Tuesday, December 31, 2013

Memory: 20

                      


‘ You can trust someone you love but you definitely love someone you trust.’

This particular quote got Tasnim going every single time she had doubt about Adam. Over and over again, she repeated the same quote to herself as if it was the most important mantra in the world.

It was early Monday morning, the beginning of the month. There was hardly anything that was too important but Tasnim got to an early start. As a trainer at an outsourcing centre, it may not be as hectic as other people on the sales floor. There were mostly paperwork to be tackled when there was no newcomers to train.

While flipping through the pages, Tasnim couldn’t help but think about Adam. It was as if once the switch was ignited, there was no chance of shutting it down. The switch called ‘Adam’ especially.

It was maddening, really. It was as if getting to know a total stranger. Adam that was cheeky was gone. He constantly blushed and looked as his shoes, like he really do not feel comfortable talking to Tasnim anymore. It was maddening, really. All the coffee talks that they used to have clearly did not mean anything to him…as if none of them ever happened.

‘ It was like…’

‘ Talking to an empty vessel?’ Hanna helped, through Skype.

‘ Yes!’ and then Hanna seemed to be looking at Tasnim with sympathy.

‘ I love you, Aneem. And anyone who really gets you, will definitely love you with all his hear.’


Of course, Tasnim was not dim. She knew that Hanna did not mention Adam.

Sunday, December 29, 2013

Bukan Payung Hari Ini



Rasanya, sudah lama betul Aya memiliki payung ini. Payung hitam dihiasi bunga-bunga kecil yang kelihatan seperti bunga melur.

Dia masih ingat lagi waktu dia membuat pilihan untuk membeli payung tersebut. Waktu itu di dalam dompet hanya ada dua puluh ringgit. Gaji masih lambat lagi. Sayu betul rasa hati, bagaikan terlihat rama-rama berpusu-pusu berterbangan keluar dari dompet.

Banyak lagi payung yang cantik-cantik tetapi Aya sudah mula berasa bosan dengan keceriaan yang pura-pura. Apa salahnya dengan hitam yang jujur tidak mahu dibayangi warna lain hingga menyerap warna lain sepenuhnya?

Lalu, payung yang terletak di rak paling bawah dicapai lalu dibayar. Sejak hari itu, payung itu sentiasa menjadi teman di dalam beg, kalau-kalau hujan waktu pulang dari kerja. Ataupun terik matahari terlalu menggila hilang boleh terasa lemak di bawah lapisan dermis menjadi cair.

Seperti juga dengan apa sahaja bahan material yang ada, pastinya ia akan ditelan masa. Samalah halnya dengan payung hitam kesayangan Aya. Mula-mula, hanya satu sahaja besi yang patah. Aya cuma membiarkan, asalkan tiada besi yang tercabut hingga boleh mencederakan diri sendiri.

Alangkah seronok kalau boleh bertukar payung setiap hari. Tiada sebab kukuh, cuma mahu padankan emosi dengan payung. Seperti Payung Hari Ini. Namun, Aya gigih sedapkan hati sendiri.

‘ Warna hitam serap semua warna. Jadi, dalam erti kata lain, payung aku sebenarnya warna-warni. Cuma tak nampak dek mata kasar.’

Bijak betul Aya.

Petang ini, hujan lagi. Tidak lebat tetapi Aya tidak suka menaiki keretapi dalam keadaan basah. Terasa sungguh tidak selesa dengan keadaan itu. Lalu, Aya berhenti seketika di depan pintu kaca bangunan sebelum mengeluarkan payung di dalam beg. Ada juga terselit rasa malu bawa payung lusuh dan sudah rosak sebegitu tetapi sekarang sudah jam enam setengah petang. Lagi lama dia bermonolog sendiri, lagi lambat dia akan sampai ke rumah.

Payung hitam yang sudah hampir rosak (tiga batang besi sudah patah) dibuka perlahan-lahan. Besi tiga batang dibetulkan untuk membolehkan payung terbentuk elok. Mata Aya meliar memerhatikan keadaan sekeliling.

‘ Kakak, nak tumpang payung?’ seorang wanita berkaca mata disapa perlahan oleh Aya.

‘ Ha boleh juga. Terima kasih, ya. Terima kasih.’


Aya tersenyum puas. ‘ Berjasa lagi kau rupanya.’ 

Tuesday, December 24, 2013

Memory: 19


' What have I gotten myself into?' Tasnim asked while sitting back, slumping into the sofa. Khalid leaned in, looking at Tasnim through the mist of coffee steam.

' It's not your problem to start with. Why make it one?'

' I know but don't you think he needed someone?'

' For what?' Khalid looked at Tasnim, as if in wonder.

' Unload his feelings, tell him his problems and such?'

' He has othere friends, surely. Like you. You have Hanna and I.'

Tasnim went silent.

' His friend...what was the name again?'

' Johari.'

' Yes, Johari. They seemed quite close. And by the sound of it, he has othere buddies to, I presume.'

What Khalid said make sense.

' So, why did he had to tell me that?'

' You mean about the problems?'

Tasnim can only nod.

Khalid stared at Tasnim for a second before returning to his coffee. ' Someone with a big heart like you...he's stupid to let that go.'

' Khalid!' Tasnim laughed. ' You are not even trying to answer my question!'

' I would have unload all my problems unto you if I were him. No question,' Kalid continued to sip his coffee while avoiding to look at Tasnim.

' Why?'

' Because I trust you.'

Trust. That was a start.

Sunday, December 22, 2013

Lepas

 Ayu menutup kedua-dua belah mata dengan kejap sambil berpaut kuat pada lengan kerusi. Dapat dirasakan degupan jantung sangat kuat sekali.

Imbas semula:

‘ Aku paling suka waktu kapal terbang mahu naik,” cerita Ayu pada Sani pada suatu hari. Perlu ditekankan bahawa ini berlaku ketika mereka sedang duduk di atas rumput pada jam lima petang pada hari Khamis untuk menambahkan kesan romantik.

‘ Kenapa?’

‘ Sebab aku tahu ia akan bawa aku ke satu destinasi mengikut perancangan aku. Sangat mengujakan. Maksud aku, sepanjang perjalanan itu. Manalah tahu kalau-kalau aku boleh jadi kawan pada orang yang sama-sama ada di dalam perjalanan,’ sambung Ayu sambil tangan cekap mencabut rumput di bawah lutut.

Ouh ya, lupa pula ingin diberitahu bahawa mereka ke taman ini selepas kuliah.

Sani cuma diam sambil tersenyum memandang awan.

‘ Aku paling takut waktu kapal terbang mahu mendarat.’

Kali ini, Sani memalingkan wajah untuk menatap Ayu. ‘ Kenapa? Bukankah sepatutnya teruja sebab sudah sampai ke destinasi?’

‘ Sebab aku takut. Selalunya, pendaratan jarang yang lancar. Pasti ada hentakan walaupun sedikit. Aku jadi cuak,’ tambah Ayu sambil memandang wajah Sani yang sudah dikenali sejak masih berhingus.

Sani hanya diam, membiarkan kesunyian jadi teman bicara mereka berdua.

‘ Ayu, bahu kau kecil.’

Ayu mengerutkan dahi.

‘ Maksud aku; kenapa risau tentang sesuatu yang kau tak boleh kawal? Lagipun, itukan kerja juruterbang. Kerja kau hanya bertenang dan ingat prosedur kecemasan kalau ada apa-apa yang berlaku.’

‘ Hey!’ tangan Ayu cuba singgah di bahu Sani.

‘ Dah kenapa pula? Betulkan apa yang aku cakap?’ Sani bingkas untuk sama-sama duduk.

‘ Kita ini bukan Tuhan. Bukan boleh atur semua.’

Rumput di tangan Ayu yang tinggal sebatang, diperhatikan. Kata-kata Sani itu tentu berkaitan dengan Johan. Johan yang menjanjikan bulan bintang kemudian hilang, lenyap bagai ditelan ruang vakum. Senyap tidak berbunyi.

‘ Macam kita,’ Sani terus memandang ke depan mereka, seolah terlupa di mana dia berada.

‘ Maksud kau?’

‘ Aku cinta kau, Ayu.’

Dan pandangan mata Sani seolah menusuk.

Serentak itu, Ayu kembali ke dalam kapal terbang. Pendaratan tidak terasa kali ini. Dia menghela nafas lega.

‘ Mama, buka mata,’ tangan halus menepuk-nepuk lengan Ayu. Sebelum Ayu buka mata, dia tersenyum dahulu. Dia tahu, bila sahaja dia buka mata, akan ada seorang anak kecil yang seiras wajah Sani akan memandangnya dengan mata bulat, dahi berkerut.

‘ Ya, sayang,’ tangan kecil itu digenggam.

‘ Babah suruh Thaqif jaga mama,’ anak kecil itu memegang tangan Ayu lalu ditekupkan ke pipi.

Takdir. Takdir yang diterima itulah yang membawa mereka ke sini.


Dan syukur, dengan izin Tuhan, sebentar lagi Ayu akan bertemu pelengkap hidupnya yang lagi satu. Sani. 

