Thursday, November 29, 2012

A Question At The Spa

To tell you the truth, it has been quite a stressful month for me. There is work to attend and more work to be done (personal project, basically) so it was not a wonder why suddenly pimples are having party on my face. I'm quite positive that there is an outline of a merry-go-round on my right cheek right now. Realising this (or actually being pointed out by someone), some sort of damage control has to be done. Thanks to a good friend, she managed to persuade me to go for a facial yesterday.

So, I picked up the phone and I was lucky enough that I got a slot after workI was supposed to meet someone and thank goodness she agreed on waiting for me. My last session was in August so I know that I would get an earful from the one who will be working with me. What with the increased consumption of coffee and lack of sleep, I was pretty sure that I would then be introduced to tons of products to buy (and I can assure you this is true).

However, nothing prepared me for a question that the dermatologist asked while I was getting comfortable on the bed, ready to have my face touched. I felt like I was thrown back to the days of exam questions and test papers, of assignments and courseworks, of open-book tests and 'open-book tests' that made me throw back the same question at the person. She asked 'what do you want to achieve from this session?'.

Darn it. That sounded a lot like what a future employer will be asking like 'how do you see yourself five years from now?' (like seriously? I can't even predict where I am about to eat dinner) or ' what do you want to benefit from the company?' (may I answer big fat paycheck, low stress level and extremely small workpile?). The spa was supposed to be a place for me to relax, it is an unforgivable sin to ask questions that make me think hard. I was supposed to be answering questions half-heartedly before saying 'no' to every product that I am supposed to be in 'extreme need of'. Not that.

I opened my eyes (I can assure you that was not an easy feat. There was very calming music playing on the background, a hint of ylang ylang in the air (or was it lavender? I can never be sure of flowers), low light and there were absolutely no noise in the room. Yes, a condition fit for a sleepy baby) and looked at her before repeating the question. She actually looked back at me (I can only guess as I took of my glasses), sitting cross-legged, a pen and paper in her hand. I can see it almost clearly (refer to the paragraph above on the short-sightedness of Yours Truly) in my mind right now.

The impact of the question was so huge that I felt compelled to write this post at this hour, approximately twenty four hours after the episode. Believe me or not, I was up yesterday (for a few minutes but still! That was a huge effort) thinking about all the cheeky answers and clever comebacks that I should have said.

For example:

' I would like to see a better me, spiritually more than physically.'

' It's of the utmost importance that I should be able to foresee the future after this particular session.'

or as simple as 'I would love to at least be able to curse in 19 languages or dialects.'

But none of it came. Just a feeble ' I would like to have clearer skin.'

Never, I say, underestimate anything. Never.

Saturday, November 24, 2012

Budak Kecil dan Dilema

semalam lepak dengan budak kecil. aku memang byk kawan dengan budak kecik pun, tak kisah orang nak cakap apa. tak salah kot.

tapi aku kesian juga sebenarnya dengan budak-budak kecik yang kawan dengan orang veteran ni. terutamanya dengan budak kecik semalam. bila dah biasa dengan kami, susah sikit dia nak adjust dengan rakan sebaya.

yeah, we corrupt her good. not corrupt in a bad way (well, maybe a little bit haha) but maybe her way of thinking became a little bid advanced. mana nak layan dah pesen borak dengan kawan-kawan pasal budak lelaki hingusan ni (no offense but her classmates were mostly 18-year olds).

susah sebab dia kene juga kawan dengan rakan sebaya. lagipun, kami bukannya ada dekat dengan dia, jauh.

i have friends my age. i have friends younger than me. tapi okelah, nak borak dengan budak lagi muda pun mcm takde masalah sgt. alhamdulillah. but i envy them. they are so young, so many things to look forward to.

apa sajalah aku mengarut malam-malam ni. dah boleh tido kot.

Monday, November 19, 2012

Sakit

Kesian tak tgk muka ni?

Terus-terang aku katakan yang aku tunggu saja bila aku nak demam. Cuaca panas-sejuk-panas-sejuk-besi-pun-boleh-bengkok mcm ini mana boleh tahan. Captain America pun boleh hilang ketangkasan sebegini rupa.

 

Ini gambar diambil pada hari Sabtu. Hari Jumaat aku dah rasa semacam. Aku tinggalkan semua kerja hari sabtu lalu telan ubat batuk. Seronok, apatah lagi kalau dapat tidur tanpa perlu mimpi yang bukan-bukan. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku rindukan tidur sebegitu.

 

Lebih kurang belas jam juga aku tidur pada hari Sabtu. Apatah lagi dengan cuaa yang memberangsangkan. Buku pun tak mampu baca, cuma mampu ulang-tayang Friends sahaja (mujur Ahad sudah sihat. Boleh tgk Daniel Craig lagi sekali. Hiks).

 

Yang tak berapa best, rasanya satu rumah demam. Dasar pemalas tak mahu pergi klinik cuma main telan ubat yang ada.

 

Lama rasanya dah tak demam. Mujurlah demam di hujung minggu. Kalau tak, melambak kerja.

 

Baiklah, sampai sini sahaja. Perlu fokus pada #PuisiTwitter bertema #Lagu ini malam.

Tuesday, November 13, 2012

Hantu dalam kepala

Kalau selak-selak page diari yang lama-lama, rupanya masalah kerap sangat mimpi sampai tak dpt tidur berkualiti ini dah lama. Tarikh terakhir adalah 2011, Mac. Ya, di dalam diari fizikal. Saya sekolah lama macam tu.

Perenggan kedua ini nampak macam tiada kaitan. Jangan tertipu, ada sbnrnya. Aku nak cerita aku suka bercerita. Jadi ceritanya aku suka bercerita. Dari sekolah lagi, sekolah yang mana jangan tanya. Tetapi makin lama makin jarang pulak bercerita. Disebabkan jarang bercerita, aku syak (aku syak je la) semua cerita tu berpusu-pusu dalam kepala. Akibatnya, ia jadi mimpi yang seterusnya mengganggu tidur.

 

Kenapa aku rasa macam tu? Sebab sejak akhir-akhir ni bila aku mula bercerita semula, makin senang nak tidur. Dengan #PuisiTwitter, lagilah senang nak keluarkan cerita dalam kepala.

 

Hey, ini cerita aku sahaja. Mungkin salah. Baidewey, dah download edisi pertama #PuisiTwitter daripada www.puisitwitter.com? Boleh download sekarang

Sunday, November 11, 2012

Rebut

 

Pagi memang pemangkin untuk semua emosi. Kalau ada sesuatu yang bersifat tahi berlaku di pagi hari, boleh bikin jahanam mood seharian dibuatnya kalau tak kena gaya.

Lif di bangunan pun begitu juga. Selalu buat kemungkaran yang boleh menyebabkan sakit hati dan sakit dada. Sakit badan pun boleh juga. Nak tahu macam mana?

Semua orang berebut punch card. Kalau lambat nanti kedatangan pun merah. Bukan macam sekolah, setakat cikgu kasi amaran. Ini mahu melibatkan bonus atau gaji juga. Siapa nak bonus terjejas? Ya, betul, tiada.

Yang kecil, besar, tua, muda, lelaki dan perempuan semuanya berebut. Kalau setakat kena pijak kaki itu sudah jadi perkara biasa. Bila dah jadi macam itu, memanglah malas jadinya nak sumbatkan diri dalam lif. Lebih rela tunggu lif seterusnya.

Dan kejadian yang sama berulang. Aku lebih rela tunggu di luar sampai semua masuk baru aku masuk dan parking di depan pintu lif. Kalau penuh, aku cuma boleh telefon pejabat untuk beritahu aku akan lambat.

Berdasarkan perkara ini, bolehlah disimpulkan bahawa aku bakal jadi peserta pertama keluar dalam mana-mana siri realiti TV terutamanya Survivor kerana belum cukup hebat menerjah untuk merebut peluang.

Wednesday, November 07, 2012

Sin

Forgive me for I have sinned. How can I not be when I had this at 10pm?

But it's so good, I kind of forget myself.

Excuse me, I have to go hide the rest of the cake.

 

Friday, November 02, 2012

Skyfall

 

Hah tgk gua rilek je. Apa ada hal James Bond kan?

'Age does not guarantee maturity'

' Youth does not guarantee innovation'

 

Thursday, November 01, 2012

Meminta sedekah

Lihat! Semua pun boleh di Malaysia. Robot pun boleh minta sedekah di sini.

Oke baiklah. Sebenarnya ini di Legoland. Cerita dah basi pun tapi nak kasitau juga. Dari JB ke Legoland tambang teksi dalam MYR 40++. Bawak sunscreen, payung dan shades. Panas baq hang.

Makan secukupnya di rumah sebab kat dalam mahal oke.

Sekian dulu. Ini entri nak testing je sebenarnya.