Friday, October 15, 2010

patut kene piat telinga


yes kene piat telinga
Originally uploaded by uculer
jumaat. sejak akhir-akhir ini, jumaat itu rasa macam cepat sangat sampai. bagus juga. tidaklah rasa macam nak emo setiap minit. mungkin sudah terbiasa. kata orang, nak membiasakan satu-satu perkara, boleh makan masa hingga bertahun-tahun. logik juga sebab sudah hampir tiga tahun aku bekerja di sini. rasa macam sekejap sangat. rasa macam baru semalam aku buat lawak kasi notis 24 jam tanpa sebarang bekap. bila kenang-kenangkan balik, memang tergelak besar.

bercakap tentang kebiasaan, kebiasaan yang satu itu sudah ditinggalkan. selipar cuma satu episod yang singgah agak lama. kerana semuanya statik, cukuplah kalau ia ditamatkan secepat mungkin. itupun memang tahap kene piat telinga sendiri juga la.

setahun yang tidak berhasil. oke adalah sikit hasil tapi lebih daripada tu, ia tidak berganjak. dia jadi satu kebiasaan yang tidak sihat. sesuatu yang sepatutnya aku jadikan aktiviti sampingan, sudah jadi semacam satu komponen penting dalam hidup aku.

rasa bodoh itu, sudah pasti tapi orang kata, jangan menyesal. apa yang terjadi, ambil pengajaran.

panjang pulak aku menulis. padahal nove; yang sepatutnya disiapkan, dok tersadai lagi ni. susah jugak ah nak bunuh-bunuh orang ni.

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

bukan dia pedulik pon telinga kena piat :P

by the way, benda sampingan kadang2 secara tak sengaja menjadi satu komponen penting :)

Clarky Afif said...

memang ah cepat..dok tengok half moon jeh.

ye ye sambung la. peanut butter takleh biar lama-lama nanti rancid.

Unknown said...

syud: cube baca lagi sekali. piat telinga sendiri pls.
clarky: mcm cerita buku itu sudah hilang di celah-celah dokumen di dlm laptop ihihiihi