Wednesday, October 31, 2012

Kebergantungan Teknologi

saya sudah jadi ketagih pada teknologi. dulu, tidak boleh tinggal telefon sebab takut nanti ada panggilan. sekarang, takut mahu tinggal telefon kerana kehidupan sudah sebati dengan telefon. biar saya jelaskan.

sejak akhir-akhir ini sudah tidak pandai pergi berbelanja sendiri. mesti ada orang yang meneman. kalau tidak kawan, mesti kawan-kawan dan ia untuk keperluan sekecil-kecil alam hingga ke barang bersaiz jumbo. wajib minta pendapat kawan, entah kenapa. padahal, kadang-kadnag nak beli tudung sehelai sahaja.

kisahnya, beberapa hari yang lepas pergi tengok-tengok barang seorang diri. niat di hati memanglah nak beli sesuatu tetapi sudah jadi kurang yakin tanpa sesiapa beri sebarang maklumbalas. maka, di sinilah terbukti kebergantungan teknologi.

acu kain sikit kat kepala, tangkap gambar, whatsapp. nampak baju lawa sikit, capture dan whatsapp. sanggup tunggu sampai ada komentar. selagi telefon senyap, sanggup pusing-pusing buat benda lain dulu. sekejap-sekejap belek telefon, tak boleh berenggang langsung. kalau boleh semua tempat nak usung telefon. rasanya kalau tak bawa telefon hari tu, memang akhirnya tak beli apa-apa.

ingatkan sudah berlalu zaman penjajah. rupanya, dijajah teknologi pula. -_____-

Wednesday, October 24, 2012

Takut yang dicari

Takut yang dicari

Spolier alert utk Sinister. Anda telah diberi amaran.

Entah apa gila hari ini, laju saja ajak rakan sekerja pergi tonton cerita menakutkan. Sinister, tajuk pun dah mengandung i mean mengundang. Itupun tak percaya lagi.

Tak baca review, sinopsis atau apa-apa. Pergi beli tiket wayang secara semberono dan melangkah penuh yakin. Masuk-masuk wayang baru tau ini kisah pembunuhan.

Baik, menarik. Ada pelakon lelaki yang kacak semasa muda. Eh hensem lagi. Hensem orang tua tu ada Ethan Hawke, jangan risau.

Sebenarnya saya susah sikit nak takut kalau tgk cerita seram daripada orang putih. Tah, tak berapa nak seram. Kalau Thai lain cerita. Masa Shutter dulu (ye, dah lama) siap terjerit dalam panggung lagi. Dahlah tak ramai orang dalam tu. memanglah kena target. Daym.

Malangnya, kali ini pun terjerit juga. Mau tak terkejut kalau nampak kepala macam tu. yang peliknya, orang lain tak jerit pula. Cis cis!

Kawan kat sebelah jangan cakaplah. Memang bangak kali tak pandang skrin dah. Part home videos tu, memang kami dah pegang-pegang tangan dah. Peluk sesama sendiri sebab takut. Feeling-feeling sleepover sangat dua orang perempuan ni.

Ethan Hawke ni pandai tau. Pandai tak bukak lampu sebab kalau dalam gelap, darjah kehenseman Ethan Hawke naik 30%. oke itu keji. Bahaha..

Tapi tgk cerita ni rasa macam nak baca tentang Bughuul ni la. Macam best pulak.

Dahlah tu. nak cuba tidolah walaupun masih disturbed dengan muka Ethan Hawke. Eh.


Sent from my iShah

Sunday, October 21, 2012

Tenaga alternatif

Ini apa yang aku fikirlah.

Kita sibuk mentransformasi negara kepada negara K-ekonomi bla bla. Dengan diskaun untuk telefon pintar semasa bajet 2013 (sumpah tak faham kenapa susah sangat nak guna belanjawan. Bajet sangat buruk bunyinya) pastinya penggunaan elektrik makin tinggi. Itu belum lagi masuk isu kereta hybrid.

Memandangkan kita sudah ke arah itu, kenapa kita tidak lebihkan pelaburan untuk tenaga alternatif? Ambil sahaja tenaga solar. Dalam sehari, kita menerima lebih kurang lapan jam sinaran matahari. Aku bukan ahli fizik tetapi rasanya kalau tenaga itu boleh ditukar dan disimpan dalam bentuk tenaga elektrik, bukankah lebih memudahkan pengguna?

Memanglah Bakun dah nak siap tapi soalan aku kenapa kita tidak terus bantu penduduk seara terus? Duit BR1M kalau ditukar kepada bantuan panel solar kan bagus? Dalam jangka masa panjang pasti ada faedah. Itu hari dah ada orang ingatkan yang kerajaan sedang usahakan perkara ini. Soalan aku, kenapa lama sangat? Apa yang menghalang? Kita bukan bercakap sehari dua, sudah bertahun-tahun. Bukan minta bangunkan tidal energy atau wind energy (ya aku sangat tahu kita bukan di Belgium) tetapi ini tenaga yang kita dapat sehari-hari.

Ini kalau betul nak tolong rakyatlah kan? Kenapa tentukan rumah di sebahagian kawasan sahaja dapat panel solar? Aku cadangkan semua.

Tetapi itulah masalahnya. Berapa kerat sangat yang mahu melihat lebih jauh daripada BR1M?


Sent from my iShah

Friday, October 05, 2012

Tudung

Tudung

Lama aku betulkan tudung atas kepala. Penat sebenarnya melilit tudung, lebih-lebih lagi utk orang yang jelas tak suka berlatih macam aku.

Entah apa yang merasuk sampai rajin sangat nak pakai tudung macam tu sedangkan selalunya palai tudung bawal sahaja. Ringkas, mudah sebab aku takde masa nak bergaduh dengan tudung pagi-pagi buta. Bergaduh dgn eyeliner satu hal, takkan nak tambah dengan tudung pula.

Lilitan di leher sudah cukup kemas, nak sediakan awning pula. Penat aku jadinya, hembus dan hela nafas kerana tidak pernah berusaha sebegini rupa.

Sekejap aku sangkut di belakang telinga. Kemudian, terkebelakanh sedikit daripada anak tudung. Cuba pula betul-betul di atas dahi. Aku masih tidak puas hati. Rasa comot sangat. Sudahlah penat memilih tudung polkadot. Sekarang, rasa bodoh.

Dan aku terjaga selepas itu.

Ini sudah jadi diari mimpi. Kerana aku sedang mencari sesuatu daripada aktiviti elektrik dalam otak waktu badan sepatutnya berehat.


Sent from my iPhone