Wednesday, November 24, 2010

Tawaran Rawatan Spa dari BellaLuna


  Saya sungguh teruja dan gembira hari ini, sungguh gembira hingga sukar untuk menumpukan perhatian. Bukan kerana saya jumpa dengan seseorang yang mirip Jared Padalecki (sekalipun itu mungkin menjadi sebab mengapa saya sukar untuk menumpukan perhatian). Tetapi kerana pada hari ni, lebih kurang jam 10 pagi tadi, Groupsmore telah membawakan tawaran yang memang saya tunggu-tunggu selama ini. 

Baiklah, selamba sahaja bercerita tentang GroupsMore tak bagi salam. GroupsMore adalah satu pertubuhan yang menawarkan diskaun-diskaun untuk pelbagai barangan dan servis. Diskaun yang ditawarkan bukan sedikit ya? Tidak lama dahulu, mereka menawarkan rawatan facial menggunakan barangan Dermalogica pada harga RM 56. Saya hampir sasau dibuatnya kerana harga tersebut sungguh tidak masuk akal. Selalunya, harga biasa dalam beratus jugalah. Lepaslah pas integrasi RM 150 sebulan. 

Tetapi ketika itu sudah mahu masuk Raya Haji. Saya khuatir jika bonda perlu pakai wang maka saya tidak mendapatkan tawaran tersebut. Jujurnya, saya sungguh kecewa. 

Namun, sudah dijanjikan bahawa sabar itu pasti akan membuahkan hasil. Hari ini, mereka menawarkan pula rawatan Black Crystal Thermal Sand Dip Therapy pada harga yang cukup murah. Cukup sekadar saya katakan bahawa ia telah membuatkan saya membaca tweet GroupsMore sebanyak beberapa kali dalam masa satu minit. 

Rawatan spa yang asalnya berharga RM 289, kini boleh didapati pada harga RM 28. Disebabkan saya agak terasa stress akhir-akhir ini, maka saya pun dengan pantasnya, terus login pada jam 11 pagi lebih untuk mendapatkan tawaran ini, yang boleh didapati di di Berjaya Times Square dan Tropicana Medical Center. Kenapa saya begitu beria-ia? Massage untuk bahagian badan selama setengah jam pun sudah berharga RM 58 (oke fine saya tak berani berurut dengan orang cacat penglihatan sebab sangat sakit  jadi pergi di pavilion sahaja), tawaran dari BellaLuna ini termasuk untuk seluruh badan. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini, lawat sahaja page ini. Setakat ini, sudah 66 mendapatkan tawaran dari BellaLuna. RM 28 sahaja weih. Buku seketul pun dah RM 30++. Tawaran akan ditutup dalam 5 hari lagi (berakhir 29 November)

Cara pembayaran melalui online transfer dan kredit card (antaranya). anda akan menerima kupon yang anda beli selepas deal ini tamat riwayat eh maksudnya bila sudah ditutup. anda kemudian boleh memuat turun untuk dicetak. Tawaran ini untuk yang pertama kali menjalani rawatan ini dan terhad satu kupon untuk satu pelanggan sahaja. Sekian. 

No comments: