semalam lepas kerja, aku gigihkan diri juga pergi BB. padahal kerja dari rumah tu, sanggup pegi BB tu. padahal kerja pun area situ juga.
keluar dah dekat maghrib. tapi apa adahal.
duduk di A&W memandang keluar. mengadap BB Plaza/ Lot 10. memerhatikan ragam manusia. kalau aku seorang, mungkin aku akan leka perhatikan orang.
yang berkejar mahu lintas jalan. pelancong yang berjalan dgn santai mcm tiada arah tuju. pengemis yang sedang mencari rezeki di tengah persimpangan.
mcm dah terbayang dlm kepala mahu buat cerita untuk setiap seorang. kenapa seorang budak perempuan ni jln dgn laju. tentang penjual yang menjual mainan di tengah bandar. cerita tentang pelancong yang aku rasa seperti daripada iran dgn botol entah apa di tangan. tentang pasangan yang duduk sebelah kami.
banyak cerita yang aku boleh dapat dengan duduk di situ sahaja. mungkin patut buat macam tu lebih kerap.
berbicara tentang kita. tentang mereka. tentang mereka dlm diri kita. tentang semua.
kalau rasa kekeringan idea, aku sarankan duduk di situ. perhatikan mereka.
1 comment:
this!
Post a Comment