Thursday, April 08, 2010


pantai remis
Originally uploaded by uculer
seperti pemandangan di pantai remis ini. walaupun sebenarnya tidaklah tenang ketika gambar ini diambil. macam masih terngiang-ngiang tahap kerek orang kat kedai tu. ouh gambar ini diambil semasa nak makan seafood di kuala selangor.

sungguh penat akhir-akhir ini. penat otak, penat badan...ish penat semua la pendek kata. terkejar-kejar sungguh rasa tapi beginilah nasib. kot la ada sapa-sapa dah jumpa pokok duit tu, tolonglah kabar-kabarkan di sini ya?

sekarang sudah jadi sindrom tiada masa untuk reply sms. jadi, maaf saja kepada teman-teman yang menghantar SMS. hantar hari isnin, kalau nasib baik, akan dijawab hari selasa. sungguh mendesak tanggungjawab di pejabat sekarang.

lagipun, imran masih ada kat rumah jadi lepas kerja bergegas pulang. boleh main lambung-lambung dua tiga round. selalu dapat jumpa malam sahaja sebab pagi dia kene perintah berkurung dalam bilik. padan muka.

itulah sedikit sebanyak.

ya untuk pengetahuan anda, kami telah pun mempersembahkan satu khidmat penghantaran barangan runcit ke rumah. mahu tahu bagaimana? ke sinilah ke review terbaru kami. oke bukanlah baru tetapi semalam. itulah, memang sangat sibuk hingga tak sempat utk memberitahu kepada orang ramai.

sesuai utk pilihan sesiapa yang tiada masa untuk membeli barangan ataupun mempunyai halangan untuk ke kedai. anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat lanjut pada entri bertajuk Groceries Shopping Made Easy For You?

dengan ini, saya tinggalkan anda. sudah tak larat, mahu tutup mata mungkin. ta~

p/s: nantikan review seterusnya mengenai sebuah blog pilihan muda-mudi di malaysia.

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

ya. selamat tidur. saya juga kesibukan T.T

maaf tidak reply sms juga. *dush dush* (tumbuk muka sendirik)

tak sabar nak grad. mahu ketemu imran :)

Unknown said...

haha sabo je la syud. macam silap je nawaitu nak grad tu :P