Tuesday, May 31, 2011

Perihal Bodoh dan Bodoh Sombong

harta memang tak boleh bawak masuk kubur. maksud aku, harta dalam bentuk jam tangan sebenar. kereta yang dibuat daripada kertas kemudian dibakar, itu tak kira. 

itu contoh aku beri kepada penganut agama lain. tak perlu menggelabah sangat. 

duit dalam bank, gelang emas yang kau pakai, rantai emas putih yang selalu sentuh; bila dah habis nyawa, sudah tidak berguna. 

sekalipun begitu, ia tidak bermakna kau boleh buat perangai bodoh tak bertempat tinggalkan harta duniawi kau di mana-mana. jam tangan kau, takkan kau nak letak kat warung meja makan lepas tu jalan pergi basuh tangan sekalipun kau datang makan sorang. itu bangang namanya, bukan bersangka baik. 

samalah dengan kau beli laptop. apa jadah kau letak dalam kereta? dah hilang, kau sedih buat apa?

orang kalau rasa dia banyak duit, dia fkir dia berkuasa sampaikan dia kebal daripada kes-kes macam ni. kau tu bukan ada pengawal peribadi boleh jadi hamba abdi tolong jaga harta benda kau. 

ada beza sombong dengan bodoh sombong. jauh bezanya. 

Monday, May 30, 2011

The Joyah Brigade

Note: Back in the 90's, there was this series call Opah. There was this character called Joyah with 'must-watch-facial-expression' when she talks. That was the reason why I coin the 'Joyah' term when my friends and I are about to launch into another gossip session.

Normally, a girl or a women will have a specific group of friends that she will be very close with. They will always meet up for a discussion (read: gossip) session and will confide almost everything to each other. When I say almost everything, I really mean almost everything. Even when their siblings use their Twitter account to upload the picture of rice. And the stories told will include every single detail. To the last gory details (if it comes to that).

The term fitting for the group is of course Joyah Brigade.

The Joyah Brigade will be the first to know when things happen, usually and especially when it involves guys. Things here cover an extremely broad area from bumping into a hot guy, being stood up by a date as well as trying to find out if the boyfriend is cheating. Well, I just give three examples but admit it, it is much more than that. To try to cover the area will be like trying to drain the seven seas.

The Joyah Brigade meetings is actually different from Girls' Day Out (at least for my case). Going out with a bunch of girls to watch movies may not mean I'm having another session. If you really want to detect whether your girl is going out for a Joyah Session is not really hard. Take note the names that she always mention.

The session may not mean physical meeting, it can also happen through online messaging service. Phone messages may not be enough because the conversation may end up in chunks. Hence, at a specific time, the members of the brigade will be prepared with their hot cups of chocolate/ milk/etc and glued to their monitors.

Whenever a woman meets someone for the first time, the Joyah Brigade will know. If she wants to know whether the guy is into her, again she will refer to Joyah Brigade (if the members are the fans of He's Not Into You, the guy is pretty screwed up). If anything happens (the guy stopped picking up calls, late in replying messages, constantly making excuses), there will be another session. Even if the girl dreams of something weird, there might be a possibility that the Joyah Brigade will know about it.

So, you see, Joyah Brigade plays a huge part in a girl's life. In some cases, it may not be limited to their love lives but may even include families (this may likely happen during school). Usually, the brigade members have known each other for a very long time. In my case, this is what happened.

Although what I painted above may not be what a guy wants to know, a Joyah Brigade actually can help a relationship (but this will be case-on-case basis). This group of girls will help the girl stabilises her emotions and persuade her to think logically. These girls may also know the guy's secrets so it may be an extremely good idea to be nice to them.

So, guys, if you want to court a girl, do not forget her friends. These people may become your fans or enemies. And girls, keep your Joyah Brigade. You will need them.

Sunday, May 29, 2011

Perihal Rambut dan Cermin

Sudah lama sangat aku tak pergi kedai untuk gunting rambut. Aku bertuah dikelilingi orang-orang yang berbakat dalam memotong rambut. Dan beberapa tahun yang lepas, aku telah mula potong rambut sendiri. Pertama kali aku potong rambut sendiri adalah ketika blackout.

Aku pakai tudung. Kalau rambut macam Lady Gaga masa buat persembahan pun siapa nak nampak.

Untung. Memang untung. Dan malam ini, aku potong lebih pendek kerana sudah tak mampu tanggung panas.

'tak tengok cermin ke?' sepupu tanya. Aku memang ikut hati dan ikut suka saja.

Dan pelik tak, setiap kali aku potong rambut sendiri aku rasa 'I can change the world'. Macam 'I can make a difference. I have total control of myself'. Gila.

Mungkin kesan tengok Captain Planet petang-petang lepas sekolah agama dulu masih tak hilang.

P/S: azie d henna creator, semoga anda buat pilihan yang terbaik untuk anda dan sidia :)

Sent from my iPad

Friday, May 27, 2011

bangun pagi-pagi sudah rasa mahu marah. betapa mencabarnya hari ini sebab kad Touch N Go yang baru sahaja diisi semula telah menghilangkan diri. menghilangkan diri kalau dengan isian dua puluh ringgit tidak membawa kepada bibir aku menggeletar tetapi bila jumlahnya banyak, aku rasa hampir nak berbuih mulut. redha, aku nak buat macam mana. dan nasib baik ada spare kad. magis kan ada spare?

dan terus beli tempat pemegang kad. tak mahulah aku asyik hilang kad sahaja.

Pirates of the Caribbean edisi kali ini merupakan hidangan kali ini. persetankan kad yang hilang (dan akan menyebabkan akaun berlubang), aku mahu juga tonton Jack Sparrow. tidak, aku tak mahu beri ulasan kerana ia akan jadi sangat berat sebelah. ini kerana, aku berasa Jack Sparrow adalah sangat seksi.

aku memang ada rasa nak pakai celak macam dia tetapi aku rasa aku ak mampu nak beli celak sampai tiga batang dalam masa seminggu untuk mencapai tahap seperti dia.

kepada sesiapa yang belum tonton filem ini, bersabarlah sedikit menunggu kredit kerana masih ada sambungan. tadi, hanya tinggal aku dan satu pasangan ini sahaja menanti kredit habis.

kenapa ya selalu sangat filem buat sambungan begitu? ah mungkin mereka ada sebab sendiri.

pagi tadi juga teman sepupu buat akaun ASB. kepada sesiapa yang ada adik atau sepupu yang sedang belajar, galakkan atau paksa dia untuk melabur. sekarang sudah ada peluang untuk pelaburan berlandaskan syariah. bayangkan kalau dia mula melabur pada usia 19 dan habis belajar pada usia 23 tahun. dan dalam masa empat tahun tersebut beliau sabar menanti pulangan pelaburan tersebut. bukan mahu pergi berjoli tetapi membayar hutang pengajian, untung sangat. betul-betul untung. okelah kalau ada RM 500 sekalipun dalam akaun dia. boleh buat bayar PTPTN sementara menjana gaji atau menunggu pekerjaan. betul, memang bawa beza. kau bayar la sikit-sikit, tak perlulah bayar RM 500 dalam satu bulan terus. asal jangan kasi PTPTN hantar surat peguam.

ini hanya situasi yang aku beri sebagai contoh. aku tau orang lain akan boleh dapat untung lebih daripada RM 500 dalam masa empat tahun kerana melabur dengan berdisiplin dan tidak terjebak dalam MLM.

masa aku belajar dulu, mana ada orang nak paksa aku simpan duit macam itu. menyesal memang menyesal sekarang ini tetapi aku rasa masih belum terlewat kalau aku series mahu menyimpan.

jadi, ada sesiapa mahu laburkan barang RM 100-RM 200 bulan ini? sila email aku har har.

Thursday, May 26, 2011

lokasi: dalam lif
masa: 2.17 petang

pekerja pejabat lain: adik.

aku pusing pandang dia (PPL). aku hampir pasti kami hampir sebaya. tetapi tak mengapa.

aku: ye, kak.
PPL: sekarang dah gemuk ye. dulu tak macam ni.

wah, akak. saya suka sangat akak bersikap jujur. serius saya suka, kak. saya rasa ramai orang boleh mencontohi sikap akak. seperti contoh, ahli politik.

oke maaf. ini bukan blog politik.

tetapi akak, ketahuilah bahawa saya lebih rela kalau akak tak sebut apa-apa pasal berat badan saya. saya lebih suka kalau akak cerita tentang cuaca, inflasi ataupun makanan kegemaran. serius kak.

akak tolong jgn buat saya macam ni. rasa nak cakar muka akak dengan garfu.

Wednesday, May 25, 2011

tadi nak tulis panjang-panjang. sekali sudah habiskan setengah jam tulis dengan pen dan kertas, tangan sudah kejang. punyalah tak pernah tulis pakai pen.

yes, i'm spoiled (bows head).

Tuesday, May 24, 2011

aku tak tahu pula umat Islam perlu lebih takutkan holy water berbanding Tuhan.

sometimes, the stupidity is beyond belief. dapat informasi bukan nak selidik. terus percaya bulat-bulat. patutlah selalu sangat kena tipu.
jangan malas sangat. buka mulut. tanya. 

Sunday, May 22, 2011

nota: tidak sesuai dibaca semasa makan ataupun berniat untuk makan. 

aku memang sentiasa bermasalah dengan gigi. lebih kurang enam tahun dulu, aku terpaksa membuang gigi geraham bongsu aku di sebelah kiri. gigi berlubang; selalu berdarah dan susah nak dicapai dengan berus gigi. lama juga aku menderita penangan sakit gigi. waktu siang, tak sakit tapi bila malam, bersedialah. aku cabut di Hospital Putrajaya.

dan sejak hari itu, aku sentiasa berjaga-jaga. sebelum ini, aku pernah periksa gigi di sebelah kanan pula kerana aku lihat selalu berdarah. doktor gigi beritahu tiada apa-apa yang perlu aku risaukan.

baiklah.

dan pada hari khamis lalu, aku menjejakkan kaki sekali lagi ke klinik gigi. seperti yang aku jangka, gigi geraham di rahang kanan pasti akan membawa masalah. memang. dan aku telah buat pertaruhan yang silap.

aku memilih untuk tampal gigi, bukan cabut. aku lupa bahawa gigi aku perlu di drill sebelum ditampal. sudah sangat lama orang tidak bertukang dalam mulut aku hingga aku terlupa terus apa yang bakal aku hadapi.

sebelum itu, doktor memang dah tekan gigi aku sekuat-kuat hati. kalau boleh dia tekan dengan sku, mungkin dia akan buat. apakan daya tak muat sahaja. sudahlah mata tidak ditutup (di Putrajaya, mata aku ditutup), dengan cermin mata hitam yang dibekalkan, aku masih lagi dapat melihat barang-barang 'pertukangan' yang dibawa melintas di depan mata aku. aku tutup mata tetapi bila doktor gigi mula bertukang, aku terlupa nak tutup mata.

seolah-olah terlihat abuk daripada gigi aku yang ditarah doktor gigi. mungkin hanya aku yang berimaginasi tetapi aku sangat pasti bahawa rasa ngilu yang aku alami pada rahang itu bukan ilsi. doktor gigi pula buat-buat tanya sakit ke tidak. sudah gaharu, cendana pula. cis.

dan selepas ini, satu lagi gigi aku akan dicabut. lebih baik cabut rasanya kerana gigi aku senget dan sudah pun mengalami tooth decay. rasanya aku lebih rela gigi dicabut kerana ini gigi bahagian atas. aku tak dapat bayangkan kalau dia nak bertukang macam mana. ngeri!

ah, nak buat macam mana. ini pun kiranya kesihatan tubuh badan juga. mujur juga gigi lain tiada masalah berikut. hanya gigi geraham sahaja yang bermasalah. sediakan duit sahaja *nangis.

Saturday, May 21, 2011

Hujung minggu

Hujung minggu ini tidak akan senggang seperti minggu-minggu lepas. Ah sudahlah tu. Hampir sebulan juga tidak kerja pada hujung minggu.

Ini untuk hari minggu yang lebih sibuk dari biasa. :).

Sent from my iPad

Wednesday, May 18, 2011

Perempuan/ Wanita/ Gadis

Tak payah nak in denial sangat. Kalau orang tu betul suka kau, kau tak perlu usaha keras sangat. Tak perlu cari dia bagai nak rak. Call setiap hari tanpa balasan. Padahal kau nampak je dia tengah berblog/ facebook atau twitter.

Kalau dia tak reti nak jawab telefon, return call atau mesej, he's just not that into you.

Tak payah pening kepala. Bila dah habis, lupakan dan move on. Tak perlu tolong buatkan alasan untuk dia seperti 'dia sibuk sangat tu. Sebab tu tak boleh telefon/ mesej.' Sudah. Tak perlu tipu diri sendiri. Kau memang takde tempat sangat dalam hidup dia. Blah je.

If you are not rushing, then why wait - He Is Not Just Into You.

Tolong buatkan alasan untuk dia menandakan kau rasa ia adalah oke untuk kau dibuang macam kotak susu kitar semula; bila ada kegunaan ambil, dah tiada buang. Bila nak guna semula, ambil balik.

Lepas dah habis tu, kau nak sedih, silakan. Tapi kau boleh sedih maksimum tiga hari sahaja. It is not the end of your life. Lepas tu teruskan hidup macam biasa.

I've been there, sayang. It can be done ;).

P/S: Darling, you know we think you are fabulous. Your Joyah Brigade. XOXO.

Sent from my iPad

Perihal jam 1

Sudah jam satu pagi. Hujan masih rintik-rintik di luar. Mata aku masih segar. Tangan masih mengurut belakang. Sakit tapi salah sendiri. Jangan kecoh sangat.

Kali ini sakit sebelah kanan. Dua hari lepas masa buat stretching, ada bunyi berderap. Lagi sekali, tak boleh salahkan orang lain melainkan diri sendiri. Tak sempat baik dah pergi Perhentian bagai. Naik bot dah 45 minit satu trip.melambung-lambung lagi. Tekanan di tulang belakang.

Mata masih lagi tak mengantuk. Tetapi, perlu luruskan sahaja tulang belakang. Tahan selagi boleh. Tahan sakit bukan tahan mengantuk.

Aku harap jam empat nanti tak ada orang riuh-rendah pecahkan kelapa, mesin kelapa parut. Nanti dengan kepala lutut dia akan parut.

p/S: kalau hujan, lagi ngilu belakang ai.

Sent from my iPad

Tuesday, May 17, 2011

sekarang, aku memang tak tonton berita. bukan apa, selalunya aku keliru; aku ni tengah tengok berita ke saluran skandal?

tapi kadang-kadang tu, tertengok jugalah. selalunya cerita yang sedih-sedih; bunuh-bunuh, tembak-menembak. tapi tadi mereka laporkan tentang harga makanan naik di Haiti. 

Inflasi dan kenaikan barang-barang memang tidak dapat dielakkan. TETAPI, itu tidaklah bermakna ia boleh dinaikkan melambung-lambung. paham tak?

and this news telling us the food price increase elsewhere, it does not mean doing it so over the limit here is fine.

aku dah nak melalut, sedia:

aku bengang betul. yang bayar duit pemimpin tu pakai duit rakyat tau? aku tanak dengar pasal skandal sextape bodoh ni semua. aku nak tau apa yang kita lakukan untuk membendung inflasi.

sumpah emo. aku nak cari coklat. 

Monday, May 16, 2011



                                                                             


Note: this is my personal opinion. Proceed at your own risk. 

The story started off at the office where Lucy Carmel Sullivan works, where her office mates and her were dicussing about getiing palm reading. The usual effort how working class are all trying to improve themselves. Awesome, I can totally relate to that.

It all started with a palm reading that all four of them seem to be affected. They areMeredia, a woman is looking for the love of her life; Hetty, a married woman who was the only person who does the work in the office; Megan, a no-nonsense travelling Australian and of course, Lucy Sullivan.

The idea for the palm reading came from Meredia and the oart where Lucy asked (in a blur fashion), what her palm reading meant. Apparently, she is going to get married in a year. Great? Not really because Lucy does not not see anyne and his life is pretty much man-free. The closest thing tha she can get is the good friend called Daniel Watson. Daniel really cannot help himself being gorgeous and nice, becoming the trophy that Lucy's roommate and gay friend long for.

Lucy never take Daniel seriously. Every opportunity she has, she will laugh at Daniel or making fun at hm. For Lucy, Daniel is a womaniser, no matter how hard Daniel tries to prove otherwise.

Enter Gus ('Mad a brush', according to Karen, Lucy's roommate), a penniless musician and a drunk. Gus waltzs in and out of Lucy's life as it suits him. This is the part that I like.

The book touches on sexual imprit, which term means girls tend to pick a guy who has similar characteristics like their fathers. Like Lucy's father, Gus was also an alcoholic. Gus was always talking rubbish, being irrational and jobless. Not very unlike Lucy's own father.

Her Dad's problem is obvious to everyone, except Lucy. And then something happened, which made her realise what was going on with her father.

Lucy never believed the palm reader's prediction. For her, it will never happen to her. T a turn of event took changed the course of her life.

Personally, I absolutely love Marian Keyes' sense of humour. It was just delightful. The while book was a joy to read. Each character has different significant personalities, making the story become very colourful.

Obviously I've read this book several times, I just love it. It is absolutely delightful to read after a hard day's work. But, it will make it difficult to sleep I read it before I go to sleep.

Would I recommend it? Yes, of course. It is funny and witty.

Sunday, May 15, 2011

Perihal nyamuk

Malam-malam, aku memang bertarung dengan nyamuk. Beberapa lama jugalah aku sembur insect repellant ke kaki dan tangan sebelum tidur. Sampai melekat bau ke seluruh bilik.

Itupun nasib aku bukan baik sangat. Terjaga jam dua atau tiga pagi, terpaksa sembur sekali lagi.

Penat.

Masa aku kecik-kecik dulu, atuk aku penah pesan pakai bedak untuk elak nyamuk. Disebabkan aku dah tertekan sangat, aku pakailah tip itu. Tak tahan aku dibuatnya malam-malam kena sembur insect repellant satu badan.

Aku berjalan la satu rumah sebab aku memang takde bedak haha. Siapa punya bedak ni aku tibai je. Maka bermulalah episod pasang penghalau nyamuk dan lumur bedak seluruh lengan. Kipas mesti pasang sampai 5, kalau tidak memang tidur dengan peluh seluruh badan.

Hari itu aku tidur dengan sangat lena. Dah dekat seminggu aku amalkan. Alhamdulillah jadi.

Eh tapi bedak ada tarikh luput ke? Aku rasa bedak tu dsh ada atas meja dah berapa tahun pun aku tahu. Rasanya masa aku kat universiti dah ada dah bedak tu. Jenama Agnesia yang kalau kau pakai, bau akan jadi macam bontot bayi yang mengalami ruam lampin.

Ah, aku apa ada hal.


Sent from my iPad

Thursday, May 12, 2011

Perihal Panas, Jerebu dan Hujan

mata aku memang liar pandang ke tingkap sepanjang hari. minggu ini, jarang benar merantau jauh cari makanan. sebab panas dan berjerebu. selebihnya, aku sibuk. lebih sibuk daripada sebelum-sebelum ini. setiap masa bergaduh dengan diri sendiri 'fakta ini penting ke tidak?', 'adakah ini monitored sector?', 'would this be of interest to the client?', 'lepas cerita ini mahu buat air atau pergi buang air?'.
 
tengahari tadi, cuaca nampak suram. tetapi aku tidak percaya itu mendung. aku lebih percaya pada khabar angin yang ianya jerebu kerana aku tak mahu bergantung harap. nanti, aku yang kecewa kalau tidak hujan.
 
jam empat, aku selak langsir di pejabat dan kelihatan awan bergulung-gulung, hitam pekat.
 
aku belum berani senyum sebab manalah tahu, ia sekadar false alarm. kemudian, ada pula kawan beritahu Putra tak bergerak kerana ribut petir di Petaling Jaya. Aku sengih.
 
Malam ini, bakal tidur tanpa gangguan nyamuk. Dan sekarang, keadaan di luar seperti jam 7 petang.

Perihal teh hijau

di pantri ada teh hijau daripada bos. terima kasih bos. sayang bos.
 
tidak macam semalam, hari ini kalau nak buat teh hijau itu, kena bancuh sendiri. aku malas sebab satu uncang lebih dari cukup untuk seorang. dan aku memang terkenal dengan buat air cincai kalau sekadar nak minum sendiri.
 
dengan kehadiran teh hijau di pantri, bos turut layangkan sekeping email. biasalah, mestilah tentang kebaikan teh hijau. dengan kandungan akti-oksiden, kebolehan ia membantu menguruskan badan, menguatkan tulang bla bla bla. bagus teh ini bos.
 
jadi, adakah ini bermakna kalau saya pergi KFC sekejap lagi dan makan colonel burger, zinger, snack plate dan chicken pie ke tart tak sure la secara pukal dan tidak lagi risau tentang berat badan saya? adakah ini bermakna saya boleh minum milo dengan 4 sudu besar gula tanpa ragu-ragu lagi? atau beli gelato tiap-tiap hari? minum petang java chip besar dengan whipped cream meleleh sampai ke dagu?
 
ye, saya tau tidak tetapi saya tengah bosan ini. bacalah saja celoteh saya yang tiada haluan. dalam jerebu-jerebu begini, memang mudah hilang arah.

Wednesday, May 11, 2011

sepupu-sepupu aku adik beradik memang kuat mengigau. ada sekali masa kecik-kecik, boleh derang ni sambung-sambung mengigau.

adik: tu. lampu hijau.

selang beberapa minit...

kakak: takde lampu merah la. tidur bukan sebelah-sebelah dah berlaku pada masa yang berlainan.

itu berlaku semasa mereka masih kecil. sekarang dah tua dah. dah tak masuk akta buruh kanak-kanak kalau mereka dieksploitasi. eh cop, kalau pakai akta pemerdagangan orang mungkin salah. akta mail  lambong tidaklah saya pasti.

baru-baru ini, kejadian itu berlaku lagi. biasalah, aku memang suka lepak dekat ruang tamu lagi satu sebab nak tengok TV. sepupu lelaki aku ni pulak dia ada kelebihan macam harimau bintang; tidur bukan di atas permukaan rata. bukanlah terhad kepada harimau bintang sahaja tapi aku rasa harimau bintang itu comel. siapa yangboleh faham.

aku duduk atas lantai sebab dia tidur atas kerusi malas. tiba-tiba:

' dua..dua'. aku pandang kakak dia (yang tengah bertenet dekat PC, kakak dia pandang aku). kami tidak akan melepaskan peluang membahan sesiapa yang membuat salah maka untuk beberapa minit seterusnya, kami pun membahan mamat yang tengah mamai.

setelah habis berita yang ditonton, aku pun naik atas. kakak dia pulak dah tengah malam baru nak charge telefon. dia pun kejutlah mamat tu sebab nak pinjam charger. adik dia mengigau lagi:

' mana ada nombor empat. empat...empat' itu menurut perkhabaran daripada kakak dia melalui Twitter.

maka, bila digabungkan, jadilah 2444. boleh jadi nombor ekor tapi kami tak tikam hish haram.

sekian dulu. dalam masa setengah jam, saya pulak nak cuba mengigau.

Sunday, May 08, 2011

banyak yang aku rancangkan pada hujung minggu ini. memang banyak. tetapi seperti biasa, insan seperti aku (baca: pemalas), sering tewas pada lambaian katil.

cuaca yang panas dan juga 'hutang tidur' yang bertimbun waktu hari kerja juga menyumbang kepada faktor ini. ya, tidak elok. aku tahu. tetapi kebiasaan seumur hayat, sukar untuk diubah. cis! alasan.

hari Sabtu, aku melepak depan TV di rumah belakang sambil membuat cross-stitch. kononnya membazir kalau tengok TV semata-mata kalau tangan tak buat apa-apa. tonton White Collar dan ye, aku tonton sebab pelakon dia jambu. kau ada masalah? pfbt.

biasalah, aku ini memang banyak komen. ada satu scene sidekick hero cuba pecah masuk rumah gadis seksi yang hot (peyton dalam One Tree Hill). aku ingat macam terer sangat la mamat ni rupanya scan sahaja tempat masukkan kod itu. eh apa nama dia? ala aku tak ingat la tapi yang kau masukkan PIN number supaya boleh masuk rumah tanpa tuduhan merompak.

ada empat kod dan mengikut hukum probability, bukan senang nak decrypt kod. mesti ada attempt yang berkali-kali untuk capai kombinasi yang diingini.

jadi agak kelakar lah bila sidekick dia cuma perlu cuba beratus-ratus kali. kalau logiknya, empat angka mesti cuba sampai ribu-ribu kali. nasib baik lepas itu pemilik rumah keluarkan waran tangkap terhadap hero sebab dia syak hero yang cuba pecah masuk rumah dia. ada juga la logiknya di situ.

bermain dengan probability bukan senang. dan bermain judi perlukan pengetahuan probability yang tinggi. well, ini pensyarah aku cakap masa belajar dulu. kalau dia salah aku pun salah juga la. hahaha.

rindu nak duduk di bilik kuliah. rindu nak tengok pensyarah mundar-mandir depan kelas. rindulah rindulah.

dan sekarang rindu nak pergi pejabat. rindu dekat aircond sebenarnya haha. oke dah nak serambus gosok baju.

Saturday, May 07, 2011

kita boleh minta macam-macam, berharap yang macam-macam. tetapi kita jangan lupa, meminta itu mesti bertempat.

nak harapkan manusia? jangan harap la weih.

sebab itu hubungan sesama manusia ini bagi aku hanya perlu berpada-pada aku bercakap tentang perhubungan macam persahabatan atau satu perhubungan yang bukan berasaskan kekeluargaan. bukanlah tidak perlu jaga tetapi kita semua perlu ajar diri sendiri tak perlu meminta-minta balasan.

bila kita tidak berharap balasan atau terima kasih, itu sudah sampai tahap memberi paling optimum. ' ambillah, aku tak kisah. ia sudah jadi hak kau, aku tidak mahu berkira.' untuk sampai ke tahap itu memang sukar. bukanlah aku nak cakap aku dah sampai ke tahap itu, tetapi ini peringatan yang baik.

bila kita tak berkira, kita takkan terasa. tahu Mother Theresa? kalau dia berkira, takkan begitu jadinya dia. aku bukan sembah dia tetapi kalau dia yang bukan seagama dengan aku sudah memberi semacam itu, apa kau tak malu?

tidak puas hati? baik. Mohamed Yunos, pengasas Grameen Foundation. lupakan kisahnya di mahkamah dulu. fokus pada sifat kemanusiaan dia.

kami (tidak perlu aku sendalkan nama di sini) memang selalu jadi mangsa ungkit. tidak perlulah ungkit tentang apa tetapi boleh dikatakan ada sahaja yang tidak kena. meluat? kecil hati? sikit-sikit sudahlah. bila sampai sudah bertahun-tahun, benda itu jadi bahan gelak. cakap, cakap, cakap di sebelah sana, gelak, gelak, gelak di sini. sampai satu tahap aku letih sebenarnya dengar orang cakap, tidak kiralah apa pun. aku lebih sukakan 'senyap'. bila kita senyap, lebih banyak yang kita faham.

sebab telinga aku dah malas nak mendengar alasan demi alasan. kalau rasa tak suka sangat, ambil tindakan. halau, usir atau campak sahaja dari kehidupan. singkir perlahan-lahan kalau itu bawa lebih banyak ketenangan. jangan biarkan perhubungan yang entahkan bawa kebaikan atau tidak itu menganggu tujuan utama kita dalam kehidupan.

dalam hidup ini, kita tak boleh sangat nak usung masalah yang bersarang dalam hati ke hujung dunia. buat apa? macam kau dah tak ada kerja lain nak buat. macam kau tak ada tanggungjawab sebagai seorang manusia. macam penting sangat nak puaskan hati semua orang padahal kita semua hanya perlu puaskan hati Yang Esa itu sahaja.

meminta pada manusia; samada balasan atau terima kasih, itu sudah cukup memenatkan. pesan aku pada diri sendiri; sudah-sudahlah. tak jemu ke meminta dan mengharap pada yang tidak mampu memberi?

kita bukan ada mukjizat boleh tilik apa akan jadi esok. kalau jumpa sesiapa dan dapat apa-apa, ucapkan syukur. macam gaji yang diterima tiap-tiap bulan, itu cuma rezeki, bukan hak kita. kalau hilang atau ditarik balik, kau mahu dakwa Tuhan? kalau berani, buatlah.

malah, semua yang ada dalam dunia ini adalah rezeki. bukan harta. tak faham? pergi dengar pesan Herman Tino, pesan aku pada diri sendiri.

Thursday, May 05, 2011

Eh, anda semua sudah tahukah belum? Kapasitor telah dicalonkan untuk kategori 'Best Internet For Good Award' untuk DiGi WWWOW Awards.

Kenapa kategori ini? Wah, mestilah mesti kategori yang ini kerana kapasitor bagus:
1. untuk berkongsi bakat.
2. 'kedai buku' dengan pelbagai jenis bahan bacaan.
3. tempat bersosial yang mempunyai panduan yang bagus.
4. tempat meluah perasaan melalui karya.
5. ada pertandingan yang menarik.
6. dan yang akhir sekali pastilah RUMAH CARI JODOH (panjang sejarahnya tentang ayat ini)

Kan bagus tu?

Bagaimana cara mengundi? Bangun pagi-pagi, hidupkan komputer dan pergi mandi. Tunaikan solat Subuh (kepada sesiapa yang berkenaan), log masuk Facebook dan pergi ke laman ini. Pergi ke kategori 'Best Internet For Good Award', klik pada 'Order Result by Top Entries' dan pada hari ini, kapasitor sudah berada di tempat ke 7.

Undian masih dibuka, kalau tak silap hingga 20 Jun 2011. Hanya satu undian dibenarkan setiap hari. Jadi, tunggu apa lagi?

Wednesday, May 04, 2011

Berani kao!

Lumrah rasanya untuk pekerja 'merumahkan' kubikel/ meja mereka. Aku pun sama walaulun sebenarnya tidak pernah sedar yang tempat duduk aku sudah hampir jadi zoo.

Ada ikan lumba-lumba (pengetip kuku), sepit kepala arnab, zirafah penjaga tin biskut, rusa yang menjaga keamanan meja kawan sebelah, panda yang dudk di tengah partition, beruang penjaga monitor dan beruang ungu penjaga harta karun (kotak kecil di atas meja). It belum masuk lagi kucing, arnab dan entah apa lagi dalam bentuk sepit kad hari lahir aku.

Zoo Negara? Jauh sangat tu.

Dan dah memang kebiasaan di pejabat, telinga selalunya akan bersumbat earphone. Cubaan menghilangkan mengantuk yang kadang-kadang serupa tak payah sebab lagu mendayu-dayu hanya bawa bencana.

Jadi, aku ni sambil nyanyi senyap-senyap, teruslah buat kerja. Penat membanting tulang ni jadi petang-petang mesilah kene buat air. Lepas dah buat air, rasa macam nak menikmati pemandangan indah (baca: tenung meja sendiri). Nampak beruang pipi merah penjaga monitor. Lama tak tengok keadaan beruang.

Aku pun angkat beruang itu dan bersihkan bulu dia. Aku rasa sebab aku ini sedikit boyish, maka itu bukanlah sesuatu yang orang lain dapat lihat selalu, aku pun terkejut juga tetapi sebagai menghargai pemberian seorang kawan, maka aku bertangungjawab untk membersihkan dia.

Aku bersihkan dengan tangan sahaja, macam budak-budak perempuan pegang anak patung mereka.

Tiba-tiba aku rasa ada orang di belakang aku. Aku pusingkan kerusi dan pandang dia. Selalunya, dia datang melawat kalau nak bertanyakan soalan.

Kawan aku terus berpusing belakang, tak mampu tahan gelak.

Oih, nak bersengketa ke? Tak pernah tengok orang curahkan kasih-sayang pada beruang ke?

Sent from my iPad

Tuesday, May 03, 2011

Aku suka cuti. Tipulah kalau tak suka cuti. Malangnya, kalau cuti lama-lama, penyakit liat tidur malam aku sampai. Lepas itu, nak betulkan body clock dah susah. Mulalah nak mengamuk, bad mood, pening lalat, lapar sepanjang masa dll.

Hari ini dan semalam, tidak terkecuali. Mujur hari ini super sibuk. Sedar tak sedar, sudah jam satu tengahari. Seronok.

Pulang kerja, cuba memenatkan diri sendiri. Pusing klcc, keluar, terperangkap dlm trafik setengah jam, patah balik klcc. Lepas hujan memang dia punya teruk jam, tak boleh nak cerita. Hari ini bertuah pulak ada orang nak tumpangkan. Kesian jugak kalau dia drive sorang-sorang. Bosan pulak dalam kereta.

Sibuk kau lain. Sibuk aku lain. Aku percaya kau kadang-kadang tiada masa nak layan orang, kan? Jadi, samalah kisahnya di sini.

Hari dah lewat. Aku mahu mulakan mimpi sekarang. Selamat malam.

Sent from my iPad

Monday, May 02, 2011

nota: ini pendapat peribadi saya. proceed at your own risk


Masih lagi berkisar tentang buku-buku terbitan Fixi. Kali ini daripada Shaz Johar.

Pertama kali melihat kulit buku naskhah ini, aku tersenyum. Nakal rupa luaran Kougar tetapi mungkin tidak berapa tepat untuk mengukur sesebuah buku hanya daripada rupa luaran.

Kisha, itu bama watak utama. Pastilah dia adalah seorang wanita yang lpmempunyai kecenderungan untuk melayan lelaki yang lebih muda. Pada pendapat aku, Kisha tidaklah terlalu tua. Entahlah, mungkin kerana aku sebenarnya hanya punya kurang lebih sedekad untuk cecah usia seperti Rakisha mungkin.

Scene pertama merupakan tempa yang aku biasa tempuh. Sebuah tren. dan melalui pengalaman sendiri jugak tren adalah tempat yang mudah untuk cuci mata. Ahem. Oke, baiklah. Aku bersalah.

Sudah agak berusia, Rakisha adalah seorang pengurus aku kira (kerana ada orang yang diuruskannya). Dan seperti gadis-gadis bujang yang bekerja di ibu kta, Rakisha di dalam Kougar turut hadapi tekanan darioada ibunya yang mahu dia berkahwin segera.

Bagaimana rasanya sudah punya kekasih hati tetapi tidak diterima ibu? Bagaimana pula rasanya rebound dan 'keluar mulut buaya, masuk mulut naga'?

Tahniah, Shaz Johar. Kouga sangat menarik perhatian saya. Dan terima kasih memberi idea bagaimana nak menangani situasi kalau terperangkap di antara hak dan perjuangan diri sendiri.

Isu yang ditampilkan dalam Kougar aku kira adalah sebuah isu yang tidak pernah padam. Siapa tidak risau bila masih lagi tidak ketemu jodoh. Tetapi kadang-kala jadi risau pula bila sudsh bertemu jodoh. Kedua-dua ini memang menimblkan kesulitan untuk ramai wanita, terutamanya yang sibuk mengejar kerjaya.

Olahannya santai dalam serius. Konflik dengan ibu, konflik dengan hati, dengan hal pejabat, dengan rakan-rakan...apa yang berlaku dalam kehidupan seharian tetapi olahan dalam Kougar buatkan ia jadi menarik untuk diikuti.

Dalam gelak dan cuak, Shaz Johar beri peringatan

' Aku pelik tengok dia sebenarnya. Pakai tudung dengan baju lengan pendek dan seluar legging. Motif?'

Bersahaja tapi kena tepat.

Watak kawan baik Rakisha memang terdapat di mana-mana. Kasihan sebenarnya tetapi itulah realiti rumahtangga. Lebih-lebih lag sekarang ini.

Di dalam Kougar kita jenguk sedikit tentang apa yang bersarang dalam fikiran andartu, fungsi Facebook dan effective physical and virtual stalking.

Karya ini memang menghiburkan. Buatkan aku takut sedikit pastinya (kerana Rakisha sedang lalui apa yang aku sedang lalui). Kepada yang sudah membeli, penamatnya sangat comel. Aku suka.
Dengan titis hujan, air mata turut turun berlinangan di pipi mulus Aisha. Sengaja dia berdiri di tengah hujan, kononnya mahu menikmati kesyahduan yang menebal di hati saat iu.

Perasaan ditimpa air hujan tidak membawa sebarang perubahan yang ketara pun. Tidak seperti yang selalu dihebohkan di dalam buku cerita cinta. Sejuk, basah dan menyusahkan. Hati Aisha tidak berubah menjadi lebih tenang. Sebaliknya, gadis itu terasa bodoh.

Diangkat kaki yang sudah lencun, sama seperti bahagian lain tubuhnya untuk kembali ke bilik.

Sakit, memang sakit. Luka yang tidak nampak di hati itu yang buatkan Aisha rasa sungguh terseksa. Luka yang tidak nampak pada bahagian yang tidak mempunyai urat, itu yang mendera.

Lebih payah lagi bila Aisha tidak mampu menangis. Entah, mungkin kerana namanya yang bermaksud 'kehidupan yang gembira' yang membuatkan dia begitu. Ataupun sebenarnya dia sudah malas.

Bukan sekali ini hatinya remuk dek cinta tetapi kali ini lain. Kerana ini sepatutnya yang terakhir di mana dia yang akan meninggalkan orang lain. Penyudah cerita cinta ini sepatutnya lain.

Tombol pintu yang terasa sejuk di kulit, diputar perlahan. Sunyi yang memenuhi ruang pengap empat dinding itu didakap mesra oleh Aisha. Terasa kecil dan kerdil sekali berdiri di tengah-tengah ruang berwarna biru pastel. Dalam gelap yang memenuhi setiap inci rumah, Aisha terduduk di muka pintu. Dia ingin menangis, mahu dilepas semua beban yang dikandung di dalam kalbu. Atau hati? Entah, Aisha tidak tahu. Dia cuma sekadar mengikut, mengulang sahaja kata-kata yang sering diulang cetak di dalam novel cinta.

Dia pasrah. Dalam deras hujan yang menimpa bumi, dia berserah. Siapa sangka, Aisha yang sedang menghidap barah otak ditinggalkan Aman terlebih dahulu. Dan dia tidak pernah sangka bahawa perit di hati buat Aisha begini. Jelas, Aman curi hati Aisha sehingga tidak berbaki. Curi dan kini tidak mahu dipulangkan.

Tanpa mengangkat kepala, Aisha lihat sepasang sepatu milik Aman di depan matanya. Aman yang baru sahaja dikebumikan pagi tadi, berdiri di depan Aisha. Wajah pucat beserta darah pekat yang mengalir di dahi, tidak ubah seperti keadaan Aman saat dihantar ke bilik mayat.

Wajah pucat yang sememangnya milik Aman tersenyum pada Aisha.

Aisha tanggalkan kasut yang basah lalu melangkah ke dalam rumah. Kali ini, biar air pancuran yang bersihkan setiap inci tubuh Aisha, halau setiap debu toksik daripada batang tubuhnya.

Mulai hari ini, Aisha mahu berpakaian cantik-cantik dan bersolek cantik-cantik menanti kematian. Kerana kini, setiap saat dirinya akan ditemani bayangan Aman. Bayangan yang cuma Aisha sahaja yang nampak.

nota kaki: kanser otak boleh menyebabkan halusinasi visual.
lepas.
kerana jiwa ini masih kekal ingin bebas.

lepas.
tanpamu lebih ruang untuk aku bernafas.

lepas.
kalau kau kata hati aku keras.

lepas.
lepaskan yang lepas-lepas.

Sunday, May 01, 2011

                                                                                                      
nota: ini pendapat peribadi sahaja. read at your own risk. 


Sebagai orang yang gila buku, pastinya aku akan ke Pesta Buku. Cuma bezanya, kali ini impian untuk ambil lesen menyelam menyebabkan aku terpaksa mengekang keinginan untuk memborong secara mengikut nafsu.

Buku pertama yang aku capai adalah Cekik terbitan Fixi. Kalau tengok daripada kulit depannya, aku sudah teringat akan snuff films. Aku tak tengoklah, aku baca karya Sidney Sheldon. Ada penerangan tentang itu.

Dan tanggapan pertama aku tentang Cekik, tidak jauh berbeza.

Gaya perceritaan dalam cerita ini adalah pandangan sudut pertama. Ya, yang selalu kita baca di dalam blog. Latar belakang di dalam cerita ini bercampur-baur di antara kampung dan Bandar. Bandar dengan ejaan huruf besar kerana bagi Warith (watak utama di dalam buku ini), Bandar semacam satu daerah lain bagi dirinya yang tidak pernah keluar dari kampung sepanjang 14 tahun kehidupannya.

Cerita ini cerita misteri/ jenayah. Cerita ini juga membawa kita menyelam akan kehidupan lelaki. Menarik. Sangat. 

Ia membawa kita akan kehidupan seorang budak lelaki yang bapanya sering menghabiskan masa di surau tetapi tidak pula mengajar Warith akan ilmu ukhrawi. Perkara biasa, bukan?

Ya, itu yang aku rasa merupakan kekuatan di dalam Cekik. Bahasa yang sempoi tetapi masih lagi tidak langgar sukahati penggunaan Bahasa Melayu. Dengan begitu ketara.

Menyelak helai demi helai Cekik, kita akan dibawa masuk ke dalam kehidupan hampir setiap watak. Ada banyak imbau kembali dalam cerita ini. Ia membawa kita masuk mengenali akan personaliti dsn apa yang membawa mereka semua ke mana mereka sekarang.

Ceritanya tragik, bagi aku. Entah trauma apa yang dialami Warith mendapat seorang ayah yang begitu. Maksudnya, pastu sangat sukar hingga Warith terpaksa lari dari rumah. Dan kemudian, bertemu pula dengan Suria Menado.

Ini adalah pendapat aku, mungkin aksi-aksi dalam kamar yang terdapat dalam Cekik ini menyokong jalan cerita, aku tidak punya masalah. Tetapi entah, aku lihat penggunaan aksi-aksi dalam kamar bersepah-sepah tanpa sebab yang jelas. Sudahnya, aku jadi keliru akan keutamaan dan fungsi aksi-aksi sebegitu. Belajar biologi? Mungkin tidak perlu kerana pembacaan membuatkan kita berjalan dlam cerita, bermain dengan imaginasi.

Satu lagi yang buat aku rasa kurang senang adalah susunan cerita. Bagi aku, jalan cerita semacam bercampur-campur hingga ia jadi sangat mengelirukan. Mungkin disebabkan aku seorang penganalisa maklumat, jadi aku terengsa bila susunan jadi sangat kucar-kacir.

Di mana imbas kembali, di mana cita sebenar? Mengapa sukar benar untuk membezakan samada Warith sedang berangan atau itu adalah apa yang sedang berlaku? Mengapa pada muka surat belakang baru ada imbas kembali akan apa yang 'difikirkan' oleh mee maggi? Apakah signifikannya? Apa yang membuatkan imbas kembali mee maggi ini penting?.

Sebagai seorang penganalisa maklumat, aku dilatih untuk mengasingkan fakta; fakta yang menyokong cerita dan cerita dongeng. Jadi, maafkan aku yang cerewet.

Bila seseorang membaca cerita dan mengalami masalah untuk mengikut jalan cerita, ia sudah menganggu. Aku tahu kerana aku sendiri selalu ditegur.

Keseluruhannya, aku berasakan Cekik ada potensi kalau ia dihasilkan dengan lebih serius. Mana-mana perkataan bahasa asing seeloknya diitalickan (kadang-kadang, memang tidak boleh elak). Dan aku masih berasakan yang adegan di atas katil dan aksi-aksi fetisy perlu digunakan secara ekonomi.