Sunday, July 31, 2011

Perihal Ide

Salah seorang penulis kegemaran aku adalah Roald Dahl (bahan bacaan aku terhad). Beliau seorang RAF fighter dan mungkin lebih dikenali ramai melalui Matilda. Matilda kisah seorang anak kecil yang mampu menggerakkan barang-barang melalui pandangan. Hebat kan?

Beliau juga penulis buku Chalie and the Chocolate Factory serta The Luncheon (atau Lamb to the Slaughter). Soalnya, bagaimana dia dapat idea sebegitu?

Aku paling suka tulisan Big Friendly Giant (The BFG) beliau. Buku itulah yan menyebabkan aku jatuh cinta pada Dahl, pada usia lebih kurang 23 tahun. Sejak itu, aku sering buru buku dia (kalau dapat koleksi buku mamat ni sbg hadiah bes juga ehem).

Arthur Conan Doyle, penulis Sherlock Holmes. Aku terpesona macam mana dia boleh tulis misteri-misteri penyiasat itu yang pelbagai. Maksud aku yang di dalam buku, bukan di layar perak.

Bagaimana mahu dapat ide sehebat mereka? Jeleslah jeles. Mereka ini ada bela toyol untuk dpt idea ke? Adakah ini bermakna aku perlu puja idea?

Oke. Ini sudah jadi ckp orang gila.


Sent from my iPad

Thursday, July 28, 2011

Perihal Insurans

Seingat aku, aku mula beli premium insurans masa praktikal, rasanya tahun 2006. Waktu itu aku rasa seriua kerja di kilang begitu dengan kereta lalu-lalang dengan kerap. Ini kerana dalam bank aku tiada USD 6,000 untuk bayar untuk prosedur di hospital. Tak sedaplah susahkan keluarga.

Kemudian, kawan aku tidak lagi jadi agen di syarikat tersebut maka aku pun belot. Macam biasalah. Alhamdulillah, aku dapat kerja cepat jadi tiada masalah keputusan wang utk bayar premium.

Langit tidak selalu cerah. Kadang-kadang pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan langit Malaysia turut jerebu. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Tahun 2011 yang dijangkakan berjalan dengan lancar, tersengguk-sengguk sedikit dek kes baru-baru ini. Maka, aku telah pun menggunakan khidmat insurans untuk menyelesaikan bil di hospital. Sayang, tapi apa guna kau melabur bulan-bulan kalau tak duduk percuma di hospital tanpa perlu pening kepala bukan?

Betul, ada yang kata tak boleh niat yang insurans akan membantu kita nanti. Tapi ini kenyataan yang buat aku rasa nak sumbat mulut tukang cakap dengan roti basi. Aku tak tau siapa yang buat lawak;agen atau tukang cakap. Memanglah insurans tu takkan tolong kau 100%, itu bangang namanya. Tapi, kalau kau ada USD 800,000 dalam tangan, ye, tak perlu risau tentang insurans. Kalau tiba-tiba perlu buat surgeri apa-apa, bayar tunai, tak perlu susah-susah. Tapi, untuk golongan marhaen seperti aku, itu perlu.

Kalau anda sudah kerja lebih empat bulan dan company insurance cover, itu memang nasib baik. Masalahnya kalau kau baru kerja dua setengah bulan dan ditimpa kecelakaan pula. Duit pula mungkin jadi isu. Ouh itu memang pening kepala.

Kesimpulannya? Cuba beli insurans. Bukan untuk orang lain. Kalau kita pergi dulu, InsyaAllah kalau kena caranya, tak tinggalkan beban yang super banyak pada keluarga. Kan molek tu?

Tak, aku tak jual insurans. Ini cuma nasihat. Tak nak ikut sudah. Aku cuma isi masa lapang dan tunggu waktu tidur.

Hui dah mengantuk. Rasa mahu tidur sekalipun bola tak abes lagi.


Sent from my iPad

Perihal 'Sakit Berpindah-pindah'

Satu hari, sakit berpindah-pindah. Hari ini tak boleh telan air liur. Esok tak boleh telan makanan, kena telengkan kepala ke kanan sikit. Eh bukanlah tak boleh tapi lebih susah daripada biasa.

