Monday, October 17, 2011

Perihal Kehidupan di Universiti

Salah seorang sepupu aku yang sukakan kucing tu sekarang belajar di UTM. Pagi tadi, dia cerita dia pergi kayak.

Aku tak pernah label diri aku sebagai feminis. Tetapi aku percaya yang kalau diberi peluang, mesti ambil peluang, lebih-lebih lagi kalau perempuan. Sebab bukan senang nak dapat peluang meluaskan pandangan (aka berjalan sana-sini) dan melakukan pelbagai aktiviti luar. Apsal ayat aku macam cikgu sekolah nak buat laporan ni?

Anyways, sepupu aku ni pergi berkayaklah pagi tadi. Universiti dia ada kayak oi, mcm UM. Universiti aku di Cyberjaya (padang jarak padang tekukur) mana ada kayak ni semua. Tasik ada hantu (kata oranglah) adalah. Ala bebudak MMU tu semua hantu game, apa nak takut. Lebih kurang je kwn-kwn.

Seronoklah. Lepas tu dia cite itu hari ada plan nak pergi Australia. Kelas kau boleh tengok ikan paus berenang-renang tepi bot semua.

Ini pendapat akulah. Sementara masih ada kudrat i dan tak kerja, kalau ada peluang, pergilah. Nanti kalau dah kerja, bukan senang nak dapat majikan yang fleksibel yang boleh kasi kau bercuti sesuka-hati nak pergi berjalan. Okelah, kalau kau kerja dengan Google lainlah.

Dulu, aku memang kalau boleh nak pergi bercuti di pulau. Tetapi apakan daya, mana ada kemampuan nak pergi masa tu. Sekarang ni kalau nak pergi pun, bukan senang. Itu belum fikir komitmen lain.

Kalau boleh, rasanya nak panjat gunung. Dulu-dulu berlagaklah kan tanak pegi padahal OARS OUTRECS semua ada. Sekarang, sedih sengsorang sebab nak panjat Gunung Kinabalu tu bukan mudah. Kalau dulu masa belajar, bolehlah jugak nak bina stamina sebelum panjat gunung. Sekarang ni kalau nak bina stamina, cuma stamina rahang sahaja (makan).

Aku sukalah sepupu aku dapat jalan sini-sana. Kalau tak pun, buat aktiviti macam berkayak tadi. Penting tu walapun mungkin ada yang akan kata buang masa. Bila berjalan-jalan ni boleh jumpa ramai orang juga. Buat kawan sambil pusing-pusing, kalau boleh seluruh dunia. Menimba ilmu pengetahuan itu penting tetapi yang lebih penting adalah orang yang kau kenal (its not what you know but who you know).


Sent from my iPad

7 comments:

Abang Zam said...

point di sini kau cemburu kau tak dapat jalan jalan sama
& kau takda peluang nak jadi mcm beliau

cek chun said...

tau tak bahawasanya aku agak ralat sebab tak join kelab kembara. kekonon malu. menyesal tak sudah. masuk gamelan pun sebab kena paksa.

bila dah bekerja baru nak menyesal. tak guno gak jang. keja kat google part makan apa saja tu yg buat aku teruja.

Unknown said...

Abang Zam: ouh ye? wow aku yg tulis pun tak perasan. thanks!

cek chun: kan kan kan? boleh cari hati emas. eh?

NSMY said...

ucu nk nek gunung kinabalu bersama2... februari thn dpn insya Allah sy dan kwn2 sekerja akan pergi, kalo ucu nk ikut skali,sy chopkan... meh la meh la... hehehe

Asmaul Juakhir said...

Betulla ucu..
Time belajar dulu biasanya xdpt nk join sbb ada problem dgn duit poket..
bajet2 nt dh keje kunun2 bleyla pegi..
sbb dh pgg duit sendiri kan..
tp tetibe bila keje dtg mslh lain lak..
masa plak yg xde..
haih..

Unknown said...

ida: nnt tanya emak
asmaul: itulah kan? sedih sedih. tanak g travel memana ke?

Asmaul Juakhir said...

Nak jugak, tp masa tu memang susah betul nak cari..Huhuhu..member pun sejak-sejak dh kerja,susah nk spend time together..apetah lagi nk travel..