Thursday, March 29, 2012

Buta


' Stay with the feelings.'

Ash merungut dalam hati. Hantu. Bukan kau yang kena, bolehlah kau cakap. 

' Ganda dua,' Adif bersuara sambil menghirup teh ais milik Ash.

' Sakitlah gila' Ash bersuara seakan merintih.

' Sekarang kau faham tak? Sekarang kau nak mengaku tak dia memang ada enzim mughallazah dalam perut dia?' Adif bertanya sambil bersandar, beg sandang hitam dibetulkan duduk di atas perut. Riak wajah Adif cukup untuk menjelaskan yang dia ingin benar mengatakan 'aku dah cakap, kan?' pada Ash.

' Tak salah mencuba, kan?' Ash mengacau teh ais yang hanya luak suku sahaja. Di meja sudut terhimpit itu juga yang masih menjadi pilihan mereka. Meja yang jadi tempat rasmi Adif dan Ash hampir setiap hujung minggu.

Adif mengeluh. Kuat bunyinya. ' Inilah dia orang perempuan. Berharap sangat lelaki akan berubah. Berharap tak kena pada tempat.'

' Manalah tahu..' tetapi gelengan kepala Adif menghentikan hujah Ash yang baru separuh keluar.

' You girls are so caught up in storybooks and cheesy movies that you cannot differentiate reality anymore. It is so simple. A bye means a bye. Kenapa yang susah sangat nak faham?'

Nada suara Adif mungkin tidak tinggi tetapi cukup menghentam hati Ash.

' Maaf, aku patut... but...haih,' kesian pula Adif melihat Ash terlopong di depannya sekarang. ' Maaf, it came out wrong, Ash. A relationship guru like me...'

' Relationship gurulah sangat,' Ash mengejek kembali.

' Eh kau lupa ke filem Hitch? Single punya single sekali ambik kau!'

' Ha yelah. Nak sangat,' Ash tersenyum.

Hari ini mereka bertemu lagi. Masih lagi di tempat yang sama dengan menu yang bertemakan teh. Masalah juga masih sama; dilema cinta Ash. Atau perhubungan. Biasalah, adat orang bujang. Boleh dikatakan, itulah yang mengikat persabahatan mereka, Adif sebagai kaunselor tidak bergaji Ash. Dan Ash pula sentiasa setia mengumpul masalah.

Perkenalan mereka penuh dengan kebetulan. Kebetulan hari itu mereka menonton wayang seorang diri. Kebetulan Adif baru sahaja ditinggalkan kekasih tetapi kerana sayangkan tiket wayang, dia pergi juga menghadap filem Pirates of the Caribbean. Barisan kerusi untuk dua orang hanya berisi Adif dan Ash. Di dalam keadaan separa gelap selepas tayangan filem, Adif mula berbasa-basi dengan Ash. Kebetulan cadangan itu disambut dan sekarang, mereka di sini. Ash dengan kisah cintanya yang sentiasa pelbagai dan Adif pula setia menjadi kaunsellor tidak bergaji.

' Aku serius, Ash. Tolong berhenti cipta alasan untuk mereka. Learn to take things literally,' Adif menyambung bicara yang masih melekat di kepala. Walauapapun topik yang diceritakan, akan ada satu topik yang sangat melekat di kepala Adif.

' Kau tak faham, Adif. Aku bukan makin muda,' Ash tunduk.

Adif tahu ada air bergenang di mata Ash. ' Oi. Janganlah nangis. Nanti lens kau keras,' Adif menolak tangan Ash dengan telefon bimbit.

' Kau lainlah...' suara Ash bergema lagi. Sedih sangat bunyinya.

' Apa yang lainnya? Ash, kau cuma dua tahun lagi tua daripada aku. Berhenti mengarut boleh?'

' Kau senanglah cakap. Siapa yang nak pada aku nanti kalau dah tua-tua sangat?' Ash menjeling sambil tersengih lalu pandangan dialihkan keluar restoran. Adif kagum sangat dengan perempuan ini. Kagum bagaimana cantiknya senyuman Ash walaupun jelas kesan air mata di pipi.

' Aku nak!'

Ash memandang Adif semula lalu tergelak. ' Dah selalu sangat kau cakap macam ni..' Ash menarik pinggan berisi donut di depan Adif. Rapatnya mereka hingga tidak kisah berkongsi makanan langsung.

' Kau nak aku buktikan?' Adif merenung wajah Ash terus.

Ash hanya tergelak. ' Kaukan dah brozone aku?'

' Bila aku cakap aku brozone kau?' Adif bertanya. Kali ini Ash pula yang terdiam. Mata mereka tidak lepas merenung wajah masing-masing.

' Macam mananya yang kau rasa aku brozone kau? Dengan bercakap dengan kau hampir setiap hari? Dengan sentiasa ada untuk kau?' Adif tenung wajah Ash makin dalam. Anehnya manusia, yang ada depan mata pun tidak nampak.

' Kau...cerita semua benda kat aku?' Adif tiba-tiba jadi sangat serius.

Adif mengeluh. ' Kau ni, samada terlalu naif ataupun kau tak faham brozone tu maksudnya apa. Apa yang selalu aku cerita dekat kau?' orang seperti Ash perlu dirangsang otaknya untuk berfikir.

' Urm...semua?'

Adif mengeluh lagi. Kalau boleh, mahu sahaja diherdik 'muka cantik tapi bimbo'. Masalahnya, Ash tidak bimbo. Satu lagi, Ash tidak cantik tetapi comel. Comel sangat.

' Baiklah. Soalan itu mungkin susah sangat, kita tukar soalan lain.Takkanlah kau tak tahu kenapa aku selalu nak jumpa kau?' nada suara Adif kini keras. Satu, kerana dia geram dengan Ash. Dua, jantung Adif kuat menghentam tulang rusuk saat ini. Lama betul menyimpan perasaan. Takut nanti semua jadi kusam.

' Kau...urm... bosan?' Ash pula yang gagap. Seperti ingin mengisi masa yang terluang, donut yang di tangan disumbat laju-laju ke dalam mulut.

Jawapan Ash buatkan Adif tergelak. Sehari suntuk setiap minggu mengisi masa dengan Ash dalam masa dua tahun ini, agak mustahil juga kalau nak mengatakan Adif cuma bosan. Apa yang kelakar sangat dia ni?

' Serius kau rasa aku cuma bosan? Seharian mengadap muka kau, sambung pula di telefon, kau kata aku cuma bosan. Ash...' Adif memandang gadis di depannya dengan muka tidak percaya.

' For someone who talks so much about age, you seem to be so inexperienced.' Adif mula mengambil beg yang kini sudah di lantai.

' Kau nak pergi mana? Adif!' Ash gelabah. Ini kali pertama dia lihat Adif begini.

' You are a hopeless case, tahu?' dengan kata-kata itu, Adif meninggalkan Ash.

' What?' berdesing telinga Ash. Mula-mula Adif bertanya soalan yang bukan-bukan, melenting pula selepas itu dan sekarang menuduh yang macam-macam. Seperti lelaki itu pula sedang mengalami gangguan hormon.

Disebabkan tidak mahu menarik perhatian di dalam kedai, Ash pantas memanggil Adif yang sudah sampai di pintu. Dengan selamba Adif berpaling pada Ash sambil memegang telefon dan membiarkannya berdering.

Sengaja nampaknya. ' Aku hopeless case?' Ash terpaksa meneguk air hingga habis kerana marah sangat.

Wednesday, March 28, 2012

Freakonomics: Saya rasa

Saya belum berkesempatan membaca Freakonomics. Baru tahu tentang buku itu pun baru-baru ini. Ia mengenai ekonomi dalam dunia sebenar. Tentang eksperimen yang dijalankan ke atas situasi berdasarkan demografik dan latar belakang pendidikan.

Menarik, tetapi tak puas. Memang dah dasar ulat buku, kerjanya memang tidak puas sentiasa.

Secara jujur, Freakonomics cuma sebuah dokumentari yang dibawakan ke atas layar perak (dah kenapa ayat kau feeling-feeling orang buat review kat suratkhabar?). ala, macam korang tengok dekat astro tu. ada orang duduk-duduk, cakap-cakap lps tu ada live spesimen kasi komen (atau komplen). He's Not That Into You pun semenggah lagi.

Tapi, untuk RM 7 saya tak kisah. Cuma, mungkin filem itu tidak menarik perhatian atau tiada promosi; hanya tiga orang di dalam panggung.

Saya...tak galakkan sangat pergi tonton di wayang. Maafkan saya, Freakonomics.

Sunday, March 25, 2012

Entah

entah. persoalan datang kiri kanan.

ingat saat ini. saat kau rasa kosong sangat. saat kau rasa yang meneman kau hanya kerja pejabat. teman kau cuma riuh-rendah suara ria orang lain.

ingat supaya kau akan mengerti betapa hari ini, hati ini kau yang jaga sendiri, cukup gembira.

saat kau suka seseorang adalah saat di mana kau hulurkan belati untuk dia robekkan hati kau sesukanya.

aku tak perlu ingatkan kau pada siapa kau harus kembali. itu kau tahu sendiri.

Monday, March 19, 2012

Take a Bath


note: cubaan berotak suci. cerita kanak-kanak.

Adli sat alone in the classroom. The other boys and girls were busy playing and talking at the back of the class during recess. However, nobody wants to invite him play with them. So, Adli had to resort to sitting alone at his place eating the sandwich his mother made.

Adli was sad but he could not understand why his friends treated him that way.

When Adli got home, he sat at the dining table and reflected on what happened in school. Adli realised that it happened almost everyday. Almost no one wanted to play with him although there was nothing wrong with him. He never bullied anyone and never caused troubles. Hence, he can never understand why he was always alone.

‘ Adli, have you eaten?’ Mama suddenly came from behind. Adli just shook his head and said nothing.

‘ Are you alright, dear?’ Mama asked while she walked to sit in front of Adli.

‘ Mama, my friends does not want to play with me. Why?,’ and Adli started to cry.

Mama did not say anything. For sometime, Mama just held Adli in her arms.

‘ Adli, I think I know why they did not want to play with you,’ Mama finally held Adli at arms length.

‘ Why?’ Adli asked between sobs.

‘ You have to take a bath more often,’ Mama said softly. ‘ Did any of your friends say anything about your odour?’

Adli hung his head in shame. He remembered a few times that his classmates said that he stinks.

‘ Hurm?’ Mama asked again.

‘ Yes,’ Adli answered in a small voice.

‘ So, tomorrow morning, we get up a little bit early and have a real good scrub before school, ok?’

Adli smiled.

The next morning, Adli woke up earlier than usual and scrubbed himself thoroughly. Usually, he will spend about ten minutes but today he put in extra effort. This time, Adli did not say anything when Mama powdered his body.

It was worth it because today, Adli had more friends to play with. Nobody pinched their nose when they walked beside his table.
Adli will always take a bath before school from now on. 

Sunday, March 18, 2012

Bunohan...saya rasa


ini memang jenis filem yang saya tunggu. berlakon bukan bermakna penonton akan dihenyakkan dengan dialog berjela yang boleh disampaikan hanya dalam dua tiga baris ayat. filem juga tidak bermaksud kosmetik melampau para pelakon sehingga ia jadi makin jauh dengan penonton.

Bunohan membuka ruang baru untuk filem melayu berkembang lebih jauh. syotnya cantik (tahniah Director of Photography), ceritanya dekat dan 'jiwanya' benar. berapa ramai daripada anda yang pernah mendengar perbahalan keluarga berkaitan dengan tanah dan wang?

kami tiba sedikit lewat di pawagam tetapi gambar di skrin yang menjemput kami cukup memuaskan hati. mungkin agak ganas aksi 'bergocoh' Adil tetapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan X-Men, kan? bukan selalu dihidang aksi bergaduh yang 'raw' begini dalam filem tempatan. 'bergaduh' atas katil itu mungkin selalu sangat.

enter Faizal Hussein. Faizal Hussein berlakon dengan riak muka dan gaya. bercakap bila perlu sahaja. dan ia cukup kena dengan beliau. saya kira, ilham ini yang paling mahal. well, siapa yang tidak suka dengan orang yang misteri bukan?

saya hampir tidak mengenal Shoffi Jikan di dalam filem ini. Dia sebagai Awang Sonar kelihatan lain benar. Kalau tidak kerana saya sudah tahu dari awal yang dia merupakan salah seorang pelakon, sampai ke sudah saya tidak tahu siapa Awang Sonar.

Bakar adalah contoh manusia yang sering dilihat di dalam masyarakat. cengkamannya mungkin halimunan, tetapi ianya cukup benar. lintah yang menyedut darah masyarakat setempat, bertopengkan wajah yang cukup suci.

saya dibawa jauh di dalam cerita dengan jiwa. tiada lagi 'ceramah' kata yang menyemak. ambil sahaja contoh ini:

" dunia ini banyak dugaan. padi pun kadang-kadang tidak menjadi. ikan pun sama juga." ini merupakan arahan berbaur ugutan, menyuruh Jolok meracun ikan Awang Sonar lantas memaksa gelanggang gocoh untuk dibuka semula. maafkan saya sebab ayat tersebut bukan dalam dialek asal. tiada lagi arahan berjela mahu buat macam mana, tempat di mana dan bagaimana. ingat, ketua gangster tidak buat micro-managing, samalah dengan bakar.

syot-syot yang diambil bukan kerja sambil lewa. cantik, memang cantik. tidak mendatar, bermain dengan sudut perspektif untuk menimbulkan jiwa. bukan hanya syot poskad, sebaliknya sisi-sisi sedih turut dimuatkan sama.

maafkan sahaja dialek kelantan yang dituturkan. ada yang lidahnya keras, dialek kelantannya tidak selembut biasa. telinga yang sudah biasa terlatih pasti tahu, saya yakin benar. secara keseluruhan, saya faham apa yang disampaikan. terjemahan cuma membantu untuk memastikan apa yang saya tidak begitu pasti. cuma, wajah Bakar tidak cukup cunning mungkin. Mungkin. dan kenapa announcer di gelanggang gocoh tak ckp dialek Kelantan? rugi kot.

saya tidak punya masalah dengan cerita ini. unsur mistik yang dikatakan sebagai penyedap oleh ramai orang sebenarnya pelengkap. apalah filem tentang cara hidup orang Melayu kalau tidak terselit kisah mistik? ini kebenaran yang diselindungkan atau terlindung oleh orang-orang bersikap ideal. mahu tak mahu, kita terpaksa mengaku unsur mistik masih lagi tebal dalam jiwa orang Melayu.

kalau anda tak mahu mengaku, anda sebenarnya malas atau angkuh. cari sebabnya sendiri. dan ingat, mengaku tidak bermaksud setuju. mengaku mungkin bermaksud tahu dan mahu mengubah.

sesiapa yang pernah menyertai sebarang jenis silat mesti faham maksud saya. yang rajin melihat pada wayang kulit dan main puteri juga tahu. jadi, soal saka Mek Yah dan budak kecil si pemain wayang kulit itu tidak jadi masalah sebenarnya (dari segi jalan cerita). tanya orang tua-tua, mereka akan ada pendapat mereka tentang orang besar-besar.

cerita ini bukan sempurna dari segala segi. cerita ini perlukan perhatian sepenuhnya. ini bukan cerita untuk orang yang berharap semuanya disampaikan secara literal. ini juga bukan jenis cerita untuk orang yang tidak sabar.

ada sebab mengapa Main Puteri dan Wayang Kulit menjadi kontroversi. kalau tak tahu, ambil tahu. sayang sebenarnya kalau kita tak tahu tentang budaya sendiri. ambil tahu, bukan untuk mengikut tetapi untuk mengelakkan mungkin. kalau anda dah faham tentang dua perkara itu, anda tiada masalah menerima konsep mistik filem ini.

cerita ini buat saya berfikir. saya masih lagi berfikir sekarang. terasa tidak puas sebenarnya menonton cerita ini cuma sekali. rasa macam mahu tonton lagi. mahu ikut?

Friday, March 16, 2012

Cinta (Lagi)

Cinta (Lagi)

Permasalahan cinta memang takkan pernah habis. Dan permasalahan cinta seringkali sahaja rumit. Kalau tak rumit, takkan ada peperangan merebut cinta. Tiada juga yang nekad menculik demi cinta.

Mendapatkan cinta itu mudah. Mempertahankan cinta itu bukan mudah.

Tetapi bila cinta terkorban, apa yang turut mati? Kewarasan mungkin?

Dah selalu aku dengar 'putus cinta, berhenti kerja'. Tetapi, apa backup plan? Sudah bersedia dengan kerja baru? Sudah ada pelan lengkap mcm mana untuk meneruskan hidup? Sudah fikir bagaimana mahu terus bantu keluarga (kalau perlu)?

Kenapa diturut sgt perasaan? Kalau hubungan sudah habis, kau ingat dia akan kisah kalau kau susah? Jangan bergurau. Untuk apa dia fikir panjang-panjang. Kau bukan lagi sebahagian drpd hidup dia (dlm byk kes).

You know, personally I would say, never let anyone see how much you mean to them. Because that means that they will have a strong say on what or what should not be done by you. Why let anyone hold the reign of your life? For me, it is best to show that without them you are fine. Great even. Channel the negative energy into performing at work for example.

Buat benda gila demi cinta memang seronok. Tapi, akibat nanti dah fikir ke belum?

Thursday, March 15, 2012

Long needed holiday

Long needed holiday

Holiday secara tak sengaja sebenarnya. Pergi wedding sepupu lps tu terpegi jalan pulak. Penang-Kelantan-Terengganu.

A much needed holiday I would say. Byknya benda yang terjadi sampai ada satu masa jadi mcm nak lari. Drastik tak agak-agak ni.

Dalam masa lima hari ni pun byk sgt benda yang terjadi. Tataulah nak rasa bertuah ke tidak.

Pilihan tu dah nyata dari awal. Tapi...hurm. Beri peluang. Entahkan ada entahkan tidak.

But I am glad I took the chance to go on a holiday.

Pagi-pagi dah mengarut. Thi hi hi.

Sunday, March 11, 2012

Rindu (2)

Rindu (2)

Yang sedikit-sedikit itu pun sebenarnya dah cukup manis.

Mcm pesanan yang pendek-pendek sahaja.

Keep It Simple, Sweet :)


Sent from my iPhone

Saturday, March 10, 2012

Rindu

Yang disimpan berkepuk orang tak tahu,
Bukan boleh simpan buat bayar baju.

Yang sedikit-sedikit,
Kalau disimpan, jadi manis.

Yang banyak, kalau bina empangan,
Pecah jadi bala.

Jangan sampai tidak bersuara,
Jangan sampai rindu itu sudah tiada suara.


Sent from my iPad

Thursday, March 08, 2012

Janji

janji yang dibuat waktu sedang gembira memang indah bunyinya. harapan yang akhirnya tinggal harapan.

dan tinggallah dia berharap agar janji itu ditunaikan.

jam 10.29 mlm; hampir pasti janji itu cuma tinggal janji.

entahlah. mungkin elok ditutup sahaja cerita ini.

Monday, March 05, 2012

Thinking Aloud: Boyfriend Pandang Perempuan Lain

Thinking Aloud: Boyfriend Pandang Perempuan Lain
Ini sememangnya nature lelaki. Mcm mana punlah, dia akan pandang juga perempuan lain. Dan masalahnya, lelaki tidak begitu pandai untuk memandang sekilas. Mesti nak pandang lama yang mana akhirnya jadi merenung kat orang.

Sad but true.

Kalau nak jaga hati perempuan, seeloknya tak payahlah tgk. Tapi kalau rasa mengidam sgt nk kena cubit tu, ha teruskanlah. Biar mati sel-sel kulit.

Yang perempuan pula, cuba tegur dalam nada murni eh I mean bergurau. Contohnya; ' asyik nampak tgk awek kat sebelah? Saya kat sebelah ni awak tak nak pandang ke?'

Lelaki, awak pun jangan lupa tau. Awak leka pandang awek lain, yang kt sebelah awak tu pun ada orang pandang oke?

Sunday, March 04, 2012

Cinta dan Teori-teorinya

'kau seorang yang sokong aku buat benda ni. yang lain semua suruh aku cakap pergi mampus pada dia.'

kerana cinta itu adalah penuh dengan kemungkinan. kerana awak dan dia adalah subset. untuk menentukan outcome, adalah penting untuk memastikan jika event A akan berlaku dan juga event B akan berlaku, maka ia adalah intersection atau joint probability. dalam istilah pasangan bercinta, A suka B, B suka A. 

tetapi, seperti semua kes probability, tidak semuanya begitu. mungkin ada kes yang mutually exclusive dan juga conditional probability. Conditional probability ini boleh juga ditafsirkan seperti ini: 

B akan hanya suka A jika A suka B. 

nampak kelakar? ia terjadi sesungguhnya. betul. memang ada di dunia nyata. 

baiklah, jauh pula kita menyimpang. kenapa mesti beri peluang kepada pasangan? 

cinta itu ibarat helaian hikayat yang kita tulis sendiri. Mungkin kita sedang mengenali seseorang, menulis bahagian pengenalan antara kita dan dia. peranan kita di dalam cerita ini adalah menentukan samada kita mahu terus menulis cerita atau mahu ia berhenti di situ. 

Perjalanan awak masih jauh. bahagian pengenalan awak mungkin sudah lengkap. bertahun lamanya, saya percaya anda sudah jauh melepasi bab satu. seperti juga graf keputusan kewangan syarikat dari setahun ke setahun, pasti ada pasang surutnya. cerita awak ini mungkin sudah sampai pada part di mana ahli lembaga pengarah sedang bertekak kerana ada kes. syarikat perlu distruktur semula. 

jadi inilah situasinya sekarang. awak perlu struktur semula perhubungan awak. terpulanglah awak nak buat macam mana. dan saya kata 'perlu' kerana itu yang ada dalam hati awak. 

because i know, if you throw this away, you are going to regret this for the rest of your life. you will be kicking yourself up and keep thinking what will happen if you give it just that one more shot. 

if you people get through this, you will be stronger than ever before. and that is just what i think and should be happening to you people. 

i may not be in a relationship now but that is not the reason why i shouldn't be happy for those in love. :)

Saturday, March 03, 2012

Review : Safe House

Nota : Spoiler Alert

Saya mula menyukai Ryan Reynolds sejak sitcom Two Guys, A Girl and A Pizza Place. Waktu itu dia Berg, medical student yang agak sewel.

That man has grown up into a lipsmacking good looking guy. And the view from be...

Oke nevermind.

Anyways, cerita ini membuatkan aku tertanya-tanya, siapalah yang kita boleh percaya dalam dunia ini sebenarnya? Adakah sahabat sesama CIA (tidak, aku ambil feel cerita itu sahaja) ataupun para bos CIA kita? Adakah pihak berkuasa yang boleh dipercayai ataupun sebaliknya? Ya, tidak tahu.

Cerita ini bermula dengan aksi jual beli sesuatu yang rahsia. Sambil itu diselang-selikan dengan babak Ryan Reynolds pergi dating. Memang daripada mula lagi sudah banyak debaran.

Kejar-mengejar dan tembak menembak. Itu belum masuk lagi membunuh orang dengan wajah yang selamba. Mematahkan tengkuk gaya militari memang sangat bergaya.

Tobi Frost (Denzel Washington) adalah ahli CIA yan paling dikehendaki di beberapa buah negara. Semua orang seperti mahu mengejar dia. Yang paling menakutkan adalah babak waterboarding. Ye, saya tahu ia mungkin tidak dilakukan secara terus ke atas pelakon tetapi ia sangatlah menakutkan.

Bagaimana rasanya menjadi seorang penjaga rumah yang tidak menjangkakan ada apa-apa yan akan terjadi dan terpaksa pula melarikan diri bersama tahanan? Kemudian, kehilangan tahanan pula. Tahanan kemudiannya dijumpai tetapi sekali lagi kehilangan.

Ya, ceritanya begitu. Tetapi itu tidak begitu penting. Yang lebih penting adalah adrenaline rush sepanjang movie. Siapa yang menyebabkan masalah dan mengejar Frost terus menjadi teka-teki. Sekejap syak orang yang ini, sekejap syak orang yang itu.

Yang salah dikatakan tidak bersalah malah rekod dipadamkan. Tetapi maaflah, maklumat dah terbocor.

Keyword : wikileaks. Mamposlah kene baling kasut aku sebab dah spoiler dasat ni.

Cerita ini memang best. Tetapi yang puts me off adalah bila orang yang telah menjalani latihan dengan tentera dan juga mungkin pembunuh upahan tetapi tembak tak kena. Kalau tembak sekali tak kena mungkin la tapi byk-byk kali tu.....

Ceh nama pun movie. Kisah apa.

Baiklah. Cerita ini mmg senggama minda sedikit. Kalau nak buat movie marathon, eloklah diapit dengan cerita chick flick tengah-tengah tu.

Jadi, saya kasi tiga pau ayam dan satu pau kaya. Terima kasih.


Sent from my iPad

Thursday, March 01, 2012

Thinking Aloud: Hoarders


Why do we hoard? Some keep books, discs, wrapping papers, small dolls, wallets…well you name it, you got it. There’s always something that you keep and cannot get the strength to throw it away, no matter how hard you try.

We keep things, maybe for the sake of appreciating the person giving it. Do you have a card or a letter that you have kept for years? A love letter from a crush or perhaps from a girlfriend or boyfriend back in school? What about the postcard or perhaps a greeting card? Or can it be boxes of those?

Perhaps I can relate to that. There was a time when greetings cards are still popular. Getting a slip of paper with uplifting words in coloured papers are the in thing. These cards can be hard to come by so each time I get it, I tend to store it. Well, to take a look at it later.

From handmade greetings card, the habit now escalates to letters from friends. Yes, I survived the period of snailmail. I used to write long winding letters to friends and there was a time I had a penpal from the US. Yes, there was a time when my writing is still readable.

So, yes, I keep letters and cards from friends just to appreciate them perhaps. I keep it in a box and for a few years after school, I did that. Despite depositing the cards and letters into the box, I never look at the old ones. I just keep adding more and reminded myself to look at the other letters later.

But later never came soon. I mean, I looked at the letters several years after that. And what is there to look at when all you can find are obsolete addresses and maybe the same applies for phone numbers. So, why do we keep all this? It’s not like I look at the letters every single year.

Maybe it was the fact that we tend to hoard memories. We tend to keep stuff that may bring us back to our happy times like our wedding anniversaries and our birthdays. But why small things? Why not just keep a picture or video perhaps?

Imagine having read a good story and you store the book so you can read it again. But will you actually read it again? There will be more books to buy and more things to read. Are you absolutely sure that you will revisit the book again? There is a huge chance you will not. Like ever again. Well, in my case, that is nearly the truth. I will always have something to read.

So why-oh-why then that I still choose to hoard things? Why the obsession to hoard things when it is just memories and memories tend to fade away? And the worse thing is to hoard things that maybe won’t benefit you anyways.

I still cannot decide on why I hoard things. I find it hard to part with these books. Sigh.