malam ahad memang selalunya malam yang ditunggu-tunggu. eh bukan untuk pegi merempit di jalan raya tetapi duduk mengadap peti TV yang ditatap seminggu sekali. sampai kadang-kadang sudah lupa akan rupa paras peti TV tersebut. oke itu sudah sungguh extreme.
kenapa tunggu malam ahad? sebab boleh tgk matthew gray gubler dalam criminal minds. padahal dah ada collection tapi saje je nak tgk. lps tu mcm boleh tgk movie dari zaman ice age di tv3. tapi sekarang sudah tidak larat. jam satu pagi je sudah terbengkalai di atas katil. dulu-dulu larat lagi la nak bersidai depan TV tu sampai pukol 2.30 pagi.
belok sikit punye panjang padahal nak cerita tentang satu line je dalam cerekarama semalam.
'wanita yang menyukai ros,' kata pelakon tersebut. tah sape nama pon haku tak tau la.
bunga? sungguh saya memang tidak tahu nak buat apa dengan bunga. dulu, penah la dapat bunga. sekuntum je tapi itu pun mcm tak tau nak buat apa. macam tgk bunga 2 minit dan berfikir apa yang boleh dihasilkan daripada menatang ini?
bukanlah bermaksud bencikan bunga tapi mcm...dalam masa 2 hari, kalau letak dalam pasu pun akan mati. kalau nak kasi bunga, kasi la dengan pasu dan tanah sekali. lebih praktikal.
pendek kata, kalau nak beri apa-apa. berilah sesuatu yang praktkal. kalau gamba bunga pun bole frame juga dalam flickr.
tapi sebenarnya konsep saya mudah aja. saya suka makan
premis 1: saya suka makan
premis 2: bunga tidak boleh dimakan
kesimpulan: maka saya tidak suka bunga
inilah sebabnya saya meletakkan gambar unforgivable woman di sebelah entry ini kerana alasan saya sungguh unforgivable. tapi nak buat macam mana kalau saya lebih suka sesuatu yang praktikal?
4 comments:
saya suka bunga waktu dapat je. pastu saya lagi suka ngap ngap cokolat. HAHA
tapi kalau husband saya kasi, pasti saya love him forever ;)
kalo dah husband kau kasi tu dah lain cerita cik kak oi
hehe.. dulu, saya suka bila dapat bunga. besar2 punya.
tapi skrg, dah jd mcm ucu, tak praktikal lah kalau bg bunga. bagilah handphone ke, kereta ke, makanan ke, pakaian ke.. wahaha..
the third commentor: never say never
kinkin: i suke pemikiran u. i suke suke1
Post a Comment