Sunday, July 17, 2011

Perihal Pembedahan Kecil

Minggu depan. Minggu depan aku akan kembali ke hospital untuk buang tumor di leher. Yang bengkak itu lymph node tetapi ada sesuatu yang asing pada thyroid aku. Entah. Apa-apa sajalah.

Ada banyak benda yang asing pada aku. Masuk ke bilik bedah nanti adalah satu lagi perkara asing. Lutut ketar? Jangan cakaplah. Aku tahu minggu depan tapi cuak woi.

Bengkak di leher menyebabkan dua tiga doktor pegang-pegang leher aku. Seorang doktor memang hampir grip batang leher aku. Tangan lelaki grip leher, terus terbayang cerita Criminal Minds. Seriau.

Ada sesuatu dekat dengan thyroid. Doktor pegang leher, jari tekan satu bahagian leher dan suruh telan. Ingat senang ke nak telan? Aku dah nampak bintik-bintik gelap masa tu, tanda nak pitam. Tak cukup tunjuk dalam ultrasound, kene cucuk dengan jari plak. Ni yang saya lemah tau doktor.

Yang aku risaukan nanti di hospital. Ramailah yang nak tunggu. Ak bukan tak suka, tapi kalau dua malam duduk sahajalah di rumah. Nanti nak remove tumour pun akan pengsan. Tak berguna teman aku pun.

Kesian emak. Aku tau dia risau tapi ini small surgery sahaja. Takde apa sangat perlu risau. Well, aku harap tak perlu ada apa nak risaulah.

Dah lewat. Aku baru habis kerja. Entah pukul berapa nak tidur.


Sent from my iPad

2 comments:

Huda Engku said...

may Allah ease everything for you.

Unknown said...

terima kasih huda :)