pagi tadi eh bukan tengahari tadi, aku dapat keputusan pemeriksaan darah. elok-elok sebelum darah aku naik sebab aku terpaksa tunggu dekat 30 minit. sudahlah lapar pum-pang-pum-pang perut aku tadi. rasa nak pang! sesuatu tadi. bahan bacaan tiada pula. yang ada cuma majalah FHM entah kurun keberapa yang penuh dengan perkataan 'sex'. dan booze. tak boleh iklan air murah sikit ke macam air milo kotak ke?
mula-mula macam malas juga nak masuk bilik jumpa doktor. tapi akhirnya kena juga. ESR (erythrocyte sedimentation rate) agak tinggi dari biasa.
alah, biasalah tu doktor. manusia mutant macam saya memang selalu mempunyai isu seperti itu.
disebabkan itu, doktor telah menepati janji beliau dan menyerahkan surat cinta untuk dibawa ke hospital yang berdekatan. bengkak di leher belum mahu surut dan nampaknya ada sesuatu yang terjadi dalam badan aku kerana tindakbalas di dalam badan sedikit aktif.
masa tu aku dah rasa macam-macam. perut yang lapar terus jadi kenyang (aku qada' makan tengahari dengan makan malam pada jam 7 malam). seperti biasa, perkara buruk yang melintas dalam kepala adalah kanser. ouh perkara kedua terburuk selepas tuberculosis. kanser kerana rasanya it is in the genes.
aku tabahkan hati dan tengok sahaja doktor tulis surat cinta. mula-mula minta doktor pergi PPUM tetapi kemudian setelah disuruh (dipaksa mungkin) maka aku pun tukar kepada tempat lain. aku kurang kesabaran. mahu tunggu 4 jam semata-mata untuk didiagnos boleh naik darah ke kepala. jadi, aku pilih tempat lain sahaja.
jam 2.30 petang aku berambus dari pejabat. biar apa pun, aku perlu tahu apa benjolan di leher aku. dan disebabkan aku tidak akan bersenam di KLCC petang ini seperti yang dirancangkan, aku memilih untuk memanjat bukit ke hospital tersebut. penat? lencun juga baju aku sebenarnya tetapi tidak mengapa. bukan itu yang aku risaukan tetapi kasut aku. memanjat bukit dengan kasut yang tidak sesuai hanya akan mendatangkan masalah. habis haus tapak kasut aku.
menunggu tidak lama, aku diperiksa seorang jururawat.
' BP tinggi ye?'
' saya baru panjat bukit tadi'. kami sama-sama tergelak. aku gelakkan diri sendiri, dia juga begitu. aku pasti. aku peluk chest x-ray aku. baik aku bawak siap-siap, tak mahu didedahkan kepada sinar X. kalau boleh jadi X-man adalah juga hasil.
masuk pulak bilik pemeriksaan. ada katil tapi macam segan pulak dan tidur. penyakit kat leher, buang tebiat ke nak tidur-baring bagai. jadi aku duduk sahajalah di katil sambil belek-belek selimut hijau. cantik juga, macam selimut berkait. rasa nak sumbat dalam beg bawa balik tapi macam tak semenggah pula.
duduk-duduk, borak-borak dan doktor keluar. hey, perlu ke buat muka cuak? kalau doktor buat muka cuak, dalam hati jadi bergelodak. dan doktor kemudian berlalu membawa gambar sinar x aku. duduk lagi.
kemudian doktor bertanyakan soalan yang mungkin punca semua ini.
' do you have cats at home?'
this is the very reason i hate cats. they go inside and out of heaven-knows where and the one who suffers is you.
kemudian doktor berlalu lagi. entah untuk apa, aku sibuk dengan telefon aku.
hasilnya, aku perlu jumpa specialist esok. memandangkan sudah ada dalam sejarah keluarga, baiklah aku pergi jumpa doktor. kalau takde apa-apa, anggap sahaja ini pemeriksaan tahunan.
cuma yang aku risaukan sekarang adalah work arrangement. mungkin boleh fikir di starbucks yang berada di hospital tersebut.
ye, saya gayat nampak starbucks dalam hospital. esok nak duduk dekat dengan starbucks untuk internet percuma. sila usah salah faham.
No comments:
Post a Comment