Aku bukan nak bercakap tentang itu. Itu kau punya suka.
Buku ini seronok diselak, sekalipun kadang-kadang terasa sesak. Sesak dek kerana Segalanya daripada pandangan Mohd Narcissus. Patutlah orang pernah pesan elakkan daripada pilih cara penulisan begini. Tapi itu masalah aku, abaikan.
Bagaimana nak cekau duit lebih kurang RM 4 juta dalam masa beberapa hari? Bisnes ada, bisnes gundik pun ada. Tetapi bukan senang nak cari pembeli dalam masa yang singkat. Maka, watak utama perlu cari jalan.
Cara cerita ini berjalan cantik sekali. Kronologinya kemas. Flashback yang Dilakarkan tidak cacamerba. Memang jadi leka dibuatnya.
Seronok berjalan dalam cerita ini, semacam boleh merasa semuanya. Pengalaman Narcissus di Australia, di restoran dan F1, antaranya. Tabik pada penulis kerana berani menggunakan nama asal watak-watak di dalam cerita ini seperti Dina Zaman dan parti politik di Malaysia.
Aku tiada masalah dengan watak di dalam cerita ini. Minum alkohol sudah macam ikan, simpan gundik dua tiga orang (eh ke empat?) tetapi solat tak tinggal. Tidak, bukan aku tidak kisah. Tapi daripada risaukan watak yang entah wujud entah tidak, baiklah dikaji akan sindiran yang mungkin diselitkan penulis daripada watak yang begitu. Usah melatah sangat.
Untuk watak itu, I rest my case. Aku bukan moral police.
No comments:
Post a Comment