Sunday, October 31, 2010

Bored, waiting for class

As I wait to pass the time before two, here I am at the Gardens, sipping coffee when in reality I'm super thirsty. People are jostling in other in other eateries so I choose a place where no one sits. It's a wonder that Coffee Bean manages to stay alive with stiff competition from Starbucks in Mid valley with three outlets. Good job Coffee Bean! (the sign of over-enthusiasm may be caused by the coffee boost on an empty stomach).

tidak patut

tak patut, memang tak patut. 

tempat kerja-pavilion-fahrenheit-kl sentral-klcc-rumah. 
punyalah beria nak dapatkan barang. 

kalaulah sebegini beria ketika belajar, kan bagus. 

Wednesday, October 27, 2010

minta betul-betul


SDC14121
Originally uploaded by uculer
kalau mahu, minta betul-betul. kalau minta disayangi dan dicintai, mesti minta dengan elok. mesti sungguh-sungguh. kalau kita nak minta kerja pun, kita minta dengan sungguh-sungguh, jadi, apa salahnya kita meminta pun dengan sungguh-sungguh.

minta pada Dia.

kalau sekadar minta diri sendiri disayangi, nanti akan disayangi oleh kawan-kawan pada kadar pukal (bukanlah salah mungkin tidak begitu menepati kehendak kita). jadi, kalau mahu disayangi seseorang yang bukan kawan, mesti cakap dengan terang, jelas dan nyata.

sebab, kita mesti tahu apa yang kita mahu. kalau kita pun tidak begitu pasti, macam manalah Dia nak memberi.

tak gitu?

nota kaki; saya rasa kamu bawa sedikit kestabilan dalam hidup saya. sedikit tetapi cukup memberi kesan emosi yang lebih tenang.

Tuesday, October 26, 2010

fantasi vs realiti

aku suka spencer reid. tetapi aku tak pasti kalau aku suka matthew gray gubler. ada perbezaan di situ kerana mungkin aku suka karakter nerd yang dibawakan matthew, bukan personaliti dia secara keseluruhan. itu adalah kenyataan yang sedia aku terima. 

mungkin jared padalecki seorang yang suka membantu orang buta melintas jalan, pastilahh aku akan lebih jatuh hati pada dia. ehem. 

apa yang orang ada, selalu kita rasakan lebih bagus daripada yang kita ada. kerta dia lebih besar, kerja dia lebih glamour, tempat kerja dia tiada kesesakan lalu-lintas. serba-serbi yang dia punya, semuanya lebih baik. kalau begitu, buang saja semua yang kita ada dan ambil semua yang dia punya. 

apa yang dia ada, kau nampak dari mata kasar sahaja. di belakang-belakang itu, apa yang kau tahu? 

donald trump memang kaya oh-em-ji. tapi dia pernah bankrupt beberapa kali. itu jangan dilupa. tengok? tak semua yang dia lalui indah-indah belaka. 

kalau hari ini kita baik bas kerana berjimat daripada naik teksi, ketahuilah bahawa ada orang terpaksa jalan kaki. kalau kita rasa letih untuk ke pejabat, kita masih ada pekerjaan. 

kadangkala aku lupa juga, tapi itulah kenyataan. 

magis. renung kad touch n go selama sepuluh minit boleh terhasil benda ini. hoh

Monday, October 25, 2010

perlambangan

ini apa yang aku belajar masa belajar dulu yang mana aku rasa sangat berguna (IMHO). tentang perlambangan, masa tu dalam pembuatan video. 

apa yang kita nampak, mungkin lain dengan apa yang cuba ditampilkan dek pengkarya (tukang buat video atau penulis). kalau nak suruh dia terangkan, mungkin boleh tapi larat gilelah kau nak suruh mark romanek pegi terangkan video die. macam banyak pula masa dia nak pegi jawab sebijik-sebijik. 

dah tersasul, marilah kembali ke perkara pokok. 

contoh paling mudah adalah warna. aku ambil yang mudah-mudah sahajalah. kalau kita lihat di dalam drama, seorang gadis pingitan, selalu dipakaikan dengan pakaian putih. putih itu  adalah satu perlambangan yang perempuan ini adalah seorang yang baik, tidak bersalah dan juga suci. kadang-kalalah, kadang kala juga ia boleh dilambangkan sebagai entiti di alam lain tapi aku lebih fokus pada pemakaian perempuan yang biasa di dalam drama. 

seperti juga warna hitam. ia seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang negatif (ouh ya, hitam memerangkap haba. kalau tanak daging masak dalam baju, kurangkan pemakaian hitam) seperti kematian ataupun orang jahat. ying dan yang; hitam dan putih. 

merah. kalau kita tengok video klip alif sattar dalam 'jangan nakal', perhatikan bahawa awek dia memakai baju berwarna merah. begitu juga dengan maya karin dalam pontianak harum sundal malam. 

perlambangan untuk warna merah; merbahaya. menggoda. berahi. sengaja aku kongsikan tiga makna di sini kerana ornag yang melihat akan membuat interpretasi dan interpretasi ini mungkin sama-sekali berlainan dengan apa yang ingin disampaikan pengarah filem dan video muzik. 

simbolik sesuatu perkara itu bagi aku sangat manis. manis bukan sebab apa, manis kerana tidak semua orang mungkin faham. 

jadi, di lain kali anda ingin menulis atau mengarah video muzik, apakah simbolik yang bakal anda gunakan? 

Saturday, October 23, 2010

berita baik

seperti entri di bawah yang dihiasi dengan gambar anak buah, marilah mengenang masa kecil yang tenang. tanpa hutang. ya, hutang. 

mari bercakap PTPTN. selalunya aku panggil PTPTipu tapi hari ni mood aku baik, marilah kita gunakan PTPTN. thi hi hi. 

ah janganlah berasa aneh. mesti ada sebab kenapa mood sungguh baik. kerana PTPTN akan menurunkan kadar bunga, daripada 3% kepada 1%. 

kau kata sikit. sikit kau kata? kalau hutang terkumpul kau dekat-dekat 60k, silalah buat kira-kira berapa banyak bunga kau kene bayar setahun. tak botak kepala?

tetapi kini sudah ada berita baik. kadar bunga akan ditukar kepada ujrah. maksudnya, sudah turun. 

eh jangan terburu-buru. setiap peminjam sudah diberikan jadual untuk penurunan itu. sila rujuk di sini http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp. ikut jadual tersebut, pasti pening kepala nak bayar hutang makin kurang. 

selamat menikmati hari-hari gembira para peminjam PTPTN. 

nota kaki: kot la marah kat PTPTN, bayarlah hutang tu. kesian kat orang belakang. 

Thursday, October 21, 2010

kemurungan

sudah dua tiga hari dada aku berdebar kencang. sekejap-sekejap di pejabat, aku jadi risau. risau tak tahu nak makan di mana (cepatlah medan selera bawah ni buka. tak larat la jalan jauh-jauh). kadang-kadang berdebar. untuk memastikan perjalanan darah yang kencang ke seluruh badan tidak terganggu, lalu aku meneguk air dengan banyak. heh macam tiada kaitan sangat. 

malam-malam, debar tunggu pagi nak tahu jawapan. bila pagi, debar pula mahu tunggu saat mahu pulang ke rumah. kemudian, telefon sekarang jadi objek paling penting. sellaunya di pejabat, aku sekadar campak-campak dalam laci sahaja. sekarang tertayang depan mata. 

bila ada orang offer pakej fitness first, aku jadi hangin. bukan hanya sebab prinsip hidup aku adalah eat first, regret later tetapi kerana aku tunggu panggilan itu. 

petang tadi, sudah ada gerak hati mengatakan aku perlu perlu pulang cepat tetapi panggilan perut itu mesti diutamakan. sudahlah selalu benar teringin pau, jadi terpaksalah menurutkan kehendak perut. 

hari ini pula macam hari jumaat. laluan ke midvalley sesak betul. nasib baik aku bertuah dapat tempat duduk. kalau tidak, bertuahlah, memang kematu kaki berdiri hampir setengah jam. hati mula meronta-ronta nak balik cepat. 

rupanya ada khabar gembira. sudah lepas satu halangan. 

terasa sungguh dewasa. 

notakaki: selalunya kemurungan hari isnin kita panggil 'monday blues'. aku suka menggelarkan hari jumaat sebagai 'happy friday'.  

Wednesday, October 20, 2010

masa kau kecil


SDC13889
Originally uploaded by uculer
semuanya indah. kau rasa kaulah superhero paling kuat di dunia. kau rasa kaulah yang paling hebat, tampan, kacak, lawak dan disayangi.

sampai satu masa, seseorang bunuh kepercayaan kau.

dan kemudian, untuk selama-lamanya kau jadi begitu sinikal. kau cemuh semua lagu cinta yang kau dengar. kau sanggup biarkan CD titanic di tepi meja berbulan lamanya kerana bagi kau, semuanya ada ulterior motive. bagi kau, tiada apa yang ikhlas dalam dunia ini. pandangan kau sarat dgn syak-wasangka.

parut yang tak nampak itulah parut yang paling dalam. yang paling lama tinggalkan kesan.

tolong jangan bunuh kepercayaan sesiapa. dunia ini sudah cukup gila. tak perlulah kau susah-payah tambahkan perisa pada dunia yang sudah sedia korup

Tuesday, October 19, 2010

sebu

sebu jadinya. libang-libu. macam dilanda ombak besar. 

kata-kata sependek itu sudah cukup membuatkan orang tertanya-tanya 'si penulis fikir apa?' 

1.dilema cinta
2. dilema kerja
3. kisah liverpool yang bakal dijual
4. terlebih makan

kita boleh buat tafsiran apa saja yang kita suka. kita boleh andaikan sang penulis sedang berduka atau kecewa tapi bagaimana kalau..?



kalau mereka sekadar menciptakan sebuah persoalan? sekadar hanya ingin tarik perhatian. 

bukan susah sangat pun kau nak jadi selebriti di alam maya ini. kau bubuh jiwa kacau empat peket, jiwa luka dalam setengah cawan kemudian kau taburkan esen gila. buat-buat sedih, susah hati. 

kenapa aku susah-payah tulis begini? 

saja. aku pun nak tarik perhatian juga. ini pun taktik, apa? salahkah?

nota kaki: kau tahu, sindiran kalau betul lapik dan alasnya, bila dihadam (akalau dapatlah), menusuk jauh ke dalam. sama macam keris 7 lok. begitulah halus dan seninya bahasa (iklan semepna bulan bahasa; Oktober 2010)

RM 50

orang selalu kata 'ala nilai duit dah kecil sekarang.' dengar ckp-ckp orang begitu, aku yang sedang memegang RM 50 di dalam tangan, rasa sungguh sayu.

tak bernilai sangat rupanya duit aku.

kalau dulu, RM 50 bole dapat sekeping buku. tetapi sekarang, sudah pandai cari lubang untuk dapat 2 buku dgn RM 50. buku baru.

' RM 50? nak makan apa?' itu kalau kau makan tengahari di starbucks, memanglah sesak nafas. cuba kalau kau makan nasi campur, boleh lagi. kalau kau pergi makan di restoran insaf dengan RM 50, insyaAllah, insaf juga la kau. insaf tak mahu datang lagi sebab dua orang makan pun sudah dekat-dekat RM 50.

boleh lagi nak berjalan kalau ada RM 50. tengok wayang, beli roti dan seludup air dalam jaket. boleh... boleh sangat. lepas tu kalau teringin sangat ice-blended coffee jenama sans francisco, di midvalley ada buy one free one. ha, kan dah boleh tu.

selalunya, RM 50 lebih dari cukup untuk aku berbelanja ke pejabat. aku pakai pas pra-bayar, jadi tidak ada masalah dari segi perbelanjaan ke tempat kerja (alhamdulillah, inilah salah satu nikmat orang yang tidak memandu).

kecil atau besar nilai wang, itu bergantung pada diri sendiri. kalau sudah beranak-pinak, mungkin sudah lain. entah, aku pun tidak tahu.

lagipun, besar periuk, besarlah keraknya.

RM 50. kalau kau simpan ASB, bagus juga.

Monday, October 18, 2010

dunia maya

alah. bukan susah sangat nak menipu di internet ni. kalau nak, boleh sangat.

bukan susah pun nak mengaku kerja macam orlando bloom sekalipun kerja anda angkat broom. tepek gambar cantik-cantik yang sah-sah bukan sendiri punya. mengaku perempuan sekalipun misai, jambang, bulu kaki, bulu dada semua lengkap.

tak susah. memang tak susah. tinggal lagi, kau rajin atau malas saja. kau berdepan dengan skrin, dia pun sama. jadi, apa yang menghalang dia untuk menipu?

itu kalau kau rajinlah.

jarang benar aku komen tentang entri penulis blog yang aku tak kenal. yang kenal tahap hi-bye, 'woh bile nak lepak sekali?' pun aku tak komen sangat. tengok keadaanlah. sebab apa? sebab tiada jaminan apa yang ditulis itu betul. kalau nampak beg, seluar jin (intended) harga sama dengan 4 bijik printer, kasut setengah bulan gaji, ditambah pula dengan cerita berdegar-degar konon ini dibelikan si polan si polan semasa dia ke bermuda, paris, itali dan jalan klang lama, selalunya aku baca dan ambil sebagai source of entertainment sahaja. besar kemungkinan, aku tak jenguk lagi blog itu.

kenapa? di tangan kita ada pilihan. heh macam iklan mengundi saja.

dalam zaman ini, usahlah naif sangat. sedangkan orang yang kita kenal pun boleh menipu di blog, inikan pula orang yang kita tak kenal.

ingat, orang gila tak pernah mengaku dia gila ;), kan si hotness-yang-bekerja-di-bangunan-yang-ada-kuwait-finance-house?

Saturday, October 16, 2010

syaiton

mesej cerita m malam semalam (m night shyamalam) tu senang aje, bagi aku lahh. kalau kau rasa syaiton tu wujud, maka Tuhan itu pun wujud juga la. 
 
(if you believe devil exists, so does God). 

aku rasa cerita ini bijak. setandad la cerita pakcik malam semalam memang mcm tu. mcm pening-oening sikit dan perlukan berfikir. nasib baik teman tgk wayang aku tak bukak mulut, kalau tidak, mau makan kasut. 

baru aku perasan, selalu sangat tgk wayang sorang-sorang sampai sudah wujud satu perasaan cuak kalau ajak orang lain pegi tgk wayang. takut kalau teman yang datang sama tak berhenti bercakap. memang boleh membawa kepada putus sahabat. 

next stop, mungkin the other guys. mungkinlah. 

ha sudah. kerja menimbum ade hati berpoya-poya. pulang sebelum shin chan ditayangkan lps tu mengantk sudah. kerja tahu kerja, marah saya kepada diri sendiri. 

si dia yang baik hati belikan air bergas tapi maaf, ada masa-masa saya memang tidak boleh minum air bergas, air sejuk pun tidak boleh sebenarnya tapi sungguh tidak dapat menahan. maka sekarang sedang tanggung akibat. 

mari shin chan!

Friday, October 15, 2010

patut kene piat telinga


yes kene piat telinga
Originally uploaded by uculer
jumaat. sejak akhir-akhir ini, jumaat itu rasa macam cepat sangat sampai. bagus juga. tidaklah rasa macam nak emo setiap minit. mungkin sudah terbiasa. kata orang, nak membiasakan satu-satu perkara, boleh makan masa hingga bertahun-tahun. logik juga sebab sudah hampir tiga tahun aku bekerja di sini. rasa macam sekejap sangat. rasa macam baru semalam aku buat lawak kasi notis 24 jam tanpa sebarang bekap. bila kenang-kenangkan balik, memang tergelak besar.

bercakap tentang kebiasaan, kebiasaan yang satu itu sudah ditinggalkan. selipar cuma satu episod yang singgah agak lama. kerana semuanya statik, cukuplah kalau ia ditamatkan secepat mungkin. itupun memang tahap kene piat telinga sendiri juga la.

setahun yang tidak berhasil. oke adalah sikit hasil tapi lebih daripada tu, ia tidak berganjak. dia jadi satu kebiasaan yang tidak sihat. sesuatu yang sepatutnya aku jadikan aktiviti sampingan, sudah jadi semacam satu komponen penting dalam hidup aku.

rasa bodoh itu, sudah pasti tapi orang kata, jangan menyesal. apa yang terjadi, ambil pengajaran.

panjang pulak aku menulis. padahal nove; yang sepatutnya disiapkan, dok tersadai lagi ni. susah jugak ah nak bunuh-bunuh orang ni.

Monday, October 11, 2010

unique


i love black swans!
Originally uploaded by uculer
when i was a kid, i grew up with the misconception that swans must be white. i thought black swans are just a myth but no,it was a unique kind of swan (IMHO).

everyone is unique. i'm not like you, maybe you are not like me. maybe you are not as silly or crazy (well, everyone is a bit crazy because we need craziness so we can understand sanity).

some people took all their lives to find people who listen them, to be their friends. i'm just blessed that i have them right here, right now.

thank you. thank you very much. i wish you all (you know who you are) a very good life.

p/s: i don't mind getting java chip for the size of 50 cent :P

Sunday, October 10, 2010

mungkin

mungkin aku ini miskin sgt sampai terasa RM 20++ utk masuk taman burung itu terlalu mahal. mungkin.

tapi mari kita cuba buat kira-kira (blog aku dah jadi tempat buat kira-kira)

seorang rakyat malaysia dewasa perlu membayar RM 22 (rasanya mcm 24 tapi takpela, kita belasah je). katakan ada orang malaysia datang dari kedah dan mereka pergi ke taman burung. ada lebih kurang sepuluh orang (ala mcm cerita rombongan ck kiah ke sukan komanwel la). jumlahnya sudah hampir RM 200. 

kalau aku tambah lagi seratus utk tiket bas pergi perhentian, aku dah dpt duduk sana dua hari tiga malam. apahal yg mahal sgt? aku tau la taman burung terbesar di malaysia. 

no worries. i'm writing letters to the press. if this goes on, in my years, no malaysian will be able to walk into that park. 

i am just concerned about malaysia. that's all. 

Thursday, October 07, 2010

aku ada sedikit kemusykilan.

ambil satu uncang teh, rendam dlm air panas. itu percuma di pejabat. tetapi kenapa harganya sampai RM 5++ di kenny rogers?

satu kotak berisi 20 uncang teh boh baru dalam RM3-4 (betulkan aku kalau salah). RM 3 bahagi 20, baru 15 sen. jadi, apa yang istimewa sangat? adakah airnya disuling 15 kali? ataukah cawannya bertatahkan swarozski? atau gelas tersebut adalah antik? masalahnya, aku nampak biasa je.

kalau aku pergi minum teh di TGIF ataupun chilli's ataupun starbucks, aku boleh terima kenapa harga teh sebegitu rupa (we are selling the brand baybeh). tapi ini di kenny rogers roasters je pun.

tahla, pada pandangan mata aku, tak patut harganya begitu. kalau aku pesan teh o di starbucks dan kene charge mahal. itu memang salah aku.

ni kalau satu hari aku kawen, maunye pegi tengok wayang ngan anak-anak aku bawak bekal dari rumah.

Wednesday, October 06, 2010

sentuhan

awak touch touch ipod touch
saya pun touchy touchy (jeles juga)

Tuesday, October 05, 2010

i may just found out

that puerto rico is a country
but that does not mean that i do not know that safari is a web browser

Sunday, October 03, 2010

rozita che wan

you'd better worry about the wrinkle on your forehead (rather than accentuating somewhere else). with a wrinkle like that, it showed you are getting older graciously. 

means anything to you?