Sunday, July 24, 2011

Perihal Pembedahan

aku takut malam tu. serius takut. takut sebab nak masuk bilik bedah, bukan sebab duduk sorang dalam bilik tu. lagi satu, aku takut beku sebab aircond sangat sejuk. Dah beberapa kali aku naikkan suhu pun tak mahu juga panas. Beberapa kali aku pergi bilik air malam tu, suhu naik kembali.
Hurm. Aku rasa ada entiti yang nak bergura dengan aku.
BP untuk satu malam itu memang tinggi sebab cuak. Buktinya lepas pembedahan, BP turun jadi normal. Buang masa juga la tertanya-tanya ada darah tinggi ke tak. Padahal oke je.
Operation tu kat leher, sah-sah memang pengsan terus. Oh ye, nak betulkan saliva gland. Phew, nasib bak bukan lymph node.
Pengsan tu bukan sikit-sikit. Tengok muka doktor mana yang bedah pun tak tau. Bila mereka pakaikan topeng pun tak pasti. Perkara terakhir yang aku ingat adalah nurse bergosip tentang fesyen.
Bangun sahaja dari pembedahan, sakit terasa berganda-ganda. Dapat dengar degupan jantung laju sangat. Kemudian doktor pun benamkan jarum kat peha, sampai sekarang boleh rasa.
Walaupun ini pembedahan kecil, sakit jugalah sampai sekarang. Hui memang berdoa tade apa-apa ni. Jadi terima kasihlah kepada semua yang wish, yang datang. Terima kasih banyak-banyak. Efek painkiller dah mula ni.

No comments: