nota: tidak sesuai dibaca semasa makan ataupun berniat untuk makan.
aku memang sentiasa bermasalah dengan gigi. lebih kurang enam tahun dulu, aku terpaksa membuang gigi geraham bongsu aku di sebelah kiri. gigi berlubang; selalu berdarah dan susah nak dicapai dengan berus gigi. lama juga aku menderita penangan sakit gigi. waktu siang, tak sakit tapi bila malam, bersedialah. aku cabut di Hospital Putrajaya.
dan sejak hari itu, aku sentiasa berjaga-jaga. sebelum ini, aku pernah periksa gigi di sebelah kanan pula kerana aku lihat selalu berdarah. doktor gigi beritahu tiada apa-apa yang perlu aku risaukan.
baiklah.
dan pada hari khamis lalu, aku menjejakkan kaki sekali lagi ke klinik gigi. seperti yang aku jangka, gigi geraham di rahang kanan pasti akan membawa masalah. memang. dan aku telah buat pertaruhan yang silap.
aku memilih untuk tampal gigi, bukan cabut. aku lupa bahawa gigi aku perlu di drill sebelum ditampal. sudah sangat lama orang tidak bertukang dalam mulut aku hingga aku terlupa terus apa yang bakal aku hadapi.
sebelum itu, doktor memang dah tekan gigi aku sekuat-kuat hati. kalau boleh dia tekan dengan sku, mungkin dia akan buat. apakan daya tak muat sahaja. sudahlah mata tidak ditutup (di Putrajaya, mata aku ditutup), dengan cermin mata hitam yang dibekalkan, aku masih lagi dapat melihat barang-barang 'pertukangan' yang dibawa melintas di depan mata aku. aku tutup mata tetapi bila doktor gigi mula bertukang, aku terlupa nak tutup mata.
seolah-olah terlihat abuk daripada gigi aku yang ditarah doktor gigi. mungkin hanya aku yang berimaginasi tetapi aku sangat pasti bahawa rasa ngilu yang aku alami pada rahang itu bukan ilsi. doktor gigi pula buat-buat tanya sakit ke tidak. sudah gaharu, cendana pula. cis.
dan selepas ini, satu lagi gigi aku akan dicabut. lebih baik cabut rasanya kerana gigi aku senget dan sudah pun mengalami tooth decay. rasanya aku lebih rela gigi dicabut kerana ini gigi bahagian atas. aku tak dapat bayangkan kalau dia nak bertukang macam mana. ngeri!
ah, nak buat macam mana. ini pun kiranya kesihatan tubuh badan juga. mujur juga gigi lain tiada masalah berikut. hanya gigi geraham sahaja yang bermasalah. sediakan duit sahaja *nangis.
1 comment:
aku daripada kecik sampai besar, cuma sekali ja buat pemeriksaan gigi, itu pun sbb sekolah suruh.
kau bayangkan macamana gigi aku sekarang..
keh keh keh
Post a Comment