bangun pagi-pagi sudah rasa mahu marah. betapa mencabarnya hari ini sebab kad Touch N Go yang baru sahaja diisi semula telah menghilangkan diri. menghilangkan diri kalau dengan isian dua puluh ringgit tidak membawa kepada bibir aku menggeletar tetapi bila jumlahnya banyak, aku rasa hampir nak berbuih mulut. redha, aku nak buat macam mana. dan nasib baik ada spare kad. magis kan ada spare?
dan terus beli tempat pemegang kad. tak mahulah aku asyik hilang kad sahaja.
Pirates of the Caribbean edisi kali ini merupakan hidangan kali ini. persetankan kad yang hilang (dan akan menyebabkan akaun berlubang), aku mahu juga tonton Jack Sparrow. tidak, aku tak mahu beri ulasan kerana ia akan jadi sangat berat sebelah. ini kerana, aku berasa Jack Sparrow adalah sangat seksi.
aku memang ada rasa nak pakai celak macam dia tetapi aku rasa aku ak mampu nak beli celak sampai tiga batang dalam masa seminggu untuk mencapai tahap seperti dia.
kepada sesiapa yang belum tonton filem ini, bersabarlah sedikit menunggu kredit kerana masih ada sambungan. tadi, hanya tinggal aku dan satu pasangan ini sahaja menanti kredit habis.
kenapa ya selalu sangat filem buat sambungan begitu? ah mungkin mereka ada sebab sendiri.
pagi tadi juga teman sepupu buat akaun ASB. kepada sesiapa yang ada adik atau sepupu yang sedang belajar, galakkan atau paksa dia untuk melabur. sekarang sudah ada peluang untuk pelaburan berlandaskan syariah. bayangkan kalau dia mula melabur pada usia 19 dan habis belajar pada usia 23 tahun. dan dalam masa empat tahun tersebut beliau sabar menanti pulangan pelaburan tersebut. bukan mahu pergi berjoli tetapi membayar hutang pengajian, untung sangat. betul-betul untung. okelah kalau ada RM 500 sekalipun dalam akaun dia. boleh buat bayar PTPTN sementara menjana gaji atau menunggu pekerjaan. betul, memang bawa beza. kau bayar la sikit-sikit, tak perlulah bayar RM 500 dalam satu bulan terus. asal jangan kasi PTPTN hantar surat peguam.
ini hanya situasi yang aku beri sebagai contoh. aku tau orang lain akan boleh dapat untung lebih daripada RM 500 dalam masa empat tahun kerana melabur dengan berdisiplin dan tidak terjebak dalam MLM.
masa aku belajar dulu, mana ada orang nak paksa aku simpan duit macam itu. menyesal memang menyesal sekarang ini tetapi aku rasa masih belum terlewat kalau aku series mahu menyimpan.
jadi, ada sesiapa mahu laburkan barang RM 100-RM 200 bulan ini? sila email aku har har.
2 comments:
sila mohon di baitulmal, keh keh khe
ben: boleh diusahakan juga tu
Post a Comment