kita boleh minta macam-macam, berharap yang macam-macam. tetapi kita jangan lupa, meminta itu mesti bertempat.
nak harapkan manusia? jangan harap la weih.
sebab itu hubungan sesama manusia ini bagi aku hanya perlu berpada-pada aku bercakap tentang perhubungan macam persahabatan atau satu perhubungan yang bukan berasaskan kekeluargaan. bukanlah tidak perlu jaga tetapi kita semua perlu ajar diri sendiri tak perlu meminta-minta balasan.
bila kita tidak berharap balasan atau terima kasih, itu sudah sampai tahap memberi paling optimum. ' ambillah, aku tak kisah. ia sudah jadi hak kau, aku tidak mahu berkira.' untuk sampai ke tahap itu memang sukar. bukanlah aku nak cakap aku dah sampai ke tahap itu, tetapi ini peringatan yang baik.
bila kita tak berkira, kita takkan terasa. tahu Mother Theresa? kalau dia berkira, takkan begitu jadinya dia. aku bukan sembah dia tetapi kalau dia yang bukan seagama dengan aku sudah memberi semacam itu, apa kau tak malu?
tidak puas hati? baik. Mohamed Yunos, pengasas Grameen Foundation. lupakan kisahnya di mahkamah dulu. fokus pada sifat kemanusiaan dia.
kami (tidak perlu aku sendalkan nama di sini) memang selalu jadi mangsa ungkit. tidak perlulah ungkit tentang apa tetapi boleh dikatakan ada sahaja yang tidak kena. meluat? kecil hati? sikit-sikit sudahlah. bila sampai sudah bertahun-tahun, benda itu jadi bahan gelak. cakap, cakap, cakap di sebelah sana, gelak, gelak, gelak di sini. sampai satu tahap aku letih sebenarnya dengar orang cakap, tidak kiralah apa pun. aku lebih sukakan 'senyap'. bila kita senyap, lebih banyak yang kita faham.
sebab telinga aku dah malas nak mendengar alasan demi alasan. kalau rasa tak suka sangat, ambil tindakan. halau, usir atau campak sahaja dari kehidupan. singkir perlahan-lahan kalau itu bawa lebih banyak ketenangan. jangan biarkan perhubungan yang entahkan bawa kebaikan atau tidak itu menganggu tujuan utama kita dalam kehidupan.
dalam hidup ini, kita tak boleh sangat nak usung masalah yang bersarang dalam hati ke hujung dunia. buat apa? macam kau dah tak ada kerja lain nak buat. macam kau tak ada tanggungjawab sebagai seorang manusia. macam penting sangat nak puaskan hati semua orang padahal kita semua hanya perlu puaskan hati Yang Esa itu sahaja.
meminta pada manusia; samada balasan atau terima kasih, itu sudah cukup memenatkan. pesan aku pada diri sendiri; sudah-sudahlah. tak jemu ke meminta dan mengharap pada yang tidak mampu memberi?
kita bukan ada mukjizat boleh tilik apa akan jadi esok. kalau jumpa sesiapa dan dapat apa-apa, ucapkan syukur. macam gaji yang diterima tiap-tiap bulan, itu cuma rezeki, bukan hak kita. kalau hilang atau ditarik balik, kau mahu dakwa Tuhan? kalau berani, buatlah.
malah, semua yang ada dalam dunia ini adalah rezeki. bukan harta. tak faham? pergi dengar pesan Herman Tino, pesan aku pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment