Seingat aku, aku mula beli premium insurans masa praktikal, rasanya tahun 2006. Waktu itu aku rasa seriua kerja di kilang begitu dengan kereta lalu-lalang dengan kerap. Ini kerana dalam bank aku tiada USD 6,000 untuk bayar untuk prosedur di hospital. Tak sedaplah susahkan keluarga.
Kemudian, kawan aku tidak lagi jadi agen di syarikat tersebut maka aku pun belot. Macam biasalah. Alhamdulillah, aku dapat kerja cepat jadi tiada masalah keputusan wang utk bayar premium.
Langit tidak selalu cerah. Kadang-kadang pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan langit Malaysia turut jerebu. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Tahun 2011 yang dijangkakan berjalan dengan lancar, tersengguk-sengguk sedikit dek kes baru-baru ini. Maka, aku telah pun menggunakan khidmat insurans untuk menyelesaikan bil di hospital. Sayang, tapi apa guna kau melabur bulan-bulan kalau tak duduk percuma di hospital tanpa perlu pening kepala bukan?
Betul, ada yang kata tak boleh niat yang insurans akan membantu kita nanti. Tapi ini kenyataan yang buat aku rasa nak sumbat mulut tukang cakap dengan roti basi. Aku tak tau siapa yang buat lawak;agen atau tukang cakap. Memanglah insurans tu takkan tolong kau 100%, itu bangang namanya. Tapi, kalau kau ada USD 800,000 dalam tangan, ye, tak perlu risau tentang insurans. Kalau tiba-tiba perlu buat surgeri apa-apa, bayar tunai, tak perlu susah-susah. Tapi, untuk golongan marhaen seperti aku, itu perlu.
Kalau anda sudah kerja lebih empat bulan dan company insurance cover, itu memang nasib baik. Masalahnya kalau kau baru kerja dua setengah bulan dan ditimpa kecelakaan pula. Duit pula mungkin jadi isu. Ouh itu memang pening kepala.
Kesimpulannya? Cuba beli insurans. Bukan untuk orang lain. Kalau kita pergi dulu, InsyaAllah kalau kena caranya, tak tinggalkan beban yang super banyak pada keluarga. Kan molek tu?

Tak, aku tak jual insurans. Ini cuma nasihat. Tak nak ikut sudah. Aku cuma isi masa lapang dan tunggu waktu tidur.
Hui dah mengantuk. Rasa mahu tidur sekalipun bola tak abes lagi.

Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment