Monday, November 19, 2012

Sakit

Kesian tak tgk muka ni?

Terus-terang aku katakan yang aku tunggu saja bila aku nak demam. Cuaca panas-sejuk-panas-sejuk-besi-pun-boleh-bengkok mcm ini mana boleh tahan. Captain America pun boleh hilang ketangkasan sebegini rupa.

 

Ini gambar diambil pada hari Sabtu. Hari Jumaat aku dah rasa semacam. Aku tinggalkan semua kerja hari sabtu lalu telan ubat batuk. Seronok, apatah lagi kalau dapat tidur tanpa perlu mimpi yang bukan-bukan. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku rindukan tidur sebegitu.

 

Lebih kurang belas jam juga aku tidur pada hari Sabtu. Apatah lagi dengan cuaa yang memberangsangkan. Buku pun tak mampu baca, cuma mampu ulang-tayang Friends sahaja (mujur Ahad sudah sihat. Boleh tgk Daniel Craig lagi sekali. Hiks).

 

Yang tak berapa best, rasanya satu rumah demam. Dasar pemalas tak mahu pergi klinik cuma main telan ubat yang ada.

 

Lama rasanya dah tak demam. Mujurlah demam di hujung minggu. Kalau tak, melambak kerja.

 

Baiklah, sampai sini sahaja. Perlu fokus pada #PuisiTwitter bertema #Lagu ini malam.

No comments: