Friday, April 30, 2010

siapa suke matapelajaran sejarah ketika masih muda belia dulu?
ouh saya sangat suka, lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan mohenjo-daro dan harappa
sebab, semuanya macam cerita
ingat DEB tak mahu, baca cerita penglipurlara pasti suka
kesimpulan, saya suka sejarah. 

kadang-kadang, teringat juga tentang zaman kegemilangan melayu melaka
tentang kehebatan hang tuah, bahasa melayu sebagai lingua franca dan tidak lupa juga si kitul (TSK)
parameswara itu sudah tentu tidak boleh ketinggalan
tetapi paling suka nama bangsawan seperti tun mutahir, tun ali dan sultan alauddin riayat shah

alauddin
sekarang ada ahli keluarga bernama alauddin sulaiman iaitu adik kepada sallehudin imran
jadi, sekarang mahu panggil apa?
leman terlalu matang
addin macam comel
tapi panggil sultan pun comel.

perlukan pertolongan pantas
esok mahu jumpa alauddin sulaiman (kalau eja suleiman macam cool)
takkan  nak panggil exhibit A? 

p/s: imran berumur setahun sekarang

Wednesday, April 28, 2010


If you have an image of a person wearing a black trench coat, a black fedora hat, a black glove and black boots carrying a basket, trying to hide from the other customers, you can wipe that image off. That has nothing to do with mystery shopper but of course, fits well with the description of ‘trying to look mysterious while shopping’. 

Today, people, I’m going to tell you about my dream job because I'm nice like that (because I have to wait for the mask on my face to be ready in about 11 minutes). 

I love shopping, considering that I’m a woman, that is pretty normal. People have asked about my dream job and my answer will always be ‘getting paid to shop’. And then we laughed but deep down inside, I know it is possible. You ask how? Mystery shopper of course. 

Mystery shopper is a system (pardon for this textbook-like introduction) where companies keep track of the performance in their branches, usually related to customer service. The ambiance, the staff, are they looking presentable (not necessarily drop dead gorgeous) and of course, how they treat you as a consumer. For example, a company wants to check the customer service in its fuel station in Bangsar. So, the mystery shopper will be sent out to check out the place. Mind you, you are not allowed to flaunt it to the public that you are a mystery shopper (I think Syud has this kind of experience). It kills the mystery, no?

The mystery shopper will be given a checklist and what they are supposed to do. They will visit the branches and try to look nonchalant, blend in the crowd. Of course, they need to prove that they have completed their tasks to the company who sent them. 

The pay for mystery shopper varies. Imagine that you visit a bank, deposit money and for that, you get RM 35 (company will pay for any bank charges, in certain cases). And this is just for beginners. Just imagine how much those who are more experienced may earn (no, you do not have to close your eyes to imagine it). 

I would like to give it a try though. No. Would LOVE to give it a try. 

So there you go. That is the kind of job that I want. Sipping coffee in Starbucks and get paid for it, buying things in a convenience store and getting paid. I want that. 

Any one interested to hire me?

p/s: for women out there, we have a recommendation  in our latest review. check out this new review where you can find all you need to know about beauty products.

Monday, April 26, 2010

kita haruslah melihat semua kejadian dengan positif
maka dengan ini
kejadian tiada air mestilah kita lihat secara positif.

aku menyangkakan bahawa aku tidak akan mampu mengangkut air daripada paip depan hingga ke dalam rumah (lebih kurang 15 langkah) atau ke tandas (lebih kurang 8 langkah)
aku betul-betul sangka aku tidak mampu kerana kalau isi air sehingga penuh
pasti akan jalan secara terhuyung-hayang
tetapi aku salah
aku mampu sebenarnya.

mampu selama tiga hari berturut-turut
sehingga pinggang sudah hampir patah
(sekarang pun masih duduk dengan bantal disendal pada pinggang).

lihat
kalau air sentiasa ada
mesti aku takkan tau kebolehan lain e.g mendukung imran sebelah tangan dan mengangkat baldi 3/4 penuh dengan air dengan sebelah tangan lagi
itulah hikmahnya.

Sunday, April 25, 2010

orang banyak kasi formula ini
banyak fikir + banyak pakai tenaga = kurus
heh! paling mahu kurus
jadi mahu fikir banyak-banyak
cuma....nak fikir tentang apa sekarang?
anak buah saya sayangkan pok cik (pakcik yang bongsu)
pok cik imran juga sayangkan imran
imran selalu mintak (paksa) pok cik dukung
bila suruh panggil pok cik
imran tak reti sebut (setahun pon belum mamat tu)
jadi imran panggil pok cik dia 'ten'
ingatkan salah sebut
tapi mmg setiap kali tengok pon panggil 'ten'
pandai anak buah saya

P/S: sudah ada new website review  di One Stop Review. Kalau baca website yang direview, silap-silap tak boleh tido malam

Friday, April 23, 2010

disclaimer: the review is based on my personal opinion. read at your own risk
credit: penguin.com.au

am now in love with marian keyes. the plot of angels might be simple but actually it is not. in order to know maggie's dilemma, we have to finish the book. ade konsep-konsep baca depan, tengah dengan blakang ini mcm masih boleh digunapakai tetapi pasti hasilnya sungguh mengecewakan nanti. 

di dalam cerita ini, maggie telah pun pergi melawat rakannya yang berada di LA (motif tadi kau tulis english kemudian bahasa melayu?). barulah dia tahu susah sebenarnya nak industri hiburan ini. banyak cabaran. huhu

this is a story about a journey of being in love, getting married and trying to forgive and forget. how your dysfunctional family loves you for who you are and how friends are important. it also tells that beneath it all; you might not want to see the truth, which is too ugly. 

somehow it fells like keyes tries to connect us with reality through her writing by telling the entertainment industry is not as glossy as it looked or glamorous, how maybe people are not saying what they mean and most importantly, you can turn to your loved ones, no matter what. 

and it also tells that sometimes we believe in the things that we want to see; not the truth. like emily who loves troy and vice versa but troy chooses to sleep around just to make emily jealous because she doesn't believe that he loves her. 

in the end, it may have worked out for some. however, the most important part is the journey, not just the ending. 

and the part when one of the characters say that the love that returned is for you to keep, is really touching. i wondah

Thursday, April 22, 2010

">

imran baru mula berjalan. sgtlah excited semua orang. bukan baru, tapi dia agak tidak berapa rajin sebelum ini

Wednesday, April 21, 2010

careful what you wish for. you might get it. in the form of a 'request for an electronic drill'.

tidak tahulah samada ini perlu diketawakan atau tidak tetapi panggilan jam 10 pagi itu memang sungguh lucu. bukan, bukan panggilan hangit. hangus pun bukan, apetah lagi separa masak.

skrin yang tiba-tiba bercahaya di atas meja aku tenung lama. nama itu. nama itu yang sentiasa aku harapkan akan  menelefon aku (harapan sudah dihentikan pada bulan mac 2010). kerana terlalu terkejut. suara sungguh tidak excited.
'hello?' --> aku
' aishah' --> dia-yang-bukan-jared-padalecki
'ye?'
' ini saya-yang-bukan jared-padalecki' kata dia-yang-juga-bukan-matthew-gray-gubler
'ok' suara aku sungguh mendatar. apehal lah si dia-yang-pastinya-bukan-alex-kopranos ini mahu?
' your office ade electric drill tak?'
COP. sejak bila aku keje dekat kedai hardware. maka jawapannya tiada.

panggilan itu tamat dalam masa 59 saat. tetapi hingga kini agak tertanya-tanya kenapa panggilan itu dibuat kerana boleh saja kalau orang lain di pihak sana ingin bertanyakan pihak di sini. tipulah tak seorang pun diaorang tu tak kenal kami di-pejabat-yang-penuh-dengan-org-org-fun ini. hurm

Tuesday, April 20, 2010

imran's here!

so the playtime begins! haha siap ah pasneh kene buli budak ni. sebab dia dah berisi maka tidak boleh melambung dengan hebat tadi. takpe imran. esok kite sambung oke? (habis ah sedara mara bace).

dia sudah semangat. dia sudah pandai melepaskan diri kalo tak mahu didukung. dia dah pandai bermain cak-cak dgn gembire. dia pandai makan roti dengan byk. sgt rindu, tak sangka dapat jumpe, dah la tghari tadi sgt rindu, kemudian telefon dengan harapan bole dgr suara dia. piirah. mmgla budak kecik ini tidak tahu bercakap apa-apa. tahu jerit saja.

tapi tak apa. esok kene balik cepat. sudah mahu tidur sekarang sbb begitu semangat nak bgn awal dan cubit pipi die esok. haha

Monday, April 19, 2010

punyelah kan aku beria nak update blog masa tunggu tepung pancake ditutup selama setengah jam, sekalik ini connection buat lawak. nvm. skang dah boleh. 

aku rasa ada baiknyalah aku pindah ke seremban je cenggini kalau naik bas pukul 6 lebih sampai umah kol 8. ini semua sbb nak buat jalan baru antara simpang brickfields dgn muzium negara itu. nasib baik lah ada buku baru. bolehlah jugak membaca. 

mcm mana ni? kene cari alternatif baru. 
1. naik monorail, turun dekat brickfields. eh tak buleh. 
2. naik putra, lps tu naik rapid (not) KL. tapi karang tiada masa utk berpeluh. 
3. jalan ke cm mcm biasa kemudian naik putra lps tu turun kat universiti naiklah ape-ape? hurm mcm oke. 

apekah tujuan entri ini? tiada tujuan. ini siri berceramah dekat diri sendiri. which reminds me...

tadi aku baru balik keje, aku masuk jumpe sepupu aku la nak tanya pasal die punye matriks what not. sekalik mak aku masuk, terus serbu
makcik: diaorang ni kalau jumpe tak bercakap (aku mcm dah blur. ni amende ni? what what?)
makcik: derang ni la. hajar dengan siti (ouh oke ingat pehal)
aku: cadar?
makcik: dia ni tanak bagitau, hajar pun mintak asasi UIA 
aku: cadar? 
makcik: makcu hari ni ....
ya allah, pertanyaan aku bagaikan angin lalu, dibiarkan begitu sahaja. i dun keh ini asasi dimensi ape semua (sorry sepupu but i need my bedsheet). tak memasal je aku kene leter pasal asasi ape semua segala. 

tapi itulah dia. guru besar mmg begitu kot. i feel you sepupu!

Sunday, April 18, 2010

heh flickr ni buat lawak pulak lambat loading. dah la semangat nak menulis blog sbb dua hari ini sungguh berjaya memenatkan diri.

sapa kata buat cross-stitch tidak penat? nak cucuk jarum tu mana boleh tersasul, nanti tak elok design. lps tu kaler benang pun kene la padan, karang buruk. mungkinlah penerima tak perasan (kalau dia penerima hadiah, bukan pelanggan) tetapi pasti anda terasa tak puas hati kalau tersilap. mesti rasa mcm nak bukak balik semua benang tu dan pegi makan. sebab dah letih nak bukak balik benang yang dah cucuk, mestilah makan dulu ambil tenaga.

lepas dah makan, mestilah mengantuk. lagi-lagi pula dengan keadaan cuaca yang begini. oke ini alasan sebenarnya. kalau hujan ke tak hujan ke saya selalunye memang gemar tidur dengan gembira. lagi-lagi pula kipas betol-betol atas kepala. sungguh heaven.

oke hampir tersasul, maaf. patah balik. cross-stitch.

project yg dibuat sudah siap separuh. hoh sungguh la letih kerana ia begitu mencabar kerana menggunakan pelbagai warna benang. maklumlah barang utk baby,musti mahu ceria sikit.

ouh sebenanrnya nak tulis tentang ini
credit: penguin.com

tetapi macam biasa, selalu tersasul.

i happen to know marian keyes after a guy at work recommended her. yes, you read it right. a guy recommended her, she's that good. so, our first affair i mean, the first book that i read was last chance saloon. a story with a lot of characters but well, she written it so well and i never turned back after that.

this one, further under the duvet is not a novel but a compilation of her musings that were either published and unpublished. it is basically her collection of daily stories; the never-ending story of lost baggage, her sticky ear (yes, just the one), how she started writing and her love for cosmetics. its all very funny and some of it are touching too, the ones where she visited orphanages and her visit to Ethiopia.

this is in fact a very good read when travelling to work. i do not have to remember where i stop (like i usually have to do with novels) and i still do not need to miss anything. it's a great invention no?

alas, monday. panas sungguh di rumah maka dengan ini welcome air-conditioner!!!!!

p/s: the book is NOT on sale :D

Saturday, April 17, 2010

tragedi tosai yang terjadi nampaknya terpaksa ditanggung sehingga sampai bila-bila la nampaknya. tadi sudah diungkit. haih. sabo je aku. 


tadi pegi PC fair. biasalah, bukan beli apa-apa pun tapi saja nak berjalan-jalan. sgtlah banyak netbook dan notebook yang comel-comel sehingga rasa nak grrr....dan gigit. takde keje. 


BAGAIMANAPUN, ingin beritahu yang blog review sudah mempunyai satu lagi review yang baru di mana anda boleh melihat gambar-gambar keluarga yang kelakar. silalah ke sini


ya, mari kita tidur sekarang. sungguh letih sebab petang tadi berjalan ditemani anjing. sangat menakutkan sebab sentiasa ingin lari tapi takut pula kene kejar. 

Thursday, April 15, 2010

Hoh! Tosai Tragedy?


Hoh! Tosai Tragedy?
Originally uploaded by uculer
I can easily embarrass myself. It comes naturally; as natural as breathing. I don’t need to think, I just embarrass myself like…poof! No need to take a 12-step programme or anything. It just happened.

And that was what happened today. Something that I call ‘Tosai Sardine Tragedy’.

I had pasta for lunch today. And being the typical me, it was not enough, it was not filling. By 3 something, I started having hallucinations of being served with fries (my friend broke the rule of no fastfood rule this week by shoving fries literally under my nose at work. I had too much chocolate. And ice-cream. And cheese. Ouh dear), pizzas, nasi goreng paprika and so on and so forth.

I tried concentrating and I was doing so great. Right until that share sale news of San Miguel, a company involved in food, drinks and packaging and I lost. My stomach started the rockestra, with a pinch of dangdut and a bit of world music at the sight of the printed word ‘food’. Conclusion: nearly crawled to take the paper out of the printer. And my biscuit supply is running out, so does my cereal.

Suddenly, I was transported back to university time (right in the middle of a story on a new bus range from Ashok Leyland); to the time when bedtime starts at 4am and 10pm is the perfect time to eat dinner at some mamak stall. I started to crave for roti sardine.

Arrangement was made; we need to go out at 5.12pm (although I had to wait for a good few minutes before The Colleague finishes whatever task at hand. Very impatiently of course) to go find tosai sardine at the mamak restaurant opposite The Weld. I’m too hungry to wait until we arrive at Central Market and no one messes with a ‘Hungry Aishah’.

So we walked a few minutes with The Colleague commenting on the weather. ‘very nice weather’. In this scorching heat? Lucky I was so hungry or many people would have to endure a long-winded lecture on how the day was just totally dreadful. I was really focused. Tosai Sardine.

And so we arrived; me with my big smile pasted on my (oily and sweaty) face. There was a laminated menu and I grabbed at it like a kid seeing his favourite cookie on a barren table right after sports day on a hot, dry, humid day. I scanned the menu and see no Tosai Sardine. No sweat, this is a mamak restaurant. All you have to do is ask. They can magic it out of thin air (I would like to think).

The waiter came and of course I asked about Tosai Sardine as soon as I can.

‘ Ada!’

Yeay to all mamak restaurants in Malaysia! And I can actually feel, then, how my stress evaporated and I felt high with anticipation. Tosai Sardine, it has been years (gone all melancholy).

You see, when it comes to telling my order to the waiter, I usually have the attention span of a goldfish. Once I tell the waiter or waitress what I want, I will instantly forget what I just said. It’s automatic. I can never remember what I ordered, never mind if I have written in on my wishlist for a year, have a fluorescent-red banner wrapped around my house (I’m just stretching it a little bit only), I just can’t remember.

We were talking (with me talking gibberish) and a waiter asked if I ordered ‘teh tarik’ This is a standard drink at any mamak stall that I order so chances are I won’t be wrong, not that I like it (Excuse Numero Uno). And we talked, while scanning the menu again. And then another waiter arrived with a plate, the familiar smell of sardine wafted through my nostrils.

‘.- sardine?’ I just nodded. The Colleague didn’t say anything, assuming that I’d know what I’m doing.

I looked at this great creation under my nose. It had a reddish quality to it, smelt like sardine so this is my dish right? Right! So I started poking it with fork and spoon, invited The Colleague for a bite (of course, not whole-heartedly. I’m extremely possessive when it comes to food).

An ABC arrived and I still pushed another bite into my mouth when somebody sidled beside me.

‘ Hello?’

With bulging cheeks and wide eyes, I looked to my right.

‘ You order tosai sardine kan?’

I looked at my plate. I could have died there and then. Staring accusingly at me, roti sardine with a quarter of it gone. The horror. THE HORROR.THE HORROR. Ok you get it.

‘ Ouh my God’ I was not faking it, I was genuinely horrified. The Colleague was laughing. This was the first time we dined at a place like this where the waiters usually do not write your orders but remembers the orders, not your tables.

‘ Ini orang lain punya,’ onion poking out of the corner of my lips.

‘ Takpela. Nak buat macam mana?’ The Colleague said, with an effort, between laughs. The waiter left. I was still munching, cheek-bulging and all, full of guilt.

‘ Didn’t you realise what you ordered?’ still laughing. I was to busy eating to kick The Colleague's foot under the table.

‘ Nooooooo,’ if that was a movie then I’d be pulling my hair in desperation but it was a reality, so none of that happened. ‘ I’m just forgetful like that. Once I ordered food, I forgot about it completely.’

The Colleague and I went on numerous eating-sprees but this is something that I managed to conceal; this tendency to forget my orders and eat someone else’s roti sardine. I was so embarrassed, I really was. I’d rather faint right there and then, being delivered to the closest hospital than enduring the moment of shamefulness. I just couldn’t believe that it happened. Me eating someone else’s order and make the customer leave the shop. My short-attention-span moment.

As if to rub it in, the waiter came again and brought my tosai sardine. The Colleague said

‘ Takpelah. Bawak sini.Saya mau’

And because of that people, I had three-quarters roti sardine and half tosai sardine. The real reason for ordering tosai sardine was to reduce the fat in the food but there you go, double whammy.

And that is the end of Tosai Tragedy. Ouh dear, I have to face The Colleague tomorrow. The shame of it, the shame.

P/S: For those who plan to open a restaurant, you might want to know that I’m unable to remember my orders. Your waiters should be able to place the right food in front of me or I’d lose you another client.
kita berhak membuat pilihan (oleh itu para pengguna, marilah lakukan pilihan yang bijak!). seperti karangan di sekolah. kalau cikgu suruh tulis karangan 'hari lahir saya', kita mempunyai pilihan utk menulis samada karangan itu lucu, sedih ataupun mengerikan. tapi mestilah masa sekolah (rendah) begitu suci, takkanlah mahu menulis 'saya tersadung batu di luar kelas, kemudian terjatuh ke atas pengawas lalu menyebabkan dia terperosok ke dalam longkang. itulah kenangan hari lahir saya yang paling indah'. mahu juga capang telinga tu nanti kena tarik.

lihat? kita sebenarnya mempunyai pilihan. seperti juga menulis blog. kalau rasa mahu tulis tentang diri sendiri, ikut sukalah. kalau mahu tulis makanan pun ikut sukalah. tetapi jangan lupa, jika sudah menulis blog, sila kirim salam pada 'keinginan untuk mempunyai privasi'. mahu privasi, sila cipta blog private sendiri yang boleh dilihat oleh kawan-kawan rapat saja.

lagi satu:
'at this age, whatever you say can reach across the globe but that does not make you smarter than the drunken guy sitting at the end of the bar'.

kan?

eh cop. sebenarnya tulis blog waktu lunch hour ini ada tujuan. tujuannye adalah nak cakap 'saya suka memilih blog design. saya suka mempunyai pilihan yang banyak. disebabkan suka, saya akan begitu teruja hingga hari-hari pun rasa nak ubah design'. hiks.

dan rasanya, kalau hari ini saya nak tulis pasal design, tak salah kalau esok lusa orang lain tulis tentang penggunaan font yang pelbagai di dalam blog. kan?

hey berapa banyak soalan daaa. dah dah pegi 'pau' fries orang di meja sebelah.

Tuesday, April 13, 2010

ye? *mengantuk


ye? *mengantuk
Originally uploaded by uculer
ini muke pagi tadi. bukanlah muke mengantuk, lebih kepada muka tensen. nak marah, nak pegi bakar rambut orang. hish nak buat yang bukan-bukanlah pendek kata.

tapi panjang kata adalah panjang langkah ke pavilion mencari gulab jamun. sekalik, kedai mule operasi pukul 12.30 daa. ai sampai kol 11.45. ces.

maka terpaksalah membeli eskrem. satu sudu, mood oke sikit. dua sudu, mood makin oke, bile dah sampai setengah mangkuk, macam ternampak pelangi di depan mata.

MACAM. bukan nampak sungguh. kalau nampak sungguh tu, alamat la.

eh baru perasan hari ini pegi pavilion sampai due kali. bwahaha.

ye kawan-kawan. marilah cuba memakan benda bercoklat untuk menenangkan fikiran yang resah. ouh dalam eskrem yang menjadi mangsa saya tengah hari tadi terdapat cebisan coklat.

eh air apa ni? ya allah menaip sampai meleleh air liur. dah dah nampak sangat kene berenti.

Monday, April 12, 2010

'apa yang best kerja di bukit bintang?' 

weih best tau. kalu nak pegi buat-buat lawak menebeng kat klcc tu, anytime je bebeh. larat tak larat je la kan nak pegi. kalo mcm nak bosan lepak klcc, kite lepak pavilion pulak. camwhore kat hiasan-hiasan dia kat luar tu. ala apa nak malu? pasang je muke tourist. pasti beres. 

macam mana nak pasang muka tourist? alah internet kan ada. amek je gamba sesapa print pastu buat topeng. 

oke plis jgn tampa. 

anda juga boleh melepak di lot 10. mcm saje nak tgk foodcourt die yang sudah cantik. itu hari borong cekelat dengan kawan sampai 70 hengget. gile btol. 

okelah kalau lot 10 tak bes, lepak lah di starhill. itu mmg class habis lah. mmg takde orang semua ha lepaklah kau di situ dengan ketenangan. 

tak suke? oke fineeeeeeeeeeeeeeeeeee. jalan skit lagi boleh pegi sg wang. selalu pegi situ kalau nak beli benang cross stitch. ataupun nak pegi MPH. tapi skang tak pegi dah pegi times je. 

melalui sg wang, boleh tembus ke time square tau? boring? ha sudah kalau boring pegilah melawat bangunan sebelah times square tu. yang ada pagar tinggi-tinggi kaler putih tu. penjara pudulah ape lagi? 

patah balik ke tempat kerja saya. 

lps tu kenderaan awam mcm senang jika anda tinggal di daerah bangsar. eh silap zon bangsar. pandai-pandai je mendaerahkan zon. ada monorail dan juga putra. tapi putra dia selalu buat lawak sket. kadang-kadang kalau hujan nanti dia akan malu nak bergerak. bila malu nak bergerak, orang yang naik putra terpaksalah panaskan kerusi di opis lebih masa atau di kedai kopi. 

makanan? makan di klcc dan pavilion hari-hari mcm boleh cecah sepuluh ringgit. tapi kalau nak bergaya, boleh cari satu tempat makan dekat cosway ni yang chargenye adelah sgt murah. macam ramai orang makan di situ dengan gembire. saya? saya suke makan nasi goreng-goreng die. nanti order nasi goreng ayam bungkus mcm boleh makan 2 orang. kalau habiskan semua kelak akan tertidur bawah meja jam 2.30 petang. 

lps tu, boleh bersenam dengan berjalan selama empat puluh minit lebih ke central market. sementara itu kite menempel dulu di the weld. tempat yang mcm sgt byk kedai makan. daripada g, lg ke tingkat 1. banyak gila kedai makan. lps tu ada philip wain kat atas. mcm kejamnye dugaan ini utk orang-orang yang sudah workout dengan hebat. workout saya selalu tak kira sebab nanti tertewas pula dengan pelawaan cuba makanan di central market. 

bila tiba di central market pula, sangat heaven sebab boleh sewa buku di situ. nama kedai itu mcm tercomel di dunia 'kedai buku'. macam dari umur belas-belas pun dah ada kedai itu. steady betol la uncle! 

tapi yang ditawarkan utk disewa buku omputih je, yang melayu punye tidak tahu heh. 

lps tu ... oke dah mcm kene tido dah esok nak kene masak bekal. ta~

p/s: anda punye kemusykilan tentang perkara berkaitan komputer tapi macam tak paham ape ada dlm manual? nah lawatilah review dummy essentials

Sunday, April 11, 2010

baby keepsakes


baby keepsakes
Originally uploaded by uculer
ini adalah projek terbaru saya. baru dua minggu buat. hey hey bukan senang mahu buat oke sbb pulang saja sudah tak nampak matahari, macam mana mahu menjahit?

mcm aneh kan? pergi kerja kadang-kadang sebelum matahari naik (fajar sadik tu of course la sudah mcm tipu sgt kalau belum kau jadi jaga ke cenggitu?), lps tu balik kerja tak nampak matahari dah.

ouh dua minggu bukan dua minggu. lebih kepada empat hari sbb hanya boleh menjahit pada hujung minggu sahaja. jadi sekarang kalau orang nak ajak tgk movie ape semua mcm sedikit malas sekaipun sgt mahu tonton itu how to train a dragon. nasib baiklah design utk baby keepsakes ini agak ringkas cuma byk guna benang utk warna yang lain-lan. fuh fuh jgnlah sampai jadi mcm rerama syud yg amek masa sebulan lebih utk siap. sumpah memalukan.

sebenarnya kawan nak adakan baby shower. jadi mahu beri ini, senang sbb tak kesah kalau lelaki atau perempuan sbb bukan nak kasi kat baby terus, mcm boleh diframekan di mana-mana sudut rumah. kire yang sudah siap ini sudah 1/4. berbaloi jugalah pinggang yg dah rasa nak patah sebab duduk daripada jam 11.30 hingga jam 3 petang ini.

imran dah balik :(. sedihnya. dah tade dah balik umah tgk die minum susu lps tu main ba-chak lps tu die tanak minum susu dah sbb nak maini. dah tade dah cubaan-cubaan buat die senyum. dah tade dah budak kecik suke dukung. tapi takpela. bole tgk gamba dia semua sampai pengsan.

ah esok hari isnin. ekon di opis, plis kurangkan kepanasan di umah. fuh fuh!

selamat malam anda semua. dan selamat melangkah ke minggu yang baru :)

Saturday, April 10, 2010

How to Include A Baby into Your Exercise Routine


saya kuat kan?
Originally uploaded by uculer
Disclaimer: Readers are reminded that you need to have enough sense of humour to digest this. Anyone who does not think throwing up a baby in the air until the baby throws up is funny should not proceed beyond this point. Yes, here. You can stop now before you are emotionally-scarred. For life. Gosh, you are still here? Ok fine, you have been warned.

I have been really busy lately. I try to go to the office as soon as I can, rising as early as 6 am so that I can leave the office before 5pm. And all of this is because of my nephew called Imran. Or bayi pipi tak berapa nak labuh. Or budak busuk.

Lately, I have also noticed that the expansion near the waist area has been showing great improvement. However, this is of course not something someone with a pear-shaped body should rejoice because further expansion could lead to:
a) inability to squeeze in into an elevator
b) not being able to fit under the armpits of people in the monorail coach (I’m so good at this that I resort to walking from Bukit Bintang to Central Market after office hours or suffer the consequences of inhaling ‘extra perfume’)
c) will have shop for new clothes

The reason for the expansion is simple; the baby eats and I get hungry. And the time to get hungry is usually late at night. But no fear, I have found a solution to exercise using Imran!

What do I do?
1. Babies tend to play a lot and Imran is no exception. He loves being thrown up in the air so that’s what I do the first thing I reach home. This loosens the stress after eight hours of sitting in the office. After a few throws, you’ll feel much better.
However, if you happen to be over 25, please be prepared for the next day because most of the unwelcome sensation will take place around the waist area.

2. Imran has started walking and thankfully he’s quite tall for his age so I do not have to bend down while guiding him to walk around the house. I usually help him walk around the house a few minutes and I can assure you this is fun because the most adorable smiles come from toothless babies. Imran has six teeth but I just pretend he has none.
3. The next area to work on is the arms. After walking a few minutes, I will carry Imran in my arms so that it will be more balanced. I will carry Imran in both arms so that the 5kgs will be distributed evenly.
4. I have stopped throwing Imran in the air after a few days he arrived at my house. So now I resort to pushing him up in the air while I lay down on the floor with my knees folded to my chest. Great for legs.
5. I consider the last exercise routine as the easiest. I sit down on a chair and put him on my legs. Then I raise my legs, raising it up with him and I swear he loves it or why else should the high-pitched voices keep coming out of his mouth, right?
Wait, that or he was actually screaming for his dear life.

Anyways, too late already.

See? Isn’t it simple? You get to play with the baby AND exercise at the same time.

However, kindly be reminded that the baby should be paid for his or her efforts or else it will be child labour. In my case, I feed Imran with Famous Amos (1 for Imran 3 for me. Yeay!)

So, there you are. I’m just going to lock my door just in case his father tries to strangle me in my sleep. Nanait people!

Friday, April 09, 2010


dua generasi
Originally uploaded by uculer
patah tebu. tau tak patah tebu tu macam mana?

oke saya pun tak tau sebenarnya tapi saje je nak bubuh jugak kat sini. memang saja nak kene lempang.

patah tebu tulang belakang duduk dalam bas dekat dua jam. like hello....aku ni travel dari seremban ke kl ke atau central market ke sipi--sipi bangsar? eh sedara-sedara plis i tak hangout dekat central market. saya jalan kaki dr klcc ke central market, tolong jangan salah anggap.

petang tadi hujan lagi. dan seperti biasa, hujan-hujan mmg waktu terbaik utk kenderaan rosak kot. daripada elok-elok tak jam, boleh jadi slow crawl yang sudah tahap lebih perlahan dri menggelongsor. memang mengantuk amat rasa macam nak tidur seperti imran di dalam gambar ini. tetapi cuma boleh pandang keluar tingkap seperti apa yang datuk saya lakukan di dalam gambar ini. wah sungguh hebat boleh membuat hubungkait antara gambar dengan kehidupan. cikgu-cikgu tolong bangga dengan saya sekarang sbb skill membuat karangan daripada gambar.

itupun nasib baik dapat duduk dalam bas. kalau berdiri, mahu la jugak jatuh-jatuh jadinye. lepas tu buku nak dibaca pun sudah habis (buku bertajuk thud! dari terry pratchett sudah habis baca. punyelah lama kan perjalanan tu, samapi habis 20++ mukasurat). nasib baik dalam bas ada TV. kepada sesiapa yang tak tau, rapid kl ada tv dalam bas ye. tapi bukanlah tv mcm kat umah tu. die tayang ikut suke la. tadi die tayang transformer tapi tidak dengar. jadi cuma memandang kosong di skrin.

dah tau lama kenapa naik bas? ada kete ni byk belanja, lagi-lagi kerja dekat dengan klcc. sungguh akan jadi sgt tidak convenient. itulah sebabnya.

ya, ini tulisan cacamerba. sebenarnya saja nak tampal gambar imran. hari ni balik umah dia sudah tidur. sungguh rinduuuuuuu

p/s: ulasan tentang blog kegemaran muda-mudi sudah di update di One Stop Review.

Thursday, April 08, 2010


pantai remis
Originally uploaded by uculer
seperti pemandangan di pantai remis ini. walaupun sebenarnya tidaklah tenang ketika gambar ini diambil. macam masih terngiang-ngiang tahap kerek orang kat kedai tu. ouh gambar ini diambil semasa nak makan seafood di kuala selangor.

sungguh penat akhir-akhir ini. penat otak, penat badan...ish penat semua la pendek kata. terkejar-kejar sungguh rasa tapi beginilah nasib. kot la ada sapa-sapa dah jumpa pokok duit tu, tolonglah kabar-kabarkan di sini ya?

sekarang sudah jadi sindrom tiada masa untuk reply sms. jadi, maaf saja kepada teman-teman yang menghantar SMS. hantar hari isnin, kalau nasib baik, akan dijawab hari selasa. sungguh mendesak tanggungjawab di pejabat sekarang.

lagipun, imran masih ada kat rumah jadi lepas kerja bergegas pulang. boleh main lambung-lambung dua tiga round. selalu dapat jumpa malam sahaja sebab pagi dia kene perintah berkurung dalam bilik. padan muka.

itulah sedikit sebanyak.

ya untuk pengetahuan anda, kami telah pun mempersembahkan satu khidmat penghantaran barangan runcit ke rumah. mahu tahu bagaimana? ke sinilah ke review terbaru kami. oke bukanlah baru tetapi semalam. itulah, memang sangat sibuk hingga tak sempat utk memberitahu kepada orang ramai.

sesuai utk pilihan sesiapa yang tiada masa untuk membeli barangan ataupun mempunyai halangan untuk ke kedai. anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat lanjut pada entri bertajuk Groceries Shopping Made Easy For You?

dengan ini, saya tinggalkan anda. sudah tak larat, mahu tutup mata mungkin. ta~

p/s: nantikan review seterusnya mengenai sebuah blog pilihan muda-mudi di malaysia.

Monday, April 05, 2010

cari betul-betul


cari betul-betul
Originally uploaded by uculer
kadang-kadang kan, benda yang cantik, molek, best, gembira dan dll (huih lama gile tak tgk dll nih) dekat je ngan kita. kita selalu cari jauh-jauh. contoh mcm nak cari mata air, cari sampai ke pejabat sebelah....

oke. itu topik larangan. baiklah, mari cuba sekali lagi.

kita selalu mengharapkan yang terbestest dalam dunia. contohnya macam dapat coklat tiga tan, bunga bersamaan 4 kati tapi kita lupa, kadang-kadang sesuatu yang menggembirakan itu muncul dalam bentuk yang cukup ringkas. malah tak terjangkakan pun.

pagi tadi, syud mengucapkan selamat pagi, 'have a good day ahead'. hati yang sedang sedih kerana tidak dapat bawa bekal nasi goreng terubat. hasilnya:

-sangat gembira sepanjang hari
-buat kerja pun laju
-berjaya menahan kantuk sampai sekarang (10.45 mlm)
-dapat pulang awal (dapat lambung imran dua tiga round. dah mcm belon aku buat budak kecik tu)

see? ucapan selamat pagi yang ringkas boleh buat sesiapa pun gembira. terima kasih byk-byk syud. selamat pagi kamu lagi berharga daripada 'see you' you-know-who.

macam gambar di sebelah. kasut nampak kotor tapi kalau lihat betul-betul, akan nampak serangga yang cantik.

terima kasih sekali lagi syud :).

apa lagi? anda tak tahu siapa yang bakal gembira dengan ucapan selamat pagi anda.

Sunday, April 04, 2010

bunga?


unforgivable woman? me?
Originally uploaded by uculer
malam ahad memang selalunya malam yang ditunggu-tunggu. eh bukan untuk pegi merempit di jalan raya tetapi duduk mengadap peti TV yang ditatap seminggu sekali. sampai kadang-kadang sudah lupa akan rupa paras peti TV tersebut. oke itu sudah sungguh extreme.

kenapa tunggu malam ahad? sebab boleh tgk matthew gray gubler dalam criminal minds. padahal dah ada collection tapi saje je nak tgk. lps tu mcm boleh tgk movie dari zaman ice age di tv3. tapi sekarang sudah tidak larat. jam satu pagi je sudah terbengkalai di atas katil. dulu-dulu larat lagi la nak bersidai depan TV tu sampai pukol 2.30 pagi.

belok sikit punye panjang padahal nak cerita tentang satu line je dalam cerekarama semalam.

'wanita yang menyukai ros,' kata pelakon tersebut. tah sape nama pon haku tak tau la.

bunga? sungguh saya memang tidak tahu nak buat apa dengan bunga. dulu, penah la dapat bunga. sekuntum je tapi itu pun mcm tak tau nak buat apa. macam tgk bunga 2 minit dan berfikir apa yang boleh dihasilkan daripada menatang ini?

bukanlah bermaksud bencikan bunga tapi mcm...dalam masa 2 hari, kalau letak dalam pasu pun akan mati. kalau nak kasi bunga, kasi la dengan pasu dan tanah sekali. lebih praktikal.

pendek kata, kalau nak beri apa-apa. berilah sesuatu yang praktkal. kalau gamba bunga pun bole frame juga dalam flickr.

tapi sebenarnya konsep saya mudah aja. saya suka makan

premis 1: saya suka makan
premis 2: bunga tidak boleh dimakan
kesimpulan: maka saya tidak suka bunga

inilah sebabnya saya meletakkan gambar unforgivable woman di sebelah entry ini kerana alasan saya sungguh unforgivable. tapi nak buat macam mana kalau saya lebih suka sesuatu yang praktikal?
Lord of the Flies dari William Golding. lama gila nak cari buku ni. maklumlah, sudah dikatakan antara sebuah hasil seni yang terhebat dalam kurun ke-20.

secara ringkasnya, ia berkisar tentang perebutan kuasa (bunyi mcm kenal kan?hiks) di antara dua pemimpin. seorang yang mempunyai visi, seorang lagi pemimpin yang fun.

secara tak ringkasnya adalah cerita budak-budak yang cuba untuk survive dekat satu pulau lepas kapal terbang mereka terhempas. macam mana orang-orang yang tak dikenali berkumpul bersama dan cuba untuk bersatu. memang, pemimpin yang kelihatan tidak berapa fun, akan kekurangan penyokong.

akhirnya, selepas beberapa tahun, berjaya juga menjumpai buku ini. yeslah. time kaseh rakan sepejabat.

Saturday, April 03, 2010

‘ the fact that you sleep with a lot of pillows on your bed signifies that you feel misunderstood’

  Of course I am misunderstood. I love rainy mornings, not those with bright sunlight.

  I love the fresh smell after the rain but do not enjoy rainy days itself.

  I am a nocturnal but have to have good mood every single morning.

  I love babies not talking kids (because they chatter non-stop).

  I hate Barney; the name itself makes me cringe. This comes despite the fact that the huge, purple dinosaur is supposed to be cute.

  I can cook (if I try) but I just don’t. No specific reason.

  I need to shed weight but too in love with food.

  I can accept motivational words but I determine my own success.

  I’d do almost anything for books, even if it means starving myself.

  I love oldies (Tom Jones, Frankie Vali) despite the fact that I’m an 80’s baby.

  I love chocolate but I can only take small amount of those every time. I get dizzy if I take too much.

  So, am I alone in this? 

Friday, April 02, 2010


senyuman menawan habis la
Originally uploaded by uculer
ya mari kita semua senyum simpul seperti imran.

ye, akhirnya sudah tiba hujung minggu. tadi di pejabar seperti sudah mahu putus nafas akibat kepenatan bekerja. mengalahkan penoreh getah dan juga pembajak sawah. ini semua kerana mamat yang sedang tersenyum ini. nampak macam tidak berisi tetapi sumpah sungguh semangat.

tadi sudah menyerahkan diri untuk menjadi tukang dukung semasa mama imran membeli-belah. dan sekarang, dua jam kemudian, sudah terasa kesan di pinggang. yeslah. esok pasti pinggang meraung.

sebenarnya yang seronok sangat ni bukan sahaja sebab cuti, malah kerana akan bekerja membaiki blog review ataupun di panggil review centre. panggil sendiri-sendiri sahaja padahal nama sebenar adalah one spot review.

apa ada di situ? kami akan cuba membawakan perkhidmatan online yang menarik pada pandangan mata kami. iyalah, sebagai pengguna, kami cuba mempersembahkan apa yang kami rasakan berguna dan menarik kepada pengguna lain.

buat masa ini, review centre masih lagi macam budak baru merangkak, masih baru lagi. imran tak kira sebab dia dah besar tapi dia malas nak jalan. TETAPI yang menarik tentang review centre (sungguh random tetiba cakap pasal blog pula) adalah cik coree akan membawakan pelbagai online shop yang menarik. dengar-dengar cerita, beliau akan mereview sebuah online shop dalam review yang akan datang. iaitu tidak lama lagi mungkin esok lusa. dengar kata, online shop itu menawarkan diskaun yang sungguh menarik. eh tak tau la. kita kena tunggulah ramai-ramai.

adeh. perlu berehat sekarang. imran kau ni sebenarnya 5kg ke 55kg?

Thursday, April 01, 2010


keep yourself dehydrated
Originally uploaded by uculer
pelik tetapi benar. sungguh, tidak tipu. badan seperti tong dram (berisi air) yang telah bocor. perlu kerap kali diisi. itulah yang dirasakan kini.

sekalipun hujan turun dengan lebat, itu tidak bermakna keadaan badan sama sejuk dengan keadaan di luar. tidak sama sekali.

seperti biasa, memang akan sentiasa kedengaran bunyi batuk-batuk secara koir di dalam pejabat (kentut pun mungkin ada tetapi mestilah tuan punya badan nak cover). dah kerja pejabat, pastilah sama-sama berkongsi udara yang sama (dan juga greenhouse gases yang sama) dan kemungkinan untuk sama-sama jatuh sakit juga adalah tinggi.

sungguh comel. ' eh kamu dan deskmate tak datang semalam?'

'a ah. kami sakit.' macam adalah comel kerana sama-sama sakit. macamlah sakit itu adalah satu tempat yang terletak di terengganu.

ha memandangkan kita dah bercakap tentang terengganu, haha nampak sangat tipu sebab tuan punya blog je tengah menaip seorang diri. takpela kita teruskan aja..pejabat saya akan menganjurkan lawatan ke pulau perhentian pada bulan july. awal bulan julai. ye, saya paham. ketika perlawanan bola sepak sedunia. ya, sudah dekat dengan perlawanan akhir waktu itu.

maka kami pun macam setiap harilah berdoa tanpa henti semoga tempat tersebut akan ada tv. tak mahu flat screen, tv dan astro sudah cukup. itu paling penting. tidak sanggup rasanya mahu tengok keputusan perlawanan melalui SMS sahaja. tidak tidak!

begitu teruja sehingga sudah hafal semua jadual perlawanan. dan sudah buat perancangan mahu duduk di mana untuk melihat perlawanan.

eh, sedang bercakap tentang cuaca bukan?

ya baiklah. kita sangat perlu untuk menjaga kesihatan pada waktu sekarang. bukan pada waktu sekarang sahaja. yang saya maksudkan adalah setiap masa. minum air jarang dengan kadar yang banyak dan ambillah vitamin C. kalau macam rasa malas nak kunyah oren, telan saja vitamin. itu paling mudah kerana waktu-waktu begini memang sangat mudah diserang penyakit demam dan batuk. batuk pula hingga tahap serupa batuk kokol.

ya, sekian dulu siri peringatan untuk diri sendiri ini. sudah mahu tidur kerana penat bersenam menggunakan anak buah. letak anak buah di kaki kemudian cuba gerakkan kaki. kasihan kamu imran, pasti kamu sangka saya mahu bergurau dengan kamu. maaflah, kamu hanya dipergunakan dengan bayaran sekeping biskut famous amos.

selamat datang ke dunia yang kejam, imran.

p/s: kelik di sini untuk mengetahui cara menonton persembahan BEP dan tokio hotels secara percuma