Thursday, October 06, 2011

Perihal Campak-campak Bayi

seperti yang diketahui ramai, Steve Jobs telah meninggalkan kita. tidak, aku tidak mahu jadi cliche hari ini. kita semua bakal mati. noktah.
 
ada sesuatu yang membebankan aku. pagi-pagi sudah baca tweet di timeline tentang orang campak bayi luar nikah. sekarang trend ye campak-campak bayi? seronok ke campak bayi ni? sedangkan nak campak anak kucing pun tak sampai hati, kejam gila campak bayi.
 
yang akan aku pesan ini untuk sesiapa yang memilih untuk mengadakan hubungan luar nikah secara rela, bukan paksa:
 
dik, sedap tak sampai berapa minit tapi takkan kau sanggup jadi pembunuh. mampu sewa hotel murah takkan tak mampu beli perlindungan (yang tahap keberkesanannya terbatas. sila periksa ikut jenama untuk keterangan lanjut). perlindungan tu pun mahal lebih sikit je daripada rokok.
 
kalau dah berisi nanti, ingat senang ke nak buang gitu saja? oke baiklah teknologi perubatan mungkin sudah maju, nak buang tak sakit macam dulu. tapi, manusia ini sejak azali baik. kalau kita bunuh budak kecik yang tak berdosa tu, sampai ke mati akan dihantui apa yang kita dah buat.
 
yang banyak dilihat, yang membuang bayi selalunya pelajar IPT. maaf kalau aku cuma dapat tangkap cerita berkenaan pelajar IPT sahaja. bila tanya kenapa buang, sebab tak bersedia pikul tanggungjawab. soalannya sekarang; dah tahu tak mampu, kenapa cari pasal dari mula?
 
aku ingat dulu, masa tu aku 19. kawan aku minta pinjam duit dalam RM 300 sebab kawan sebilik dia nak 'cuci'. jumlah sebenar, aku tak pasti. kebetulan waktu tu PTPTN baru masuk. aku takdelah hebat gile simpan duit lepas dapat PTPTN tapi takdelah bodoh sangat sampai nak subahat.
 
sampai sekarang aku tak tanya apa jadi kat kawan dia. rupanya, mereka dah selalu buat tapi ada sekali tu 'terlepas' (aku sempat selidik sikit. more to menyibuk actually). tahu takut nak kena buang uni. pandai pulak takut. masa sangap sangat, tak fikir kan? well, who's fault was that then? agak-agak nak irresponsible sampai mcm tu sekali, simpan duit siap-siap (perli).
 
aku fikir kalau dari mula tak buat benda gini, takde masalah buang-buang anak segala ni. kalau orang dah kerja tu aku fahamlah juga susah nak kahwin sebab mahal gila kahwin sekarang, masuk hospital mental pun takdelah mahal sangat eh ape aku taip ni.
 
entahlah. tak faham. tak urban kot kalau tak mengandung dan buang anak masa kat universiti. if that's the case, i don't mind being not urban.
 
bising-bising kat blog ni pun tak boleh halang sangat yang dok buang-buang anak tu (well, i doubt they have the time to read. i'm sure they are busy doing 'things' now before they panic in about 4-5 months time). tapi kot la mana nak tau ada yang 'terbaca' kan?
 
aku percaya, tak ada agama mahupun budaya dalam dunia ini menggalakkan kita buang bayi. jadi, kenapa boleh jadi macam ni?
 
itu sebetulnya soalan retorik. tidak perlu jawab.

2 comments:

cek chun said...

tadi dok discuss dengan member. apehal senang sungguh dorang ni beranak weh. takyah pi check perut tiap bulan etc.

kesimpulan kami buat tadi, orang macam ni dosa tak diampun macam orang beranak halal. itu sebab laju jer baby keluar.

Unknown said...

aku tataulah weih. tapi gitulah selalunya. ada budak ni sampai terberanak dalam bilik air, sorang pun tak perasan.

mintak dijauhkan.