Tuesday, December 17, 2013

Memory: 18


Since Adam's reappearance, Tasnim made an extra effort on her looks. She started applying eyeshadow, something that she had long ditch. She made it a point to bemore feminine like wearing shawls and bangles. She knew what she was doing.

The idea seemed to work as Adam now locked eyes with her every time they bump into each other. He looked genuinely happy and at other times, he couldn't take his eyes off her. Tasnim was happy, seeing the development.

One day, they crossed path while heading back home. At first, Tasnim did not know what to say. She was speechless; being able to be this close with Adam. And then, Adam launched into his story.

Tuesday, December 10, 2013

Memory: 17


What hurt Tasnim the most was the fact that Adam acted as if he never asked about Sara. He  had not texted her since the day he popped the question about the Sara, about three days ago. It didn't sound too long for other but Tasnim waited three months. Tasnim can almost feel the muscles on her face hurt everytime she smiled when they bumped into each other.

' Three times and he has yet to text you back?' that was Hanna's question. When
Tasnim wrote about the whole thing to her. That one hurt too.

It was as if Adam couldn't remember her.

Something that Johari once said made her even sadder.

' He couldn't recognise me sometimes. When he was sick.'

' Really? Can I really do this?'

Saturday, December 07, 2013

Kebahagiaan

 Bayang yang menimpa kaki gerai menraik perhatian Fatin. Tangan yang sedang rancak mengemas perkakas gerai hilang tempo lalu bola mata beralih meneliti bayang; tertanya-tanya siapakah empunya diri. 

Rupanya, bayang yang menyebabkan gerhana di gerai Fatin dimiliki seorang lelaki muda. Segak orangnya dengan seluar biru gelap serta kasut yang masih berkilat. Sebuah bag disandang di bahu kiri. Satu butang baju terbuka; kalau mengikut telahan Fatin, akibat bahang petang Rabu ini. Wajah lelaki muda itu bersih tanpa cela, menyebabkan Fatin tiba-tiba terasa sangat comot. Seolah-olah selapis tebal minyak menyelubungi wajah Fatin saat itu juga.

Fatin lebih daripada arif bahawa merenung seseorang adalah perbuatan biadap namun curiga yang merasuk jiwa membuatkan dia gagal mengalihkan pandangan daripada merenung lelaki yang masih tidak bernama. Ini bukan kunjungan yang sering diterima pada hari jualan seperti ini. Selalunya, yang datang berbondong-bondong adalah gadis-gadis yang masih terlalu muda (pada pendapat Fatin, mungkin tidak pernah dengar jenama Sanita). Semuanya mencari jalan untuk menarik perhatian pemuda-pemuda yang baru mengenal dunia (malah anatomi perempuan). Selalunya, mereka ini cuba melakukan transaksi yang sebetulnya tidak padan dengan apa yang Fatin sediakan di gerainya.

Mudah, sekali pandang pun Fatin sudah tahu kalau pembeli mampu atau tidak membayar harga barang jualannya. Jam serupa papan elektronik akan terpapar di atas kepala para pembeli; satu keistimewaan yang dimiliki oleh semua peniaga di sini. Itulah kelebihan mereka yang menjual barang yang cuma dapat dirasa, bukan disentuh.

Yang selalunya mampu adalah wanita dan lelaki yang berwajah lesu dengan mata yang semakin hilang sinar, dilengkapi dengan bahu yang sedikit bongkok. Namun, lelaki ini..

Dia bukan terlalu muda. Masih tegap namun riak wajahnya seakan penat, tak ubah seperti bekas orang gila kerja yang mula tersedar bahawa dunia ini lebih daripada kehidupan di pejabat semata.

Ada resah di dalam anak mata lelaki tidak bernama; resah yang selalunya dimiliki anak remaja yang kembali ke rumah disambut pembantu rumah, bukan darah daging sendiri. Bila Fatin jeling atas ke atas kepala lelaki ini, nilainya cukup besar. Sayangnya…

‘ Ya, encik?’ Fatin bersuara setelah sekian lama meneliti setiap inci tetamu yang sedang berdiri dengan dahi berkerut. Soalan Fatin dijawab dengan senyuman plastik namun usaha itu harus dihadiahkan tiga bintang. Masih ada nilai kemanusiaan walau jelas dia kecewa melihatkan gerai yang hanya tinggal sebuah kerusi plastik.

‘ Sudah tutup?’ jawapan yang tidak perlu dijawab sebenarnya. Namun, Fatin jadi jatuh kasihan. Harapan di dalam suara lelaki tidak bernama sarat benar.

‘ Maaf. Semua sudah habis,’ Fatin cuba tersenyum. Air liur yang ditelan sama terasa kasar seperti bercampur abuk kayu.

‘ Ah!’ lelaki tidak bernama mengangguk sambil tunduk dan tersenyum. Kali ini, seperti susah sungguh mahu tersenyum.

‘ Tak mengapalah. Saya ke gerai hadapan,’ lelaki tidak bernama menundukkan sedikit badan seperti mohon maaf pada Fatin. Sedangkan, Fatin yang jadi serba-salah kerana jika lelaki tidak bernama melalukan transaksi di kedai hadapan, banyak benar nilai maruah yang akan hilang. Gerai yang menawarkan ‘Perhatian’ sebagai bahan jualan.

Tanda ‘Kebahagiaan’ di tangan Fatin dipandang sayu oleh lelaki tidak bernama sebelum dia berlalu pergi. Jualan di kedai Fatin sememangnya tidak banyak dan hanya untuk yang benar-benar layak. Ramai peminta, tidak ramai yang berhak menerima.


Mata Fatin masih lagi tidak lepas memandang lelaki tidak bernama. Yang diperlukan sebenarnya adalah rasa disayangi dan menyayangi. Malangnya, hari ini, apa yang dia akan peroleh adalah perhatian. 

inspired by yum's question: kak, ada kasih sayang tak?

Tuesday, December 03, 2013

Memory: 16


Like magic, Adam watzled again into Tasnim's life. Unlike previously, Adam seemed to be hiding in his own shell. It didn't feel right for Tasnim to further intrude Johari's life to ask about Adam. All of us had our fair share of problems and we just had to continue on with our lives.

Like Hanna. She was now in New Zealand, either picking kiwi fruits or swimming in the beach behind her lodging. It was her dream to go on that six months working visa thing in the country.

' Six months will just fly without us realising it,' Hanna said to a teary-eyes Tasnim who really couldn't say a thing.

' Hey! I'll be fine. We would write long emails,' Hanna tried to calm Tasnim down.

' I'll take care of her,' Khalid quipped behind them, as if not wanting to be left out. Like a boyfriend reassuring the mother that he will be there for her daughter.

And Khalid kept to his words. Morning messages will always be there to greet Tasnim. At first, it made her wonder what was wrong with Khalid and later, she succumbed to it. It was nice to have someone greeting your day to be great.

But her heart was the biggest culprit. It would have been easier to just move on with life; with here friends by her side but no, that would not happen. Adam was always on her mind, despite the question she asked her about Sara.

' Forget him,' Khalid told her numerous times. Khalid made it sound so easy.

Monday, December 02, 2013

Ukur

Sara picit kepala yang dirasakan berdenyut. Soalan yang ditinggalkan menyebabkan dia jadi keliru dan bingung.

Sukar sungguh bila Hafiz bertanyakan soalan yang satu itu. Daripada seorang yang petah berkata-kata, Sara jadi seolah bisu.

Sara mengeluh sambil jari mencapai laju barang basah di dalam peti sejuk. Selalunya, bila berdepan masalah, memasak adalah jalan terbaik untuk mengurangkan galau di dalam hati. Sering juga kawan-kawan mengusik, susah menjadi rakan Sara. Bila sahaja Sara berasa risau, ada sahaja yang ingin dimasak.

' Jadi kawan awak memang tak dapatlah nak kurus, Sara,' kata Diana antara mengeluh dan rasa terharu. Mengeluh kerana terpaksa mengorbankan niat untuk mengawal makan (satu genggam karbohidrat sahaja sehari untuk Diana) dan dalam masa yang sama bersyukur kerana kepada Tuhan kerana Sara adalah seorang tukang masak yang hebat.

Kali ini, karipap. Lama benar Sara tidak membuat karipap. Lupa sebentar akan permasalahan yang singgah di fikiran bila kentang dipotong dadu sebelum dicampurkan dengan cebisan daging. Sekalipun rasa penat sedikit menguli doh, tetap rasa berbaloi. Sambil ditekan-tekan tepung di atas papan, terasa seolah masalah sendiri ditekan sama hingga jadi kepingan kecil.

Sesudah memasukkan beberapa biji karipap ke dalam ketuhar, Sara membersihkan perkakas yang digunakan.

' Kalau air, meter padu,' kata Sara sambil mengalirkan air melalui sudu.

' Kalau tepung...mungkin gram,' gumam Sara lagi sambil membasuh bekas yang masih berbaki tepung.

' Apa agaknya?' Sara terus membasuh perkakas di dalam sinki, otaknya tak berhenti berfikir.

Malangnya, sehingga habis membasuh pun Sara tidak mampu menjawab satu soalan yang ditanya oleh Hafiz.


' Banyak mana awak sayang saya?'