sudah dua tiga hari dada aku berdebar kencang. sekejap-sekejap di pejabat, aku jadi risau. risau tak tahu nak makan di mana (cepatlah medan selera bawah ni buka. tak larat la jalan jauh-jauh). kadang-kadang berdebar. untuk memastikan perjalanan darah yang kencang ke seluruh badan tidak terganggu, lalu aku meneguk air dengan banyak. heh macam tiada kaitan sangat.
malam-malam, debar tunggu pagi nak tahu jawapan. bila pagi, debar pula mahu tunggu saat mahu pulang ke rumah. kemudian, telefon sekarang jadi objek paling penting. sellaunya di pejabat, aku sekadar campak-campak dalam laci sahaja. sekarang tertayang depan mata.
bila ada orang offer pakej fitness first, aku jadi hangin. bukan hanya sebab prinsip hidup aku adalah eat first, regret later tetapi kerana aku tunggu panggilan itu.
petang tadi, sudah ada gerak hati mengatakan aku perlu perlu pulang cepat tetapi panggilan perut itu mesti diutamakan. sudahlah selalu benar teringin pau, jadi terpaksalah menurutkan kehendak perut.
hari ini pula macam hari jumaat. laluan ke midvalley sesak betul. nasib baik aku bertuah dapat tempat duduk. kalau tidak, bertuahlah, memang kematu kaki berdiri hampir setengah jam. hati mula meronta-ronta nak balik cepat.
rupanya ada khabar gembira. sudah lepas satu halangan.
terasa sungguh dewasa.
No comments:
Post a Comment