Ini apa yang aku fikirlah.
Kita sibuk mentransformasi negara kepada negara K-ekonomi bla bla. Dengan diskaun untuk telefon pintar semasa bajet 2013 (sumpah tak faham kenapa susah sangat nak guna belanjawan. Bajet sangat buruk bunyinya) pastinya penggunaan elektrik makin tinggi. Itu belum lagi masuk isu kereta hybrid.
Memandangkan kita sudah ke arah itu, kenapa kita tidak lebihkan pelaburan untuk tenaga alternatif? Ambil sahaja tenaga solar. Dalam sehari, kita menerima lebih kurang lapan jam sinaran matahari. Aku bukan ahli fizik tetapi rasanya kalau tenaga itu boleh ditukar dan disimpan dalam bentuk tenaga elektrik, bukankah lebih memudahkan pengguna?
Memanglah Bakun dah nak siap tapi soalan aku kenapa kita tidak terus bantu penduduk seara terus? Duit BR1M kalau ditukar kepada bantuan panel solar kan bagus? Dalam jangka masa panjang pasti ada faedah. Itu hari dah ada orang ingatkan yang kerajaan sedang usahakan perkara ini. Soalan aku, kenapa lama sangat? Apa yang menghalang? Kita bukan bercakap sehari dua, sudah bertahun-tahun. Bukan minta bangunkan tidal energy atau wind energy (ya aku sangat tahu kita bukan di Belgium) tetapi ini tenaga yang kita dapat sehari-hari.
Ini kalau betul nak tolong rakyatlah kan? Kenapa tentukan rumah di sebahagian kawasan sahaja dapat panel solar? Aku cadangkan semua.
Tetapi itulah masalahnya. Berapa kerat sangat yang mahu melihat lebih jauh daripada BR1M?
Sent from my iShah
2 comments:
perlu vote seseorang untuk memulakan kesemua langkah dan cadangan kak ipar. malangnya, siapa saja yang nak memulakan?
nak votekak ipar jadi perdana menteri la nanti.
Haha hancurlah adik ipar oi.
Post a Comment