Alhamdulillah, tak datang sekali. Kalau tidak tak tahulah nak cope mcm mana. Nasib baik ada painkiller. Sekarang ni dah tak tahan mata dah. Tidur terus selamba, tak fikir apa. Barulah bengkak kecil banyak. Kalau tak kecil juga, tadah telingalah kena leter sebab aktif. Ala kalau tak aktif, makin sakitlah jadinya, asyik fokus pada penyakit.

Yang merisaukan aku adalah claim untuk past consultation. Agen yang sepatutnya ambil akaun aku mcm buat tatau saja. Macamlah aku hebat sangat kan nak selesaikan borang claim. Tengok borang claim terus rasa nak makan bufet (nota: bila aku tertekan, aku akan makan). Nasib baiklah sudah dapat pengganti untuk ambil alih akaun aku. Heh, bunyi mcm besar sgt kan akaun? Tapi kesihatan orang tu, bahaya tau.

Ini adalah kali kedua aku bertemu dengan mangkuk yang menjelma menjadi agen insurans. Maafkan aku tapi memang terengsa. Orang amanahkan kau untuk jaga akaun mereka, tolong jangan tabur pasir ke periuk nasi sendiri. Bila orang tanya soalan, tolong berusaha untuk selesaikan kekusutan itu. Susah sangat kah?

Kalau masa nak suruh sain tu, lembut gigi dari lidah. Memang lembut sangat-sangat. Semua boleh, semua takde masalah. Bila orang nak tanya soalan sikit, terus tak nampak bayang. Susah tau macam ni. Bayangkan orang tu kat hospital, nak tau macam mana prosedur claim. Kesian dia. Bukan senang nak faham.

Ya, itulah yang mengganggu fikiran saya. Kalau kita ada track yang bagus, rasanya aku dengan sukacita dan sukahati lalala akan rujuk kepada kawan-kawan. Tapi bila perangai dah mirip mangkuk jamban ni yang buat orang rasa terengsa.

Sakit di rahang berpindah ke hati. Inilah buktinya.

Ah sudahlah. Benda dah selesai pun. Sekarang nak rujuk corak cross stitch hihi. Rasa dah oke sikit ni nak menjahit.


Sent from my iPad

Wednesday, July 27, 2011

Pecah oleh Khairulnizam Bakeri

ini pendapat peribadi sahaja. ia tidak boleh diambil sebagai satu ulasan yang mempunyai kredibiliti dan mengubah kadar infasi negara.

ini memang page turner. baru keluar dari hospital tapi berani lawan mata sampai jam tiga pagi. inilah kesan buku ini kepada saya.

pengajaran: jangan makan ubat sebelum baca buku ini. nanti anda yang pening kepala tahan mata.

salah aku, aku buka buku ini dengan satu persepsi di dalam kepala aku. 'Pening'; ini sepupu aku yang sebut. Maka aku buka buku ini dengan debaran malah menjangkakan yang aku akan dikecewakan. Di situlah silap aku yang paling besar kerana ia langsung tidak mengecewakan.

Penulis ini sabar; sabar mengupas cerita satu demi satu. Dari segi jalan cerita dan latar belakang watak, semuanya dikupas dengan cukup sabar. Ada orang guna formula 'depan, tengah, belakang'- baca mukasurat depan, tengah dan belakang buku. Cara ini tak jalan kalau kau nak kepuasan. Sekadar tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik rompakan bank, mungkin boleh.

Cerita dimulakan dengan rompakan di bank menggunakan teksi oleh sekumpulan lelaki berabaya. Kelihatan seperti satu rompakan yang mudah tetapi yang menghairankan, selain daripada wang, ada sesuatu yang hilang dari simpanan bank. Nah, dari sinilah jalan cerita itu berjalan. Dari rumah orang tua, hospital, polis, rumah Herman, flashback Herman dan kembali ke hospital. Di sebalik satu kes, tersembunyi satu kisah yang sedih.

Cerita ini banyak menggunakan flashback yang sangat penting untuk menjelaskan kaitan Lidya, Alan, Radi, Don, Herman dan Bakar. Seorang lelaki tua yang koma bernama Bakar, mempunyai banyak kaitan di dalam cerita ini. Mula-mula, gayanya macam nak menerangkan tentang kekesalan seorang tua tetapi kemudian ia berkembang menjadi sesuatu yang lain.

Twist dalam cerita ini cukup subtle. Seperti biasa, penjenayah akan create diversion. Dari tempat kejadian, hospital, rumah penjenayah tetapi rupa-rupanya, tempat yang patut dituju adalah hospital. Buat penat saja polis study rakaman CCTV di bank padahal itu sudah jauh daripada pusat misteri. Kunci kepada misteri ada di dalam hospital, bukan di luar kawasan hospital. Sekali lagi, buang masa polis buat sekatan jalan di luar hospital.

Memang betul, apa yang kita cari kadang-kadang ada di depan mata. Buat penat cari jauh-jauh.

Ini adalah novel Melayu bergenre jenayah/ misteri pertama yang aku baca dan sangat berpuas hati. Tahap kepuasannya sama ketika Sherlock Holmes mula jelaskan kes jenayahnya.

Ini betul-betul buku yang tidak mengecewakan aku.

Monday, July 25, 2011

Perihal Mahu Sembuh

Hari ini hari ketiga selepas pembedahan. Sudah baik sikit. Lebih baik dari semalam. Semalam lagi teruk. Nak telan air pun susah tapi digagahkan juga sebab takut nanti badan tak boleh nak cepat sembuh. Jadi, kena sengetkan kepala ke kanan sikit masa telan air. Rasa kulit macam ditarik-tarik, cekang masa telan air. Seksa ooo. Tak kena tak tau.

Kemudian, benang yan berjuntai dekat leher pun bikin panas juga. Cuaca yang panas menambahkan rasa gatal. Ikut hati memang nak garu dengan gigih tapi takut pulak kalau tercabut jahitan ke apa. Takkan aku nak buat cross stitch kat leher sendiri. Doktor je yang hebat buat cross stitch dekat leher aku.

Hari ni memang rasa kurang best. Rasa lost. Hari ni hari apa sebenarnya? Kalau tak kerja, mulalah jadi macam ini. Lupa hari, lupa masa, lupa dekat mana. Yang terakhir tu terjadi bila aku pindah, tumpang lodging sepupu. Lupa hari agak menyusahkan kalau nak tengok TV. Bukan astro tapi tv yang biasa tu. Kalau salah hari, terlepaslah cerita deka TV. Ceh, sakit-sakit pun ada hati nak tengok TV segala.

Semalam pun salah sendiri. Boleh pulak berjaga lama-lama sampai jam dua tiga pagi. Sebabnya hari sabtu dan ahad sudah tidur lama. Konon nak buat benda berfaedah, menipu sangat. Dok main solitaire la hape lah. Padahal banyak lagi benda yang kuran membuang masa daripada itu.

Tadi petang pun dah keliru hari ini hari apa. Serius ingatkan Ahad. Kalau tidur yang black plunging hole, tanpa mimpi memang selalu buat aku keliru. Rasa macam waktu petang sudah jadi hari lain.

Rupanya hari Isnin. Pretty Little Liars. Budak-budak kecil yang cun nak arwah. Alhamdulillah aku lahir dekat Malaysia. Peer pressure juga kalau lahir deka luar negara lepas tu hari-hari nak dress up kasi cun. Kalau tak cun, kena buli. Itu baru cun, belum kurus lagi. Which is masalah aku satu lagi.

Rajin pula mengarang hari ni. Maklum, tak mengarang di pejabat. Ini lepas geram la.

Ha sudahlah tu. Mari sambung tgk cerita apa ni tah tak tahu hujung pankal.


Sent from my iPad

Kasino : Saifullizan Tahir

Seronok menjengah ke dalam kehidupan manusia. Kalau tak, takkanlah ada term celebrity bloggers, ye tak?

Aku bukan nak bercakap tentang itu. Itu kau punya suka.

Buku ini seronok diselak, sekalipun kadang-kadang terasa sesak. Sesak dek kerana Segalanya daripada pandangan Mohd Narcissus. Patutlah orang pernah pesan elakkan daripada pilih cara penulisan begini. Tapi itu masalah aku, abaikan.

Bagaimana nak cekau duit lebih kurang RM 4 juta dalam masa beberapa hari? Bisnes ada, bisnes gundik pun ada. Tetapi bukan senang nak cari pembeli dalam masa yang singkat. Maka, watak utama perlu cari jalan.

Cara cerita ini berjalan cantik sekali. Kronologinya kemas. Flashback yang Dilakarkan tidak cacamerba. Memang jadi leka dibuatnya.

Seronok berjalan dalam cerita ini, semacam boleh merasa semuanya. Pengalaman Narcissus di Australia, di restoran dan F1, antaranya. Tabik pada penulis kerana berani menggunakan nama asal watak-watak di dalam cerita ini seperti Dina Zaman dan parti politik di Malaysia.

Aku tiada masalah dengan watak di dalam cerita ini. Minum alkohol sudah macam ikan, simpan gundik dua tiga orang (eh ke empat?) tetapi solat tak tinggal. Tidak, bukan aku tidak kisah. Tapi daripada risaukan watak yang entah wujud entah tidak, baiklah dikaji akan sindiran yang mungkin diselitkan penulis daripada watak yang begitu. Usah melatah sangat.

Untuk watak itu, I rest my case. Aku bukan moral police.

Sunday, July 24, 2011

Perihal Pembedahan

aku takut malam tu. serius takut. takut sebab nak masuk bilik bedah, bukan sebab duduk sorang dalam bilik tu. lagi satu, aku takut beku sebab aircond sangat sejuk. Dah beberapa kali aku naikkan suhu pun tak mahu juga panas. Beberapa kali aku pergi bilik air malam tu, suhu naik kembali.
Hurm. Aku rasa ada entiti yang nak bergura dengan aku.
BP untuk satu malam itu memang tinggi sebab cuak. Buktinya lepas pembedahan, BP turun jadi normal. Buang masa juga la tertanya-tanya ada darah tinggi ke tak. Padahal oke je.
Operation tu kat leher, sah-sah memang pengsan terus. Oh ye, nak betulkan saliva gland. Phew, nasib bak bukan lymph node.
Pengsan tu bukan sikit-sikit. Tengok muka doktor mana yang bedah pun tak tau. Bila mereka pakaikan topeng pun tak pasti. Perkara terakhir yang aku ingat adalah nurse bergosip tentang fesyen.
Bangun sahaja dari pembedahan, sakit terasa berganda-ganda. Dapat dengar degupan jantung laju sangat. Kemudian doktor pun benamkan jarum kat peha, sampai sekarang boleh rasa.
Walaupun ini pembedahan kecil, sakit jugalah sampai sekarang. Hui memang berdoa tade apa-apa ni. Jadi terima kasihlah kepada semua yang wish, yang datang. Terima kasih banyak-banyak. Efek painkiller dah mula ni.

Saturday, July 23, 2011

Perihal Post-Hospital

i'm walking in clouds, still. but everything is oke alhamdulillah. never thought it will be good being knocked out totally like that.

nak cari bantal. cross stitch dekat leher ni agak mengganggu juga haih.

Tuesday, July 19, 2011

Perihal Perasaan Ketika Ini (Pre Check In to Hospital)

Tuhan je yang tau. dalam kepala cuma ada emak sahaja. aku minta janganlah aku susahkan dia. Biar aku susah tak pe, aku kuat lagi.

apa pun keputusan lepas ini, aku terima tapi aku harap tak jejaskan mak.

sebab itulah aku tak nak cuti. sebab nanti macam-macam bermain di fikiran. macam mana kalau itu betul kanser? apa rawatan seterusnya. macam mana nak jaga.

baru tulis dah pening kepala.

sekarang kena pergi cari beg. takkan nak bawa travelling bag. takde kerja.

Monday, July 18, 2011

Perihal Kim Kardashian dan Kita

Kita sebenarnya, tak banyak beza pun dengan keluarga Kim Kardashian. Tidak seperti mereka, kita mungkin lebih gemarkan kopi atau teh. Bila berkumpul ramai-ramai, adalah yang bergaduh la, bertekaklah.

Sama kan?

Kita pun ada ada video masa kecil dulu, macam adik-beradik Kim Kardashian. Kene gelak dengan adik, abang, kakak; biasalah tu.

Mungkin tak sama dengan mereka tetapi kita juga main Saidina atau Monopoly. Bila nak main tu, ada yang menganjing; itu wajib.

Jelas tidak apa yang kita buat sama dengan apa Kim Kardashian buat. Bezanya mungkin kita duduk di rumah pakai seluar trek dan kain batik dengan t-shitt bertulis 'runs on evil intention'. Kalau kita tukar pakaian, besar kemungkinan mungkin akan sama.

Sebab itulah aku tak berapa nak faham motif Keeping Up With the Kardashians. Tapi mungkin itu silap aku.


Sent from my iPad

Sunday, July 17, 2011

Perihal Pembedahan Kecil

Minggu depan. Minggu depan aku akan kembali ke hospital untuk buang tumor di leher. Yang bengkak itu lymph node tetapi ada sesuatu yang asing pada thyroid aku. Entah. Apa-apa sajalah.

Ada banyak benda yang asing pada aku. Masuk ke bilik bedah nanti adalah satu lagi perkara asing. Lutut ketar? Jangan cakaplah. Aku tahu minggu depan tapi cuak woi.

Bengkak di leher menyebabkan dua tiga doktor pegang-pegang leher aku. Seorang doktor memang hampir grip batang leher aku. Tangan lelaki grip leher, terus terbayang cerita Criminal Minds. Seriau.

Ada sesuatu dekat dengan thyroid. Doktor pegang leher, jari tekan satu bahagian leher dan suruh telan. Ingat senang ke nak telan? Aku dah nampak bintik-bintik gelap masa tu, tanda nak pitam. Tak cukup tunjuk dalam ultrasound, kene cucuk dengan jari plak. Ni yang saya lemah tau doktor.

Yang aku risaukan nanti di hospital. Ramailah yang nak tunggu. Ak bukan tak suka, tapi kalau dua malam duduk sahajalah di rumah. Nanti nak remove tumour pun akan pengsan. Tak berguna teman aku pun.

Kesian emak. Aku tau dia risau tapi ini small surgery sahaja. Takde apa sangat perlu risau. Well, aku harap tak perlu ada apa nak risaulah.

Dah lewat. Aku baru habis kerja. Entah pukul berapa nak tidur.


Sent from my iPad

Saturday, July 16, 2011

Perihal Putus Cinta

Perihal Putus Cinta

'Ah, the innocence of young love,' kawan aku bercakap gaya poetic. Kerana aku begitu jaded, aku cuma jeling dia dengan wajah entah apa-apa.

' Sad to say, it was so long ago,' aku berkata dengan nada suara bitter. Macam biasa.

Kami nampak dua orang remaja sedang berpimpin tangan. Nampak sangat muda, cinta budak sekolah. Masih suci, belum corrupted lagi.

Itu semua saat kau tak tahu boipren kau kentut busuk. Tunggu nanti dah break. Al Pacino pun nampak jinak di mata kau.

Dia putus cinta mungkin. Ah, rilek. Perjalanan kau masih jauh (amin). Tapi dua tiga hari ini, memang akan rasa macam sampah sikit. Layankan. Cuma pastikan pada hari ketiga, kau dah oke.

Kekasih ni, ramai orang boleh kutip tepi jalan. Sama juga akal. Memang selalu orang lempar-lempar tepi jalan juga.

Jangan sampai itu jadi pada kita. Amin.

Tidurlah hati yang kecewa. Cara cold turkey itu lebih elok. Tak payah tengok muka buat kali terakhir apa jadah. Bukan ada iras Johnny Depp pun.


Sent from my iPad

Monday, July 11, 2011

Perihal Pemeriksaan

pagi tadi eh bukan tengahari tadi, aku dapat keputusan pemeriksaan darah. elok-elok sebelum darah aku naik sebab aku terpaksa tunggu dekat 30 minit. sudahlah lapar pum-pang-pum-pang perut aku tadi. rasa nak pang! sesuatu tadi. bahan bacaan tiada pula. yang ada cuma majalah FHM entah kurun keberapa yang penuh dengan perkataan 'sex'. dan booze. tak boleh iklan air murah sikit ke macam air milo kotak ke?


mula-mula macam malas juga nak masuk bilik jumpa doktor. tapi akhirnya kena juga. ESR (erythrocyte sedimentation rate) agak tinggi dari biasa. 


alah, biasalah tu doktor. manusia mutant macam saya memang selalu mempunyai isu seperti itu. 


disebabkan itu, doktor telah menepati janji beliau dan menyerahkan surat cinta untuk dibawa ke hospital yang berdekatan. bengkak di leher belum mahu surut dan nampaknya ada sesuatu yang terjadi dalam badan aku kerana tindakbalas di dalam badan sedikit aktif.


masa tu aku dah rasa macam-macam. perut yang lapar terus jadi kenyang (aku qada' makan tengahari dengan makan malam pada jam 7 malam). seperti biasa, perkara buruk yang melintas dalam kepala adalah kanser. ouh perkara kedua terburuk selepas tuberculosis. kanser kerana rasanya it is in the genes.

aku tabahkan hati dan tengok sahaja doktor tulis surat cinta. mula-mula minta doktor pergi PPUM tetapi kemudian setelah disuruh (dipaksa mungkin) maka aku pun tukar kepada tempat lain. aku kurang kesabaran. mahu tunggu 4 jam semata-mata untuk didiagnos boleh naik darah ke kepala. jadi, aku pilih tempat lain sahaja. 



jam 2.30 petang aku berambus dari pejabat. biar apa pun, aku perlu tahu apa benjolan di leher aku. dan disebabkan aku tidak akan bersenam di KLCC petang ini seperti yang dirancangkan, aku memilih untuk memanjat bukit ke hospital tersebut. penat? lencun juga baju aku sebenarnya tetapi tidak mengapa. bukan itu yang aku risaukan tetapi kasut aku. memanjat bukit dengan kasut yang tidak sesuai hanya akan mendatangkan masalah. habis haus tapak kasut aku.

menunggu tidak lama, aku diperiksa seorang jururawat. 

' BP tinggi ye?'
' saya baru panjat bukit tadi'. kami sama-sama tergelak. aku gelakkan diri sendiri, dia juga begitu. aku pasti. aku peluk chest x-ray aku. baik aku bawak siap-siap, tak mahu didedahkan kepada sinar X. kalau boleh jadi X-man adalah juga hasil. 



masuk pulak bilik pemeriksaan. ada katil tapi macam segan pulak dan tidur. penyakit kat leher, buang tebiat ke nak tidur-baring bagai. jadi aku duduk sahajalah di katil sambil belek-belek selimut hijau. cantik juga, macam selimut berkait. rasa nak sumbat dalam beg bawa balik tapi macam tak semenggah pula. 


duduk-duduk, borak-borak dan doktor keluar. hey, perlu ke buat muka cuak? kalau doktor buat muka cuak, dalam hati jadi bergelodak. dan doktor kemudian berlalu membawa gambar sinar x aku. duduk lagi. 


kemudian doktor bertanyakan soalan yang mungkin punca semua ini. 
' do you have cats at home?'


this is the very reason i hate cats. they go inside and out of heaven-knows where and the one who suffers is you. 


kemudian doktor berlalu lagi. entah untuk apa, aku sibuk dengan telefon aku. 


hasilnya, aku perlu jumpa specialist esok. memandangkan sudah ada dalam sejarah keluarga, baiklah aku pergi jumpa doktor. kalau takde apa-apa, anggap sahaja ini pemeriksaan tahunan. 


cuma yang aku risaukan sekarang adalah work arrangement. mungkin boleh fikir di starbucks yang berada di hospital tersebut. 


ye, saya gayat nampak starbucks dalam hospital. esok nak duduk dekat dengan starbucks untuk internet percuma. sila usah salah faham. 

Sunday, July 10, 2011

Perihal Cerita Hantu

ye, lagi. I'm a sucker for ghost stories, nak buat macam mana.

kadang-kadang ...oke tipu, selalu. selalu lepak dengan kawan-kawan dan kalau terkeluar cerita hantu, semua sama je pesennye aku tgk. jadi, ini telah membuahkan idea.

jadi, dua tiga minggu ini rasanya aku akan mengalami overdose cerita hantu. dan juga mungkin mengalami ketakutan sementara bila nak bangun pergi bilik air pada jam 2.30 pagi.

Jaded

ini luahan entah apa-apa. anda sudah diingatkan. 

kalau boleh, aku mahu berfikiran positif setiap masa. sepanjang hari.

kalau bolehlah. tapi aku ini cuma insan biasa. bila sudah terjadi sesuatu perkara, aku rasa macam sudah kena langgar dengan garuda, dilenyek bulldozer kemudian dicabul. dicabul di sini mungkin dicabul hak asasi, hak mengundi dan apa-apa lagilah. pendek kata, perasaan yang sungguh terfaktab sekali.

there, i've said it.

aku tidak pernah mahu jadi sinikal. penat. kalau boleh aku ingin lihat dunia ini di sebalik rose-tinted glasses; selalunya indah dan sempurna. tidak pernah berlaku murphy's law atau pasti ada hikmah yang datang dua tiga saat selepas sesuatu terjadi. but life doesn't work that way. when you wanted chocolatte, sometimes you'll get lemon. dan pengalaman mendapat lemon itulah yang perit untuk difahamkan.

' as people get older, they get more cynical'. i know i've been bitter. heck, i'm bitter. a friend knows this too well.

i know i cannot blame anything. this is the lesson that i have to take. like the lesson of falling down simultaneously while learning how to ride a bike. looking at my right hand, the scar is still there. a scar that may not even heal.

sometimes i just want to pack my bag and flee. but is that what i want to do for the rest of my life? flee whenever problem arise? is that how i'm going to lead my life?

mungkin inilah last straw itu. aku jadi tambah sinikal bila orang bercakap tentang cinta dan perhubungan, kehidupan juga. like it will get better like how? yang aku nampak hutang membukit keliling aku. yang aku rasa penat amat-amat. macam aku cakap tadi, nak lari dan tinggalkan hutang belajar di sini. bina hidup baru konon-kononnya.

ya, right. what if it becomes worse?

apa-apa yang kawan aku cerita, aku dengar, angguk tapi dalam hati Tuhan saja tahu apa yang bersarang. i'm happy for my friends, don't get me wrong but when it comes to myself that i have serious doubt. maafkan aku, Tuhan. aku terkhilaf.

aku kira aku sangat bertuah. tak bertuah ke kalau dapat kawan yang tak perlu disuruh pun dia boleh belikan kau makan tengahari waktu kau terperangkap di klinik nak periksa kesihatan?

sudah sampai di hujung ini, aku tahu aku yang salah. berikan aku peluang dan kekuatan untuk hadapi ini semua dengan rasional. pinjamkan sedikit sabar, sedikit pun jadilah.

Friday, July 08, 2011

The Lump on The Neck

It happened two weeks ago, specifically on 1 July 2011. I woke up and immediately realised a lump on my neck. A lump, anywhere on our bodies, are usually associated with cancer.

Naturally, I freaked out. And here's why.

During the previous week, an uncle succumbed to cancer. He died of lung cancer that was discovered a wee bit late. The only consolation was that he didn't suffer long. The disease was discovered at the last stage.

Last year, another auntie became a victim of ceervical cancer. In the 40's, she just recently got married. But it was fated. She didn't suffer long though.

The previous year, her mother failed in the battle against breast cancer. Three, three relatives.

So you see, cancer is very near my family. Hence, discovery of such lump on my neck caused me to go into a frenzy. Almost immediately, I pestered syud (resident pharmacist in kapasitor. Kidding) and started shooting questions. 'Not tonsil, maybe TB', she said. Since the lump grew overnight, I really cannot say if I had fever the previous night.

There was nothing to do except visit the doctor. It was one tender lump and the doctor wanted me to come back after one week if the lump is still day. It was just my luck that the lump didn't decrease in size and sent me into panic.

And here I'm, happy and grateful as can be since the doctor cleared my chest x-ray was oke (loves the compliment that the doctor said my x-ray was excellent. Hihi). And for the cancer, there was no mention of it. Alhamdulillah, one cause to be extremely happy about.

I'm still waiting for my blood test result. It may return something, it may not. The doctor has cautioned that I might be sent to the hospital for check up if anything happens. But looking at the lump now, it was just my luck that it is getting smaller now. :-l.

Thursday, July 07, 2011

terdiam. sampai hilang kata-kata.

kecewa tu, jangan kira la. putus cinta pun tak macam ni (kot).

mungkin tak nampak sekarang. entah.

Wednesday, July 06, 2011

note: on an emotional turmoil. 

the one time that you willed yourself to cry and the tears won't come. the news of a guy you really like is now in a relationship doesn't even make you sad. instead, you end up smiling at the sweet posts he put up for his girlfriend. the lucky girl.

the heavy feeling has settled quite nicely inside, i'm afraid. it just won't come out.

four lines later, i'm still struggling to push the tears out. man.

Tuesday, July 05, 2011

semua orang berhak ada perasaan. semua orang berhak terasa. dan semua orang juga berhak berasa emosi. aku juga berhak berasa sensitif.

peraturan no 1 yang aku ingat, yang diajar oleh saudara-saudara lelaki aku; kalau sensitif, jangan ngada-ngada nak bergurau lebih-lebih dgn org. nanti kalau kena pada diri sendiri, menangis.

jadi, kalau aku tak nak kena buli sampai menangis, lebih baik aku jangan mula usik saudara-saudara aku. nak mengadu dekat mak abah? gila kau.

senang kan? kalau tak nak terasa, jangan buat kat orang. nanti kalau orang balas, kita yang makan hati. nanti kita yang terjerit-jerit. waktu itu nak pindahkan kesalahan pada orang lain? terlambat dah weih.

jarang orang nak ingat bila dia dah cakap 'i don't need anyone else' (juga peringatan pada penulis). bila itu dah terlepas, dan orang balas balik dengan tak pedulikan kita dan boleh pulak ulang balik kata-kata tu, tolonglah don't act like a victim. macam itu semua kita tak tempah sendiri.

you know, orang sebenarnya tak berapa nak kisah sangat pasal kita. serius. semua orang ada hidup masing-masing. jadi, bila kita dah buang orang, jangan dok harap sangatlah dia dengan senang hati lalalala nak sedekah masa kat kita. dia pun ada life dia sendiri (which is in no way am i trying to imply that anyone has no life whatsoever).  simpati dia bukan percuma. ada bayaran.

tak perlu jadi hipokrit. selagi seseorang masih boleh beri kepentingan pada kita, selagi itulah kita akan jadi kawan dia. dan tolonglah tak perlu susah-susah reka cerita.

sekarang aku taulah, yang gila dan delusional itu sebenarnya bukan orang lain.
kalau birat di tangan, pendek macam mana pun, akan ada rasa sakit.

macam juga kamu dan kamu.

bukan. bukan aku. dan barangkali bukan kamu. siapa tahu?

Monday, July 04, 2011

ini cerita kosong ala-ala bimbo. anda sudah diberi amaran.

semalam aku tonton damping malam. saja, nak support industri filem tempatan (dengan tidak membeli CD cetak rompak, sekadar tonton di astro sahaja).

tak, tak seram pun. masa sekolah dulu, koridor terang. dorm masyaAllah gelap ya amat. dalam filem pula terbalik. hilang feel. bukan aku saja cakap mcm tu, sepupu aku pun kata begitu.

cerita ini terlalu bergantung pada elemen 'terkejut' untuk menakutkan penonton. sumpah cerita pendek budak-budak dok cerita masa lights off dulu lebih seram daripada cerita ini.

sepanjang-panjang cerita aku tak fokus. tapi aku mengakulah, ada satu part tu aku sangat terkejut.

part sepupu lelaki aku menjerit bila anak amy mastura bertukar rupa jadi hantu. terkejut sebab dia jerit, bukan sebab muka budak tu. muka berubah sampai gitu sekali tak seram weih. yang seram sebenarnya bila muka nampak biasa tapi sebenarnya bukan dia.

cth mcm kau ajak roommate kau teman pegi tandas. tapi sebenarnya dia takde sebab dia balik bermalam.

ada rasa tanak pergi toilet tak malam ni? :D.

Sunday, July 03, 2011

ayah kepada seorang rakan telah kembali ke rahmatullah. innalillah. sedih. siapa tak sedih.

tetapi aku paling lemah hadapi situasi begini. aku sendiri sudah kehilangan ayah dan aku sendiri pernah rasa bahawa tiada sepatah kata di dunia ini mampu mengubah apa-apa. 'sabar, takziah, dia sudah pergi' itu semua ayat-ayat yang bermaksud baik. tetapi seriously, it didn't change anything. dan yang lebih merimaskan, aku tak tau nak reply mcm mana bila orang ckp mcm tu.

and words fail me again. yang aku mampu buat adalah pegang bahu dia bila dia menangis. dan aku pun turut menangis sama; ini refleks. aku tak boleh buat apa-apa.

there's hardly a day that goes by without remembering my late father. there's always that tiny little things that will bring the memory back to him. how he is great with kids, how he speaks patiently and how nice his teeth were. but those are things that you have to live with.

i don't know if it gets better. but for me, he's in a much better place now. there's nothing that i can do except go on with life. he will want us to do just that.

ini merupakan tahun keempat Abah kembali pada Tuhan.