Sunday, May 01, 2011

                                                                                                      
nota: ini pendapat peribadi sahaja. read at your own risk. 


Sebagai orang yang gila buku, pastinya aku akan ke Pesta Buku. Cuma bezanya, kali ini impian untuk ambil lesen menyelam menyebabkan aku terpaksa mengekang keinginan untuk memborong secara mengikut nafsu.

Buku pertama yang aku capai adalah Cekik terbitan Fixi. Kalau tengok daripada kulit depannya, aku sudah teringat akan snuff films. Aku tak tengoklah, aku baca karya Sidney Sheldon. Ada penerangan tentang itu.

Dan tanggapan pertama aku tentang Cekik, tidak jauh berbeza.

Gaya perceritaan dalam cerita ini adalah pandangan sudut pertama. Ya, yang selalu kita baca di dalam blog. Latar belakang di dalam cerita ini bercampur-baur di antara kampung dan Bandar. Bandar dengan ejaan huruf besar kerana bagi Warith (watak utama di dalam buku ini), Bandar semacam satu daerah lain bagi dirinya yang tidak pernah keluar dari kampung sepanjang 14 tahun kehidupannya.

Cerita ini cerita misteri/ jenayah. Cerita ini juga membawa kita menyelam akan kehidupan lelaki. Menarik. Sangat. 

Ia membawa kita akan kehidupan seorang budak lelaki yang bapanya sering menghabiskan masa di surau tetapi tidak pula mengajar Warith akan ilmu ukhrawi. Perkara biasa, bukan?

Ya, itu yang aku rasa merupakan kekuatan di dalam Cekik. Bahasa yang sempoi tetapi masih lagi tidak langgar sukahati penggunaan Bahasa Melayu. Dengan begitu ketara.

Menyelak helai demi helai Cekik, kita akan dibawa masuk ke dalam kehidupan hampir setiap watak. Ada banyak imbau kembali dalam cerita ini. Ia membawa kita masuk mengenali akan personaliti dsn apa yang membawa mereka semua ke mana mereka sekarang.

Ceritanya tragik, bagi aku. Entah trauma apa yang dialami Warith mendapat seorang ayah yang begitu. Maksudnya, pastu sangat sukar hingga Warith terpaksa lari dari rumah. Dan kemudian, bertemu pula dengan Suria Menado.

Ini adalah pendapat aku, mungkin aksi-aksi dalam kamar yang terdapat dalam Cekik ini menyokong jalan cerita, aku tidak punya masalah. Tetapi entah, aku lihat penggunaan aksi-aksi dalam kamar bersepah-sepah tanpa sebab yang jelas. Sudahnya, aku jadi keliru akan keutamaan dan fungsi aksi-aksi sebegitu. Belajar biologi? Mungkin tidak perlu kerana pembacaan membuatkan kita berjalan dlam cerita, bermain dengan imaginasi.

Satu lagi yang buat aku rasa kurang senang adalah susunan cerita. Bagi aku, jalan cerita semacam bercampur-campur hingga ia jadi sangat mengelirukan. Mungkin disebabkan aku seorang penganalisa maklumat, jadi aku terengsa bila susunan jadi sangat kucar-kacir.

Di mana imbas kembali, di mana cita sebenar? Mengapa sukar benar untuk membezakan samada Warith sedang berangan atau itu adalah apa yang sedang berlaku? Mengapa pada muka surat belakang baru ada imbas kembali akan apa yang 'difikirkan' oleh mee maggi? Apakah signifikannya? Apa yang membuatkan imbas kembali mee maggi ini penting?.

Sebagai seorang penganalisa maklumat, aku dilatih untuk mengasingkan fakta; fakta yang menyokong cerita dan cerita dongeng. Jadi, maafkan aku yang cerewet.

Bila seseorang membaca cerita dan mengalami masalah untuk mengikut jalan cerita, ia sudah menganggu. Aku tahu kerana aku sendiri selalu ditegur.

Keseluruhannya, aku berasakan Cekik ada potensi kalau ia dihasilkan dengan lebih serius. Mana-mana perkataan bahasa asing seeloknya diitalickan (kadang-kadang, memang tidak boleh elak). Dan aku masih berasakan yang adegan di atas katil dan aksi-aksi fetisy perlu digunakan secara ekonomi.

6 comments:

Unknown said...

wah, macam menarik buku ni. er.macam kena cari ni. simpan duit. yeah. :)

Unknown said...

menarik isinya. menarik as in mengejutkan.

hanaahmad said...

belum berkesempatan beli Cekik ni. baru beli Cougar. maybe next time. nampak menarik juga. :)

hanaahmad said...

typo *KOUGAR.

shandye. said...

belum usai baca. sudah sepertiga. rentak penceritaannya agak unik. santai, bersahaja dan agak peribadi. macam baca belog. hahaha....

Unknown said...

hanaahmad: nnt akan diulas pula Kougar
shandye: ye. sgt peribadi kan?