Thursday, May 12, 2011

Perihal Panas, Jerebu dan Hujan

mata aku memang liar pandang ke tingkap sepanjang hari. minggu ini, jarang benar merantau jauh cari makanan. sebab panas dan berjerebu. selebihnya, aku sibuk. lebih sibuk daripada sebelum-sebelum ini. setiap masa bergaduh dengan diri sendiri 'fakta ini penting ke tidak?', 'adakah ini monitored sector?', 'would this be of interest to the client?', 'lepas cerita ini mahu buat air atau pergi buang air?'.
 
tengahari tadi, cuaca nampak suram. tetapi aku tidak percaya itu mendung. aku lebih percaya pada khabar angin yang ianya jerebu kerana aku tak mahu bergantung harap. nanti, aku yang kecewa kalau tidak hujan.
 
jam empat, aku selak langsir di pejabat dan kelihatan awan bergulung-gulung, hitam pekat.
 
aku belum berani senyum sebab manalah tahu, ia sekadar false alarm. kemudian, ada pula kawan beritahu Putra tak bergerak kerana ribut petir di Petaling Jaya. Aku sengih.
 
Malam ini, bakal tidur tanpa gangguan nyamuk. Dan sekarang, keadaan di luar seperti jam 7 petang.

No comments: