Sunday, November 11, 2012

Rebut

 

Pagi memang pemangkin untuk semua emosi. Kalau ada sesuatu yang bersifat tahi berlaku di pagi hari, boleh bikin jahanam mood seharian dibuatnya kalau tak kena gaya.

Lif di bangunan pun begitu juga. Selalu buat kemungkaran yang boleh menyebabkan sakit hati dan sakit dada. Sakit badan pun boleh juga. Nak tahu macam mana?

Semua orang berebut punch card. Kalau lambat nanti kedatangan pun merah. Bukan macam sekolah, setakat cikgu kasi amaran. Ini mahu melibatkan bonus atau gaji juga. Siapa nak bonus terjejas? Ya, betul, tiada.

Yang kecil, besar, tua, muda, lelaki dan perempuan semuanya berebut. Kalau setakat kena pijak kaki itu sudah jadi perkara biasa. Bila dah jadi macam itu, memanglah malas jadinya nak sumbatkan diri dalam lif. Lebih rela tunggu lif seterusnya.

Dan kejadian yang sama berulang. Aku lebih rela tunggu di luar sampai semua masuk baru aku masuk dan parking di depan pintu lif. Kalau penuh, aku cuma boleh telefon pejabat untuk beritahu aku akan lambat.

Berdasarkan perkara ini, bolehlah disimpulkan bahawa aku bakal jadi peserta pertama keluar dalam mana-mana siri realiti TV terutamanya Survivor kerana belum cukup hebat menerjah untuk merebut peluang.

No comments: