Wednesday, February 29, 2012

Review: A Man On Ledge

Nota: saya memang beri review stok tak makan saman. Anda telah diingatkan.

Aku memang rindu cerita gaya-gaya Ocean's Eleven. Witty dan comel gaya penjahat gaya penjahat comel. Redundancy di situ tapi saya peduli hapa.

Bukan senang mahu duduk di birai tingkap tingkat 21 selama lebih daripada sejam. Sudahlah tidak memasal je jalan kene tutup segala sebab ada orang bak bunuh diri. Memang menaikkan darah para peniaga tetapi boleh memberikan hiburan kepada para penduduk berhampiran. Yeah, who doesn't like a good crowd.

Permulaan cerita yang menarik simpati. Tetapi yang spoilnya aku dah baca pula review yang mengatakan ada konspirasi di sebalik semua itu. Deng deng.

Di mana kita tadi? Ya, ceritanya sedih. Banduan yang hanya dibenarkan keluar semasa ayahnya telah meninggal dunia. Bergari dengan uniform penjara berwarna oren. Syahdu hoi.

Pergaduhan adik-beradik itu pasti ada. Tidak terkecuali yang ini. Lalu mereka adik-beradik pun bergaduh di tanah perkuburan waktu kubur ayah mereka masih belum mampat (maklum, omputih).

One thing led to another and soon he became an escaped bandit. Cuma, kenapa dia perlu ambil masa lebih daripada setengah jam untuk sedangkan dia boleh lompat sahaja untuk bunuh diri? Itupun kalau dia benar-benar ingin terjun.

Soalnya, mengapa dia tidak ingin terjun?

Kunci pada persoalan ini ada pada quote ' I want to exit the way i enter - innocent'.

Ada sesuatu yang ingin dibuktikan. Semuana berkait raat. Jangan gatallah nak pergi toilet waktu movie ini semua. Memang sajalah. Kosongkan tangki dul baru masuk wayang. Dan sedut air perlahan-lahan, bukan sekali harung. Eh banyak pula tips nak minum makan bagai. Review ke apa bende.

Baiklah. Aku suka jalan ceritanya. Aku suka gaya cerita ini bergerak. Comel je. Dan bijak. Disebabkan itu, aku beri empat pau ayam.

Disebabkan perut kembung begini, eloklah kita pergi baring dan tidur.


Sent from my iPad

Tuesday, February 28, 2012

Terlepas

Apa yang kita ada hari ini tidak semestinya masih jadi milik kita esok. Yang ada dlm genggaman mungkin atau selalunya cuma pinjaman. Jarang kita nak hargai apa yang kita ada.

Samalah dlm membuat pilihan. Sekalipun mungkin kita sedang mencari, itu sebetulnya bkn alasan untuk layan sesiapa bena tak bena.

Mahu tapi kononnya jual mahal. The moment we feel that we are worth it is the moment we cease to be one.

And now, no one will ever know how the story may turn out. Maybe she is not meant for him or he's not right for her now. Maybe, just maybe.

You just missed your chance.

P/s: karangan bercorak abstrak begini tidak perlukan kata-kata semangatbv

Saturday, February 25, 2012

Rimas

aku suka bercerita. bercerita melalui penulisan. aku rasa itu satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada cengkaman hidup yang merimaskan.

ah kau bajet kau tgh tulis novel ke guna bahasa gitu.

anyways, aku rasa kalau aku bercerita baru aku mampu mengawal salah-satu elemen dalam hidup aku. kota ini merimaskan, menyesakkan. semuanya berlumba-lumba, entah apa yang dikejarkan padahal putarannya tak ubah seperti kitar hidup seekor tikus belanda; berpusing-pusing di atas roda yang tidak bergerak.

bangun, muka mata. mungkin mengeluh, mungkin tersenyum syukur. bersiap, pergi kerja. naik tren yang sama kemudian mungkin makan pagi di tempat yang sama. kerja-kerja-kerja kemudian pergi makan. kemudian, sambung lagi. pulang dan kemudian rehatkan diri.

tukis belanda bangun. jalan-jalan dalam sangkar. kemudian berlari. sudah penat, ia makan atau minum. kemudian, sambung berlari. mungkin selepas itu dia makan lagi. entah. aku tak pernah jadi tikus belanda. mana aku tahu.

tetapi kitarannya tidak banyak berubah.

iya, ini jalan yang aku pilih. sebetulnya, aku tidak boleh rasa lelah walau sedikit kerana ini keputusan yang aku buat. maka, aku perlu terima semuanya seadanya.

tetapi oh Tuhan, sering sangat aku berasakan lelah. aku sentiasa menantikan sesuatu yang akan berlaku untuk 'break the monotony' yang sering aku rasakan. selalunya, aku dapat apa yang aku minta, sekalipun ia mungkin sejenis monotony yang aku mahu. padan sangat dengan muka aku kan? sebab itulah orang cakap berhati-hati dengan apa yang kita minta. kan dah kena.

tetapi kadang-kadang yang manis itu datang juga sekali-sekala. jenis manis yang buat kau tersenyum sendirian. mungkin sepanjang hari, mungkin tidak.

yang membuat aku senyum sendiri itu selalunya keluarga dan kawan-kawan. syukurlah, masih boleh gosip dengan emak tentang arwah Latif Ibrahim. bersyukur sangat boleh gelak-gelak dengan emak bila komen tempat dia asyik makan je kerjanya.

syukurlah. syukur juga ada kawan-kawan di sekeliling. sudi juga mereka temankan aku.

cuma sebenarnya aku mahukan gangguan yang lain. mungkin dalam bentuk gangguan yang bakal pindahkan aku dari tempat ini. mungkin, bermastautin di tempat lain.

so, Jared Padalecki, bila nak masuk meminang?

Thursday, February 23, 2012

Menangani Kebodohan

ya, maaf. bunyinya agak kasar tetapi itulah kebenarannya. kebodohan itu, sekalipun bukan satu virus, ada di mana-mana.

tidak salah menjadi bodoh. tetapi jangan lupa, bodoh ini ada pelbagai kategori. ah maaflah, bunyinya masih kasar. mungkin saya patut gantikan dengan tidak panjang akal.

macam-macam gaya orang buat kawan sekarang. mungkin dating site atau mungkin laman social media. ya, begitulah juga di Twitter. nama pun laman sosial. jadi, adalah tweetup (meet tweep) up samada utk suka-suka atau utk acara kebajikan. terpulang.

tadi, ada budak mana tah dok kutuk twtup Johor poyo. ramai pulak aku tgk emosi. kenapa nak emosi? itu hanya tweet dia. dia ada hak suarakan pendapat dia. yg 'nasi tambah' ini semua sepatutnya tak perlu marah. yang perlu tangani hal ini adalah pihak penganjur. yang kau masuk campur apahal?

the only way to handle stupidity is never to descend to their level.

sekian. mari mkn malam.

Tuesday, February 21, 2012

PickUpLine (1)

Boy: You want to know magic?
Gril: what about?
Boy: I have the secret of ten numbers that can bring people together.
Girl: Really? How?
Boy: Your number - my number


Sent from my iPad

Sunday, February 19, 2012

Diri yang Lama

mungkin aku patut belajar tulis surat utk diri aku di masa hadapan.

contohnya: 'Untuk diri aku 4 hari kemudian: ingatlah yang awak berasa sungguh sedih hari ini sebab ini..ini...dan ini".

mungkinlah. because i never learn from past experience.

bolehlah teruskan lempang diri sendiri.

Saturday, February 18, 2012

Pecah Dara

oi oi bukan dara yang tu. aku tau korang ni kalau bab tu je. mmg laju. 


dalam bahasa inggeris contoh perumpamaannya adalah seperti 'concert-virgin' gitu. aku pula, teater virgin. sebenarnya matinee (a musical or dramatic performance or social or public event held in the daytime and especially the afternoon, Merriam-Webster). 


ia terjadi begini (lebih kurang)
A: babe, jom join projek disko baldi. sabtu. 


aku dah 'heh?'. menatang alah apa tu? mabuk ke apa dia ni. 


ye, saya noob gila tak hengat. memang tak tau projek disko baldi itu apa dan sketch or stand up comedy? haih lagilah tak pernah join. adalah sebab-sebabnya. 





