Saturday, March 03, 2012

Review : Safe House

Nota : Spoiler Alert

Saya mula menyukai Ryan Reynolds sejak sitcom Two Guys, A Girl and A Pizza Place. Waktu itu dia Berg, medical student yang agak sewel.

That man has grown up into a lipsmacking good looking guy. And the view from be...

Oke nevermind.

Anyways, cerita ini membuatkan aku tertanya-tanya, siapalah yang kita boleh percaya dalam dunia ini sebenarnya? Adakah sahabat sesama CIA (tidak, aku ambil feel cerita itu sahaja) ataupun para bos CIA kita? Adakah pihak berkuasa yang boleh dipercayai ataupun sebaliknya? Ya, tidak tahu.

Cerita ini bermula dengan aksi jual beli sesuatu yang rahsia. Sambil itu diselang-selikan dengan babak Ryan Reynolds pergi dating. Memang daripada mula lagi sudah banyak debaran.

Kejar-mengejar dan tembak menembak. Itu belum masuk lagi membunuh orang dengan wajah yang selamba. Mematahkan tengkuk gaya militari memang sangat bergaya.

Tobi Frost (Denzel Washington) adalah ahli CIA yan paling dikehendaki di beberapa buah negara. Semua orang seperti mahu mengejar dia. Yang paling menakutkan adalah babak waterboarding. Ye, saya tahu ia mungkin tidak dilakukan secara terus ke atas pelakon tetapi ia sangatlah menakutkan.

Bagaimana rasanya menjadi seorang penjaga rumah yang tidak menjangkakan ada apa-apa yan akan terjadi dan terpaksa pula melarikan diri bersama tahanan? Kemudian, kehilangan tahanan pula. Tahanan kemudiannya dijumpai tetapi sekali lagi kehilangan.

Ya, ceritanya begitu. Tetapi itu tidak begitu penting. Yang lebih penting adalah adrenaline rush sepanjang movie. Siapa yang menyebabkan masalah dan mengejar Frost terus menjadi teka-teki. Sekejap syak orang yang ini, sekejap syak orang yang itu.

Yang salah dikatakan tidak bersalah malah rekod dipadamkan. Tetapi maaflah, maklumat dah terbocor.

Keyword : wikileaks. Mamposlah kene baling kasut aku sebab dah spoiler dasat ni.

Cerita ini memang best. Tetapi yang puts me off adalah bila orang yang telah menjalani latihan dengan tentera dan juga mungkin pembunuh upahan tetapi tembak tak kena. Kalau tembak sekali tak kena mungkin la tapi byk-byk kali tu.....

Ceh nama pun movie. Kisah apa.

Baiklah. Cerita ini mmg senggama minda sedikit. Kalau nak buat movie marathon, eloklah diapit dengan cerita chick flick tengah-tengah tu.

Jadi, saya kasi tiga pau ayam dan satu pau kaya. Terima kasih.


Sent from my iPad

No comments: