Ayu menutup kedua-dua belah mata dengan
kejap sambil berpaut kuat pada lengan kerusi. Dapat dirasakan degupan jantung
sangat kuat sekali.
Imbas semula:
‘ Aku paling suka waktu kapal terbang mahu
naik,” cerita Ayu pada Sani pada suatu hari. Perlu ditekankan bahawa ini
berlaku ketika mereka sedang duduk di atas rumput pada jam lima petang pada hari Khamis untuk
menambahkan kesan romantik.
‘ Kenapa?’
‘ Sebab aku tahu ia akan bawa aku ke satu
destinasi mengikut perancangan aku. Sangat mengujakan. Maksud aku, sepanjang
perjalanan itu. Manalah tahu kalau-kalau aku boleh jadi kawan pada orang yang
sama-sama ada di dalam perjalanan,’ sambung Ayu sambil tangan cekap mencabut
rumput di bawah lutut.
Ouh ya, lupa pula ingin diberitahu bahawa
mereka ke taman ini selepas kuliah.
Sani cuma diam sambil tersenyum memandang
awan.
‘ Aku paling takut waktu kapal terbang mahu
mendarat.’
Kali ini, Sani memalingkan wajah untuk
menatap Ayu. ‘ Kenapa? Bukankah sepatutnya teruja sebab sudah sampai ke
destinasi?’
‘ Sebab aku takut. Selalunya, pendaratan jarang yang lancar. Pasti ada hentakan walaupun sedikit. Aku jadi cuak,’ tambah Ayu sambil memandang wajah Sani yang sudah dikenali sejak masih berhingus.
‘ Sebab aku takut. Selalunya, pendaratan jarang yang lancar. Pasti ada hentakan walaupun sedikit. Aku jadi cuak,’ tambah Ayu sambil memandang wajah Sani yang sudah dikenali sejak masih berhingus.
Sani hanya diam, membiarkan kesunyian jadi
teman bicara mereka berdua.
‘ Ayu, bahu kau kecil.’
Ayu mengerutkan dahi.
‘ Maksud aku; kenapa risau tentang sesuatu
yang kau tak boleh kawal? Lagipun, itukan kerja juruterbang. Kerja kau hanya
bertenang dan ingat prosedur kecemasan kalau ada apa-apa yang berlaku.’
‘ Hey!’ tangan Ayu cuba singgah di
bahu Sani.
‘ Dah kenapa pula? Betulkan apa yang aku
cakap?’ Sani bingkas untuk sama-sama duduk.
‘ Kita ini bukan Tuhan. Bukan boleh atur
semua.’
Rumput di tangan Ayu yang tinggal sebatang,
diperhatikan. Kata-kata Sani itu tentu berkaitan dengan Johan. Johan yang
menjanjikan bulan bintang kemudian hilang, lenyap bagai ditelan ruang vakum. Senyap
tidak berbunyi.
‘ Macam kita,’ Sani terus memandang ke
depan mereka, seolah terlupa di mana dia berada.
‘ Maksud kau?’
‘ Aku cinta kau, Ayu.’
Dan pandangan mata Sani seolah menusuk.
Serentak itu, Ayu kembali ke dalam kapal
terbang. Pendaratan tidak terasa kali ini. Dia menghela nafas lega.
‘ Mama, buka mata,’ tangan halus
menepuk-nepuk lengan Ayu. Sebelum Ayu buka mata, dia tersenyum dahulu. Dia
tahu, bila sahaja dia buka mata, akan ada seorang anak kecil yang seiras wajah
Sani akan memandangnya dengan mata bulat, dahi berkerut.
‘ Ya, sayang,’ tangan kecil itu digenggam.
‘ Babah suruh Thaqif jaga mama,’ anak kecil
itu memegang tangan Ayu lalu ditekupkan ke pipi.
Takdir. Takdir yang diterima itulah yang
membawa mereka ke sini.
Dan syukur, dengan izin Tuhan, sebentar
lagi Ayu akan bertemu pelengkap hidupnya yang lagi satu. Sani.
No comments:
Post a Comment