Hari ini hari ketiga selepas pembedahan. Sudah baik sikit. Lebih baik dari semalam. Semalam lagi teruk. Nak telan air pun susah tapi digagahkan juga sebab takut nanti badan tak boleh nak cepat sembuh. Jadi, kena sengetkan kepala ke kanan sikit masa telan air. Rasa kulit macam ditarik-tarik, cekang masa telan air. Seksa ooo. Tak kena tak tau.
Kemudian, benang yan berjuntai dekat leher pun bikin panas juga. Cuaca yang panas menambahkan rasa gatal. Ikut hati memang nak garu dengan gigih tapi takut pulak kalau tercabut jahitan ke apa. Takkan aku nak buat cross stitch kat leher sendiri. Doktor je yang hebat buat cross stitch dekat leher aku.
Hari ni memang rasa kurang best. Rasa lost. Hari ni hari apa sebenarnya? Kalau tak kerja, mulalah jadi macam ini. Lupa hari, lupa masa, lupa dekat mana. Yang terakhir tu terjadi bila aku pindah, tumpang lodging sepupu. Lupa hari agak menyusahkan kalau nak tengok TV. Bukan astro tapi tv yang biasa tu. Kalau salah hari, terlepaslah cerita deka TV. Ceh, sakit-sakit pun ada hati nak tengok TV segala.
Semalam pun salah sendiri. Boleh pulak berjaga lama-lama sampai jam dua tiga pagi. Sebabnya hari sabtu dan ahad sudah tidur lama. Konon nak buat benda berfaedah, menipu sangat. Dok main solitaire la hape lah. Padahal banyak lagi benda yang kuran membuang masa daripada itu.
Tadi petang pun dah keliru hari ini hari apa. Serius ingatkan Ahad. Kalau tidur yang black plunging hole, tanpa mimpi memang selalu buat aku keliru. Rasa macam waktu petang sudah jadi hari lain.
Rupanya hari Isnin. Pretty Little Liars. Budak-budak kecil yang cun nak arwah. Alhamdulillah aku lahir dekat Malaysia. Peer pressure juga kalau lahir deka luar negara lepas tu hari-hari nak dress up kasi cun. Kalau tak cun, kena buli. Itu baru cun, belum kurus lagi. Which is masalah aku satu lagi.
Rajin pula mengarang hari ni. Maklum, tak mengarang di pejabat. Ini lepas geram la.
Ha sudahlah tu. Mari sambung tgk cerita apa ni tah tak tahu hujung pankal.

Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment