Sunday, April 11, 2010

baby keepsakes


baby keepsakes
Originally uploaded by uculer
ini adalah projek terbaru saya. baru dua minggu buat. hey hey bukan senang mahu buat oke sbb pulang saja sudah tak nampak matahari, macam mana mahu menjahit?

mcm aneh kan? pergi kerja kadang-kadang sebelum matahari naik (fajar sadik tu of course la sudah mcm tipu sgt kalau belum kau jadi jaga ke cenggitu?), lps tu balik kerja tak nampak matahari dah.

ouh dua minggu bukan dua minggu. lebih kepada empat hari sbb hanya boleh menjahit pada hujung minggu sahaja. jadi sekarang kalau orang nak ajak tgk movie ape semua mcm sedikit malas sekaipun sgt mahu tonton itu how to train a dragon. nasib baiklah design utk baby keepsakes ini agak ringkas cuma byk guna benang utk warna yang lain-lan. fuh fuh jgnlah sampai jadi mcm rerama syud yg amek masa sebulan lebih utk siap. sumpah memalukan.

sebenarnya kawan nak adakan baby shower. jadi mahu beri ini, senang sbb tak kesah kalau lelaki atau perempuan sbb bukan nak kasi kat baby terus, mcm boleh diframekan di mana-mana sudut rumah. kire yang sudah siap ini sudah 1/4. berbaloi jugalah pinggang yg dah rasa nak patah sebab duduk daripada jam 11.30 hingga jam 3 petang ini.

imran dah balik :(. sedihnya. dah tade dah balik umah tgk die minum susu lps tu main ba-chak lps tu die tanak minum susu dah sbb nak maini. dah tade dah cubaan-cubaan buat die senyum. dah tade dah budak kecik suke dukung. tapi takpela. bole tgk gamba dia semua sampai pengsan.

ah esok hari isnin. ekon di opis, plis kurangkan kepanasan di umah. fuh fuh!

selamat malam anda semua. dan selamat melangkah ke minggu yang baru :)

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

rindu imran gak (tetiba aku pulak tumpang)

nanti2 kita gi ek?

p/s: saya suka cross-stitch kamuuuuuu! :)

Unknown said...

ye oke nnt-nnt tah tah die dah dpt adik

suke? maseh hihi