Saturday, July 16, 2011

Perihal Putus Cinta

Perihal Putus Cinta

'Ah, the innocence of young love,' kawan aku bercakap gaya poetic. Kerana aku begitu jaded, aku cuma jeling dia dengan wajah entah apa-apa.

' Sad to say, it was so long ago,' aku berkata dengan nada suara bitter. Macam biasa.

Kami nampak dua orang remaja sedang berpimpin tangan. Nampak sangat muda, cinta budak sekolah. Masih suci, belum corrupted lagi.

Itu semua saat kau tak tahu boipren kau kentut busuk. Tunggu nanti dah break. Al Pacino pun nampak jinak di mata kau.

Dia putus cinta mungkin. Ah, rilek. Perjalanan kau masih jauh (amin). Tapi dua tiga hari ini, memang akan rasa macam sampah sikit. Layankan. Cuma pastikan pada hari ketiga, kau dah oke.

Kekasih ni, ramai orang boleh kutip tepi jalan. Sama juga akal. Memang selalu orang lempar-lempar tepi jalan juga.

Jangan sampai itu jadi pada kita. Amin.

Tidurlah hati yang kecewa. Cara cold turkey itu lebih elok. Tak payah tengok muka buat kali terakhir apa jadah. Bukan ada iras Johnny Depp pun.


Sent from my iPad

No comments: