Sunday, March 18, 2012
Bunohan...saya rasa
ini memang jenis filem yang saya tunggu. berlakon bukan bermakna penonton akan dihenyakkan dengan dialog berjela yang boleh disampaikan hanya dalam dua tiga baris ayat. filem juga tidak bermaksud kosmetik melampau para pelakon sehingga ia jadi makin jauh dengan penonton.
Bunohan membuka ruang baru untuk filem melayu berkembang lebih jauh. syotnya cantik (tahniah Director of Photography), ceritanya dekat dan 'jiwanya' benar. berapa ramai daripada anda yang pernah mendengar perbahalan keluarga berkaitan dengan tanah dan wang?
kami tiba sedikit lewat di pawagam tetapi gambar di skrin yang menjemput kami cukup memuaskan hati. mungkin agak ganas aksi 'bergocoh' Adil tetapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan X-Men, kan? bukan selalu dihidang aksi bergaduh yang 'raw' begini dalam filem tempatan. 'bergaduh' atas katil itu mungkin selalu sangat.
enter Faizal Hussein. Faizal Hussein berlakon dengan riak muka dan gaya. bercakap bila perlu sahaja. dan ia cukup kena dengan beliau. saya kira, ilham ini yang paling mahal. well, siapa yang tidak suka dengan orang yang misteri bukan?
saya hampir tidak mengenal Shoffi Jikan di dalam filem ini. Dia sebagai Awang Sonar kelihatan lain benar. Kalau tidak kerana saya sudah tahu dari awal yang dia merupakan salah seorang pelakon, sampai ke sudah saya tidak tahu siapa Awang Sonar.
Bakar adalah contoh manusia yang sering dilihat di dalam masyarakat. cengkamannya mungkin halimunan, tetapi ianya cukup benar. lintah yang menyedut darah masyarakat setempat, bertopengkan wajah yang cukup suci.
saya dibawa jauh di dalam cerita dengan jiwa. tiada lagi 'ceramah' kata yang menyemak. ambil sahaja contoh ini:
" dunia ini banyak dugaan. padi pun kadang-kadang tidak menjadi. ikan pun sama juga." ini merupakan arahan berbaur ugutan, menyuruh Jolok meracun ikan Awang Sonar lantas memaksa gelanggang gocoh untuk dibuka semula. maafkan saya sebab ayat tersebut bukan dalam dialek asal. tiada lagi arahan berjela mahu buat macam mana, tempat di mana dan bagaimana. ingat, ketua gangster tidak buat micro-managing, samalah dengan bakar.
syot-syot yang diambil bukan kerja sambil lewa. cantik, memang cantik. tidak mendatar, bermain dengan sudut perspektif untuk menimbulkan jiwa. bukan hanya syot poskad, sebaliknya sisi-sisi sedih turut dimuatkan sama.
maafkan sahaja dialek kelantan yang dituturkan. ada yang lidahnya keras, dialek kelantannya tidak selembut biasa. telinga yang sudah biasa terlatih pasti tahu, saya yakin benar. secara keseluruhan, saya faham apa yang disampaikan. terjemahan cuma membantu untuk memastikan apa yang saya tidak begitu pasti. cuma, wajah Bakar tidak cukup cunning mungkin. Mungkin. dan kenapa announcer di gelanggang gocoh tak ckp dialek Kelantan? rugi kot.
saya tidak punya masalah dengan cerita ini. unsur mistik yang dikatakan sebagai penyedap oleh ramai orang sebenarnya pelengkap. apalah filem tentang cara hidup orang Melayu kalau tidak terselit kisah mistik? ini kebenaran yang diselindungkan atau terlindung oleh orang-orang bersikap ideal. mahu tak mahu, kita terpaksa mengaku unsur mistik masih lagi tebal dalam jiwa orang Melayu.
kalau anda tak mahu mengaku, anda sebenarnya malas atau angkuh. cari sebabnya sendiri. dan ingat, mengaku tidak bermaksud setuju. mengaku mungkin bermaksud tahu dan mahu mengubah.
sesiapa yang pernah menyertai sebarang jenis silat mesti faham maksud saya. yang rajin melihat pada wayang kulit dan main puteri juga tahu. jadi, soal saka Mek Yah dan budak kecil si pemain wayang kulit itu tidak jadi masalah sebenarnya (dari segi jalan cerita). tanya orang tua-tua, mereka akan ada pendapat mereka tentang orang besar-besar.
cerita ini bukan sempurna dari segala segi. cerita ini perlukan perhatian sepenuhnya. ini bukan cerita untuk orang yang berharap semuanya disampaikan secara literal. ini juga bukan jenis cerita untuk orang yang tidak sabar.
ada sebab mengapa Main Puteri dan Wayang Kulit menjadi kontroversi. kalau tak tahu, ambil tahu. sayang sebenarnya kalau kita tak tahu tentang budaya sendiri. ambil tahu, bukan untuk mengikut tetapi untuk mengelakkan mungkin. kalau anda dah faham tentang dua perkara itu, anda tiada masalah menerima konsep mistik filem ini.
cerita ini buat saya berfikir. saya masih lagi berfikir sekarang. terasa tidak puas sebenarnya menonton cerita ini cuma sekali. rasa macam mahu tonton lagi. mahu ikut?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
pergi lah dengan saya haha
aku pinjam review ko. share kat blog aku =)
tak sempat tonton.. sob.. sob..!!
catt: kau balik minggu ni, kita bincang
azrah: ya Allah terharunya
mr_rizal: eh ada lagi kan?
Sedih tak sempat... Kat sabah pon da xda...:( tunggu astro first la..tp...aih...
Post a Comment