Tuesday, November 13, 2012

Hantu dalam kepala

Kalau selak-selak page diari yang lama-lama, rupanya masalah kerap sangat mimpi sampai tak dpt tidur berkualiti ini dah lama. Tarikh terakhir adalah 2011, Mac. Ya, di dalam diari fizikal. Saya sekolah lama macam tu.

Perenggan kedua ini nampak macam tiada kaitan. Jangan tertipu, ada sbnrnya. Aku nak cerita aku suka bercerita. Jadi ceritanya aku suka bercerita. Dari sekolah lagi, sekolah yang mana jangan tanya. Tetapi makin lama makin jarang pulak bercerita. Disebabkan jarang bercerita, aku syak (aku syak je la) semua cerita tu berpusu-pusu dalam kepala. Akibatnya, ia jadi mimpi yang seterusnya mengganggu tidur.

 

Kenapa aku rasa macam tu? Sebab sejak akhir-akhir ni bila aku mula bercerita semula, makin senang nak tidur. Dengan #PuisiTwitter, lagilah senang nak keluarkan cerita dalam kepala.

 

Hey, ini cerita aku sahaja. Mungkin salah. Baidewey, dah download edisi pertama #PuisiTwitter daripada www.puisitwitter.com? Boleh download sekarang

No comments: