Saturday, December 31, 2011

Apa Yang Kita Mahu

Katakanlah kita tengah beli kasut. Ada org pandang. Pandang sampai jatuh-jatuh.

Dia kasi business kad. Kita ambil sebab takkan nak tepis? Malulah dia.

Kita kenal. Msg kadang-kadang. Okelah setiap hari kiranya selalu juga.

Kemudian ada org tanya ' mcm mana?'.

Soalnya di sini bukan dia. Kita. Apa yang kita mahu? Kawan atau lebih dari itu?

Gali diri sendiri. Gali sampai jumpa. Serius, ia akan memudahkan byk perkara.


Sent from my iPad

Tuesday, December 27, 2011

Perihal Cuti Panjang

Kalau cuti panjang, jadi mcm ni lah. Masa tidur berterabur. Dah cantik dah tidur pukul 10, ini dah berterabur balik. Mulalah penat tah hape-hape.

Bila dah tak kerja, mulalah asyik tidur siang je. Kalau dah tidur siang, mulalah tak boleh tidur mlm. Tak pun tahan mata nak tgk rancangan tv konon-konon dah tak boleh tengok sepanjang hayat. Maka, daripada tidur pukul 10, boleh jadi 1 pagi. Lepas tu faham sendirilah.

Mmg pon. Hari ni mengantuk gila. Two shots dark coffee berkesan beberapa minit sahaja. I'm that bad.

But then again, aku jadi bersemangat gila bila ajak menjoyah kan haha.

Ha sekian dululah. Pening pulak stay up lama-lama.

Thursday, December 22, 2011

Emotional baggage

Emotional baggage

aku pernah ke cerita pasal benda ni? entahlah tak kisahlah kalau ada pun.

akukah yang berimaginasi atau memang betul semakin tua seseorang itu, semakin sarat-barat emotional baggage yang dia bawa?

aku? mestilah ada. tipulah kalau tak ada. tipu sangat. trauma? sikit. tetapi selagi itu yang aku tunggu, rasaya risikolah yang aku akan jumpa.

adakah nanti aku akan dapat terima emotional baggage orang lain? dan adakah emotional baggage orang lain itu boleh aku terima?

emotional baggage. sebab takut nanti bila dah terlewat baru berundur, banyak pihak yang derita.

eceh. silalah main wayang di tempat lain.

Tuesday, December 20, 2011

Rindu Yang TIdak Perlu

dulu, masa aku belajar, aku sangat nak kerja cepat. bosan, nak cepat kumpul duit..baiklah sangat duniawi aku mengaku.

being an adult (who pays bills) are not as fun as I imagined. dan petang ini telah terbukti itu semua. dulu, masalah cuma malas nak pergi kelas dan oh-emji tak reti buat tutorial. sekarang? sekarang ia lebih daripada itu.

tentang duit, kewajipan, membina hidup sendiri, mencari teman, mencari 'teman'...entah.

masalah yang berteman (bukan aku) dan masalah yang tiada teman (ini baru aku). bila dua dunia ingin disatukan. aku orang luar, aku mana tau. bila dah cerita sikit aku rasa pening kepala.

different problem, same shit.

aku tahu ini rindu yang tak perlu dan bermakna tetapi sesungguhnya aku rindu pada hidup yang dulu. tetapi beginilah. mana ada benda yang tak berubah.

aku letih. aku rasa mungkin jelas sangat letih aku sampaikan orang jual kopi tanya 'what do you want? Vitamin c?". bestie cakap sebab muka pucat takde warna.

kadang-kadang aku nak break down and cry. KADANG-KADANG lah. tetapi apa guna aku break down and cry kalau itu tidak membantu.

aku salahkan hormon. hormon sedang kucar-kacir sehingga tak mahu tidur. sekecil-kecil benda pun rasa nak mengamuk.

dan kerana aku terperangkap dalam hujan, aku mengarut di sinilah.

rindu. rindu sangat. tetapi masa akan terus berjalan.

Monday, December 19, 2011

When

life throws you lemon, be creative.

throw it back, make lemonda, or make a tart. your choice, your call.

well, actually, my choice, my call.

;)

Wednesday, December 14, 2011

Perihal Topeng Muka

dua hari lepas, aku akhirnya membeli topeng muka. bukan topeng muka macma orang potong rumput tu. tapi topeng yang orang guna masa H1N1.

kenapa oh kenapa topeng itu tiada pattern? paling busuk pun, buatlah polkadot kat situ. ada juga feel aku nak pakai. ini bila barista tanya 'dah kenapa pulak?' aku rasa tak cool. well, orang tak sihat pun nak cool juga.

kemudian ada orang lukiskan misai. aku pun meneruskan kehidupan seperti biasa di pejabat. kemudian, aku berdiri sebelah bos di pantri, nak buat air isi masa lapang.

' hi', dia pandang muka aku. ' you have moustache on your mask,' dia tegur dgn muka nak gelak.

' ya. ___ drew it for me.' aku jawab gaya 'no biggie' (faham? tak faham? oke kesian tak faham).

' i should do it too, right?'

' trylah.'

ha tgk perangai aku. sampai bos pon aku nak hasut buat perangai huduh macam ni.

aku batuk sahaja masa pakai topeng tu. mcm kejam pulak rasanya jadi penyebar virus. nasib baik semalam dah baik. alhamdulillah.

Tuesday, December 13, 2011

Perihal Hati Perempuan

Aku selalu hairan kenapa perempuan mudah sangat mengalah pada lelaki. Sebenarnya, bukan susah pun bagi yang tahu manipulasi hati perempuan.

'Woman's first instinct is to heal'. Jadi, bila sahaja lelaki datang dan mengadu nasib, yang pertama sekali wanita fikir adalah ' I will heal you'.

Berapa banyak kisah kita dengar perempuan jatuh kesian pada lelaki yang berbekalkan kisah sedih mempunyai isteri/ kekasih yang curang or a damaged good? Cuba tanya, banyak yang disebabkan ' I will heal you.'

Marilah kita buat keputusan yang bijak. Berbaloikah kita berhabis melaburkan emosi pada seseorang?

Soal hati dan perasaan memang susah. Tetapi mungkin kita perlu berhati-hati kalau kita sekadar bersandarkan pada ' I will heal you'.


Sent from my iLucerne

Sunday, December 11, 2011

Perihal Bila Makanan Jadi Soal Kemanusiaan

Cerita halal-haram KFC dan McD ini bkn baru. Dah lama sangat. Ramai pulak 'alim ulama' sibuk nak bersuara tentang haramnya makanan segera yang dua ini dengan kaitannya pada Israel. Mungkin betul, mungkin tidak. Entah. Mungkin betul memang ada kaitan dengan Israel tetapi apa benda dalam dunia ini sekarang yang tidak ada kaitan dengan Israel langsung?

Sila tutup Facebook, komputer.

Aku tak faham kenapa sampai begini jadinya paranoid org terutamanya orang Islam. Kalau takut sangat, buat komputer sendiri. Buat makanan sendiri. Tetapi berapa ramai sangat daripada yang bising-bising ni yang nak menongkah arus selamatkan agama sendiri?

Kalau setakat nak jadi keyboard warrior, siapa pun boleh.

Itu hari, aku tunjuk dekat kawan aku yang bukan Muslim tentang tweet obe-f**nd tentang ' Non Muslim should really learn the word jihad before being in fear of Taliban' (something along the line). Kawan aku tu gelak je.

' I'm not scared of jihad. This person is trying to be a know-it-wall'.

Hameklah kau paranoid sorang-sorang.


Sent from my iLucerne

Friday, December 09, 2011

Perihal Kerana Satu Nickel

Perihal Kerana Satu Nickel

Masih lagi berkisar tentang Spongebob Squarepants.

Satu hari, Mr Krabbs nampak Spongebob kutip satu nickel. Dan kita tahu macam mana gilanya Mr Krabbs dengan duit. Kalau nampak duit, dia memang boleh jadi separa gila. Dia sanggup berbuat apa sahaja.

Waktu Mr Krabbs nampak Spongebob kutip duit, dia ada dalam kedai. Dia bergegas keluar dan ikut Spongebob dekat kedai untuk minta satu nickel. Tetapi macam biasalah, Spongebob memang takde duit. mr Krabbs tak bayar pun dia.

Bersusah payah Mr Krabbs nak minta duit tu. Pinjam duitlah, mintak sajalah, goyang Spongebob sampai otak terkeluar tapi masih takde.

Mr Krabbs sampai bina pawagam sebab kalau boleh nakkan satu nickel yang Spongebob jumpa. Dia bina pawagam tu semata-mata nak satu nickel tu sahaja. Bila tak dapat, dia terus robohkan pawagam itu.

That was how far Mr Krabbs is willing to get the money. Adakah kita begitu? Begitu itu sangat open to interpretation. Adakah kita tamak hingga jadi sedikit tidak bijak seperti Mr Krabbs? Atau adakah kita tidak tahu erti putus asa seperti Mr Krabbs? Entah.


Sent from my iLucerne

Thursday, December 08, 2011

Perihal 'Topi Kerja'

Ini kisah Spongebob (Squarepants) dan Patrick. Seperti yang kita tahu, Spongebob ada kerja tetapi Patrick tidak. Sebagai tapak sulaiman yang selalu dianggap tidak berguna, Patrick sangat gembira bila mana dia dapat memakai topi kerja Spongebob.

Malangnya, sejak memakai topi tersebut, Patrick tidak boleh berdiri betul. Spongebob ingatkan Patrick tidka boleh berdiri kerana terlalu gementar. Dan Mr Krabbs suka kerana dia boleh buat pertunjukan Falling Fool dengan khidmat Partick.

Seharian Patrick jatuh-bangun-jatuh-bangun. Spongebob pula yang kasihan sehingga dia memujuk Patrick untuk berhenti. Mr Krabbs (macma biasa), tidak setuju. Patrick pula berkeras untuk kerja kerana dia sudah bosna digelar orang yang tidak boleh berbuat apa-apa. Dan dia sangat sayangkan kerja itu (tidak mahu melepaskan topi kerja). Mukanya sakit, badannya juga sakit tetapi demi topi kerja itu, dia sanggup.

Adakah anda terasa dengan sinopsis cerita di atas? Sanggup mengekalkan status walaupun sebenarnya badan tak larat, sudah penat, calar-balar? Sebahagian kita memilih jalan ini manakala sebahagian lagi tidak mahu jualkan jiwa pada sistem kapitalis begini.

Sekalipun ini cerita kartun, ia memberi satu kesan yang sangat besar pada aku. Premisnya cukup mengesankan.

Sunday, December 04, 2011

Bebel (1)

Nothing makes sense anymore. Dunia ini aku rasa sudah terlalu gila. Yang mencari cinta tidak pernah jumpa (atau sedar) kewujudan cinta. Yang tidak mencari pula seronok-seronok buang/ campak cinta seolah-olah tiada harga.

Yang teringin sangat anak, tak dapat sedangkan di bahagian yang lain, main campak-campak anak. Yang masih masih dikira anak kecil, berlumba-lumba jadi dewasa. Berpakaian macam orang dewasa, berlagak seperti orang dewasa pendek kata semuanya macam orang dewasalah.

Aku jadi putus harap pada dunia ini. Entahlah, aku rasa tak patut aku rasa putus asa tetapi aku rasa hampa.

Dunia yang aku kenal sekarang dah tak sama dengan duia yang aku kenal dulu. Itu, atau aku sebenarnya tidak pernah hidup selama ini.

Aku berjalan dengan sebelah mata tertutup. Ada kesakitan di mana-mana, ada kesengsaraan di mana-mana. Tetapi apakah gunanya kalau aku sekadar melihat tetapi tidak mampu berbuat apa-apa?

Sekarang, aku faham kalau orang cakap mereka depress melihatkan apa yang tak kena dalam dunia. Mungkin di dalam akhbar, kita tak dapat lihat semua ini. Tetapi media sekarang lebih daripada suratkhabar. Apa yang kita tak dapat lihat di Internet?

Itulah sebab kenapa aku memang tak boleh tengok Bersamamu. Aku tak tengok klip budak kecil kene langgar di China ataupun gambar budak perempuan sembelih anak sendiri. Aku memang betul-betul tak boleh.

Nothing makes sense anymore. Aku dah hilang fokus pada apa yang aku cari. Inikah sebab kenapa orang hilang pandangan lalu fokus pada bahan material?


Sent from aipet

Saturday, December 03, 2011

Perihal Closure

Aku malas nak bukak kamus tapi kalau ikut pemahaman aku, closure adalah di mana pihak yang terlibat dalam sebuah perhubungan dapat meluahkan apa yang terbuku di hati. kadang-kadang satu pihak, kadag-kadang dua. Yang banyak pasangan tu aku tak tahu.

Bahaya kalau takde closure ni kadang-kadang. Memang serba tak kena, macsm ada benda yang tak siap. Susah nak move on sekalipun dah bertahun-tahun. Sebab takde closure boleh jadi emotional baggage bertahun-tahun.

Soal hati dan perasaan ini susah sangat. I've been there; dapat tengok orang tu dari jauh. Itu sahaja.

Entahlah. Semoga akan ada a knight in shining armour that will sweep you off your feet. You know who you are (Toshi's owner).


Sent dari hati yang tulus

Tuesday, November 29, 2011

Perihal Jam Badan

Ke perbadanan jam? Tak tak body clock.

Hari ini hari selasa. Kebetulan, cuti hari Isnin jadi cuti tu lama lah sikit. Oke, lama banyak ekceli. Yang aku risaukan kalau cuti lama-lama ni, byklah kan masa kau nak tidur petang. Kalau dah tidur petang tu, mmg susahlah nak tidur malam. Jadi, apakah ubatnya tanak kasi tidur petang?

Ukur pusat beli-belahlah. Apa lagi. Dah selalu ukur klcc pun nak ukur lagi. Itu hari sabtu. Eh ahad. Sabtu kerja dgn gigih sekali.

Semalam, pergi ukur OU pula. Aku paling tak suka kalau disoriented dalam shopping mall. Mmg mengundang tekanan betul. Sampaikan disuruh bertenang dgn member aku.

Tekanan sbb tak tau arah. Kalau kat midvalley tu, mmg dah selalu ukur jadi mmg hapal jalan.

Can't believe that I actually feel tense kalau kehilangan arah kat dalam kedai. Heh.

Oke. Brownies ini membuatkan saya mual sedikit.

Monday, November 28, 2011

Perihal Yang Bermain Di Fikiran

blog ini banyak fungsinya. banyak sebab kenapa orang menulis blog. ada yang menulis untuk meluahkan perasaan hati, nak letak update untuk kawan-kawan, saja-saja, nak menulis bagai. itu semua masing-masing punya hak la kan.

itu blog korang. sukahati korang. tapi tak berapa nak boleh sukahati kalau blog korang tu usik hal peribadi orang lain.

sebagai contoh, kita ambillah isu budak 16 thn beranak kat sekolah ke apa (contoh semata-mata). apa perlunya tulis blog, letak muka budak tu dan doakan pulak dia cepat-cepat mati? yelah budak tu 16 tahun, she made a mistake. tetapi kalau kita yang dah berusia ni tulis pula entri yang macam tu, rasa-rasanya tahap kita di mana?

it is your blog, we get it. you can talk about your sadness or emptiness in your life; you are fully entitled to. we do feel bad sometimes like 'is this all in life?'. it is normal. but it is your personal blog, why do you have to launch a personal attack (or attacks) on others?

seronok ke hina fizikal orang? kita ni dok cakap hidung orang penyek, hidung kita sempurna sangat ke? (kalau sempurna pun, Tuhan boleh tarik bila-bila masa). i mean, yes we do get a bit bitchy kalau the other party ada buat salah. tapi ini orang yang memang takde kene mengena dalam hidup kita tetiba nak kata dia hodohlah bodohlah. i don't get it man. (yang dok mengata orang lain hodoh tu, takdelah rupa macam heidi klum ke tak pun paling kurang scary spice pun. so?)

bukan main bangga kata 'alergik dekat orang bodoh'. kalau kita dok mengata orang bodoh (orang yang tak buat salah pun dengan kita), it doesn't make us any wiser pun.

i mean i get it if friends got into fights. but what do we gain when we cari pasal with strangers? seronok ke dapat komen anonymous basuh kita cukup-cukup?

kau bukan imam. kau bukan guru. kau bukan pujangga. kau cuma ada internet connection. itu sahaja kelebihan kau.

entahlah. dah tua-tua macam ni, aku nampak banyak sangat contoh orang yang tuduh orang lain bodoh tapi dia yang bodoh berganda-ganda sebenarnya. nak mengata orang, sila cermin diri sendiri. kalau tak reti cermin diri sendiri, diam je la.

Saturday, November 26, 2011

Perihal Gullible List

' setiap lelaki, memang akan ada satu gullible list'

Now, why am I not surprised? Ini perbualan aku dengan kawan aku semalam. Berbual tentang orang-orang yang kami kenal ataupun tidak kenal.

See gadis-gadis? Lelaki memang ada senarai itu. Senarai yang sepatutnya kosong. Eceh. Gaya macam feminis pula hak hak.

Tidak, bukan feminis cuma aku sedih. Banyak sangat so-called masalah tentang cinta tiga segi and what not daripada gadis-gadis di sekeliling aku. Sebenarnya bukan cinta tiga segi pun. Situasi yang selalu terjadi adalah guy sees girl, (guy is actually involved with someone), flirts with girl, girl puts up a show of resistance and then falls for the guy.

See? Aku sangat panas hati bila ini terjadi. Panas hati sbb sebagai pendengar, aku habiskan masa sekurangnya setengah jam dengar masalah yang tak best mcm ni. Masalah yang akupercaya boleh jadi bukan masalah dari mula.

One thing people (or actually girls) should understand is some people just cannot help it. Either they are attached or not, they just want to flirt with you. Some people do it just for fun, to see if they still have it.

Kalau dah orang puji puja, hantar bunga seminggu sekali, hantar IM IM gila sweet, apa yang gadis-gadis perlu lakukan? Haruslah berasa bangga, pastinya. Ini penting untuk menaikkan ego sendiri. Usah lebih-lebih, ucap 'terima kasih' dan jalan. Kenapa? Well, obviously the guy had a lot of practise. Would you want to end up with lelaki-mulut-manis-yang-sebenarnya-nak-test-market? Mungkin tak end up pon, mungkin hanya akan jadi just another number.

Imagine perbualan ini:

'siapa tu cunnya!' A

' ala budak tu. Aku dah keluar dgn dia dulu.' B untuk buaya.

Mungkin bunyinya tak beri kesan sangat tetapi sila bayangkan kalau A itu seorang mamat surau, fun tetapi tahu batasan dan sedang mencari isteri yang rasa sungguh tidak teruja selepas dengar kenyataan B. Dan ketidak terujaan itu menyebabkan dia terus tak jadi nak kenal dengan korang. Kan dah.

Memanglah seronok dimanjakan, dikejar-kejar. Kemudian penyaya pula lelaki tu. Penyayang sangat sampai ada ramai girlfriend.

Ini satu lagi aku tak bole terima. Lelaki tu dah ckp dia ada gf (atau kau dapat tau), kenapa tunggu lagi? Sebab dia menangis merayu-rayu cakao hati dia pada kau?

Ak percaya satu ni : sekali dia boleh buat, dia akan buat lagi. Jadi, terpulanglah nak jadi mangsa atau tidak.

Aku tiada masalah dengan orang yang tukar-tukar pasangan macam baju. Sebab dia tak bersama dua orang dalam satu masa. Kalau yang paang dua tiga ni yang aku tak berapa gemar ni. Becauae it is all fun and games until someone get hurt real bad.

Macam inilah adik-adik, kalau dah tau boipren korang tu ada gf dan korang orang ketiga, aku nasihatkan blah la. Takde guna kononnya kau nak 'the make most out of it'. There's nothing to make out of pun. You think you can be happy if he didn't choose you since you already know that he has someone and you are strong enough to face it?

No, it will be so much worse than that. It is going to be extremely ugly. Seriously, it will.


Sent from someone's crib

Thursday, November 24, 2011

tiada lagi

ya, tiada lagi bangun jam enam pagi untuk tunggu KTM pada pukul 7 di hari minggu.
 
tiada lagi kene pusing-pusing shah alam darul roundabout.
 
tiada lagi berpanas hujan putar stereng.
 
tiada, tiada.
 
semalam sudah pass ujian memandu. alhamdulillah.

Sunday, November 20, 2011

Perihal Vitamin

Ragam manusia memang pelbagai. Well, biasalah tu kan?

Tadi pagi aku naik teksi lagu, berbual dengan seorang pakcik tentang sakit dia.

Pakcik ni dah 60 lebih sikit (dia bersara 2005) tapi memang rupa dia muda. Nampak macam orang yang pandai tangani tekanan. Tiada darah tinggi atau sakit jantung. Memang hebat ni.

Sekali dia bukak erita pasal makanan kesihatan.

' Pakcik minum Monavie sebab nak turunkan kencing manis. Dekat 8 botol tapi kencing manis tetap 14. Terus pakcik berhenti'. Aku dah tutup mulut kat belakang.

Aku mencelah cakap aku kasi kurma je kat mak aku untuk turunkan kencing manis dia. Respon pakcik ni agak bestlah: Kurma tu bukan ada apa. Sebab itu pakcik minum produk keluaran Dr Rambut Cendawan.

Aku berusaha gila tahan ketawa. Kurma takde khasiat? Wow. Sedangkan kurma itu byk fiber, vitamin A segala. Takkanlah takde apa-apa. Takkanlah sampai ia disarankan utk pesakit diabetis oleh seorang dietitian.

Tapi aku tak lawan. Aku ye kan je. Peluang menikmati lawak begini
Agi-pagi usah disia-siakan.

Saturday, November 19, 2011

Perihal Lesen Kereta

Biasa dengar orang fail bahagian bukit? Biasa kan? Sebab takut tekan minyak.

Biasa dengar orang fail parking? Biasakan?

Jadi, biasakah korang dengar orang fail three point turn? Fail sebab lupa putar stereng padahal gear dah masuk?

Ya itulah saya. Dah letih aku kene gelak dah. Minggu depan ada retake. Pfbt.

Selamat bersuka ria di hari minggu. Hari minggu saya baru nak mula. T___T


Sent from myBukuNota

Sunday, November 13, 2011

Perihal Gembira

Aku rasa sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab aku selalu rasa lebih bagus daripada orang lain.

Pagi-pagi, aku selalunya akan berjalan separa mamai dari Putra ke pejabat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sepanjang perjalanan itu, aku selalu perhatikan kakak-kakak dan abang-abang pekerja sokongan (seperti pengawal, tukang sapu dan tukang cuci). Mereka masuk kerja awal sedangkan kalau nak ikutkan, aku boleh masuk jam 9. Saja datang awal jadi tak perlu lari-lari dan boleh juga pulang awal.

Bila pandang mereka, aku raasa kesian. Dalam hati terdetik, berapa sangatlah gajji mereka ni? Kerja susah-susah, membanting tulang tapi berapa sangat mereka dapat? Alhamdulillah, gaji aku lebih daripada mereka.

Kononnya kerja aku dan gaji aku ni hebat sangatlah. Betapa aku ini sangatlah silap.

Selalunya (sebenarnya selalu sangat), aku tengok pekerja-pekerja ni bernyanyi atau beresiul masa kerja. Selalu sangat mereka ini aku tengok senyum bila ditegur. Pendek kata, mereka gembira. Mereka sedia untuk tersenyum dan tidak kisah untuk bekerja.

Macam kene pukul dengan tukul besi, aku tersedar sendiri. Sekalipun gaji mereka mungkin aku rasakan kecil berbanding gaji aku, apa yang aku tau tentang mereka sebenarnya? Aku tak tahu kalau mereka bekerja di beberapa buah tempat dalam satu hari. Malah, aku sendiri tak tahu kala mereka dapat kerja lebih waktu hujung minggu.

Kalau aku ketepikan soal wang, mereka ini gembira dengan kerja yang mereka buat. Dulu, seorang kawan pernah cakap pada aku: bila dah makin lama kerja, makin susah nak senyum. Tekanan dengan client, permintaan client yang melampau, beban kredit card, kerja lebih masa, tak cukup rehat secara mental, kurang masa dengan keluarga; ini pernah aku alami. Itulah yang buatkan aku susah sangat nak senyum kadang-kadang.

Bila aku dengar pekerja-pekerja sokongan ini bernyanyi, aku rassa kecil sangat. Aku rasa sedih dengan diri sendiri. Adakah aku gembira sampai aku tergamak judge mereka? Apa, aku ni bagus sangat ke?

Di surau, pekerja-pekerja sokongan ini yang akan baca Yasin selepas solat Zohor. Aku malu. Kononnya aku cakap kerja mereka maam takde standard. Tetapi tengoklah, mereka ada masa untuk baca ayat suci al-quran. Aku? Selalu sangat tergopoh-gapah nak kejar waktu kerja.

Kesian kan? Aku kasihan kat orang-orang yang gembira. Aku kasihan pada orang-orang yang berasa cukup. Sungguh aku tak malu.

Dihantar dgn belas kasihan kawan yg pinjamkan modem.

Friday, November 11, 2011

Perihal Anak Tengah

aku rasa anak tengah yang satu-satunya perempuan ada satu sifat yang sama.
 
we are not big on sharing. mungkin sebab selalu sangat kene tindas dengan saudara-saudara lelaki yang lain.
 
samalah tu. umur pun tahap baru nak kenal dunia (tidak sama dengan budak-budak nak up).

Thursday, November 10, 2011

Perihal Berjujuran Air Mata

Ketika bersama guru memandu di jalan raya.

Emak sekarang ada di KL, dekat sikit nak pergi IJN untuk cuci luka. Aku pula di Klang, bekerja dari rumah.

Semalam, emak beritahu aku dia tak sedap badan. Aku terus risau. Beberapa lama ini, aku memang tak berenggang dengan emak. Risau sangat jadinya bila dia sebut tak sedap badan.

Sejak semalam, tumpuan aku hilang terbang entah ke mana.

Pagi tadi, ada kelas memandu. Aku memang tak boleh fokus. Balik-balik kena marah dengan instructor sebab gear tak masukkah, tak cukup breaklah, lambat kasi signallah dan macam-macam lagi.

Satu pusingan kali jalanraya. Oke lagi. Dua kali jalanraya, oke lagi. Tiga kali, kene marah lagi. Masuk yang keempat, aku minta maaf sebab tak boleh fokus. Habis je aku sebut huruf S tu, terus air mata berjuraian. Instructor yang kat sebelah yang dok bengang sebab aku macam tak tau peraturan, nampak macam gelabah. Ini bukan jurulatih biasa, ini jurulatih ganti. Mulalah dia tanya tentang keadaan emak. Lepas tu suruh sabar, nak pujuk akulah kononnya. Dia pun cakaplah aku memang tak fokus, macam tak hafal peraturan. Macam tak fokus.

Habis je round tu, dia suruh aku pergi cuci muka untuk pra JPJ. Nasib baik tak kene marah lagi.


Sent from my iPad

Tuesday, November 08, 2011

Review: Tower Heist

Nota: Etika tidak mahu membocorkan spoiler? Tidak, saya tiada etika itu. Teruskan dengan risiko sendiri.

Nak tengok investment banker dari Merril Lynch merompak? Ataupun hotel manager smash Ferrari dengan golf club? Ya...itulah Tower Heist.

Bagi aku, ini adalah rentetan daripada kejatuhan ekonomi di mana banyak investment bank dan investment bankers yang kehilangan kerja dan wang. Tidak mampu menerima kenyataan mungkin, Arthur Shaw menipu duit pencen anak-anak buah Ben Stiller. Kerana dendam, Ben Stiller pegi rosakkan Ferrari milik .shaw tapa mengetahui apakah ia sebenarnya.

Ben Stiller kena buang kerja dan di sinilah bermula ceritanya. Aku paling suka bila mereka berempat diuji oleh Eddie Murphy untuk mencuri barang berjumlah USD 50 dlm masa 15 minit.

Macam mana nak mencuri dengan pencuri semi-professional dan keluarkan kereta daripada penthouse? Bijak dan kelakar juga benda ni sebenarnya.

Aku tak rasa nak cerita panjang-panjang benda ni sebab rasanya kene pergi tengok sendirilah baru best. Itu sahaja. Sekian, mari tidur.


Sent via Lester

Sunday, November 06, 2011

Review : In Time

Nota: aku memang tiada etika kalau beri review. Spoiler di sana dan di sini. Usah teruskan pembacaan jika anda masih belum menonton cerita ini. 

' You have one day. A lot can be done in one day.'

Kita selalu dengar tentang konsep masa itu emas. Tetapi, ini selalunya tidak diambil secara literal. Walaubagaimanapun, cerita ini menggunakan definisi ini secara ini secara literal.

Bayangkan hidup sehari ke sehari dengan jam yang sentiasa berdetik menandakan ia akan habis. Gaji dibayar dengan masa; lagi tinggi produktiviti, lagi lama kita akan hidup. Yang kaya akan hidup lama dan yang miskin, nyawanya akan habis di mana-mana sahaja. Selalunya, di tepi kaki lima.

' How do you live in the ghetto?' tanya Amanda Seyfried selepas kemalangan dengan Justin Timberlake (Timberlake bukan Bieber) di mana mint-minit kehidupan dia sudah dicuri.

" You don't get to sleep much around here," jawab Encik Timberlake. Eceh.

Cerita ini, pada pendapat aku, adalah sindiran untuk sistem kapitalis seluruh dunia. Konsep yang digunapakai di sini adalah untuk menghasilkan kekayaan, ramai yang perlu mati. Maaflah, quote tak ingat. Ini mesti sebab terlebih makan nasi himpit.

Nak pindah daripada satu zon ke satu zon memerlukan deposit seminggu, dua bulan atau setahun. Sehingga usia 25 tahun, mereka boleh hidup tanpa bekerja. Bila saja sampai usia 25, ada baki lagi tiga tahun dan selepas itu mereka mesti bekerja. Jadi, bayangkan kalau kita hanya kerja buat tin sardin dan satu syif hanya beri kita setengah jam.

Kalau aku hidup dengan konsep yang sama seperti cerita ini, memang dah lama aku mati hak hak. Membazir masa sahaja kerjanya wahahaha.

Cerita ini memang buat aku cuak. Setiap kali tengok jam di tangan mereka kurang daripada sehari, jantung rasa berdebar-debar macam nak jerit 'cepatt!!!'. Tetapi bila aku tengok Cillian Murphy ( time keeper Raymond Leon), terus rasa tak mahu cerita laju-laju.

Jika mahu tonton cerita tentang sepasang kekasih penjenayah seperti Bonnie and Clyde ala Robin Hood dengan konsep yang menarik, anda patut tengok cerita ini. I memang sesuatu yang lain daripada yang lain. Menarik betul.


Sent dengan deposit seminit (sapa dah tengok dia akan faham)

Friday, November 04, 2011

Perihal Merajuk

Ada orang tu merajuk. Merajuk sampai delete-delete twitter. Ha tu la korang, buli dia. Lepas dia delete account, abrulah semua terehegeh-hegeh nak buat wewantnaj... La hape bende la. Masa buli budak tu, tak fikir pulak nak berbaik-baik dengan dia. Ala tak pun saja je suruh dia come back sbb nak buli dia.

Aku nak bahan gak dia tadi. Tapi aku pikir-pikir balik, benda ni sama je ngan zaman IRC dulu. Bertenggek dekat chatroom lama-lama, jadi mod bagai lepas tu gaduh. Gaduh kang terus tak masuk chatroom. Lepas tu tukar nick konon dpt kaburi mata semua org.

Dik, pegi baca buku sana. Kami dulu IRC pun masa umur dah 18 ye.


Sent from my iPad (bkn ASK punya)

Thursday, November 03, 2011

Perihal Misteri Rakan Sekerja

Rakan sebelah kubikel aku dah hilang. Mana dia pergi, tak ada orang tau. Sedar-sedar dia dah tak datang kerja dua hari.

Sejak dia duduk di sebelah aku, sudah dua kali aku jatuhkan partition atas mamat tu. Setahun sekurang-kurangnya sekali. Tapi tahun ini (sepatutnya tahun ketiga dia), aku tak sempat nak jatuhkan partition kat atas dia.

Aku rasa dia bajet aku akan jatuhkan partition lagi sekali atas dia tahun ni. Sebab tak sanggup nak hadapi lagi partition tu, dia berhenti kerja.

Aku rasalah kot. Koh koh.


Sent via niat

Wednesday, November 02, 2011

Perihal Soalan

Aku cukup tak pandai jawab soalan mcm ini:

' apa pendapat kau tentang orang miskin?'

Ini sungguh open-ended yang aku tak tahu di mana hala tuju dia. Ini bukan siaoalan mudah nak jawab. Banyak benda yang aku perlu tau. Definisi miskin tu macam mana? Di mana tempat tinggal dia, apa pekerjaan dia? Cemana boleh jadi gitu?

Ekceli pun, kalau aku dah dapat sume tu, aku takkan jawab gak. Hari ni kau senang, esok lusa kalau terduduk sapa nak jawab oi?


Dengan ingatan tulus ikhlas

Perihal Hak

Kau fikir mcm ni jelah, kalau nak ikut nafsu sangat, Tuhan tak jadikan kau manusia. Dia jadikan kau clown fish. Sampai masa, tukar jantina.

Otak tu tak datang kosong. Dia datang sekali dgn akal.

Kalau rasa Muslim tu, bawa mengucap. Kau hadap sangat nafsu, jangan lupa ke liang lahad menanti. Lagi satu, Quran tu bkn buku teks pendidikan jasmani Tingkatan 1 boleh pinda-pinda. Kala dah haram tu tetap haram. 


Sent with lerf

Tuesday, November 01, 2011

Perihal Tak Boleh Dekat Dengan Ketuhar

Aku sudah mengharamkan diri sendiri dekat dengan ketuhar di pejabat. Memang dasar tangan kasar, usik sikit sampai berasap. Ye saya, memang sampai berasap pejabat tu aku buat.

Ceritanya begini; aku ni konon-kononnya nak masak brekpas la kan pepagi. Mcm malas nak beli roti siap kat luar. Beria ni beli pita bread ngan tuna nak buat toasted pita bread dekat pejabat. Beria gila dengan beg plastik besar pagi-pagi buta jalan dlm KLCC tu. Dapatlah juga sarapan toasted pita bread selama tiga hari beserta dengan tuna. Kadang-kadang toast pita bead dengan cheese. Kegembiraan betul.

Tetapi langit tidak selalu cerah, lebih-lebih lagi pada suku tahun terakhir, memang asyik hujan sahaja. Samalah juga dengan keadaan aku pada hari itu.

Selama-selama aku panaskan pita bread tu tiga hari, tak pernah jadi apa-apa. Sekali pada hari itu jugalah pita bread itu hangit sekali dengan bekas pun hangit. Hangit dia pula bkn sikit-sikit. Sekali dengan asap sampai berkabus pejabat.

Gelabah? Haha sampai berkipas aku depan oven tu nak kasi hilang asap. Memang takla nak hilang asap tu.

Melekat bau kat rambut eh tudung, carigan, kasut semualah. Bila ada org nak refer apa-apa, cepat-cepat aku mengelak tak nak kasi derang bau. Huhu.

' I thought it was the smell of coffee. Maybe someone brought new type of coffee in the office.' -A.

' huh! You the culprit!' - B

' Yes, I agree with you. You must be banned from getting near the oven.'- C

Dengan ini, aku menghalang diri sendiri daripada mendekati ketuhar, lebih-lebih lagi di pejabat. Nak panaskan apa-apa pun aku mintak tolong orang lain. Punyalah cuak kan kalau tragedi berulang. Memang Tragedi Oktober betul.


Sent via niat

Monday, October 31, 2011

Perihal Maggi

Maggi, apa yang kau fikir tentang maggi? Aku kalau sebut megi, mmg teringat zaman universiti. Mungkin orang lain fikir tentang sekolah tetapi aku fikir tentang zaman dsh tua sikit.

Masa di universiti, macam biasalah, kene ikat perut. Memang memanjang takde duit, masa tu memang berlambak. Asal bosan je rasa nak makan. Asal takde kerja nak lepak depan komputer. Dah tu tiga minit je la. Nanti makan lagi. Awal bulan memanglah mewah (sikit). Sampai tengah-tengah bulan, megilah jawabnya. Takpun biskut. Memang biskut tu makanan yang mengingatkan aku tentang zaman di mana MMU cuti tiga bulan dan aku kerja dekat kedai makan. Makan tengahari di restoran memang percuma, makan-makan waktu lain sumbat mulut dengan biskut. Gaji satu minggu RM 60.

Dahlah style aku masak megi ni memang pemalas. Masak air, letak dalam bekas, tutup. Lepas tu main neopet eh i mean baca buku. Lepas beberapa minit, bukak dan siap. Lagi pula kalau campur perisa tomyam dengan kari. Pergh. Memang lupa dunia sekejap (tapi sedar diri juga untuk baca bismillah dan ucap alhamdulillah lepas makan).

Kalau dah lapar tahap nak maki kerusi yang tak bersalah (baca: hilang akal), masak nasi sikit, letak dalam megi. Mmg karbohidrat sahaja. Heh.

Bila beberapa bulan dan kerja sampingan, adalah duit sikit. Upgrade sikit daripada megi kepada spaghetti. Tapi yang ni seronoklah sebab tahan kenyang lama juga. Tapi seriously, konsep sama sahaja.

Saat-saat susah masa belajar, pahit masa itu tapi macam manis sekarang. Aku pun tak percaya yang aku sebenarnya boleh rindu dengan maggi. Sekarang, sekali-sekala aku makan juga. Entahlah, padahal ada je roti, tuna, biskut (ehsan encik abang kandung) tetapi tahlah, rindu pulak rasanya.

Bila makan tu, bukan hanya rasa pedas-pedas hujung lidah. Smpai teringat-ingat zaman dulu-dulu.

Syukur aku pernah lalui zaman megi dulu :)


Sent via niat

Sunday, October 30, 2011

Perihal Rotan

Kalau nak cerita pasal budak-budak yang naik lemak sekarang, gugur gigi pun tak habis citer. Dengan degilnya, melawan cikgunya, memang hangin je aku baca. Lagi hangin kalau mak pak yang menggalakkan jadi begitu.

Jadi, aku sangat kagum dgn sebuah family ni. Rotan sentiasa ada di meja. Budak kecik tu umur tiga tahun tapi very proper. Dia tak sepahkan mainan, tak usik barang atas meja dan dengar cakap. Mak dia memang ajar dengan disiplin. Cubaan menangis memang ada tapi bila nampak je rotan, terus tak jadi nangis.

Memang aku rasa amazed la parents sekarang masih didik gaya orang dulu-dlu. Budak kecik tu nampak cerdik dan comel tu jangan ceritalah. Aku harap dia besar nanti akan jadi anak yang solehah dan membanggakan ibu dan bapa.


Sent from my iPad

Saturday, October 29, 2011

Perihal Kerja-Kerja-Kerja

' Ha belajar elok-elok. Nanti dah besar, masuk universiti, kerja bagus-bagus'. Aku selalu sangat dengar benda ni. Biasalah tu.

Sekarang ini zaman internet. Kau tulis blog dgn gigih boleh dapat duit. Tapi seeloknya gigih dan banyak ilmu. Itu jauh lebih bagus. Tahu kenapa?

Sekarang ini, mana-mana pun aku nampak social media specialist-like diperlukan. Tgk groupon contohnya. Role itu memang ada. You get paid for tweeting. Barulah tak rasa sia-sia sangat mengadap komputer pagi, petang siang malam. Seronok bukan?

Itu belum lagi kau buat paid review di blog. Ada oke. Apa pulak tade. Lihat blog Hanis Zalikha contohnya.

Ada lagi sebenarnya tapi memandangkan aku dah mengantuk, tak kuasa pulak nak taip panjang-panjang.

Sekarang zaman dah maju. Nak kerja mudah. Tak semestinya kene kerja di pejabat sahaja. Barulah boleh belajar kerana ilmu bukan?


Sent via buku tiga lima 

Thursday, October 27, 2011

Perihal Ayah yg Prihatin

Sejak akhir-akhir ini, aku sering berpeluang naik teksi. Dalam hati aku selalu berkata 'mesti byk pengalaman mereka bertemu dengan org ramai'. Bagi aku, mereka orang yang luas pengalaman.

Tengahari tadi, aku berpeluang naik teksi seorang lelaki cina. Dia ada dua orang anak, seorang ambil SPM, seorang tak tau plak. Mula-mula dia tanya: tak pergi raya ke?

Aku nak jwb takde org ajak tapi mcm loser sgt. Jadi aku jwblah 'nanti'. Bila jawab nanti-nanti itu mungkin dua thn lagi atau 45 thn lagi. Who knows. Licik betul aku.

Kemudian, beliau pun bercerita tentang anak beliau yang belajar untuk SPM. Hari ini anak beliau pergi beraya. Semalam pergi belajar. Biasalah bangsa Cina, mereka memang pandai matematik. Anak dia pandai Add Maths dan Modern Maths. Tak terkejut langsung.

Dia bangga dengan anak dia. Well, kalau aku pun aku bangga. Anak dia selalu score 90 ke atas untuk kedua-dua subjek. Anak beliau dsn pelajar Melayu lain selalu berbincang. Anak pemandu teksi ini ajar (pakcik ni guna perkataan tolong) tentang matematik dan mereka pula tolong anaknya bahasa malaysia. Bagus kan?

Yang membuatkan aku sangat kagum adalah sikap prihatin ayah ini. Dia tahu yang anaknya ada 6 orang kawan dalam satu kumpula. Hanya anaknya sahaja yang berbangsa Cina. Dia tahu anaknya cemerlang mata pelajaran apa, perlu bantuan yang mana dan hari ini anaknya ke mana. Aku pasti pakcik ii sangat sibuk mencari rezeki tetapi dia tak pernah abaikan kebajikan anaknya. Aku sangat kagum.

Aku kongsikan pada dia, anaknya nanti boleh ambil upah mengajar. Dia beritahu: saya tak pernah paksa dia buat apa-apa. Tentang kerja, itu semua boleh cari nanti.

Boleh ke aku jadi ibu bapa yang begini nanti? Mampukah aku ambil tahu anak ke mana? Kawan dengan siapa? Pelajaran macam mana? Macam mana nak jadi sehebat pakcik ini? Siang malam cari rezeki tetapi tak pernah lupa tentang kebajikan anak-anak.

Nota: pemandu teksi ini berbangsa Cina. Agamanya aku tak selidik pula. Tapi aku masih kagum sampai sekarang.


Sent via niat

Wednesday, October 26, 2011

Perihal Jam

Hi u'olls. Semalam mak pegi detim dengan kawan mak. Macam biasalah, mestilah ada sesi menjoyah segala, update cerita-cerita harian dan of course, usha jejants kendo.

Mak cuti semalam u'olls tapi mak pegi opis sekejap. Adalah keje sikit. Sebab tu waktu lunch hour mak panjang sikit. Best juga sebenarnya walaupun sedikit menyampah sebab kena berebut dgn tourists ni semua. Mak kalau pegi klcc, memang rasa macam kat luar u'olls. Sat-sat toleh tepi tuuuu dia, hidung terpacak macam menara kembar. Sat-sat toleh kanan, nampak mat salleh dan minah salleh. Lepas tu, nanti nampak pelawat dari Jepun pakai topi dalam bangunan. Itu belum lagi nampak budak-budak negara kita pakai baju tak cukup kain, tayang ketiak dengan rambut panjang ke lutut, serabai macam pontianak. Mak akui, setiap kali mak tengok, memang mak rasa nak tolong sikatkan, u'olls.

Anyways, jalan-jalan, lepak-lepak, makan-makan, sekali dia keluarkan bekas panjang. Biasalah, mulut mak kan laju

' nyah, kau nak bagi pencil case ke? Mak kene beli eraser semua kalau nak pakai pencil case.'

' lebih kuranglah. Sorilah kalau dah basi hadiah ni, nyah. Aku nak kasi kau masa birthday kau tapi haruslah mak lupa kan,' kawan mak terangkan dengah mulut penuh makanan.

' takpe, nyah. Kesan-kesan penuaan. Mak faham sangat.'

Walaupun begitu, mak hepi sebenarnya. Gila kau tak hepi dapat hadiah birthday sekalipun lewat sikit? It is the thought that counts, u'olls.

Mak tak buka bekas tu. Mak biar je. Sekali dia suruh bukak.

U'olls, mak ni mana pernah dapat hadiah memahal. Sekali mak bukak bekas tu, terkeluar jam dengan tag dari australia lagi. Nak terkeluar bijak mata mak tgk tag tu dekat AUD 100. Mak nak nangis u'olls tapi karang kalau nak nangis dekat KFC tu, orang ingat mak kene tinggal jantan ke apa.

Mak nak menangis bukan apa. Jam ni dah harga dia gitu, nanti birthday dia takkan mak nak bagi teddy bear seketol? Mak ni dah la bukan beruang eh berwang. Manalah mak nak cari duit lebih gini.

Mak ingat nak pegi minta sedekah la sekejap. Hari raya deepavali gini, mesti ramai yang murah hati kan?

Oke tata sayang-sayang mak. Mak nak keluar sekejap mencari rezeki.


Sent from buku nota 555 ai

Tuesday, October 25, 2011

Perihal Multimedia

Tadi, aku kena interbiu lagi. Apa punya jujur pegi ckp belajar multimedia dulu. Hamek kau nak menjawab.

' Nak, pakcik nak tanya ni. Multimedia ni kerja dia macam mana? Elok tak? Anak pak cik nak ambik multimedia. Pakcik risau kerja dia nnt mcm mana?'

Aku yang duduk kat seat belakang nak mengeluh juga tapi aku fikirkan generation gap. Aku faham. Orang tua-tua dia nak include sgt multimedia sebagai bidang kerjaya.

Ada kawan atas kawan aku kerja dengan Dreamworks. Ada yang jadi freelancer tiap-tiap bulan duk rumah RM 5k satu bulan. Ini cerita tiga tahun dulu. Itu belum lagi pencipta Upin & Ipin. Atau tukang design coklat (ye, ada). Pendek kata, insyaAllah ada.

Bukan apa, pakcik tu risau. Anak dia sebelum ini habiskan degree dalam bidang islamic finance. Sekarang nak juga ambil multimedia. Pakcik ni dulu pesara guru, isteri pulak akauntan. Dia risau kalau anak dia tak dapat kerja nanti. Kalau boleh, dia nak suruh masuk bidang islamic finance juga (to be fair, saya pun nak pakcik).

Last sekali aku pesan, insyaAllah ada kerja. Kalau tade sangat, create je kerja atau bisnes. InsyaAllah.


Sent from my iPad

Monday, October 24, 2011

Perihal Pendapat

Ada satu soalan; perlulah kita menjaga khazanah hutan?

Bayangkan jika kita dapat sebaris sahaja soalan ini ketika duduk di meja mamak, contohnya (walaupun sebenarnya aku rasa itu takkan berlaku).

Aku pasti pasti ramai yang akan cakap ' ya, kita mesti jaga khazanah hutan. Ini untuk memastikan bahawa generasi akan datang mampu melihat apa yang hutan kita ada. Jangan sampai nanti anak cucu kita tak dapat tengok apa-apa.'

Apa kata kalau aku aku cakap ' kau pakai je sekarang. Pakai, habiskan sampai licin.' mesti ramai yan mengamuk.

Itu pendapat aku. Dalam mengemukakan pendapat, tiada yang salah atau betul. Kau cakap simpan untuk generasi akan datang itu betul yang suruh habiskan pun betul. Kenapa?

Dunia sudah semakin tua. Jumlah manusia di keliling dunia sudah hampir 7 billion orang. Kau ada pilihan untuk ambil khazanah hutan, belek sekejap dan letak balik. Semuanya untuk generasi akan datagn. Atau kau boleh pentingkan diri sendiri; ambil, belek, ambil terus atau jual. Dengan premis; dunia ini dah nak kiamat pun, habiskan sahaja.

Pendapat setiap individu tidak salah. Itu terpulanglah pada setiap orang. Samada pendapat itu disokong moral atau tidak, itu lain kira. Itu kene masuk bab lain pula.

Kita semua mempunyai pendapat yang berlainan. Cuba kita duduk diam-diam, dengar pendapat orang sampai habis kemudian nilaikan. Dari situ kita akan belajar tetang banyak perkara. Salah satu yang aku belajar adalah dunia ini tidak pernah terbahagi pada hitam dan putih sahaja. Ada banyak kawasan kelabu di mana-mana.


Sent from my iPad

Sunday, October 23, 2011

Perihal Drama Hidup

Suatu masa dulu, aku memang ingat yang drama TV hanya berdasarkan imaginasi semata. Maklum, kadang-kadang susah sangat nak diterima akal. Macam terlalu out of the world.

Tapi sejak akhir-akhir ini, aku percaya yang sesetengah cerita itu muncul di kaca TV kerana sudah ada bukti.

Bayangkan, seorang ibu, enam orang anak. Waktu suami masih ada, mereka hidup kaya. Apa nak semua dapat. Enam orang anak; tiga lelaki dan tiga perempuan, hidup senang-lenang.

Sampailah masa, ayah kembali kepada Pencipta. Anak-beranak mula berebut harta tinggalan si ayah. Berebut kiri-kanan depan belakang. Si ibu sudah tidak diperdulikan.

Si ibu yang sudah tua dan tidak sihat (kaki dimasukkan besi setelah kejadian ragut. Kaki ibu patah ketika kejadian itu maka itulah sebab dimasukkan besi), berasa hati. Anak sudah besar-besar, sudah ada harta sendiri. Apa nak dikisahkan sangat harta ayah dahulu?

Lalu ibu membawa diri ke tokong (ini mmg cerita tentang seorang yang bukan Muslim). Sudah kecil benar hati beliau.

Sampailah satu hari, sang iu pengsan di tokong. Beliau kemudian dihantar ke IJN. Sepanjang di IJN, tiada seorang pun anak beliau yang berenam datang melawat beliau.

Sedih? Renungkan kata-kata beliau; 'saya anggap saya sudah tiada anak di dunia ini.'

Macam drama kan?

Moral of the story: kita cuma ada sepasang ibu bapa sahaja. Tiada ganti. Sementara masih ada, marilah kita cuba menjaga mereka.


Sent from my iPad

Saturday, October 22, 2011

Perihal Produk MLM Idaman

Sekarang ni, orang MLM memang makin kreatif. Mula-mula dulu, sekadar jual tupperware. Itu waktu tahun aku baru lahir. Kemudian, dia bertukar kepada keperluan harian. Sekarang, sebab banyak orang sudah semakin risau dgn kesihatan, produk berasaskan kesihatan semakin bercambah.

Kalau nk sihat sgt, kau mkn je benda natural. Benda dah masuk kilang ni boleh diragui, bro. Jadi, tak perlulah nak promote kat saya.

Tau tak saya nak apa? Saya nak anak tudung yg confirm boleh tingkatkan IQ. Tak pun bengkung yg confirm boleh buatkan badan rajin beribadah. Bestlah kalau ada gitu.

Atau mungkin air yg boleh digunakan untuk wudhu' yang straight buatkan saya terer gila bertarannum dan membantu menghafal al-Quran. Saya mahu itu sahaja,bang. No less.

Bang, kalau dah ada kang, ckplah kat saya. Tata.


Sent from my iPad

Friday, October 21, 2011

Bye bye Firefly

One of the disadvantages of having to look at foreign newspapers is missing out on the current news in Malaysia itself. Despite that, every now and then, I will have the chance of reading one or two stories from local newspapers. And so, I had the opportunity to glimpse at the local news on Tuesday. The article was short but it was devastating.

It was the news regarding MAS slashing Firefly operations, following the recent move by AirAsia. The turbo prop unit of MAS will fly in fewer routes with the Johor-Bandung route already being halted.

Why was I worried? Of course I am worried. As consumers, we are supposed to be worried once monopoly is detected.

You see, it was a happy day when I learnt about the presence another budget airline in Malaysia. It was nice to know that at least Malaysian have another option apart from just one airline. The presence of competitors in the market have many benefits including competitive prices and better service, among others. Although we can hardly say this is a win-win situation, at least the consumers can breathe easy knowing that there is a chance of discounts or rebates.

Monopoly gives an edge to a company to set terms to their advantange. A company can set its own price at its own term, knowing that they will win in the end as they control the market (hint: local cable service in Malaysia). Consumers will have to resort using the company's service whether they like it or not. Of course consumers will make noises but in the end, these people will succumb to temptation.

There was a time when MAS only completed with AirAsia. Yes, everybody can fly then but isn't it nicer to have another company offering similar service? After all, it is a common knowledge that nearly half of the people in Malaysia earn less than MYR 3k (including Yours Truly).

Firefly became THAT other budget airline. But the happiness didn't last long. Its operations will soon become restricted, the way I see it.

By December 2012, Firefly will cease flying out from KLIA, citing The Sun. Will this mean that consumers will no longer be able to fly out to Sabah/ Sarawak via Firefly? No confirmation on that yet.

The day Firefly started its operation was one of the days that I celebrated. However, this recent move from MAS meant that instead of moving forward (ending monopoly, creating more competition bla bla), the airline industry is back to square one.

Well, this is it. The market changes and everything turned. What can I do now is just pray that the industry is not going to as bad as I predicted.


Sent from my iPad

Wednesday, October 19, 2011

Perihal Senyum

Senyum, bagi ramai orang, adalah sedekah. Walaupun ini kenyataan yang boleh disangkal sebab selalunya org yg minta sedekah mesti buat muka nak cecah tumit dia kat hidung aku kalau aku senyum je sbg tanda sedekah.

Tidak mengapalah. Mari pulang pada persoalan pokok.

Senyum ini banyak jenis. Ada senyum ikhlas, senyum sindir, senyum kambing dan tak ketinggalan senyuman plastik. Ala nak senyum bukan kene bayar duit pun. Jadi, senyum, jangan byk sifir sgt.

Bkn susah sangat nak tengok orang senyum. Orang senyum di merata-rata tempat. Tetapi di sebalik senyuman itu, siapalah yang tahu.

Kadang-kadang, memang tak boleh beza orang senyum untuk sembunyikan rahsia kesusahan. Yang kita nampak, dia mcm gembira. Itu sahaja yang kita tahu. Dia tengah struggle dgn life ke hape ke, mana kita tahu.

Dalam kehidupan aku yang tak sampai berapa hari pun ni, aku dpt tahuh bahawasanya orang yang paling senyum (ikhlas) selalunya orang yang dah banyak lalui pengalaman yang pelbagai.



Sent from my iPad

Tuesday, October 18, 2011

Perihal Ego

Baru beberapa hari yang lepas, aku jumpa seorang kawan. Hebat orangnya, kacak pula tu (jek sket sebab selalu kene belanja. Koh koh. Lepas ni belanja sweater seketui terus pls :D).

Hebat dia ni tapi biasalah, orang hebat dia tak rasa diri dia hebat. Tapi dia tau dia kacak dan comel (which is a bit odd. Anda ni kacak ke comel? Ada pening sikit di situ).

Tengah borak-borak tu, aku tersebut nama kapasitor. Aku banggalah dengan ciptaan jojo yang satu ni, yang banyak mengajar aku tentang pelbagai perkara. Aku ni kengkadang tu main cakap je, ak tak serius sangat.

Sekali dia kasitau dia tengok kapasitor dan dia baca blog aku. Well, kalau aku tiada ego, pasti aku tiada blog atau cuba-cuba menulis di kapasitor. Segan tu segan juga bila dia kasitau yang dia baca blog aku. Ego tu ada juga nak tau apa dia fikir tentang tulisan aku. Tapi aku pendamkan saja sebab ego aku akan lebih tercalar kalau orang hebat kata tulisan aku macam budak darjah lima. Saiko aku nanti.

Kawan aku ni membuatkan aku rasa bersemangat semula nak menulis. Adalah benda dia cakap yang membuatkan aku rasa menulis is not really a bad idea.

I don't know if you are reading this but I would love to read your writings. Janganlah simpan sengsorang. Sharing is caring.


Sent from my iPad

Monday, October 17, 2011

Perihal Kehidupan di Universiti

Salah seorang sepupu aku yang sukakan kucing tu sekarang belajar di UTM. Pagi tadi, dia cerita dia pergi kayak.

Aku tak pernah label diri aku sebagai feminis. Tetapi aku percaya yang kalau diberi peluang, mesti ambil peluang, lebih-lebih lagi kalau perempuan. Sebab bukan senang nak dapat peluang meluaskan pandangan (aka berjalan sana-sini) dan melakukan pelbagai aktiviti luar. Apsal ayat aku macam cikgu sekolah nak buat laporan ni?

Anyways, sepupu aku ni pergi berkayaklah pagi tadi. Universiti dia ada kayak oi, mcm UM. Universiti aku di Cyberjaya (padang jarak padang tekukur) mana ada kayak ni semua. Tasik ada hantu (kata oranglah) adalah. Ala bebudak MMU tu semua hantu game, apa nak takut. Lebih kurang je kwn-kwn.

Seronoklah. Lepas tu dia cite itu hari ada plan nak pergi Australia. Kelas kau boleh tengok ikan paus berenang-renang tepi bot semua.

Ini pendapat akulah. Sementara masih ada kudrat i dan tak kerja, kalau ada peluang, pergilah. Nanti kalau dah kerja, bukan senang nak dapat majikan yang fleksibel yang boleh kasi kau bercuti sesuka-hati nak pergi berjalan. Okelah, kalau kau kerja dengan Google lainlah.

Dulu, aku memang kalau boleh nak pergi bercuti di pulau. Tetapi apakan daya, mana ada kemampuan nak pergi masa tu. Sekarang ni kalau nak pergi pun, bukan senang. Itu belum fikir komitmen lain.

Kalau boleh, rasanya nak panjat gunung. Dulu-dulu berlagaklah kan tanak pegi padahal OARS OUTRECS semua ada. Sekarang, sedih sengsorang sebab nak panjat Gunung Kinabalu tu bukan mudah. Kalau dulu masa belajar, bolehlah jugak nak bina stamina sebelum panjat gunung. Sekarang ni kalau nak bina stamina, cuma stamina rahang sahaja (makan).

Aku sukalah sepupu aku dapat jalan sini-sana. Kalau tak pun, buat aktiviti macam berkayak tadi. Penting tu walapun mungkin ada yang akan kata buang masa. Bila berjalan-jalan ni boleh jumpa ramai orang juga. Buat kawan sambil pusing-pusing, kalau boleh seluruh dunia. Menimba ilmu pengetahuan itu penting tetapi yang lebih penting adalah orang yang kau kenal (its not what you know but who you know).


Sent from my iPad

Sunday, October 16, 2011

Perihal Bawang

' kau ni macam bawanglah.'

' woi. Mengata aku busuklah tu.'

' bukanlah. Kau ni banyak simpan benda. Cakap banyak tapi benda yang kau simpan lagi banyak.'

Pelikkan? Tapi itulah kenyataan. Kau kenal sepuluh tahun pun belum tentu kau tahu dia macam mana sebenarnya. Ala-ala double agent gitu.

Ha sudahlah. Dah lajak waktu tidur ni. Nanait.


Sent from my iPad

Thursday, October 13, 2011

Perihal Beg O Beg

semalam masih lagi meneruskan misi mencari beg. aku rasa nak mencari penaja untuk kapasitor.net pun tak sesusah itu. kerana aku lebih suka beg sandang atau sling bag, lagilah susah. beg untuk perempuan kebanyakannya beg tangan.
 
pening pening. sebenarnya cari dengan beria semalam sebab ingatkan nak ambil kesempatan jualan murah. jualan murahlah sangat. kalau semua harga beg dah RM 1,000, ko potong sampai RM 500 pun aku tak mahu beli juga. baik aku simpan dalam bank duit sebyk itu.
 
aku mahu kualiti juga. kalau murah tak masuk akal tapi tak tahan, pun tak guna juga. selalunya, beg yang aku pakai, tahan sekurang-kurangnya setahun setengah. memang aku bawa kiri kanan ke tengah ke tepi.
 
akhirnya, aku tutup mata dan sauk sahaja beg sandang di Bata. beg untuk lelaki sebenarnya. peduli hapa aku. asal boleh muat payung, botol air, beg duit, telefon, charger, buku, pen, sapu saja. puas hati aku.
 
jadi jejaka-jejaka sekalian, fahamilah luahan hati kami kalau kami ckp susah nak cari beg. sekian.

Tuesday, October 11, 2011

Perihal Ulangkaji Sedikit

dalam sains, perkara pertama yang diajar adalah tenaga tidak boleh berubah.
 
what FIR again? what corset can with FIR in the thread again? i beg your pardon?

Monday, October 10, 2011

Perihal Dongeng Si Penganut Fahaman MLM

orang MLM cakap mmg berdegar-degar. tolong bangsa la ape bende pumpang-pumpang sampai waktu solat pun langgar.
 
pakcik aku bukak kedai makan je pun. rilek je dia sediakan peluang pekerjaan kat jiran-jiran dia. tak bising apa pun.
 
pakcik buka kedai ayam depan umah sedara aku, cool je offer keje kat orang situ-situ. modal dia minyak motor. taklah pulak ribu-ribu.
 
mula-mula orang MLM cerita pasal nak berbakti pada agama. last-last yang dihadapnya kereta BMW puluh-puluh siri. mana pergi pegangan agama tu?
 
ye, sila terasa ye.

Sunday, October 09, 2011

Perihal Twitter

Dulu, Facebook. Sekarang, Twitter. Tidak seperti Facebook, tak ramai boleh bising kalau kita sendal tweet setiap seminit. Paling kuat pun orang mute kau je.

Seperti YouTube, Twitter juga melahirkan instant celebrity. Bukan susah pun, cuma perlu tweet tak berhenti maka ramai Yang follow. Tak perlu jadi artis real life pun. Yang perlu adalah:

1) kebolehan berfikir benda-benda remeh
2) kebolehan utk berlucu dgn 140 aksara sahaja
3) kebolehan utk bermadah dgn 140 aksara sahaja
4) RT RT RT
5) sanggup bagitau seluruh dunia 'saya tak cukup kasih sayang. Saya kesunyian' bla bla

Siapa tak suka ramai peminat kan? Cuma Yang aku rasa kelakar sgt tu, kadang-kadang umur tak sampai 15 tapi bajet mcm dah 80 thn. Bersyarah mcm-mcm bajet byk sgt pengalaman. Mana kau nak kutip pengalaman kalau berdikari pun tak pernah? Frankly speaking, beli spender pun pakai duit mak bapak ada hati nak bersyarah kat Twitter mcm kau pensyarah plak. Pensyarah pun tak bersyarah kat Twitter aku tgk.

Bila byk sgt 'mutiara kata', byklah pengikut. Sekali kene sound, terus panas bontot. Mlm ni ckp ' I don't care about haters' esok dah privatekan account.

Dik, kau kalau tak boleh atau tak sanggup kene troll, tak payah byk tweet sgt. Jari kembang sbb Twitter tak jamin masa depan kau pun. Pergilah timba ilmu tu. Walk your talk. One day you'll realise that the world is not just black and white.

If you cannot laugh at yourself, think twice before you want to tweet anything.

Friday, October 07, 2011

Perihal Peramah

orang peramah ini, bagus. ramai kawan, orang suka. aku kagum dengan orang yang peramah sebab bukan senang nak wujudkan keyakinan diri nak tegur orang.
 
dua tiga hari lepas, aku disapa seorang budak perempuan. orangnya manis, lingkungan umur dalam 23-25 tahun. berbual macam-macam. tengok telefon cap ayam, dia cerita tentang telefon. tengok muka aku bermasalah, dia cerita tentang produk sabun dia.
 
dia kenalkan diri, kebetulan nama kami dekat-dekat. aku taklah teruja sangat sebab lebih kepada mengantuk.
 
kemudian tiba-tiba dia tanya soalan: you ada masalah resdung eh? aku dah biasa dah orang tanya soalan macam ni. konon produk kecantikan apa jadah semualah. aku ni dah la tengah bad mood, penat semua. perlu ke kau yang baru je bukak mulut tegur pasal muka aku.
 
lepas itu, aku pun jawab soalan dia dengan muka yang kosong. dia masih bercerita tentang sabun ajaib dia di negeri cina. aku dah sumbat kapas imaginary dalam telinga. malas aku nak layan.
 
paling tak tahan dia boleh tanya: sampai bila you nak ada kulit bermasalah macam ni?
 
aku sepatutnya berhentikan dia di situ dan cakap;
 
'saya sebenarnya takde masalah kulit. saya ada masalah telinga. boleh tak awak ulang daripada mula apa yang awak cakap tadi?'

Thursday, October 06, 2011

Perihal Campak-campak Bayi

seperti yang diketahui ramai, Steve Jobs telah meninggalkan kita. tidak, aku tidak mahu jadi cliche hari ini. kita semua bakal mati. noktah.
 
ada sesuatu yang membebankan aku. pagi-pagi sudah baca tweet di timeline tentang orang campak bayi luar nikah. sekarang trend ye campak-campak bayi? seronok ke campak bayi ni? sedangkan nak campak anak kucing pun tak sampai hati, kejam gila campak bayi.
 
yang akan aku pesan ini untuk sesiapa yang memilih untuk mengadakan hubungan luar nikah secara rela, bukan paksa:
 
dik, sedap tak sampai berapa minit tapi takkan kau sanggup jadi pembunuh. mampu sewa hotel murah takkan tak mampu beli perlindungan (yang tahap keberkesanannya terbatas. sila periksa ikut jenama untuk keterangan lanjut). perlindungan tu pun mahal lebih sikit je daripada rokok.
 
kalau dah berisi nanti, ingat senang ke nak buang gitu saja? oke baiklah teknologi perubatan mungkin sudah maju, nak buang tak sakit macam dulu. tapi, manusia ini sejak azali baik. kalau kita bunuh budak kecik yang tak berdosa tu, sampai ke mati akan dihantui apa yang kita dah buat.
 
yang banyak dilihat, yang membuang bayi selalunya pelajar IPT. maaf kalau aku cuma dapat tangkap cerita berkenaan pelajar IPT sahaja. bila tanya kenapa buang, sebab tak bersedia pikul tanggungjawab. soalannya sekarang; dah tahu tak mampu, kenapa cari pasal dari mula?
 
aku ingat dulu, masa tu aku 19. kawan aku minta pinjam duit dalam RM 300 sebab kawan sebilik dia nak 'cuci'. jumlah sebenar, aku tak pasti. kebetulan waktu tu PTPTN baru masuk. aku takdelah hebat gile simpan duit lepas dapat PTPTN tapi takdelah bodoh sangat sampai nak subahat.
 
sampai sekarang aku tak tanya apa jadi kat kawan dia. rupanya, mereka dah selalu buat tapi ada sekali tu 'terlepas' (aku sempat selidik sikit. more to menyibuk actually). tahu takut nak kena buang uni. pandai pulak takut. masa sangap sangat, tak fikir kan? well, who's fault was that then? agak-agak nak irresponsible sampai mcm tu sekali, simpan duit siap-siap (perli).
 
aku fikir kalau dari mula tak buat benda gini, takde masalah buang-buang anak segala ni. kalau orang dah kerja tu aku fahamlah juga susah nak kahwin sebab mahal gila kahwin sekarang, masuk hospital mental pun takdelah mahal sangat eh ape aku taip ni.
 
entahlah. tak faham. tak urban kot kalau tak mengandung dan buang anak masa kat universiti. if that's the case, i don't mind being not urban.
 
bising-bising kat blog ni pun tak boleh halang sangat yang dok buang-buang anak tu (well, i doubt they have the time to read. i'm sure they are busy doing 'things' now before they panic in about 4-5 months time). tapi kot la mana nak tau ada yang 'terbaca' kan?
 
aku percaya, tak ada agama mahupun budaya dalam dunia ini menggalakkan kita buang bayi. jadi, kenapa boleh jadi macam ni?
 
itu sebetulnya soalan retorik. tidak perlu jawab.

Sunday, October 02, 2011

Perihal Luka

Bukan. Saya tidak luka. Baiklah, luka sedikit masa potong bawang. Tapi lps tu dah baik. Tapi ini pasal luka bypass.

Mesti kering sentiasa. Mesti perhatikan sentiasa.

It is a 24-hour job. Mujur saya diberikan peluang kerja dari rumah.


Sent from my iPad

Saturday, October 01, 2011

Perihal Tough Love

Tough love bukan bermaksud ' aku sayang kau. Dusyum! *penumbuk sampai lebam mata'. Tak, bukan itu.

Tough love adalah memotivasikan secara agresif (memaksa) emak yang sakit untuk makan buah-buahan walaupun anda tahu dia tak lalu.

Tough love adalah mengajak beliau minum air sekalipun anda tahu nanti dia susah nak bangun kalau nak pergi bilik air.

Tough love adalah menyuruh dia dgn bersungguh-sungguh untuk menukar pakaian untuk menjaga kebersihan badan beliau.

Itu antara contohnya.

Panik betul semalam bila luka emak bernanah. Aku yang selalunya menangis dalam gelap tiap malam, telah secara tak sengaja menangis pada waktu siang. Entahlah, memang gelabah betul. Kebetlan pula adik-beradik yang lain sedang bekerja, maka aku seorang yang lihat perkara itu. Nasib baik kereta sewa ada. Dibuatnya pemandu kereta sewa keluar untuk appointment ke atau ada hal ke, masak jugalah dibuatnya.

Waktu itu jam dua lebih. Aku ada lebih kurang tiga jam lagi untuk logout system (ye, bos saya boleh lihat kalau saya mengular di rumah). Lalu, aku pun memaksa emak untuk bersiap ke klinik.

Luka dicuci dan aku pun diajar dressing. Aku bukan sahaja buta fesyen, malah aku juga buta pertolongan cemas. Tetapi mujur sahaja luka hanya kecil. Aku yang lebih-lebih. Yang paling penting, mesti pastikan luka kering.

Emak sudah stabil. Selera makan sudah ada. Loya sudah hilang jauh-jauh. Kalau tak, siapa tak sedih tengok emak yang baru dua minggu pembedahan asyik muntah angin. Sedangkan orang sihat pun rasa sakit kalau muntah, inikan pulak orang sakit. Yang paling penting, emak sudah boleh minum air tanpa muntah. Batuk pun dah tak ada. Luka pun sudah semakin mengecil. Syukur.

Terima kasih pada yang menelefon, beri nasihat, beri tunjuk ajar macam mana nak jaga emak. Dan terima kasih pada yang sudi msg pagi-pagi hari untuk memastikan emak saya selamat. Terima kasih. Yang tolong belikan gauze tu pun terima kasih juga. Sampai dua kali adik aku kene pegi beli gauze. Aku ni ada OCD sikit. Kalau boleh, nak tengok sokmo luka tu dan pastikan bersih.

Minggu yang sangat sibuk sudah hampir ke penghujung. Fuh!

Anda bagaimana? Ada cerita menarik dan mendebarkan untuk minggu ini?


Sent from my iPad

Sunday, September 25, 2011

Perihal Character Building

Mahu tidur di hospital temankan orang bukan kerja mudah. Lebih-lebih lagi kalau sampai 13 hari. Tidur atas lantai, atas tilam yang hampir bukan tilam, mau patah riuk juga belakang aku.

Masa dulu-dulu, aku sukalah masuk hutan, pegi camping segala. Tidur atas tanah tu pernah. Kau nak masuk hutan, kosserlah nak bawak selimut toto segala. Jadi, yang memisahkan kau cuma khemah dan tanah. Sleeping bag? Haha jangan haraplah ada. Masa tu masih sekolah dan kami bukan org berada. Nak sleeping bag tu, boleh berangan sajalah. Berangan sampai lebam. Kesudahannya, bolehlah diletakkan baju-baju sebagai alas.

Maka inilah sebab baju aku bau semacam bila balik camping. Hak hak.

Ini cerita waktu sekolah menengah. Waktu menengah rendah, aku join pengakap. Beg masa tu, beg balik kampung saja. Bawak baju bukan banyak pun. Konon survival habis. Nasib baik dua hari tiga malam je selalunya. Kalau lagi lama, masak aku.

Selalu jugalah hujan masa dalam hutan tu. Sumpah pasrah dibuatnya, nak-nak lagi tak bawah sweater. Mana kenal sweater semua tu pada zaman dulu.

Yang selesa, seingat aku, cuma sekali. Waktu itu kami pergi ke negeri sembilan, dalam kem. Adalah juga tilam, katil, bilik air. Hui...selesa juga. Kalau tak, pakat tidur je la atas lantai.

Rasanya, aku terus masuk hutan sampai umur aku 19. Lepas tu, aku hanyut. Eceh hanyut konon. Taklah. Cuma lepas tu aku jadi cerewet. Tak sanggup masuk hutan kalau takde tandas yang elok semua. Iba waktu itu, aku dah ada skill hebat: tidur di atas lantai dengan nyenyak waktu operasi burung hantu. Ada ke tinggal orang dalam hutan sorang-sorang dua tiga jam untuk mwnikmati malam. Kompomlah tido dgn lena. Aku bukanlah berani sangat tapi aku ta ada org di sekeliling aku cma tak nampak sahaja. Memanglah aku tak takut jadinya.

Dan skil itulah yg aku guna waktu di hospital: skill apa-saja-untuk-tidur. Eh, kira mcm character building jugalah kan?

Kawan aku pernah tanya, dia pelik kenapa aku pergi camping (dia mmg tak suka pergi). Well, i am glad i did. Masa tu fikir seronok je tapi ada juga faedah rupanya.

Cuma, kalau org suruh buat lagi sekarang, tak sanggup juga sebenarnya. Hik hik.

P/s: bagi sesetengah orang, masuk keluar hutan adalah perkara enteng. Tetapi, bagi aku, keselesaan itu sangat penting. Besar pengorbanan nak tinggalkan katil :D.


Sent from my iPad

Saturday, September 24, 2011

Perihal Tanpa Tea Lady

Di pejabat aku tiada tea lady a.k.a makcik tukang bancuh air. Tidak, aku tidsk bekerja di pejabat yang hebat sebegitu. Kadang-kadang susah jugalah sebab kononnya aku ni sibuk gila.

Tapi elok juga. Kalau tak, bila nak prektis buat teh untuk emak. Kan?

Masih perlu berlatih lagi. Tak payah perasan sangat teh kau sedap gila. Hak hak.

P/s: emak nak beli dulang bakar kek. Hurm. Boleh mula google mcm-mcm sekarang. *tumbuh tanduk.


Sent from my iPad

Friday, September 23, 2011

Perihal Masakan

Aku tak tahu masakan hebat-hebat. Mmg tak reti. Setakat jadi sous chef mmg kerap tapi kalau nak siapkan hidangan dari awal sampai akhir, jangan harap sgt. Kalau ada tu, mmg nasib-nasib sajalah.

Memandangkan emak tak sihat, akulah yg kene masak. Buat-buat pandai je, yg penting muka mesti confident. Dan emak pun dah buat request nak kurangkan makanan berlemak dan berminyak, ya, itu dia cabaran sudsh tiba. Nasib baik sekarang ni mak tak mahu sgt makanan bergaram dan minuman manis. Maka, kesilapan terkurang garam dan terkurang gula di dlm mana-mana hidangan boleh dikaver dengan sgt baik sekali. Kalau aku rasa tak sedap pun, emak boleh belum dapat detect koh koh. Nah, licik tak aku?

Tidak, tidak. Aku akan terus berusaha memperbaiki masakan. Janganlah kejam sangat setiap hari pun nak buat lauk tawar dan teh tawar. Kejam sgtlah.

Tadi sudah cuba panggang kentang. Wah boleh tahan. Suka rasa tak berminyak tu. Tapi emak tak cuba lagi sbb lidah emak masih rasa tak sedap. Kesian mak. Harapnya mak bertambah oke esok.

Ya, esok. Aku perlu sediakan ubat emak untuk esok.


Sent from my iPad

Thursday, September 22, 2011

Emak - Proses Penyembuhan

Bypass memang pembedahan yang agak besar. Kalau boleh, pesakit hanya mahu duduk di katil tetapi jangan haraplah. Cepat sahaja jururawat dan doktor sudah suruh pesakit berjalan.

Alhamdulillah, hair kedua emak sudah boleh jalan ke tandas sendiri. Hanya perlu pegang tangan dia sedikit sahaja. Yang selebihnya, emak memang jalan sendiri. Dia tak mahu manja-manja.

Di sinilah ahli keluarga perlu mainkan peranan. Dalam keadaan macm itu, memang tak seronok sangat nak ke tandas semua. Jadi, emak ada tendency untuk tak mahu minum. Tetapi air sangat penting. Nak tak hendak, emak mesti minum air juga. Bukan sekadar minum sahaja, mesti minum dengan banyak.

Malam-malam, emak masih alami hypo - kurang gula. Dalam mamai-mamai tu, aku mesti tahu kedudukan milo untuk diberikan pada emak. Siang orang lain jaga, tak apalah.

Dalam pada boleh jalan tu, susah juga emak nak bangun atas katil. Jadi, memang lengan sudah berotot masa beberapa hari itu.

Hari ini tak sempat bawa emak jalan-jalan dekat luar rumah. Harapnya, esok pagi sempat. Kami berdua perlu bersenam.

Tapi aku dah tersangkut dekat diva ni, tah bila la nak tido T___T


Sent from my iPad

Wednesday, September 21, 2011

Emak - Bila Sedar Bypass

Selepas bypass, mak duduk kat ICU dulu. Masa tu, memang tak nampak luka dia lagi cuma nampak kesan jahitan di kedua-duka kaki. Dua-dua belah kaki? Tak sangka pulak mereka ambil urat daripada dua-dua belah kaki. Rupanya, empat yang tersumbat, bukan tiga.

Masa nurse hantar masuk dalam wad, memang sedih rasanya. Rasa macam nak menangis tapi kena tahan.

Bila dah pindahkan ke katil, nampak mak macam tak larat tapi dia gagahkan juga diri. Batuk tak henti- henti sebab nurse cakap paru-paru shutdown sepanjang pembedahan, dalam lima jam. Batuk keluar semua kahak tapi eloklah.

Malam tu, tak henti-henti keluar muntah dah kahak. Kesian mak, sekejap-sekejap ubah kedudukan katil tapi takpelah. Asalkan dia selesa. Itu yang penting.

Malam tu mak memang tak tidur. Habis badan basah sebab muntah. Sekalipun tak makan, muntah air dan angin tetap ada. Aku mengaku, aku memang menangis dalam gelap. Sedih sangat tengok mak menangis sebab rasa tak sedap badan.

Sekejap-sekejap dengar bunyi mak mengeluh dan menangis dalam gelap. Nasib baik katil betul-betul boleh park kat tepi katil mak. Setiap kali aku sua air, mak minum sikit dan mungah beberapa minit lepas tu. Dia tolak air tapi aku paksa juga minum sebab lebih baik keluarkan semua kahak dalam paru-paru supaya dia boleh bernafas dengan lebih elok.

Pergi ke tandas bukan susah sangat sebab emak kuatkan semangat untuk uruskan diri sendiri. Malam dia dipindahkan ke wad cuma perlu panggil nurse dan kami angkat serta pimpin dia ke tandas, itu sahaja. Itupun, tak sampai tengah malam, nurse cakap dah tak perlu pengawasan untuk tekanan darah. Emak lega sikit sebab dah tak perlu panggil nurse untuk ke bilik air.

Malam itu, mak cuma tidur lebih kurang tiga jam. Bila dia berdengkur, rasa lega. Tapi itupun sekejap-sekejap sebab emak akan batuk.

Menjelang pagi, emak dah tak batuk-batuk lagi. Malah, jalan pun dah laju. Lega sikit rasanya sebab kesian tengok emak batuk-batuk macam tu.

Aku terbayang kalau malam tu aku tidur mati macam biasa. Kesian mak, mesti dia akan tidur dalam muntah dan kahak.

Jika anda akan temankan sesiapa untuk pembedahan bypass, seeloknya siangnya orang lain jaga dan malam pula anda jaga. Itulah yang adik-beradik kami buat. Sekurang-kurangnya, yang jaga di wad tak pula jatuh sakit (walaupun ada satu pagi tu aku demam sedikit).

Emak sudah pulang sekarang. Esok mahu kerjakan resepi untuk masakan tidak berminyak. Semoga proses penyembuhan emak berjalan lancar. Amin.

Ouh dan terima kasih atas sokongan anda semua :).


Sent from my iPad

Tuesday, September 20, 2011

Perihal Kena Rasuk

Semalam naik syeh. Beli tudung smpi empat (ini tidak pernah saya lakukan) .

Sudah dirasuk syaitonnirrojim gamaknya. Mungkin sebab selalu sgt basuh baju tepi rumah mayat agaknya.

Hurm.

Sunday, September 18, 2011

Perihal Bawak Diri

Kita ni kadang-kadang kena beringat juga. Baca blog orang, lps tu nak komen tu seeloknya beragaklah, lebih-lebih kalau kita tak kenal dia.

Semalam aku pos yg aku masih Di IJN. Aku hargai orang komen kat blog aku. Tapi aku tak berapa nak hargai komen pegi mampus.

First, kau tak kenal aku cukup baik utk buat lawakbangangkononkelakar mcm tu. Kedua, aku kat hospital. Perkara hidup dan mati mcm ni tak payahlah buat main. Biadap sangat. Aku fahamlah kau suka sindir orang tak ingat dunia kat blog kau tapi ini blog aku kot. Jadi, pandai-pandailah bawak diri.

Jgn jadi budak tak cukup akal. Tuhan dah kasi anugerah akal dan umur yg pjg tu, fikir dulu sebelum komen.

Biadap. Belum pernah lagi kawan-kawan rapat aku sekalipun buat lawak mcm tu. Aku tak publish komen kau tu sbb aku masih jaga air muka kau.

Serius kau ni biadap.

Saturday, September 17, 2011

Wednesday, September 14, 2011

Terima Kasih

Dan berbanyak terima kasih pada yang mendoakan. Maaf tak sempat reply komen :).

Perihal Bypass

Alhamdulillah, pembedahan emak sudah berjaya. Harapnya oke sampai esok. Amin.

Perihal Bypass

Sudah hampir empat jam emak di dalam bilik bedah. Harapnya semua oke.

Terima kasih pada semua yang wish. Tak sempat nak reply, sibuk uruskan macam-macam sbb kami pun tak sangka buat hari ini.


Sent from my iPad

Sunday, September 11, 2011

Perihal Penunggu IJN 2

Malam ini, malam ketiga kat sini. It gets better actually. Pagi tadi, telah menghijack eh I mean share katil dgn emak sampai terlepas Spongebob Squarepants.

Boleh nak sewa katil tapi kejap lagi, liatlah nak bangkit. Semalam tu pun nak check kan BP mak pun terkial-kial. Itu tak alas toto lagi. Mlm ni alas dgn toto tataulah apa cerita. Kang kalau terlajak tidur segan pulak kalau Dr masuk.

Gelabah jugalah semalam bila emak ckp dia berpeluh-peluh. Sebab tak pasti dia kurang gula atau kena yang lain. Fuh! Nasib baik kurang gula. Emak suruh bancuhkan air tapi aku dgn pantas memanggil nurse. Cuak pulak aku kalau salah bertindak. Tapi kencing manis ini sgt mengelirukan. Kalau kawal sgt mkn, rendah sgt boleh pitam. Kalau tak kawal pulak, jadi lain.

Esok, nak buat check up dgn Dr. Harapnya Dr dpt kasi tarikh utk bypass emak. Amin.

Oke pukul 8 mlm dah mengantuk. Tak payah tgk cerite anugerah skrin mlm ni. Itu cerita loyar semula eceh tak syg mulut btol.

Friday, September 09, 2011

Perihal Penunggu IJN

Malam semalam emak check in. Whitecoat syndrome. Pantang nampak nurse dengan doktor mulalah tekanan darah dia naik. Daripada bilik utk tiga orang, pindah ke bilik seorang.

Aku temankan mak. Untuk sesiapa yang ingin menemankan pesakit, kalau seorang tak susah sgt. Kalau untuk keluarga pun tak susah sebenarnya, boleh menginap di asrama do institut IJN. Bayarannya pun boleh tahan sebenarnya. Tapi sebab aku seorang diri, bolehlah menyusun sofa dan sendal diri sendiri di tengah-tengah.

Semalaman mak susah nak tidur fikirkan pagi ini kene buat angiogram. Dia susah hati tapi mesilah tak mahu tunjuk. Dah siap-siap buat angiogram (semua sekali dlm tiga jam. Jangkamasa berbeza utk setiap pesakit), baru dia ckp dia risau.

Tiga injap jantung mak tersumbat. Lepas ni mak ckp nak buat bypass. Tadi ahli fisio dan sorang doktor kasi penerangan kat mak apa yang nak dibuat. Merasalah cikchah jadi personal assistant untuk mak balik ni.

Tak pasti bila nak buat bypass tu. Mungkin cepat mungkin lambat. Tgklah, esok nak bincang mcm mana. Ouh aku harap tak Dr kasi pilihan utk stent. Saja je, byk sikit pilihan.  Heh.
Malam ni BP mak dah elok. Sekarang (pandang mesin), 165/96. Tinggi sbb dia baru berjalan sikit tadi. Harapnya dia okelah esok.

Aku? Oke. Seluar dah longgar sebab tak kuar mkn koh koh. Sesapa nak datang plslah bawak makanan hak hak.

Thursday, September 08, 2011

Perihal IJN

emak nak check-in IJN hari ini. harap-harap semuanya selamat. amin.

Tuesday, September 06, 2011

Inspirasi


' Wah! Satu lagi cerpen? Eh ke novel?' Adli bertanya pada Mus waktu pulang dari membeli sarapan. Mus sedang mengadap komputer di dalam bilik yang dihias seperti pejabat. Dia kelihatan sibuk menaip. Adli tahu benar akan kegemaran temannya cuma akhir-akhir ini, semakin rancak Mus menulis.

Mus cuma tersenyum.

' Bila jiwa bergolak, idea datang mencurah-curah,' ujar Mus. Adli cuma tersenyum sambil berlalu ke dapur. Mahu bancuh air bujang. Seolah-olah terlupakan sesuatu, Adli berpatah semula.

' Air, Mus?' Adli berdiri di depan bilik yang dijadikan pejabat di rumah mereka.

Mus berpaling ke arah Adli. ' Untung aku hari ini dapat rasa kopi kau. Dah rindu ni.' Mus sengih.

' Iyalah,' Adli malas hendak layan sangat. Sudah biasa dengan tabiat Mus yang suka bergurau.

Hari masih awal. Keadaan senyap-sunyi, barangkali masih ramai jiran-jiran mereka yang belum bangun. Adli pula baru sahaja pulang dari kedai membeli suratkhabar dan roti canai. Mudah sedikit kalau memberi sarapan tanpa perlu berebut seperti hari bekerja.

Kopi yang masih berwap diletakkan di atas meja. Bungkusan roti canai dibuka, semerbak aroma mengisi segenap ruang dapur. Adli cuma menyiapkan meja makan serba ringkas, cukuplah untuk mereka berdua. Malah, roti canai dibiarkan di dalam plastik dan hanya dibuka sedikit.

' Terima kasihlah, Adli.' Tiba-tiba sahaja Mus sudah sampai di pintu dapur.

' Ish! Tak perlulah mengada-ngada. Mari duduk,' Adli pantas menarik kerusi sambil tangan rancak mengalihkan roti ke dalam pinggan.

Mus tersenyum lebar. Siapa yang tidak gembira kalau makan pagi sudah siap sedia.

Sambil makan, Adli curi-curi pandang wajah Mus. Segan. Bukannya biasa tenung muka orang sebegitu rupa, lebih-lebih lagi lelaki. Takut pula dituduh yang bukan-bukan. Lingkaran hitam di bawah mata Mus nampak jelas.

' Kau bangun pukul berapa tadi?' Adli bertanya sebaik sahaja roti canai ditelan.

Mus diam.

' Hurm?' Adli malas mahu ulang soalan.

' Aku tak boleh tidur,' perlahan suara Mus.

Adli kembali menelaah roti canai di dalam pinggan. Teringat kembali perbualan antara dia dan Julia lebih kurang dua bulan lepas.

' Kenapa Julia? Apa yang kurang pada Mus?' tanya Adli pada Julia yang waktu itu, masih tunang Mus. Gadis di depannya hanya memintal hujung tudung sambil bibir yang dicalit gincu digigit-gigit. Iman Adli goyang juga sedikit melihatkan aksi Julia.

Melihatkan Julia diam membisu, Adli sambung lagi.

'Mus sudah sedia untuk jadi suami, Julia,' memang janggal rasanya bila Adli berkata demikian. Apatah lagi Adli sebenarnya tidak pasti akan kesahihan kenyataan tersebut kerana Mus tidak pernah mengaku bahawa dia bersedia menambah tanggungjawab menjadi suami. Adli cuma berkata begitu berdasarkan pemerhatian sahaja dan untuk menyelamatkan perhubungan Mus dan Julia.

Nampak bibir Julia terketar-ketar, seolah-olah mahu menangis. Adli paling tidak gemar kalau ini terjadi. Sudahlah mereka di tempat awam, berbincang berdua dengan wajah serius. Adli tidak suka kalau ada mata-mata yang memandang serong.

' Saya yang belum sedia,' Julia bersuara dengan mata yang berkaca-kaca.

Kenangan yang terakhir itu membawa Adli kembali ke meja makan.

' Kau tulis apa?' tanya Adli, sekadar ingin memulakan perbualan. Seeloknya, Adli tidak mahu terlibat dengan masalah emosi Mus. Bukan mahu mementingkan diri sendiri tetapi dia takut kalau tersalah cakap. Adli bukannya pandai tentang soal-soal perasaan dan emosi.

' Macam biasalah,' Mus tersengih.

' Macam biasa itu yang macam mana? Kalau ikut kebiasaan kerja kau, aku andaikan kau sedang isi borang insurans untuk pelanggan-pelanggan kau.'

Mus ketawa. Besar ketawa teman serumahnya itu.

' Puisi cinta, patah hati. Tetapi, tiba-tiba pula hari ini aku tulis cerita seram,' Mus bercerita dengan bersemangat.

' Eh macam mana pula sampai ke situ?' Adli menolak pinggan yang sudah kosong ke tepi.

' Entahlah, aku pun tak pasti. Tetapi memang selalunya aku begini. Kalau ada apa-apa yang menganggu jiwa, memang banyaklah idea. Macam kekecewaan itu jadi sumber inspirasi,' Mus hirup kopi sebagai penutup untuk sarapan.

' Bila jiwa kacau, aku rasa macam tulisan aku ada jiwa.' Mus diam tiba-tiba. ' Maaflah Adli, terpaksa masuk lif tekan sendiri. Siapa lagi nak puji diri sendiri, kan?'

Mus tersenyum. Adli tersenyum sama. Kalau Mus sudah boleh bergurau, ini petanda baik.

' Kau elok jadi penulislah aku rasa. Silaplah jual insurans ni,' Adli cuba pancing Mus.

' Merepeklah kau ni. Aku perlukan tragedi untuk hidupkan suis 'sasterawan' aku,' Mus mengangkat kedua-dua jari telunjuk ke udara semasa menyebut 'sasterawan'.

' Tanpa tragedi, aku tak pandai bercerita. Kau nak aku hidup dalam tragedi, eh?'

' Err...' Adli gagap sekejap.

' Kau tanya aku ni, kau macam mana?'

Adli juga suka menulis tetapi tidak seperti Mus.

' Aku menulis di blog sahaja. Bukan macam kau masuk pertandingan, suratkhabar semua.'

' Menulis juga namanya. Kalau tak, takkanlah sampai ada peminat menagih tulisan-tulisan kau. Mari pinggan kau,' Mus memanjangkan tangan untuk mengambil pinggan Adli untuk dibasuh.

' Kau cubalah hantar karya kau ke mana-mana. Tulisan kau bukan tak bagus.'

Adli tahu ada perkataan 'tetapi' tergantung di udara.

' Tetapi...?' Adli membantu Mus mengangkat cawan ke sinki.

' Mungkin kau perlu gali inspirasi kau ke dalam sedikit,' Mus memutar kepala pili.

' Macam mana?'

' Selalunya, sesuatu yang beri kesan pada kita boleh memberi kita inspirasi. Dalam kes aku, pertunangan yang terputus.'

Adli garu dagu.

' Ermm...si budak Diana itu mungkin?' Mus memberi cadangan, keningnya diangkat.

Diana. Bab cinta yang Adli sudah tutup sebenarnya. Sebuah bab yang sudah habis hampir setengah tahun.

Adli mengeluh. ' Maaflah, Adli. Aku terlanjur cakap.' Mus kelihatan bersalah.

' Tak adalah, Mus,' Adli pandang kaki. Ada sesuatu yang difikirkan.

Sudah habis berkemas di dapur, kedua-dua Adli dan Mus kembali dengan aktiviti masing-masing. Adli memanjat tangga ke biliknya di bilik tidur utama. Dia melangkah ke almari pakaian yang mempunyai empat pintu. Saiz almari itu memang besar untuk seorang lelaki. Maklumlah, lelaki selalunya tidak mempunyai banyak baju.

Dikuaknya pintu almari yang terakhir. Suis khas di dalam almari dipetik. Masih ada lagi. Takut juga Adli kalau Mus dapat tahu apa yang dia sudah lakukan.

' Hai Diana,' Adli menyapa tulang-temulang di dalam almari. Rangka manusia di dalam almari itu milik bekas kekasihnya.

Pertanyaan Mus tentang Diana sebentar tadi sebenarnya tidak menganggu perasaan Adli langsung. Yang dirisaukan Adli adalah cara bagaima untuk terus menyembunyikan kegiatan ini.

' Memang kau inspirasi aku,'' Adli memang rangka Diana secara sinis. Rangka itu disusun dalam keadaan berdiri.

Mujur Adli tuan rumah rumah. Mujur juga dia seorang pensyarah di institut pengajian tinggi mengajar bakal doktor. Mudah untuk Adli membuang bahan bukti selepas habis 'kerja'.

Adli menghidupkan komputer riba yang ada di sudut bilik dengan pintu almari dibiarkan terbuka. Ini eksperimen Adli yang terbaru untuk sebuah novel bercorak jenayah. Tentang dendam seorang lelaki terhadap bekas kekasih yang hanya mahukan harta.

Pantas sahaja jari Adli mengisi baris-baris kosong untuk ceritanya yang bertajuk " Bagaimana Aku Bunuh Ziana". Sekejap-sekejap diselak fail yang berisi butiran terperinci bagaimana dia membunuh Diana.

Monday, September 05, 2011

Perihal Suara Di Tengah Malam

Rasanya masa itu Sabtu malam Ahad. Aku susah nak tidur. Asyik-asyik nak berpusing-pusing. Kesian jugak dekat mak sebab tidur sekatil dengan dia lepas tu nak lasak-lasak. Tetapi susah betul nak lelap. Berhenti online pun dah dekat pukul 2 pagi. Itu pun entah bila lelapnya.

Rumah sebelah balik kampung. Selalunya dia yang buka lampu sampai pagi. Memang takdelah takut sangat.

Masa itu aku masih online lagi atas katil, baca cita hantu. Tak senonoh betul tapi nak buat macam mana? Macam dah ketagih ke apa.

Sambil baring tu, dengar suara perempuan. Perlahan je dia sebut 'heyy...' (sila seret y panjang-panjang). Masa tu memang hangin. Aku ni dah la tak boleh nak tidur, ada pula yang bergurau.

Aku pusing lagi kiri kanan. Tekanan tekanan. Lepas tu, terdengar pula suara lelaki sebut benda yang sama. Ya, tarik juga huruf y itu sepanjang mungkin.

Bukanlah aku nak tunjuk macho sgt tapi mmg tekananlah masa tu. Susah nak tidur, esok pagi tu nak kerja pula. Itu yang hangin, tak mahu amik tahu.

Pusing-pusing lagi, entah pukul berapa baru tertidur.

Tapi, sampai sekarang aku tak cerita dekat emak.


Sent from my iPad

Sunday, September 04, 2011

Perihal Menyesuaikan Diri

Selalu kalau lepak Klang, tak lama. Tapi sekarang aku sudah mulakan hidup baru (kind of) di sini (sila doakan kejayaan aku. Fuh! Fuh!), baru aku sedar bahawa ia tidak semudah yang dilihat.

Aku ingatkan semuanya dah cukup simple. InsyaAllah, aku tak perlukan makanan mewah-mewah. Kalau teringin sesuatu masakan, boleh bergabung tenaga dgn emak nak siapkan. Jadi, aku beranggapan tidak banyak yang akan dan perlu berubah.

Dalam tak perlu berubah tu, ada juga perkara yang terpaksa aku sesuaikan.

Usia sudah dekat tiga dekad, aku perhatikan juga apa yang aku makan. Selalunya, aku memang makan nasi tiap-tiap hari. Tetapi selalunya aku makan nasi cuma sekali sehari. Kalau hari bekerja, aku makan yang ringan-ringan sahaja. Takut mengantuk sebab selalunya aku kalau dah makan, memang tak berapa pandai nak berhenti sebelum kenyang. Pagi, memang makan roti sahaja selalunya. Lunch pula kalau nak makan nasi, cuma setengah. Selebihnya sayur hijau. Ye, saya sangat mementingkan kelancaran sistem perkumuhan saya.

Tetapi di sini lain sikit. Selalunya yang ada memang nasi sahaja. Lagi pula aku kerja di rumah. Lain, sebab katil tak jauh, tumbang di sebelah pun takpe. Kalau kenyang sangat, tak memasal membuta hingga petang.

Aku pun dah jarang bersenam, lagilah tak berani nak sentuh nasi secara membuta-tuli. Seminggu dua ni memang ramai orang datang melawat. Mungkin bila emak dah keluar hospital nanti lebih mudah nak berjalan-jalan dengan emak. Masa itu, mungkin akan lebih berani makan nasi.

Maaflah emak. Saya bukan tak sudi. See? Saya makan tau sebenarnya. Tetapi mungkin tidak sebanyak dulu. Dulu tu masa masih muda remaja.

Aku sedang sesuaikan diri. Alhamdulillah, selama ini pun dah selalu kerja dari rumah. Jadi, tidaklah sukar sangat. Kawan-kawan pejabat pun beri sokongan. Bertuahnya badan.

Selamat Hari Raya Eid-ul-Fitri. Maaf zahir dan batin. Masih sempat kan? :).


Sent from my iPad

Cerita Super Pendek #2

cawan depan mata. tangan rancak uli tepung. isi cawan nampak macam teh.

'nantilah. sekejap lagi lepas siap, nak minum'.

satu teguk minyak masuk dalam perut.

mesti hati-hati di lain kali.

Saturday, September 03, 2011

Cerita Super Pendek #1

Dia tolong susun acuan kertas dalam dulang. Cornflakes salut coklat. Satu gumpalan kecil masuk mulut sambil satu tangan susun acuan kertas.

'ha, tu apa pipi kembung macam tupai?'

Dia cuma sengih.

Selalunya, sambil susun kuih dalam balang, dia turut susun sebahagian dalam perut.


Sent from my iPad

Thursday, September 01, 2011

Telework


I've started to telework since middle of last week. The best thing is I get to begin work and finish work early. You get to watch (or listen) to the TV, walk to the kitchen every five minutes or fall onto the bed during lunch.

But of course, it is not really that fun to watch the benefits. Let's see the cons here:

1. Becoming a social hermit.
The only living thing that will be sitting beside me for about eight hours will be a cat. Beside me since she seems to follow me almost everywhere. Seems to or I'm just imagining things.

My social skills may go down tremendously as my life will be limited within these four walls. Even the journey to the grocery store will result in these kind of conversation:

Week 1
Owner: Hello, how are you?
Me: Fine, thank you. Many customers today?
Owner: Not so. So, what are you getting?
Me:... (And I proceed to list what I want to buy)

Week 5
Owner: Hello, how are you?
Me: Not too bad. You?
Owner: Fine.
(and the owner waits for me choosing what I want to buy)

Week 15
Owner: Hello (nods head)
I smile and walk into the store.
Me: these are the things that I need to buy.

Week 30
Owner: Hello (nods head)
And I will no longer remember how I should react to that. Should I just nod or I will have to say something?

2. Vocabulary worsens
As in normal, everyday vocabulary as I will soon be communicating like the comments on Faceboook and what not.

I'm expecting that I will soon be saying things like 'tamo kawan lettew' in real life.

3. No face-to-face human interaction
Like I said, the cat will only be my main source of interaction. Ok, exaggeration. My family is here but just play along with me.

As of at present, I' communicating with friends via Facebook and Twitter most of the time. Even my phone does not ring. Supposedly, there should be any distration.

And I can't wait for tomorrow to start working. Still on holiday, people?

Tuesday, August 30, 2011

Perihal Kucing dan Raya

Di rumah emak ada seekor kucing bernama Min. Dia sgt comel, selain daripada berbulu karpet. Mula-mula aku sampai sini, dia perhati tak sudah-sudah. Maklumlah, belum biasa lagi.

Sehari, dia rajin duduk di tepi tengok aku buat kerja. Hari kedua, dia kembali duduk di atas peti sejuk. Itu memang kediaman dia. Tak boleh nak buat apa dah.

Sehari sebelum raya, aku gatal buat chocolate dengan cornflakes. Saja, bukan nak sangat pun. Har har. Dalam proses menghancurkan cornflakes, aku telah menekan plastik sampai pecah bungkusan cornflakes sedikit. Bertaburlah sikit cornflakes atas lantai. Min yang tadi duduk atas peti ais (peti ais kami rendah sahaja), melompat turun ke lantai nak terkam cornflakes.

Ye, kucing ini suka makan benda yang rangup-rangup. Kalau kami makan kerepek atau rempeyek lepas buka, mulalah dia buat muka Pussycat Dolls eh I mean Puss In Boots mintak sikit.

Aku pun biarkan dulu cornflakes di lantai sbb takut coklat beku dalam periuk. Harus kene panaskan lagi sekali. Akak malas u'olls. Min makan sekepin cornflakes kemudian lari ke luar. Tak sedap la tu. Asal sihat je tamau. Pfbt.

Aku pun berlari-lari nak siapkan kuih. Masa tu Min dah pegi mana tah. Lama juga aku nak siapkan kuih tu maklumlah akak jarang buat kuih u'olls.

Lps aku habiskan kuih tu dan sejukkan, aku pergi dapur balik nak bersihkan kesan sepah aku tadi. Boleh pula aku lupa cornflakes yang beberapa keping kat lantai tu, leka basuh pinggan, rendam periuk and whatnot.

Dah habis kemas barang dalam sinki, bila pandang ke lantai, bersih. Ni mesti budak Min ni yang perabih. Tadi sombong, nak kerepek je. Sekali licin.

Tapi tak boleh bagi selalu. Gila. Gaji aku bukan 400 pound satu minggu.


Sent from my iPad

Saturday, August 27, 2011

Perihal Tidak Sensitif Di Pasar Ramadhan

Beberapa tahun yang lalu, aku bekerja di tengah bandar KL. Salah seorang daripada rakan sekerja aku cakap kat aku:

'Jahilnya. Mestilah kita tak pergi month end dekat disko.' dia maksudkan majikan kami yang bukan beragama Islam.

Wow. Dia tak salah (majikan itu) sebab mungkin dia tak tahu. Tetapi yang mengeluarkan perkataan itu, bagaimana pula?

Sekarang ini, timbul pula soal orang berpakaian tidak sopan dan makan di bazaar ramadhan. Ia ditimbulkan oleh penganut agama Islam. Iye, aku tau, 54 tahun merdeka maka sepatutnya orang patut lebih sensitif. Tetapi mengapa mesti marah-marah?

Kenapa kita mesti expect orang hormat kita berpuasa lebih-lebih lagi yang bukan Muslim (alhamdulillah, sangat ramai kawan-kawan saya yang menghormati bulan Ramadhan sedangkan ia tidak wajib bagi mereka)? Aku kurang faham sebenarnya mengapa kita mesti memberatkan soal itu pada mereka. Tak perlu pun. Kalau mereka nak hormati bulan Ramadhan, bagus tetapi aku selalu ckp, kalau rasa nak minum depan aku, takpe. InsyaAllah aku boleh tahan lagi.

Kadang-kadang aku rasa kita ni expect banyak sangat daripada orang lain. Kita bising-bising orang tah hormat Ramadhan, pernah tak kita terfikir akan Lent? Atau pernahkah kita ambil tahu tentang agama lain?

P/S: kawan aku pernah diajak berkali-kali pergi lunch masa dia puasa masa kat luar negara. Takde pulak minah tu mengamuk. Kita ni dah cukup bertuah, tahu?


Sent from my iPad

Giveaway: Austin Chase Groupon Voucher

Baiklah. Memandangkan entah bila tahun saya nak jejak Midvalley/ Gardens tu kan, saya nak beri sesuatulah.


Itu hari ada beli voucher dari Groupon. Voucher yang ini [51% Off] 1 Regular Caramel Macchiato at Austin Chase for RM7 instead of RM14.30. Choose Hot or Iced Macchiato. tapi voucher cuma ada satu sahaja.


Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah email di uculer[at]gmail.com. siapa cepat dia dapat. tarikh tutup nak redeem tu lama lagi, 17 November 2011. 


jadi, silalah siapa yang berminat :)

Friday, August 26, 2011

Perihal Shopping Sebelum Raya

Aku ni jarang sebenarnya nak pergi Chow Kit hape bende ke nak beli barang raya. Bukan memilih, ramai-ramai orang sangat ni takut kene culik (perasan).

Tapi tadi telah pergi ke pasar di Klang. Kamon, selama ni selalu sangat nikmati kesesakan laulintas di KL. Kali ini kita bersesak-sesak di Klang pula. Hui...baru rasa meriah raya ye tak?

Seronoklah kali ini dapat berkumpul sama-sama. Tadi pun pergi scouting parking sama-sama. Pergi tengok orang auction bunga macam auction pasu bunga. I mean 
Asu dan bunga. Meriah oke. Daripada RM 100 boleh turun sampai RM 40. Tapi aku tak tunggu lama pun sbb nak pergi langsir, tudung, baju, kerepek, alas meja (yang akhirnya tak dapat semua pun. Saja nak panjangkan karangan).

Ramai sungguh orang tadi. Mestilah kan? Takkanlah kucing pulak nak beli tudung. Tapi yang buat aku rasa kecewa tu, tak nampak pun tudung bawal. Why? Mengapa tudung bawal dipinggirkan? Kecil hati oke macam ni. Takpelah, ai beli shawl saja la gini.

Bagus tau taktik perniagaan mereka. Sepanjang-panjang lorong orang jual tudung stokin telekung tudung bunga, memang dah sedia depan tu jual air. Ai loike!

Tapi maaflah. Tiada gambar. Kerana itu penceritaan tidak best pon. Excited je pehi beli barang sambil ikut emak dari belakang. Risau aku. Punya sesak gitu, jangan kata budak kecik, aku pun boleh sesat. Lainkali ak pakai tag RFID la sebelum pegi tempat gitu.

Dah sekian. Saja je nak ckp aku pergi padahal orang dok pergi sokmo. Eh btw, Sekinchan Ikan Bakar kat Bandar Botani Klang tu sedap ke? Ada sesapa tau?


Sent from my iPad

Thursday, August 25, 2011

Perihal Orang Kampung

Kenapa kan, kita selalu dengar kalau orang nak menghina dia akan sebut 'Kampung!', fesyen huduh macam orang kampung? Kenapa? Orang bandar tak selekeh ke? Tak boleh pakai huduh ke? Pakai tudung, pakai baju dengan lengan singkat gila, pakai pulak legging. Tak huduh ke macam tu?

Kalau mekap tak elok sikit, sebut 'kampung'. Apa salah orang kampung? Dan kalau kita hina orang lain kampung pun, kita tak jadi urban. Hak hak.

P/s: sekarang aku dah jadi orang kampung. Dan aku oke.


Sent from my iPad

Wednesday, August 24, 2011

Perihal Gambar Diculik Orang

Hati kalau dicuri, susah nak pulangkan kembali. Kalau pulangkan kembali pun, mungkin sudah berbirat.

Baik, itu bukan fokus kita pada hari ini.

Hari ini, saya nak jadi Auntie Ruth(less) bukan Aunt Agony. Mari lihat permasalahan hari ini.

Auntie Ruth,
Saya ada masalah. Seperti gadis-gadis lain, saya suka tangkap gambar dan upload di Facebook, blog, Twitter, Tumblr, Google+, Myspace, Friendster dan...saya lupalah. Saya pasti ada lagi.

Orang ramai kata saya comel, saya pun rasa saya comel. Setiap kali saya upload gambar saya, pasti ramai yang akan Like, Repost atau komen gambar saya. Bukan itu sahaja, saya dapat tahu yang gambar saya banyak dimuat turun oleh orang lain lalu disalahgunakan. Mereka telah menggunakan gambar saya untuk diletakkan di profil. Auntie Ruth, tolonglah saya.

Jawapan:
Penyelesaian dia mudah sahaja. Auntie Ruth cadangkan awak bawak-bawaklah tengok Criminal minds, contohnya. Sebenarnya tak kisahlah cerita apa pun yang penting awak tengok sikit cerita-cerita atau berita berkaitan jenayah siber ni.

Lagi satu, awak  lupa. Mereka bukan saja mungkin muat turun gambar anda untuk gambar profil. Mungkin juga  mereka buat modal untuk 'sabun di bilik mandi'.

Auntie harap jawapan Auntie memuaskan kati anda.