ini pendapat peribadi sahaja. ia tidak boleh diambil sebagai satu ulasan yang mempunyai kredibiliti dan mengubah kadar infasi negara.
ini memang page turner. baru keluar dari hospital tapi berani lawan mata sampai jam tiga pagi. inilah kesan buku ini kepada saya.
pengajaran: jangan makan ubat sebelum baca buku ini. nanti anda yang pening kepala tahan mata.
salah aku, aku buka buku ini dengan satu persepsi di dalam kepala aku. 'Pening'; ini sepupu aku yang sebut. Maka aku buka buku ini dengan debaran malah menjangkakan yang aku akan dikecewakan. Di situlah silap aku yang paling besar kerana ia langsung tidak mengecewakan.
Penulis ini sabar; sabar mengupas cerita satu demi satu. Dari segi jalan cerita dan latar belakang watak, semuanya dikupas dengan cukup sabar. Ada orang guna formula 'depan, tengah, belakang'- baca mukasurat depan, tengah dan belakang buku. Cara ini tak jalan kalau kau nak kepuasan. Sekadar tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik rompakan bank, mungkin boleh.
Cerita dimulakan dengan rompakan di bank menggunakan teksi oleh sekumpulan lelaki berabaya. Kelihatan seperti satu rompakan yang mudah tetapi yang menghairankan, selain daripada wang, ada sesuatu yang hilang dari simpanan bank. Nah, dari sinilah jalan cerita itu berjalan. Dari rumah orang tua, hospital, polis, rumah Herman, flashback Herman dan kembali ke hospital. Di sebalik satu kes, tersembunyi satu kisah yang sedih.
Cerita ini banyak menggunakan flashback yang sangat penting untuk menjelaskan kaitan Lidya, Alan, Radi, Don, Herman dan Bakar. Seorang lelaki tua yang koma bernama Bakar, mempunyai banyak kaitan di dalam cerita ini. Mula-mula, gayanya macam nak menerangkan tentang kekesalan seorang tua tetapi kemudian ia berkembang menjadi sesuatu yang lain.
Twist dalam cerita ini cukup subtle. Seperti biasa, penjenayah akan create diversion. Dari tempat kejadian, hospital, rumah penjenayah tetapi rupa-rupanya, tempat yang patut dituju adalah hospital. Buat penat saja polis study rakaman CCTV di bank padahal itu sudah jauh daripada pusat misteri. Kunci kepada misteri ada di dalam hospital, bukan di luar kawasan hospital. Sekali lagi, buang masa polis buat sekatan jalan di luar hospital.
Memang betul, apa yang kita cari kadang-kadang ada di depan mata. Buat penat cari jauh-jauh.
Ini adalah novel Melayu bergenre jenayah/ misteri pertama yang aku baca dan sangat berpuas hati. Tahap kepuasannya sama ketika Sherlock Holmes mula jelaskan kes jenayahnya.
Ini betul-betul buku yang tidak mengecewakan aku.
No comments:
Post a Comment