ini cerita kosong ala-ala bimbo. anda sudah diberi amaran.
semalam aku tonton damping malam. saja, nak support industri filem tempatan (dengan tidak membeli CD cetak rompak, sekadar tonton di astro sahaja).
tak, tak seram pun. masa sekolah dulu, koridor terang. dorm masyaAllah gelap ya amat. dalam filem pula terbalik. hilang feel. bukan aku saja cakap mcm tu, sepupu aku pun kata begitu.
cerita ini terlalu bergantung pada elemen 'terkejut' untuk menakutkan penonton. sumpah cerita pendek budak-budak dok cerita masa lights off dulu lebih seram daripada cerita ini.
sepanjang-panjang cerita aku tak fokus. tapi aku mengakulah, ada satu part tu aku sangat terkejut.
part sepupu lelaki aku menjerit bila anak amy mastura bertukar rupa jadi hantu. terkejut sebab dia jerit, bukan sebab muka budak tu. muka berubah sampai gitu sekali tak seram weih. yang seram sebenarnya bila muka nampak biasa tapi sebenarnya bukan dia.
cth mcm kau ajak roommate kau teman pegi tandas. tapi sebenarnya dia takde sebab dia balik bermalam.
ada rasa tanak pergi toilet tak malam ni? :D.
No comments:
Post a Comment