tema pilihan aku mungkin bukan cinta.

Ada yang jarinya jahat,memperlekehkan kedangkalan penulis berbicara tentang cinta.bukakan minda,kau akan faham yang cinta bukan hanya terbatas antara lelaki Dan perempuan.ya aku tahu,yang sama jantina pun ada juga tapi maksud aku,cinta sesama manusia.rindu pada kekasih atau pada Kekasih?

Bicara soal cinta selalu terbuai rasa.aku  sendiri berasakan yang tulisan tentang cinta buatkan interaksi penulis-pembaca jadi sgt dekat.

Notakaki:terima kasih banyak pada semua yang sudi membaca cubaan saya no 1di entri sayang

Monday, November 08, 2010

sayang

nota: waktu senggang sgt kurang. jadi cerita-cerita dalam kepala aku
curahkan dalam bentuk cereka pendek sahaja

' kau sayang dia?' ada satu suara berbisik saat aku tenung wajahnya.
aku tahu dia tak perasan. asyik benar menilik buku di tangan.

kalau aku jawab soalan itu, mungkin dia akan kata aku gila. dia tahu,
teman aku cuma dia di saat itu. ah, biarlah aku bermonolog dengan diri
sendiri sahaja. seperti biasa.

sayang. bukan susah sangat pun nak mengungkapkan kata sayang. sayang
pada kawan, emak, ayah, adik, kakak, basikal. cakupannya terlalu
meluas.

tetapi si dia ini. si dia di depan mata. pasti aku sayang benar pada
dia. dengan siapalah lagi tempat bermanja. bukannya aku tiada ibu ayah
tapi di perantauan begini, siapalah lagi tempat bermanja?

jangan cuba berkhutbah tentang kasih sayang pada Tuhan. aku ini
remaja. sudah pasti ini adalah masa di mana aku lebih pentingkan
kekasih.

' awak?' suara serak-serak basah itu mengejutkan aku dari lamunan.

' ye?' hampir sahaja lidah aku tersasul menambah sayang.

' saya mahu yang inilah,' si manis itu memecah kesunyian yang entah
berapa lama wujud antara kami berdua.

' betul mahu yang ini?' bukan aku tak dengar kata-katanya tadi, aku
sengaja ingin bertanya. sengaja ingin aku rasakan bahawa dia perlukan
aku.

dia yang manis, berbaju merah hari ini, mengangguk, tersenyum.

aku pegang buku braille di tangannya. jangan tanya apa tajuknya, aku
belum mahir 'membaca' braille. mungkin tidak akan mahir.

' mari,' aku pegang tongkat si gadis. dia selesa begitu.

sayang, bukan aku tak sayang. tetapi dia keras benar menolak. bagi
dia, dia tak sama taraf dengan aku yang elok penglihatan. dia bimbang
kalau-kalau perasaan aku hanya kasihan.

aku kesat air yang bertakung di kolam mata. sampai hati si manis. aku
cuma ada enam bulan lagi sebelum penyakit ini membunuh aku. kedekut
benar dia, mahu simpan rasa sayang semata untuk diri sendiri.

Sunday, November 07, 2010

Hydraclear


Hydraclear
Originally uploaded by uculer
there were various testimonials on the brochure of the lens. one said 'it felt as if i wasn't wearing lenses', one said it was really comfortable. being me, of course i wouldn't believe any of it. it might as well be some paid testimonials.

the business of putting on and taking off lenses are hard enough. sometimes it felt like something clamped its claws around my eyeballs. painful but it was something i had to do.

for the past two years, i was able to keep my 'kerabunan' at a stable pace. it hardly increases so it was something that i believe. not something that i swear by but lenses helped with astigmatism and also my imperfect vision.

i have been using bioclear for about 1 year something. it was a battle every single time i put it on. either it felt like claws digging or there will be tears of definitely not joy.

this time around, the optometrist (who by now is kind of buddy), recommended hydraclear. it promises long hour at the computer, something that i'm looking for. but still, i was skeptical. i do not think it will work, just a fad on the brochures. i was not really convinced.

but i know i can exchange it, so that came as a bit of a relieve. despite that i have a few more days before i need to change to a fresh pair of lenses, i decided to give the new lenses a try.

and wow! i am impressed. it is really comfortable. not really to the point of not feeling it was there but i do not have to run to the toilet to re-wet my lenses. it felt almost breathable.

the only downside is now i can really see that i'm wearing lenses. ok i know, i've grown accustomed to people not noticing it. but really, i like it.

the lenses are for 14-day use so there is no need to be too overly worried about protein build-up.

so, there you go. now i'm happy with the new pair.

per box cost RM 150. but ask around, you might get discount.

available for normal lenses and for astigmatism.

Thursday, November 04, 2010

Pembukaan uniqlo

Dari haritu lg aku nk sgt tau apa yg istimewa sgt uniqlo dari jepun ni.punyelah lama tayang iklan sampai aku pun sedikit givap.lps tu,dua hari lepas aku baca kat mana tah,ada cabutan bertuah utk first five couples dan diterbangkan ke jepun.sasah la aku kalah tak perlu bertanding sbb aku mana ada kapel har har.tapi aku Mcm berminat la tgk seluar  jin 50 hinggit.
Tapi hari ni bos nak belanja makan.maka tak bolehlah nak siapkan kerja laju-laju untuk ke uniqlo.

Ah.Kalau aku pegi pun,nak masuk pun tak boleh.budak opis aku cakap,queue kol 4 dah berpusing-pusing.beliau sungguh amarah sekali kerana tidak boleh membeli apa-apa.

Kami habis makan kol 8.itupun mengusung perut yang maju kedepan.lps tu konon nak pegi beli la.kot la dah tade orang kan.

Weih.harapan lah.takde orang kat bb?tipulah.sampaikan kedai tu dah tak benarkan orang masuk.punya lakukan?

Orang jepun ni ada perasap mesin jahit guna kemenyan ke sampai gitu sekali?nnt bebila senang je la aku pegi.tak kuasalah aku nak bersusah-payah beratur bagai nak beli baju.

Wednesday, November 03, 2010

serene


Relaxing
Originally uploaded by uculer
aku tau aku macam beria gila nak cuti hari ahad tapi rasanya letih sangat sejak kebelakangan ini. aku harap sangat boleh duduk sekejap kat rumah buli sapa-sapa eh i mean bersosial dengan sesiapa.

paling best kalau dapat duduk mengadap TV macam dalam gambar. weih, harapan la.

nota kaki: mujur juga tukar jenama kanta lekap. yang ini sangat selesalah. mungkin sebab buat pembayaran pada hari selasa (takde kaitan)

Tuesday, November 02, 2010

zoo


card
Originally uploaded by uculer
...di pejabat. sudah due bulan lebih menyambut ulangtahun kelahiran tapi aku suka dengan kad yang tergantung di kubikel biru ini. ada arnab, kucing dan beruang. suka sangat.

orang kata, yang dibuat dengan tangan itu, terasa sampai ke hati.

kepada sesiapa yang cari saya, saya bukan tiada, saya ada tapi nak berborak panjang memang tak dapat. saya cuma ade beberapa jam seminggu untuk diagihkan kepada rakan-rakan.

satu hari nanti, anda akan faham juga.

nak sebut satu-satu takut nanti ada yang tertinggal. untuk berlaku adil, cakap secara general sajalah: nanti kita jumpa oke? insyaAllah