ini matinee indie dan aku mmg mengharapkan persembahan yang berkualiti. bukanlah kelakar gila tak hengat (which applies in this one) but memorable punya. maklumlah, mcm budak-budak ni ckp 'pecah dara'. tapi risau juga kalau aku tak suka. 


aku dah diberi briefing sebelum masuk bilik persembahan bahawa kadang-kadang lawak mereka sgt dewasa. ya, tidak apa. yang di TL saya pun mmg boleh tahan dewasa lawak mereka. 


masuk-masuk sahaja, dah nampak muka-muka yang familiar. rasanya daripada empat orang jejaka di atas pentas, empat orang adalah budak MMU. berdasarkan ini sahaja, saya dah sgt excited dan juga bersedia dengan apa yang cuba disampaikan. 


tema petang ini; Love. :). subjek yang sangat dekat dengan kita. 


kalau tentang cinta ini, mestilah ada subjek tentang lagu dan filem. guess what? parody ombak rindu pun ada. tentang keeping scores dalam relationship dan 'janji manismu'. jika anda seorang penggemar black comedy dan satirical works, anda akan lihat segala yang bermain di fikiran anda di atas pentas. 


secara personal aku memang suka ombak rindu in 60 seconds. paling suka tgk six-pack yang dilukis dengan marker. oke adalah yg lain aku suka tapi i'm in danger of spilling it all if i were to share the stories. another show is starting in a few seconds so why spoil it for you people right? 


they have another two shows coming up tomorrow. one at 3pm and another one at night. search for Projek Disko Baldi for tickets. I enjoyed it very much and pretty much literally gasping for air on my seat when they rapped about highway and had myself in tears during the speed dating scene. if you are looking for a truly enjoyable show, this one is for you but do keep your an extremely open mind throughout the show. 

Thursday, February 16, 2012

Ingat

dalam sedar tak sedar tu, ada juga orang yang ingat ke kita. ingat sebab dia risau. dia nasihatkan sebab dia risau.

seronok sangat menaip dan konon-konon berkawan sampai lupa daratan. bergurau punya bergurau sampai tak sedar yang satu demi satu soal personal dah didedahkan.

nampak macam tak mungkin dan takde orang ambil kisah tapi percayalah, ada orang yang ambil kisah. lagi beruntung kalau yang ambil kisah ni sebenarnya nak beri nasihat untuk kebaikan kita.

zaman begini, berapa ramai sangat yang nak beri nasihat sebab betul-betul concern. jadi, aku ni antara golongan yang bertuahlah. dah lama dia perhatikan aku rupanya. dia tak mahu kami hanyut jauh sgt. bercerita ini kena hati-hati.

' kau merapu takpe. tapi kalau dah personal sgt tu...urmmm.'

urmm yang panjang tu aku faham sgt.

terima kasih. terima kasih.

Wednesday, February 15, 2012

To Kepong With Love

Ada orang tu dia berlapar dekat Kepong tunggu kami. ye ye, budak tu yang kami dah corruptkan (tunjuk pandang lantai). Dia telah menjemput kami sampai tak makan pulak tu. sorilah, KL seronok jam. 

jadi inilah dia hasilnya. 12 orang tapi mcm 40 orang. tataplah wajah arep sebelum dia kene MC 6 minggu. 


kelihatan di situ mas cuma mencekik saya (crime of passion). apakah dosa saya? 

adek, kau tak patut berdiri sebelah zur ain. 

weih weih mkn kat kedai ni sedap weih. nama kedai dia bonda. dekat dgn FRIM. mmg bijak taktik dia. lepas makan dan kenyang macam ikan buntal, kita boleh pergi FRIM dan bersenam. oke mungkin bersenam terlalu membosankan maka boleh mandi air terjun dan berenang-renang. 

peringatan; memakai baju kurung tidak semestinya menyekat pergerakan anda untuk panjat batu tinggi-tinggi. sila lihat contoh pada gambar di bawah: 


ceria betul derang ni. serius yg pakai baju kurung tu gua tatahan. 

Hati yang Berat

Aku rasa sebab ni lah jarum penimbang selalu tunjuk angka-angka yang menakutkan.

Ceh. Bajet kelakarlah.

Kadang-kadang, rasa bangang gak. Aku pun ada masalah gak, tapi nak mengadu tak boleh. Baru ckp hi, dah keluar senarai masalah.

Tahlah, manusia ni kadang-kadang dia tak pernah nak sedar yang apa yang dia ada tu dah cukup dah. Dah elok pun. Buat lagi perangai merungut 24 jam.

Aku tadelah ckp aku nak life orang lain. Tapi sedikit yang ada ni InsyaAllah aku cubalah tak merungut 24 jam. Adalah tak best tau nak pergi kerja dpt SMS merungut ttg workplace. Hampir setiap hari pulak. Orang daripada nak layan kita, jadi tak mau layan sbb terlalu pesimis sgt.

Never underestimate the power of words. Kalaupun Orang tu tak balas balik, what she will do is just shut up. And that will be more difficult to handle.

Truth is I don't know this person anymore. She constantly has so much negativity that I cannot even bring myself to reply to her texts anymore. I feel very bad about it.

:(

Saturday, February 11, 2012

Kenangan Silam

Cinta kenangan silam pun boleh. pokok pangkal dia di sini adalah kenangan silam. ini pun berkaitan dgn cintalah. maklum, saya kan pencinta makanan. persembahkan:


ya, contrary to popular belief, itu bukan pocong. itu adalah sagun. mari kita lihat lebih dekat.

ya kelihatan di situ, capnya diperbuat di kelantan.

ah, terkenang semasa lalu. tapi dulu ianya lebih kurus. balutan pun kaler hijau dengan biru. takde pink pink ini semua. selalu makan waktu lepas balik sekolah. sekolah rendah rasanya. tapi itupun masa tahap satu. tahap dua dah tak buat. konon-konon macam dah besar.

hey, bila makan dekat pejabat tadi, rasa dia samalah. terasa mcm kembali ke zaman silam, duduk tepi bahu jalan makan menatang ni sambil tunggu bas. zaman-zaman tiada masalah bil, PTPTipu bla bla bla.

ah rindunya.

P/S: sagun ini adalah ehsan daripada budak di pejabat. tah siapa tah. terima kasih :)

Thursday, February 09, 2012

Kucing Pun Pandai Bergurau Sekarang

aku harus akui yang aku tidak suka akan kucing yang sudah dewasa. aku cuma suka anak-anak kucing sahaja kerana mereka comel. ye, kerana saya pilih kasih begitu.

walaupun aku tidak suka kucing biasa, ia tidak bermakna bahawa saya bencikan mereka hingga mahu memijak-mijak mereka. saya masih mempunyai perikebintangan (perikemanusiaan itu adalah kasih sayang pada manusia sahaja kan?). tidaklah sanggup saya ingin menyepak mereka. cukuplah kunci mereka di luar rumah kerana bising tak sudah-sudah.

jadi, pencinta kucing semua, maafkan saya. saya bukan benci kucing cuma tidak suka sahaja.

jauh kita melalut. mari pulang ke titik asal. saya (tadi pakai aku, sekarang pakai saya) pulang pada suatu hari, terhidu bau busuk di depan pintu bilik. puaslah saya cari di mana punca bau tersebut (ya, saya lupa hidupkan lampu). hinggalah saya perasan bahawa salah seekor kucing telah membuang air besar di depan bilik saya.

sungguh. sumpah pasrah. sudahlah baru pulang kerja. nak kene bersihkan pulak. takpelah.

itu hari pertama. ye, hari pertama. lepas tu dia buat lagi. kali ini jam 3 pagi saya terpaksa bersihan bahan buangan. sungguh serius pasrah. sebagai langkah keselamatan, saya semburkan aerosol di depan bilik untuk mengelakkan kucing datang lagi dan buat tandas.

satu hari, selamat lagi. masuk hari kedua, dia buat lagi T___T. cair lagi sekali. terpaksa mintak tolong tuan dia bersihkan.

kali ini. kami sudah dapat mengesan penjenayah yang dimaksudkan. maka, dia telah dikenakan hukuman berkurung di luar rumah.

nenek bising tak sudah sebab dia penat kasi makan dan bersihkan kucing tapi dia buat perangai. yang pedih telinga saya la. kucing tu buat selamba dia je.

kemudian, satu malam, dia buat lagi. masa tu jam 8 lebih. bau dia kali ni Tuhan sahaja yang tahu. apa salah saya? oke adalah sekali dua buatkan ekor dia terkepit kat pintu tapi serius, itu sahaja.

sob. macam mana nak selesaikan masalah ini? buat masa ini, saya cuma sembur aerosol depan bilik. kucing itu pun dah kene kurung dekat luar rumah. kesian juga dengar dia panjat-panjat dinding tengah malam semalam tapi nak buat cemana.

ha, jangan nak komen cakap itu hantu nak masuk rumah. sekeh kang, satu sen tak guna.

baiklah, sudah jam sebelas. untuk sebarang maklumbalas berkenaan cara untuk mengelakkan kucing membuang di depan bilik, sila tinggalkan komen anda. kerjasama anda amat dihargai. terima kasih.

XOXO

Tuesday, February 07, 2012

Morning Wishes

Ye, ucapan selamat pagi ini besar peranannya. Ini, aku sedang bercakap tentang dua orang kawanlah. kalau tengah bercinta tu mmg aku pasti ramai yang dok buat sokmo.

cuba sekali-sekala. buang tebiat kata orang. kita takkan tahu apa yang penerima itu rasa. mungkin pagi itu dia rasa down dan malas nak pergi kerja sekali baca text kita terus senyum. hey! it happens tau.

pagi tu rasa mcm tak best sgt. perasaannya macam tak siap assignment yang super penting untuk sem itu. ataupun rasa mcm sekejap lagi bos panggil untuk evaluation. ha mcm itulah.

cubalah sekali-sekala. kadang-kadang orang nak tahu yang seseorang ambil tahu tentang mereka. a simple good morning will do. it is enough to jumpstart a great day.

Sunday, February 05, 2012

Cuti Panjang

Cuti panjang selalunya kurang bermakna. Bukannya ada apa nak buat.

Tetapi kali ini seronok sikit. Pakcik makcik dari penang balik. Mak pun ada kat sini.

Terasa sangat seronok semalam masak ramai-ramai (oke yang amatur mcm aku boleh gerak tempat lain seperti mkn jambu sambil tgk tv), hidang makanan dan makan. Terasa sangat bertuah ramai ahli keluarga yang masih ada.

Paling rasa bertuah sebab rumah pinggir bandar tapi macam rumah kampung. Mana ada meja makan besar-besar, makan pun atas lantai. Seronok sangat.

Malam semalam rasa meriahnya. Padahal bukan kenduri pun, makan antara famil je. Ikan siakap empat ekor raasanya, masak sweet and sour dengan rebus. Ayam masak lemak lagi. See? Simple je. Tapi sebab dapat bersama tiga generasi satu bumbung, memang menyeronokkan.

We may not have tons of money but i honestly think we are lucky.


Sent from my iPad

Thursday, February 02, 2012

Perhati

semalam lepas kerja, aku gigihkan diri juga pergi BB. padahal kerja dari rumah tu, sanggup pegi BB tu. padahal kerja pun area situ juga.

keluar dah dekat maghrib. tapi apa adahal.

duduk di A&W memandang keluar. mengadap BB Plaza/ Lot 10. memerhatikan ragam manusia. kalau aku seorang, mungkin aku akan leka perhatikan orang.

yang berkejar mahu lintas jalan. pelancong yang berjalan dgn santai mcm tiada arah tuju. pengemis yang sedang mencari rezeki di tengah persimpangan.

mcm dah terbayang dlm kepala mahu buat cerita untuk setiap seorang. kenapa seorang budak perempuan  ni jln dgn laju. tentang penjual yang menjual mainan di tengah bandar. cerita tentang pelancong yang aku rasa seperti daripada iran dgn botol entah apa di tangan. tentang pasangan yang duduk sebelah kami.

banyak cerita yang aku boleh dapat dengan duduk di situ sahaja. mungkin patut buat macam tu lebih kerap.

berbicara tentang kita. tentang mereka. tentang mereka dlm diri kita. tentang semua.

kalau rasa kekeringan idea, aku sarankan duduk di situ. perhatikan mereka.