sepupu-sepupu aku adik beradik memang kuat mengigau. ada sekali masa kecik-kecik, boleh derang ni sambung-sambung mengigau.
adik: tu. lampu hijau.
selang beberapa minit...
kakak: takde lampu merah la. tidur bukan sebelah-sebelah dah berlaku pada masa yang berlainan.
itu berlaku semasa mereka masih kecil. sekarang dah tua dah. dah tak masuk akta buruh kanak-kanak kalau mereka dieksploitasi. eh cop, kalau pakai akta pemerdagangan orang mungkin salah. akta mail lambong tidaklah saya pasti.
baru-baru ini, kejadian itu berlaku lagi. biasalah, aku memang suka lepak dekat ruang tamu lagi satu sebab nak tengok TV. sepupu lelaki aku ni pulak dia ada kelebihan macam harimau bintang; tidur bukan di atas permukaan rata. bukanlah terhad kepada harimau bintang sahaja tapi aku rasa harimau bintang itu comel. siapa yangboleh faham.
aku duduk atas lantai sebab dia tidur atas kerusi malas. tiba-tiba:
' dua..dua'. aku pandang kakak dia (yang tengah bertenet dekat PC, kakak dia pandang aku). kami tidak akan melepaskan peluang membahan sesiapa yang membuat salah maka untuk beberapa minit seterusnya, kami pun membahan mamat yang tengah mamai.
setelah habis berita yang ditonton, aku pun naik atas. kakak dia pulak dah tengah malam baru nak charge telefon. dia pun kejutlah mamat tu sebab nak pinjam charger. adik dia mengigau lagi:
' mana ada nombor empat. empat...empat' itu menurut perkhabaran daripada kakak dia melalui Twitter.
maka, bila digabungkan, jadilah 2444. boleh jadi nombor ekor tapi kami tak tikam hish haram.
sekian dulu. dalam masa setengah jam, saya pulak nak cuba mengigau.
No comments:
Post a Comment